Saturday, October 9, 2010

MotoGP 2010 : Day 1.

Some of the pictures that we manage to capture:

.:tengok MotoGP mesti kena snap moto dulu:.




.: kiri kanan pun boleh :.




.: moto dan model :.



.: KeTaM jangan tak KeTaM :.




.: walaupun namenye ducati, berat beliau lebih dari 2 kati :.



.: tempat mat saleh lepak minum pencuci kuat HARIMAU :.



-= ZHEEEEEEEEEEENGGGGGUUUUNGGGGGG =-














----------
.: kanak-kanak ribena, ape pun tak tahu :.




.: budak gemuk ni tah ape die main ntah :.





.: Biar Pro Yang Race Lah!!! :.






.: malu-malu kucingan :.




.: jugak malu ikan kelingan :.




.: aku taktau apesal aku buat camtu :.






.: brader guard ni baru bangun tidur sebab........

...ade diantara mereka ni lepuk muka guard tu masa nak keluar :.




.: isKeTaMbola :.




.: SAYA MENANG MOTOR! :.



.: awek jual vuvuzela ni bajet cun. pigidah! :.



.: ini Hayabusa Tayarbusa :.



.: mmmmmeeeoooowwwwww~ :.




.: I saw this family and gave them a chase :.



.: and we pose for the end of the day :.

-= TQ for Viewing =-

Friday, October 8, 2010

Jangan tutup salah walaupun malu

Pengetua rasis: Lim kemuka usul di Dewan Rakyat

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menghantar satu usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.

Lim berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan gagal bertindak.

“Ini satu tamparan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia,” kata Lim.
- Mkini


------------------------------------------------------------------

Sebenarnya tindakan sepatutnya diambil keatas mereka-mereka ini. Tidak kiralah samada mereka ini guru besar, guru kecil, pengetua, pengemuda, malah andai pekebun sekolah sekalipun. Hal sebegini mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi jika dilihat dari sudut kebersatuan, semangat keharmonian yang seharusnya diterapkan semenjak dari bangku sekolah lagi, perkara ini tidak sepatutnya terjadi. Tambahan pula kata-kata itu keluar dari mulut pemimpin tertinggi di sekolah. Jika Namewee yang menyanyi untuk menyatakan betapa dia benci denga racism pun pihak Pekasam itu dah berbaris, berkawad menuju ke balai, takkan dengan mereka ini tak boleh buat begitu? Adakah kerana tanah ini dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, membuatkan bangsa melayu ini begitu berkuasa sehingga boleh ditidakkan kesalahan mereka? Lupakan bangsa melayu bahawasanya bendera jalur merah putih itu tempelan dari bendera mana? Tidak ingatkah mereka bahawasanya lagu yang didendangkan setiap pagi di perhimpunan sekolah, setiap kali 31 Ogos, setiap majlis-majlis rasmi negara, dan lain-lain, adalah acuan daripada lagu Terang Bulan? Ingatkah, lupakah, atau memang tidak tahu? Ingat, dimana saja kita berada, biar apapun warna kulit, warna mata, warna rambut mahupun gigi, sifat hormat menghormati itu harus dan mesti sentiasa ditetapkan. Tiada gunanya bermegah dengan bangsa, andai diri tak kenal erti hormat.

sebagai renungan bersama:

Tafsir Qur’an Surat Ali Imran ayat 103



واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}

Artinya :



“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

(Q.S. Ali Imron ayat 103)

MotoGP yeahhh!!!


waaaaahhhhh!!!! ade extra 2 tickets MotoGP untuk 2 hari...apesal la mama lambat bagitau..kalau bagitau semalam boleh la jugak nak carik geng..adoihh....selamber redahh!! REDAH KASI PICAAAHHHH!!!

-sebenarnye lagi mahu tengok yang ini drp leper-leper..kehkehkeh..

Thursday, October 7, 2010

NEM ka? DEB ka? Hang sembang apa?

'Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham'-mkini

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kalangan anggota parti itu belum memahami sepenuhnya Model Baru Ekonomi yang dipelopori presidennya Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata demikian ketika mengulas kegelisahan yang wujud di kalangan ahlinya terhadap penambahbaikan Dasar Ekonomi Baru, yang dikhuatiri akan menghakis hak dan keistimewaan Melayu.

Namun, tidak ramai di kalangan pemimpin parti yang tampil memberi penjelasan dan mempertahankan buah fikiran presiden mereka – usaha untuk liberasi pasaran dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.


-------------------------------------------------------------


Ghahahahahahaa...tak tahaaannn...tak tahaannn..tak ramai yang bagi bantuan untuk jelaskan? Hahahahaha. Nak jelas apa kalau dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap? Liberasi pasaran, menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi? Miahahahahahahaha.

~betullah orang cakap, kalau letak monyet sekalipun untuk bertanding atas bendera BN, orang kampung akan tetap sokong. Walaupun cakap dia tak difahami, tapi asal BN, boleh saja..

ini beruk belanda. Walaupun berhidung besar, tapi tidak ada kena mengena bersepupu-sepapat dengan sesiapa pun tan, tun, ting, tong, kang, kong, atau manusia dari Kubang Pasu atau yang pernah bertanding atas bendera dacing. lol.

Pendatang Haram-Haraman..

Nukilan berikut dipetik daripada blog Hishamuddin Rais. Pinjaman tanpa riba dan rasuah. hoho~

APA AKAN JADI JIKA ANDA MASUK KE NEGARA-NEGARA INI SECARA HARAM:

Kalau anda masuk ke Korea Utara secara haram
Anda akan di penjara selama 12 tahun dengan kerja berat

Kalau anda masuk ke Iran secara haram
Anda akan di tahan dan di tuduh perisek dari Amerika

Kalau anda masuk ke Saudi Arabia secara haram
Anda akan di penjara tanpa mahkamah

Kalau anda masuk ke negara China secara haram
Selamat tinggal dunia

Kalau anda masuk ke UK secara haram
Anda akan ditangkap, dibicara dan di hantar pulang

Kalau anda masuk secara haram ke Sabah, Serawak dan Malaysia
Anda akan dapat status penduduk tetap
Kalau dekat waktu pilihanraya
Anda akan diberi kad pengenalan
Anda boleh mengundi
Anda mesti mengundi orang yang memberi kad pengenalan anda

Kalau anda masuk secara haram ke Kelantan petang kelmarin
Anda akan di hantar ke Galas
Di beri kad pengenalan
Di beri tempat tinggal

Anda akan menjadi hairan dengan sambutan terbaik
Ini kerana anda telah memilih tarikh
Dan waktu yang tepat untuk menyuludup masuk kah kah kah

~apa macam??

.:sampai tertanggal songkok pahlawan keris ni tergelak:.

Wednesday, October 6, 2010

Freemasonry

FREEMASONRY - ANCAMAN SATU DUNIA?

Aku pernah dengar pasal freemason ni, dan aku jugak pernah nampak sebuah kereta perdana hitam dengan sticker lambang ini 'live' kat parking lot Damansara Intan. Dulu aku selalu tertanya - tanya, apakejadahnya freemason ni? Aku ingatkan macam persatuan - persatuan yang ada kat Rembau tu, tapi bila aku google dan tengok kat wikipedia baru la aku tahu rupa-rupanya ia bukan sekadar persatuan. Freemason, sepertimana yang diceritakan dalam wikipedia, merupakan sebuah persatuan persaudaraan yang bermula dengan asal usul yang agak kabur antara pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17. Ada yang mengaitkan kewujudannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno dan juga fahaman daripada Kesatria Templar yang dikhabarkan telah menemui harta karun dari zaman Nabi Sulaiman di sebuah tempat yang dipanggil Haikal Sulaiman. Nak diceritakan, Haikal Sulaiman ataupun Solomon's Temple ini suatu masa dahulu merupakan pusat tumpuan keagamaan untuk penyembahan dan pengorbanan dalam agama Yahudi purba. Telah diriwayatkan bahawa Kesatria Templar ini telah menemui harta-harta termasuk manuskrip-manuskrip purba yang diantaranya merupakan'Al-Ma'thurat' ratib-ratib ahli sihir pada zaman dahulukala. Dan mereka itu telah mengamalkan apa yang terkandung dalam manuskrip tersebut dengan penuh yakin yang mana secara tidak langsung mereka ini juga menjadi penyembah syaitan, sehingga membolehkan mereka berhubung secara online dengan Dajjal. Hal ini tidak dapat disahkan secara rasmi tetapi ada pendapat yang mengatakan sedemikian. Malahan mereka ini juga pernah diburu oleh kerajaan kristian eropah kerana murtad (kristian. ha-ha), mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan dalam ritual-ritual Freemason.



Freemason mungkin tidak sepopular kumpulan-kumpulan dan persatuan-persatuan lain yang ada di Malaysia ini, tetapi ada ura-ura mengatakan bahawa sebahagian daripada persatuan yang agak popular itu didalangi oleh Freemason sendiri. Rotary, Lions Club, dikhabarkan mempunyai hubungan terus dengan gerakan Freemason. Di Malaysia sebenarnya sudah lama gerakan ini wujud malah terdapat juga beberapa loji (masonic lodge; tempat berkumpul pengikut gerakan Freemason) yang telah lama bertapak di seluruh Malaysia kecuali di Terengganu dan Kelantan. Sebagaimana keanggotaanya di luar negara, gerakan ini biasanya menyasarkan golongan elit sebagai ahli-ahlinya, berkemungkinan atau sebenarnya memang nyata, untuk tujuan mendapatkan pengaruh dari segi kepercayaan umum dan kewangan termasuk pentadbiran negara. Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Freemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika. Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi. Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.

Mengenai penggunaan Freemason sebagai nama gerakan ini, penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain (macam pernah dengar dikalangan rakyat Malaysia dan Melayu ini mengenai sebuah perikatan persaudaraan yang begini. Mungkin hanya kebetulan barangkali).

Kewujudan perkumpulan Freemason di Malaysia ini sebenarnya tidak perlu disangkal lagi lantaran hebatnya dunia tanpa sempadan ini, maka tercapailah maklumat yang jarang-jarang kita ketahui:

DISTRICT GRAND LODGE OF THE ARCHIPELAGO

District Secretariat Mailing Address
3 Jalan Maran Dewan Freemason
Off Jalan Kuantan 15 Jalan 18/16
Titiwangsa Taman Kanagapuram
53200 Kuala Lumpur, Malaysia 46000
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel.: +603-4025 2634

District Grand Master
Bro. Dr. Daljit Singh Nagreh
Nagreh Skin Clinic
272 Jalan Macalister

10400 Penang, Malaysia
Tel.: +604-228 5622 (O)
Tel.: +604-657 4167 (R)
Tel.: +6012-477 5055 (M)
Fax: +604-228 7928 (O)
Fax: +603-4025 2635
Itu merupakan sebahagian daripada kaitan hubungan yang boleh aku paparkan di sini. Tapi hakikatnya gerakan ini sudah lama bertapak di Malaysia ini. Bukan setakat itu sahaja, kemerdekaan Malaya serta penciptaan bendera Malaysia juga sudah diketahui ramai ada perkaitannya dengan gerakan Freemason ini. Kertas kerja dari Harvard University bertarikh 1937, telah ditemui dengan tajuk ' MALAYSIA : A Study in Direct and Indirect Rule'. Di sebelah lagi muka awalnya pula menunjukkan syarikat penerbitannya dengan menggunakan lambang bermotifkan lambang Freemason. Jadi kewujudan negara ini bukanlah satu kebetulan atau ciptaan penguasa gerombolan yang sedang berkuasa sekarang, tetapi nama Malaysia itu sendiri sudah wujud sebelum tarikh kemerdekaannya. Oleh itu sudah jelas dan terang bahawa sebenarnya memang ada suatu kuasa besar yang bertanggungjawab menentukan wujudnya negara kita ini. Arahan dari suatu tempat telah diberi dan diterima supaya kemerdekaan bagi negara ini diberi, dan juga negara ini diberi nama MALAYSIA, juga bendera berjalur 14, berbulan berbintang, diterima sebagai lambang negara ini lantaran ia merupakan gambaran terdekat kepada bendera First Republic of Freemason atau lebih dikenali sebagai Amerika Syarikat.

Bahayanya Freemason ini bukan sahaja dari segi kawalan terhadap ekonomi ataupun politik sesuatu negara, tetapi yang lebih penting ialah bahaya terhadap fahaman dan pegangan mereka. Berikut merupakan matlamat utama Freemason :
1) Matlamat utama:–Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya.
2) Matlamat sampingan:–
a) Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan.
b) Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.
Dan ini pula prinsip-prinsip Freemason:
1) Kerahsiaan.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.
Jadi adalah jelas dan nyata bahawa kewujudan gerakan ini bukan sahaja bakal memusnahkan negara malah memesongkan akidah umat.

......bersambung....(kalau kerajinan melanda)

sumber info:

1. www.anwaribrahimclub.com
2. wikipedia
3. helmdahl.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

MAGIKA!!

Telah datang seorang kanak-kanak bernama Ayu (bukan nama sebenar) kepada bapanya.
'Ayah, Ayu rasa bosan hidup di sini. Mahunya Ayu pergi ke sebuah tempat di mana semua impian boleh menjadi kenyataan, dan setiap suatu perkara itu adalah tidak mustahil untuk direalitikan,' ujar kanak-kanak itu.
'Apa Ayu tidak pernah dengar akan Magika?', tanya si bapa.
'Malaygika? Di mana Magika? Apakah disana boleh menghidupkan suatu angan-angan agar menjadi kenyataan?' tanya anak itu dengan penuh harapan.



Magika ialah sebuah kerajaan yang masyhur suatu ketika dahulu. Tatkala kerajaan lain berusaha untuk maju, Magika sudah lama berpasak menjadi sebuah tempat tumpuan pedagang dari seluruh dunia. Hasil buminya tidak terhingga, dari rempah ratus, tanah-tanah, bijih galian, emas dan perak, stable-stable lumba kuda, factory-factory, dan sebagainya. Magika terkenal bukan sekadar di benua sekitarnya, malah dari negara-negara Timur Tengah seperti Pakistan, Afghanistan, Popostan, Titistan, Go-head-gostan (dekat-dekat dengan negeri SETAN), Tanjung Rambutan, dan lain-lain.


Apa yang Magik dalam Magika? Di Magika, tiada suatu pun mustahil. Ada suatu kisah pernah diceritakan, di Magika ini penguasanya pernah membeli suatu kenderaan ajaib yang dipanggil Scorpene. Scorpene ini merupakan sebuah kapal selam, tetapi yang ajaibnya kapal belian Magika ini adalah ia sebenarnya merupakan sebuah kapal selam yang tak boleh menyelam. Mana mungkin kita jumpa di mana-mana kerajaan, sebuah kapal selam yang tidak boleh menyelam. Itulah ajaibnya Magika. Kapal Selam yang tidak boleh menyelam itu dibeli dengan harga mencecah billion Ringgit Magika lantaran kewangan pembesar-pembesar utama di Magika dan cash-flow kerajaan yang sangat baik, terutama dari sumbangan rakyat Magika yang berbudi bahasa dan berbilang kaum. Bukan itu sahaja, pembesar utama di Magika turut mendapat laba besar daripada jualbeli kenderaan ajaib tersebut sehingga besar dan lebar surinya dek menampung wang komisyen itu. Sehingga kini, khabar mengenai kapal selam yang tidak boleh menyelam itu terdiam seketika kerana negara penjual mahu membuat sedikit siasatan lantaran terkejut dengan kelebaran suri perdana tersebut selepas proses jualbeli.


Itu baru satu keajaiban di Magika. Ada lagi diberitakan mengenai satu kemustahilan yang nyata menjadi realiti di bumi Magika. Telah dikhabarkan bahawa seorang pembesar dari negeri pasir, mampu memiliki kediaman seumpama pembesar diraja. Bukan itu sahaja, dengarnya bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman membeli tanah dan membina mahligai itu adalah sama dengan pendapatan bulanan minimum 15 orang amah dari seberang. Yang menjadi pokok hairannya ialah pembesar itu pernah melancarkan dan mengilhamkan 'SETINGGAN SIFAR' iaitu suatu kempen untuk menghapuskan kediaman tidak rasmi dan tidak berdaftar. Tapi mungkin juga ada logiknya kerana ada kemungkinan pembesar ini, walaupun asal usulnya dari tanah seberang, mahu membawa semua rakyat yang di kediaman tidak berdaftar itu duduk di rumahnya. Alangkah baiknya hati budi pembesar tersebut, dan ini juga ada kemungkinan kerana beliau telah menunjukkan budi baiknya dengan menyedekahkan tanah kepada pemandu peribadinya. Jadi tidak mustahil beliau boleh membawa semua mereka itu tinggal dengannya di rumah mewah itu.


Ada lagi satu cerita yang diriwayatkan dimana pembesarnya sangatlah berjiwa rakyat. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi kata-kata pujangga sang pembesar perdana. Berdasarkan konsep itu, maka semuanya akan dimulakan dengan rakyat, tidak kira baik atau buruk. Dan pembesar-pembesar utama juga sangat mulia hatinya kerana ada yang sanggup turun ke ladang getah dan menoreh sepertimana rakyatnya. Ada juga suatu ketika dimana sang pembesar perdana memberi bantuan sebanyak 3 juta Ringgit Magika kepada sebuah sekolah biarpun mereka berlainan bangsa. Dan ada juga di sebuah pedalaman dimana pembesar perdana mengatakan, 'I help you, You help me,'. Betapa mulianya hati seorang pemimpin perdana itu. Pemimpin perdana itu juga pernah menjanjikan hiburan buat seluruh negara ketika berlangsungnya pesta bola dunia, tetapi ditarik balik, dan diwar-warkan semula, lalu ditarik balik. Dan sebenarnya cubaan pembesar perdana itu telah berjaya menaikkan saham sebuah syarikat besar yang selalu memberi bantuan kepada kumpulan pembesar itu. Dan pembesar perdana ini sebenarnya turut memiliki sebuah lagi kenderaan ajaib yang jarang-jarang ada di dunia. Kenderaan itu ialah sebuah helang besi yang tidak mempunyai isi perut. Bayangkan betapa ajaibnya semua rakyat termasuk pembesar di Magika.


Itulah kisahnya mengenai sebuah kerajaan bernama Magika. Negaranya indah, pembesarnya kaya, rakyatnya berbilang kaum, cukainya melimpah, rasuahnya bersepah-sepah, kroninya melipat-lipat dan bermacam-macam lagi. Ingatlah, di Magika, tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi.....dan birokrasi.

~sumpah aku tak tengok Magika lagi..

Sunday, October 3, 2010

Harga Rokok Naik Lagi daaa~

Cigarette prices to go up tomorrow

PETALING JAYA: Cigarette prices are expected to go up tomorrow by 70 sen for a pack of 20 sticks. According to a report by a Chinese daily, most 20-stick packs, which is currently sold at RM9.30, will cost RM10. Quoting sources, the daily reported that the 70 sen increase is one of the highest in recent history, with previous hikes being between 10 and 30 sen. Packs of high-grade cigarettes are expected to cost as much as RM14.
A source predicted that the price hike would cause cigarette sales to drop by 10%. -thestar

Yang ni jadi RM 10.70 = RABAK

Yang ni jadi RM 10.00 = RABAK JUGAK!



---TAPI---



YANG INI COOL AJE...


Bila harga naik, ramailah yang pasang azam nak berhenti. Lepas sebulan nai, dah mula senyap balik. Tapi bila naik lagi sekali, ulang lagi azam yang sama. Sampai bila? Ini yang kita tak tahu. Aku sendiri pun tak tahu bila aku akan berhenti merokok. Tapi mungkin satu hari nanti. Mungkin. Mungkin itu bermaksud 50-50 diantara ya dan tidak. Jadi sebarang spekulasi ditolak sama sekali.

~kalau mahal, hisap rokok daun aje. Daun dengan tembakau baru berapa sen.

OTAK TAK CENTER - O.T.C.

Hmmm...I can't seem to get the momentum to keep my fingers running on this keyboard. I'm suddenly out of ideas. Oh, what the bloody hell is happening to me? Yes, betul memang esok aku akan hadapi suatu yang belum pernah aku lalui tapi biasanya aku akan tenang tapi kali ni lain macam sikit. Pagi tadi pun bangun-bangun je dah rase something wrong. Tiba-tiba terkejut aku tengok jam dah pukul sepuluh, ingatkan dah lambat. Rupa-rupanya memang dah lambat tapi salah hari. It's suppose to 9.30 am on Tuesday! Ok, I'm really messed up here.


Dalam 2-3 hari ni aku asyik berlari-lari ke sana ke mari, pegi sana pegi sini, luangkan masa di sana sini. Kejap pegi pekan, kejap pegi Tampin berfutsal, kejap ke Seremban berbadminton, kejap ke Chongkau Ulu ber'hot spring'. Cuba nak hilangkan rasa resah dalam hati sendiri. Bila cerita kat orang nanti banyak pulak pendapat yang bukan-bukan, so I better keep it inside. Dalam diam aku cuba tenteramkan diri sendiri dengan apa yang sudah terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sakit menanggung tu dah tentu, tapi kalau difikirkan pun langsung tak memberi manfaat sebab yang difikirkan cuma sakit bukan penyelesaian. Aku rasa aku tak hairan kalau satu hari nanti aku mati sebab stress, because that's what I'm currently going through!


Semenjak dua menjak ni aku selalu ditinggalkan sendirian kat rumah. Mama keluar dengan da, abah pun keluar, yang lain-lain memang tak ada kat rumah pun. So, aku pun tinggal macam penunggu dalam rumah ni, lepak kat sarang aku kat atas, online, tengok tv, tengok ESPNEWS, makan, solat, tidur, jalan pegi dapur, naik balik, and round and round and round and round again. This might be silly to some people but it suddenly, eventually increase my stress level little by little. Bila tengok kat luar, aku akan nampak pokok-pokok durian, kucing-kucing, kura-kura, greenwater yg aku develop dalam kolam kecik depan rumah ni, Bunga Misai Kucing, kereta-kereta, dan lain-lain. Dan semua tu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam stranded in a place where there's no one else except me. I can live on my own, that's not really a problem pun, tapi bila aku terduduk sorang-sorang, otak aku mula berfikir macam-macam. Apa nak jadi esok? Apa akan jadi esok? Can I survive? Can I be saved? Kenapa aku rasa macam semua orang tinggalkan aku kat sini? Kenapa aku mesti jadi macam ni? Serious, stress beb! I'm no kidding, bro. Terasa nak menjerit pun ada.


I do wish that I can turn back time. Re-do all those things that I've done wrong. Buat balik semua benda and pt it back together in a better order. Yes, betul, aku rasa menyesal. Suatu kenyataan yang jarang keluar dari diri aku, penyesalan. Tapi disebabkan aku tak boleh putarkan masa untuk ulang kembali semua yang dah terkubur, rasanya jalan terbaik ialah fokus kepada perkara yang belum terjadi. Well, that's what we do in our life, planned for the future, ready for the outcome. Hopefully I manage to go through all this things and make a major change in my own life.

~kalau bukan semalam, mungkin hari ini. Jika bukan hari ini, esok masih ada.