FREEMASONRY - ANCAMAN SATU DUNIA?
Aku pernah dengar pasal freemason ni, dan aku jugak pernah nampak sebuah kereta perdana hitam dengan sticker lambang ini 'live' kat parking lot Damansara Intan. Dulu aku selalu tertanya - tanya, apakejadahnya freemason ni? Aku ingatkan macam persatuan - persatuan yang ada kat Rembau tu, tapi bila aku google dan tengok kat
wikipedia baru la aku tahu rupa-rupanya ia bukan sekadar persatuan. Freemason, sepertimana yang diceritakan dalam wikipedia, merupakan sebuah persatuan persaudaraan yang bermula dengan asal usul yang agak kabur antara pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17. Ada yang mengaitkan kewujudannya dengan kultus
Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno dan juga fahaman daripada
Kesatria Templar yang dikhabarkan telah menemui harta karun dari zaman Nabi Sulaiman di sebuah tempat yang dipanggil
Haikal Sulaiman. Nak diceritakan, Haikal Sulaiman ataupun Solomon's Temple ini suatu masa dahulu merupakan pusat tumpuan keagamaan untuk penyembahan dan pengorbanan dalam agama Yahudi purba. Telah diriwayatkan bahawa Kesatria Templar ini telah menemui harta-harta termasuk manuskrip-manuskrip purba yang diantaranya merupakan'Al-Ma'thurat' ratib-ratib ahli sihir pada zaman dahulukala. Dan mereka itu telah mengamalkan apa yang terkandung dalam manuskrip tersebut dengan penuh yakin yang mana secara tidak langsung mereka ini juga menjadi penyembah syaitan, sehingga membolehkan mereka berhubung secara online dengan Dajjal. Hal ini tidak dapat disahkan secara rasmi tetapi ada pendapat yang mengatakan sedemikian. Malahan mereka ini juga pernah diburu oleh kerajaan kristian eropah kerana murtad (kristian. ha-ha), mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan dalam ritual-ritual Freemason.
Freemason mungkin tidak sepopular kumpulan-kumpulan dan persatuan-persatuan lain yang ada di Malaysia ini, tetapi ada ura-ura mengatakan bahawa sebahagian daripada persatuan yang agak popular itu didalangi oleh Freemason sendiri. Rotary, Lions Club, dikhabarkan mempunyai hubungan terus dengan gerakan Freemason. Di Malaysia sebenarnya sudah lama gerakan ini wujud malah terdapat juga beberapa loji (
masonic lodge; tempat berkumpul pengikut gerakan Freemason) yang telah lama bertapak di seluruh Malaysia kecuali di Terengganu dan Kelantan. Sebagaimana keanggotaanya di luar negara, gerakan ini biasanya menyasarkan golongan elit sebagai ahli-ahlinya, berkemungkinan atau sebenarnya memang nyata, untuk tujuan mendapatkan pengaruh dari segi kepercayaan umum dan kewangan termasuk pentadbiran negara. Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Fr
eemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika. Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi. Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.
Mengenai penggunaan Freemason sebagai nama gerakan ini, penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil
mason atau
stone mason) pada
Zaman Pertengahan di
Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan
rough mason.
Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (
free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama
"Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi
Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka.
Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain (macam pernah dengar dikalangan rakyat Malaysia dan Melayu ini mengenai sebuah perikatan persaudaraan yang begini. Mungkin hanya kebetulan barangkali).
Kewujudan perkumpulan Freemason di Malaysia ini sebenarnya tidak perlu disangkal lagi lantaran hebatnya dunia tanpa sempadan ini, maka tercapailah maklumat yang jarang-jarang kita ketahui:
DISTRICT GRAND LODGE OF THE ARCHIPELAGO
District Secretariat Mailing Address
3 Jalan Maran Dewan Freemason
Off Jalan Kuantan 15 Jalan 18/16
Titiwangsa Taman Kanagapuram
53200 Kuala Lumpur, Malaysia 46000
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel.: +603-4025 2634
District Grand Master
Bro. Dr. Daljit Singh Nagreh
Nagreh Skin Clinic
272 Jalan Macalister
10400 Penang, Malaysia
Tel.: +604-228 5622 (O)
Tel.: +604-657 4167 (R)
Tel.: +6012-477 5055 (M)
Fax: +604-228 7928 (O)
Fax: +603-4025 2635
Itu merupakan sebahagian daripada kaitan hubungan yang boleh aku paparkan di sini. Tapi hakikatnya gerakan ini sudah lama bertapak di Malaysia ini. Bukan setakat itu sahaja, kemerdekaan Malaya serta penciptaan bendera Malaysia juga sudah diketahui ramai ada perkaitannya dengan gerakan Freemason ini. Kertas kerja dari Harvard University bertarikh 1937, telah
ditemui dengan tajuk ' MALAYSIA : A Study in Direct and Indirect Rule'. Di sebelah lagi muka awalnya pula menunjukkan syarikat penerbitannya dengan menggunakan lambang bermotifkan lambang Freemason. Jadi kewujudan negara ini bukanlah satu kebetulan atau ciptaan penguasa gerombolan yang sedang berkuasa sekarang, tetapi nama Malaysia itu sendiri sudah wujud sebelum tarikh kemerdekaannya. Oleh itu sudah jelas dan terang bahawa sebenarnya memang ada suatu kuasa besar yang bertanggungjawab menentukan wujudnya negara kita ini. Arahan dari suatu tempat telah diberi dan diterima supaya kemerdekaan bagi negara ini diberi, dan juga negara ini diberi nama MALAYSIA, juga bendera berjalur 14, berbulan berbintang, diterima sebagai lambang negara ini lantaran ia merupakan gambaran terdekat kepada bendera First Republic of Freemason atau lebih dikenali sebagai Amerika Syarikat.
Bahayanya Freemason ini bukan sahaja dari segi kawalan terhadap ekonomi ataupun politik sesuatu negara, tetapi yang lebih penting ialah bahaya terhadap fahaman dan pegangan mereka. Berikut merupakan matlamat utama Freemason :
1) Matlamat utama:–Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya.
2) Matlamat sampingan:–
a) Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan.
b) Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.
Dan ini pula prinsip-prinsip Freemason:
1) Kerahsiaan.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.
Jadi adalah jelas dan nyata bahawa kewujudan gerakan ini bukan sahaja bakal memusnahkan negara malah memesongkan akidah umat.
......bersambung....(kalau kerajinan melanda)
sumber info:
1. www.anwaribrahimclub.com
2. wikipedia
3. helmdahl.blogspot.com