Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Tipikaliti dan kemerdekaan

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another. Bercakap mengenai tipikal, ia boleh ditakrifkan sebagai satu kebiasaan ataupun lumrah, mempunyai sifat-sifat lazim, sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Contoh mudah tipikal ialah bila mana kita sebut kaum india, automatik otak kita akan proses imej berkulit hitam, bahasanya berlidah tebal, bila sebut melayu, kita terus bayangkan beragama Islam. Dalam era globalisasi ini, tidak dapat tidak, minda kita akan senantiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal ini. Hal ini berkait rapat dengan persekitaran iaitu pengaruh sekeliling, apa yang kita lihat dari zahir, bahkan apa yang kita tonton di televisyen dan layar perak sekalipun mampu mempengaruhi pemikiran tipikal ini. Semuanya berkait rapat, namun tetap jatuh kepada kebebasan fikiran kita untuk memutuskan sesuatu tipikaliti itu.

31 Ogos setiap tahun di Malaysia disambut sebagai Hari Pengisytiharan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu luas takrifannya. Setiap satu makhluk, insan, malah objek ciptaan manusia sekalipun ada takrifan kemerdekaan sendiri. Ini terlalu umum untuk ditakrifkan secara total, terlalu luas untuk diberikan makna sekadar sepotong ayat.

Menyorot soal tipikaliti dan kemerdekaan, apakah pemikiran tipikal kita bila disebutkan kemerdekaan? Perbincangan untuk posting kali ini ialah, bila kita sebut orang Parti Islam SeMalaysia (PAS), dengan mudah pemikiran tipikal kita akan tergambarkan ustaz-ustaz, tok lebai, berserban berkopiah putih, bercakap soal agama, dan bila disebut UMNO-Barisan Nasional, yang terbayang ialah songkok dan baju melayu, baju batik, berkot dan tali leher, ada juga terbayang BR1M dan keamanan negara. Persoalannya, amankah negara sekarang? Mungkin jauh lagi untuk dijawab.

Melihatkan isu di Syria, di Mesir, tidak lama dahulu di Tunisia, rakyatnya bangkit untuk kebajikan sendiri, yang kita nampak cuma keganasan pemerintah seperti Al-Sisi, Basyar Al-Asad, tidak terfikirkah kita mereka yang melawan itu cuma berbekalkan pesanan dari ulama' seluruh dunia yang bila disebut sahaja kita akan terbayangkan 'berserban, berkopiah putih, bercakap soal agama'. Apakah mereka tidak suka keamanan dengan menyokong pemerintah mereka yang 'berbaju kot, bertali leher'? Nampak kaitannya dengan persoalan mula dari perenggan atas? Tidak merdekakah mereka hingga perlu berjuang sebegitu rupa? Fikirkan.

Pokok pangkalnya di sini, hidup kita ini ada tujuannya. Tidak Allah jadikan kita dengan tidak ada sebab, segalanya bersebab, malah Allah ciptakan batu yg tak berbunyi tak bercakap tak bernyawa itu pun ada tujuannya. Semuanya kita perlu berbalik kepada Yang Esa. Andai kita sebut berjuang untuk negara dan bangsa, sia-sia perjuangan itu, sama seperti Quzman semasa Perang Uhud, berjuang hanya kerana bangsanya lalu mati sebagai ahli neraka.

Perjuangan untuk agama Allah ini sangat luas kalau mahu diceritakan dari satu perspektif sahaja. Juangnya itu untuk menegakkan agama, meluruskan masyarakat dengan agama, meninggalkan segala yang ditegah, mengerjakan apa yang diperintah. Apakah dengan mengangkat bangsa yang majoriti beragama Islam, kita sudah dianggap merdeka dari perjuangan menegakkan agama? Atau mungkin kita kata negara kita sudah dimerdekakan dari penjajah dengan syarat tertentu oleh mereka, sudah kita anggap merdeka? Kalau itu takrifannya, tiadalah erti merdeka itu, cuma sekadar tipikaliti pemikiran kita yang menganggap kita sudah merdeka. Jadi, merdekakah kita dari pemikiran tipikal itu?

Thursday, December 16, 2010

Natural Justice

I GOT tumblr YO!
Anwar and 3 others banned for six months - malaysiakini


The Dewan Rakyat approved a motion today suspending Opposition Leader Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) for six months over his statement linking the 1Malaysia concept with the "One Israel" campaign. (cerita panjang di SINI)


taken from Malaysiakini.com
Natural Justice jika ditakrifkan secara mudah ialah pemberian hak kepada suatu pengadilan mengikut prosedur-prosedur tertentu. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dikenakan suatu tuduhan, terdapatnya hak untuk beliau menjawab pertuduhan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti (sekiranya ada), kemudian diperdengarkan oleh suatu lembaga pengadilan (hakim, juri, bla bla bla), dan barulah diputuskan keputusan terhadap pertuduhan tersebut. Namun dewasa ini situasi bias atau berat sebelah sering terjadi dalam memutuskan suatu keputusan pertuduhan, contohnya seperti apa yang berlaku di dalam parlimen malaysia hari ini. Pihak yang dituduh membangkitkan soal keadilan di mana tiada ruang pembelaan diberikan sementelah yang mengetuai dewan menggunakan kuasa bagi menentukan keputusan tersebut. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep Natural Justice dan sedikit sebanyak kemuliaan dewan tersebut tercalar dengan sikap sebegitu.


Istilah Kangaroo Court menurut kamus wikipedia adalah merujuk kepada suatu keadaan pengadilan di mana pengesahan pertuduhan akan dibuat samada melalui proses memanipulasi prosedur ataupun menghalang pembelaan. Dalam Kangaroo Court / Kangaroo Trial pihak tertuduh akan didapati bersalah walau dengan apa cara sekalipun. Gelaran kangaroo digunakan bagi menggambarkan bagaimana suatu penghakiman itu dibuat dengan 'melompat' semua prosedur pembelaan dan terus kepada keputusan pertuduhan. Jadi segala proses pembelaan, pendakwaan, bukti-bukti, dan lain-lain akan dilompat dan tidak dihiraukan. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep keadilan sebenar. Jika hal sebegini diamalkan, semua jenis mahkamah, semua jenis peguam mahupun juri, adalah dilihat sebagai boneka semata-mata. Keadaan ini boleh mencemar imej suatu negara, sistem keadilannya, dan juga kredibitili pemerintah dalam memberikan hak terhadap semua pihak.


Martin Luther King
Dalam mengharungi situasi globalisasi dan politik yang kian meruncing, pemberian hak dalam pengadilan adalah tidak mustahil dapat membersihkan imej suatu negara. Dalam Islam, adil diterjemahkan sebagai meletakkan sesuatu betul pada tempatnya, dan tidak mustahil takrifan itu adalah universal dan boleh digunapakai dalam semua bahasa mahupun agama. Dan dalam situasi penghakiman, maksud adil itu ialah memberi ruang bagi meneruskan suatu perbicaraan/pertuduhan mengikut prosedur yang betul, tanpa melangkaui atau melompat mana-mana bahagian. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa bicara. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa pembelaan. Dan tidak sepatutnya terjadi keadaan sebegitu dalam sebuah dewan yang mana hala tuju sesebuah negara dibentuk. Dalam situasi sebegini, pihak penghakiman sepatutnya bersifat neutral dan tambahan pula pendengaran bagi pembelaan adalah suatu yang normal, tidak harus dilangkau-langkau. Seandainya pihak yang memberi tuduhan risau akan gugurnya tuduhan tersebut, sekurang-kurangnya biarkan sistem pegadilan berlaku seperti biasa. Dan sekiranya sistem pengadilan berlaku seperti biasa dan pertuduhan tersebut digugurkan sekurang-kurangnya pihak yang mendengar dari luar akan tetap memberikan penghormatan kerana pengadilan dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ini yang seharusnya dilakukan dalam semua sistem pengadilan di muka bumi ini. Namun, banyak yang lebih mementingkan ego daripada penghormatan. Lantaran menjaga ego, rasa hormat terpijak oleh perilaku sendiri.

Friday, December 10, 2010

Mahasiswa Berpolitik vs AUKU.

sila klik untuk besarkan

Siang tadi adalah admin fan page ni keluarkan status 'contoh mahasiswa tak pondan' dengan ber'link'kan blog tersebut. Aku ni sebagai umat yang penuh dengan curiosity pun telah masuk sambil memberikan komen. Sebelum tu aku riki dulu ape isi kandungan blog tersebut, memang sadis demonstrasi pelajar-pelajar kat LUAR NEGARA sana, slumber redah dengan sepanduk, signboard, bendera-bendera, bakar-bakar, hanya disebabkan yuran perngajian mereka dinaikkan. Kadang-kadang aku pelik jugak, diorang ni bayar sendiri ke yuran tu? Mak bapak diorang tak sponsor ke macam rata-rata masyarakat di Malaysia ni? Memang kalau tengok kat gambar laporan tersangat sadistiko! Link blog itu di SINI dan antara contoh link berita demo adalah di SINI dan SINI.


Berbanding dengan kebanyakan negara luar, di Malaysia telah diadakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1995. Wujudnya akta ini pada awalnya iaitu pada tahun 1971 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Tetapi selepas pindaan pada tahun 1975 dan kemudian 1995, telah dimasukkan beberapa seksyen-seksyen baru yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 yang kekal sehingga kini ialah; menghalang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja, serta menghalang dari penggabungan di antara badan-badan pelajar. (rujukan: wikipedia). Secara amnya, En. Mahathir Mohamad mengusulkan pindaan tersebut adalah kerana pelajar melayu dan bumiputera tidak berapa cemerlang di IPT lantaran terlalu bergiat aktif dalam politik. Tetapi kalau difikirkan dari aspek pembentukan minda demokrasi generasi muda, ini adalah jelas membataskan mereka. AUKU kini menjadi satu taboo bagi kebanyakan mahasiswa di universiti, kebanyakannya memberi alasan seperti:


Nampak tak apa yang sedang berlaku dengan minda pelajar sekarang? AUKU tu disifatkan sebagai ISA dalam dunia pelajar. Kalau tangkap berdemo mesti kena buang, sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa proses untuk pengadilan bagi akta-akta dibawah AUKU bukan begitu. Dan dapat kita lihat bagaimana pandangan generasi akan datang terhadap AUKU, terlalu takut sedangkan mereka tak sedar bahawa mereka sedang disekularkan oleh sistem pembelajaran yang dibawa sekarang. Aku sesungguhnya tidakkan terkejut kalau produk-produk IPTA sekarang ini apabila keluar nanti akan mengalunkan irama mengasingkan agama dan politik pula, kerana penerapan terhadap pengasingan itu dah boleh nampak dengan jelas pada waktu ini. Selain itu, pendidikan oleh AUKU ini sebenarnya menghalang perkembangan minda demokrasi generasi. Daripada pendidikan sosio-politik yang terjadi dalam negara sendirilah sepatutnya generasi yang masih lagi dalam kategori 'rebung' boleh mendapatkan contoh, kesimpulan, akibat, impak dan sebagainya yang terbaik bagi persediaan mereka untuk menerajui kerajaan di masa hadapan. Tetapi kini mereka terus dijumudkan dengan adanya AUKU.


Ehehe. Kepada mereka-mereka yang berdebat dengan aku tadi tu mintak maaflah, korang tu masih adik-adik lagi. Aku tak paksa korang berdemo pun, lagipun sebenarnya mereka ni dah tersalah tafsir. Biasalah budak-budak baru nak menyusu, nak buat camana, kan? Admin fanpage tu bagi contoh lain, dalam blog pun cerita mahasiswa negara luar, yang mereka ni pulak berdegar-degar bercerita pasal demo bantah kenaikan harga oleh mahasiswa lepas solat jumaat tadi. Itu la yang aku kata, budak-budak nak buat camno? Lagipun bantah kenaikan harga barangan tu kan jauh berbeza dengan bantahan politik. Haha. Bab itu bukan sekular, ingat tu. Dan aku pun tak terkejut la sebab diorang ni terlalu kecut telur dengan AUKU sebab memang kerajaan pun canangkan AUKU ni ibarat ISA bagi pelajar. 'Takpe, dik. Dah abis belajar nanti korang kasi perasap telur balik yang kecut tu jadi kembang. Tapi jangan lepas belajar pun kecut lagi sebab ISA pulak.'

Tuesday, December 7, 2010

Kisah Pemburu dan Serigala Kutub

truenorthsafaris.com
Beberapa minggu yang lalu aku agak terikut dengan Siri Video 'The Arrivals' di YouTube. Paparan mengenai pelbagai konspirasi Illuminati dan juga perselisihan dan perbalahan dalaman diungkai dengan begitu ringkas tetapi berasas. Aku tertarik dengan sebuah kisah mengenai pemburu dan serigala kutub. Ceritanya agak ringkas tetapi maknanya dan perumpamaannya begitu mendalam.


Selain memburu dengan menggunakan senjata api, cara alami dan tradisional juga boleh membuahkan hasil. Satu cara untuk memburu serigala ialah dengan menggunakan tipu helah. Pemburu akan menggunakan pisau dan membasahkannya dengan darah. Pisau yang sudah diselaputi darah itu akan diletakkan di dalam ais dan dibiarkan bilah tajamnya sahaja terkeluar. Kemudian tiba sang serigala yang tertarik dengan bau darah tersebut. Serigala itu akan menjilat-jilat bilah itu hingga lidahnya sendiri terluka. Namun, biarpun lidahnya sudah terluka serigala itu terus menjilat bilah itu dan darahnya sendiri disangka darah mangsanya lalu dihisap semahu-mahunya. Perbuatannya itu diteruskan sehingga akhirnya serigala itu mati memakan darahnya sendiri.


Apa yang boleh digambarkan daripada kisah tersebut ialah; pemburu itu diibaratkan sebagai kerajaan sekarang, dan serigala itu merupakan kita sebagai rakyat. Pemburu akan menggunakan helah dengan memberi sesuatu yang boleh menarik minat serigala, dan membuatkannya leka sehingga tidak sedar yang dirinya sedang diperdaya. Sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan, cuba menyogok rakyat dengan projek-projek mega, hub hiburan, dan pelbagai lagi dengan memberi alasan untuk kebaikan rakyat. Memang tidak dinafikan semua cadangan itu ada positifnya, tetapi negatifnya lebih banyak. Sebagai contoh cadangan perlaksanaan Hub hiburan. Manusia memang tidak boleh tidak, akan tertarik dengan hiburan walau dalam apa bentuk sekalipun. Tetapi jika diteliti dari segi sosio-kemasyarakatan, dengan lambakan kes pembuangan bayi, kebanjiran pekerja seks dari dalam dan luar negara, pergaulan bebas di kalangan remaja, nahas jalanraya kerana mabuk, kes penyalahgunaan dadah, pusat-pusat judi haram dan 'halal', dimanakah rasionalnya hub hiburan tersebut?


Kisah pemburu dan serigala kutub itu sangat signifikan dengan apa yang sedang terjadi dalam kebanyakan negara di dunia. Darah yang dilumurkan pada mata pisau itu digambarkan sebagai 'gula-gula' kerajaan dalam menawan rakyat, dan dalam tidak kita sedari mata pisau sedang membelah lidah kita sendiri. Sama seperti serigala itu, kita mungkin boleh mengelakkan perkara itu dari terjadi sekiranya kita sedar apa yang sedang berlaku. Namun begitu, masih ramai lagi yang terleka dan menikmati darah sendiri. Masih lagi ada yang terleka dengan helah kerajaan sehinggakan ditipu berkali-kali, dijanjikan jambatan pelbagai rupa, dijanjikan tiada kenaikan namun hampa, diputar belitkan cerita lalu mereka percaya, dan tanpa disedari mereka sebenarnya sedang menikmati darah sendiri, seperti apa yang terjadi kepada serigala. Kenaikan harga gula, gas, petrol dan diesel, sedikit sebanyak membunuh kebanyakan rakyat terutama yang berpendapatan rendah, namun mereka masih lagi melaung-laungkan nama kerajaan, masih lagi menyanjungi kerajaan. Tanpa disedari mereka sebenarnya menuju kehancuran, atau dalam konteks situasi sekarang lebih sesuai dilabel menuju kebankrapan.

..::sedar atau tidak, segalanya sudah bermula ::..

Monday, November 22, 2010

Kecoh di Penang..eee mengaku melayu!

INI CERITA DARI PULAU PINANG..


INI BAHAGIAN 2...


LAWAK GILE BAI..CERITA SENARIO BOLEH BUNGKUS, CERITA ADAM SANDLER BOLEH KENA TAPAU, CERITA SCARY MOVIE BOLEH KENA AYAM..
Cik Ghani ni tak sedar yang TT sebenarnya bersikap sarcasm, atau menyindir tapi dia ni masih lagi berdegar-degar bercerita. Dia ni tak sedar yang banner yang dibawak oleh BUKAN PENYOKONG HINDRAF tu sebenarnya bertulis:
KAMI MAHUKAN KEAMANAN! 

Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah sebaliknya. Diorang datang dengan berlagak samseng, tolak sana tolak sini, dan dengan megah melaungkan 'HIDUP ISA!'. Ini ISA mana hidup, anney. Awak mau datangkan keamanan, adakah dengan membawa kekerasan? Otak letak mana, anney? Kenapa yang datang sama tu semua eee saja, anney? Pemuda Pekembar Penang semua eee ka, anney? Wadehel. Ade hati pulak nak jadi KM Penang. Bhahahaha!

Di sini ada senarai bekas tahanan (bukan keseluruhan, ada yang tertinggal) ----> KLIK


"Mengikut ISA, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan."

Kesimpulan yang kau boleh buat ialah dengan adanya ISA, segala jenis mahkamah dalam Malaysia ni tak ada gunanya. Apa gunanya kamar perbicaraan kalau yang ditahan terus disumbat tanpa bicara? Apa gunanya tuan hakim kalau kelulusan penahanan datangnya dari Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri? Apa gunanya sistem perundangan kalau wujudnya terma penahanan terus tanpa perbicaraan?


Thursday, November 4, 2010

Perjuangan ini masih jauh lagi..

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WAKIL RAKYAT BARU DUN GALAS, DAN AHLI PARLIMEN BATU SAPI.


Syabas juga buat pencabar; Dr. Zulkefli Mohamad (PAS)




 Syabas diucapkan kepada pencabar; Ansari Abdullah (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP)

..:: tidak perlu melobi, pendirian aku tetap sama ::..


tak ada pun sebut nama melayu?

Wednesday, November 3, 2010

BN tak pernah langgar undang-undang PRK - malikul sembab.


Muhyiddin selar PAS keluar fatwa baru-freemsiatoday


GALAS: Dalam kempen terakhir di Galas hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, PAS  menluarkan fatwa baru setiap kali berlaku pilihanraya kecil semata-mata untuk mernarik pengundi.
"Parti ini telah meyalahguna agama (Islam) untuk  kepentingan politik mereka. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali.
"Rakyat perlu menilai, bukan sahaja menyalahkan agama tetapi memperdayakan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Timbalan perdana menteri telah menimbulkan perkara itu dalam dua kempennya iaitu di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mohd Fakhry di sini.
Muhyiddin berkata, fatwa baru itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS Selangor.
Fatwa baru itu, kata timbalan perdana menteri, mereka yang telah menerima bantuan dari kerajaan negeri tidak boleh lagi menerima bantuan kerajaan Pusat.
Muhyiddin juga ditanya mengenai keputusan  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengangkut peti undi dari pusat mengundi kawasan orang Asli ke pusat penjumlahan di Gua Musang merupakan amalan biasa.
Katanya, selama ini tidak berbangkit keputusan pilihanraya dari kawasan mengangkut peti undi.
"Mengangkut peti undi itu dikawal oleh pegawai SPR dan anggota polis, parti politik memang tidak dibenarkan.
"Mengapa pula kali ini mereka menimbulkan perkara ini? Kita (BN) tidak pernah langgar undang-undang dalam pilihnaraya kecil," katanya.

Ini sembab ni cakap apa? Cerita pasal fatwa ni memang selalu dibangkitkan. Pangkah BN dosa - fatwa. Pangkah PAS pahala - fatwa. Undi parti Islam masuk syurga - fatwa. Ambik duit kerajaan - fatwa. Ambik duit wang ihsan - fatwa. Bukan Islam masuk masjid - fatwa. Fatwa itu, fatwa ini. PAS ni pun satu, bila cakap kena berlapik sikit. Yang mendengar dan bagi ulasan tu akalnya pendek, kalau kita saja-saja cakap tak bayar parking dapat dosa pun, diorang akan kata fatwa. Fatwa sana, fatwa sini. Bila bab judi, arak, china doll, tak nak pulak dibangkitkan fatwa-fatwi Pekembar ni? Teringat aku flashback video perbahasan parlimen bilamana MP Machang, YB Saifuddin Nasution Ismail menepek pihak kerajaan, 'Jangan cabar kami, kami boleh tunjukkan di pejabat cawangan mana yang ada botol arak. Jangan cabar kami, kami boleh dedahkan siapa ketua pemuda yang semasa wedding anniversary, menghidangkan arak. Kami boleh dedahkan siapa pemimpin UMNO yang terlena di 'single-arm slot machine'. JANGAN CABAR KAMI!' Bercempera pihak kerajaan cuba menegakkan benang yang basah.

ini teh o kurang manis


Kita (BN) tidak pernah langgar undang-undang dalam pilihnaraya kecil," katanya.



Menurut akta tersebut, kempen pilihan raya hanya boleh dilaksanakan setelah selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Bagaimanapun media cetak dan elektronik telah digunakan oleh BN bagi tujuan kempen beberapa minggu sebelum hari penamaan calon.
Sebagai contoh, Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein telah melancarkan jentera pilihan paya Pemuda BN DUN Machap pada 30 Mac, lima hari sebelum hari penamaan calon.
Bernama melaporkan bahawa pelancaran itu dibuat sebagai mesej untuk memberi kemenangan besar kepada calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Malah baner dan bendera berlambang BN telah digantung di kawasan pilihan raya kecil BN seminggu sebelum hari penamaan calon.

PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.


"BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,

"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.

Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang  berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda. 
Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom.



PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Pusat-pusat pembuangan undi hari ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Kelihatan perayu-perayu undi bagi kedua-dua parti mula merayu undi untuk memenangkan calon masing-masing.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba bertegas untuk mengambil tindakan bagi mana-mana parti yang melanggar enam peraturan baru yang telah di kuatkuasakan. Antara 6 peraturan baru yang dikuatkuasakan ialah dilarang merayu undi dan memakai, memegang atau membawa kain, bahan hiasan, botol atau payung yang tertera logo atau parti.


Walaubagaimanapun arahan dan penegasan tersebut umpama tidak relevan apabila masih kelihatan perayu-perayu undi dari kedua-dua parti. Bendera-bendera UMNO dan PAS masih dikibarkan untuk menarik perhatian pengundi-pengundi di Permatang Pasir.


Kejadian rasuah tidak dapat dikawal pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen di Kawasan itu terutama beberapa hari sebelum tiba hari mengundi pada 25 April, hingga menyebabkan pencabulan sistem demokrasi apabila ia berlaku secara keterlaluan.
Untuk memikat undi, Najib dan rakan-rakannya telah menabur wang tunai dan membuat berbagai janji (kebanyakannya mengandungi syarat, hanya sekiranya BN menang).
Wang tunai ini melibatkan beratus juta ringgit dan janji-janji dibuat ketika tempuh kempen yang suntuk masanya.
Ini termasuk pembinaan sebuah universiti dan beberapa buah sekolah, susur jalan lebuhraya dan prasarana yang lain, beberapa kos perumahan rendah, meningkatkan taraf masjid dan rumah ibadat, pemberian geran kepada persatuan penduduk setempat, wang tunai kepada individu dan sebagainya.


-job scope pemimpin tu terlalu banyak, tapi menipu, manipulasi, mencuri duit rakyat, makan komisen juta-juta, markup harga melantun-lantun, tidak termasuk dalam jobscope. Harap maklum!


Monday, November 1, 2010

Bila nak pilihanraya...

Bahang PRK Galas N.45 dan Batu Sapi P.185 semakin membara. Para pengundi sudah mula merasakan hangatnya hari mengundi, calon-calon sudah mula selesa menanti hari, petugas-petugas parti sudah semakin rancak memancing undi. Tapi sepanjang hampir semua PRK yang telah dijalankan, keputusan banyak memihak kepada Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan sokongan rakyat mula berubah terhadap mereka. Janji-janji manis ditabur oleh pihak parti kerajaan, kini hanya menjadi omongan kosong. Dan dalam menghadapi PRK sebelum-sebelum ini, banyak sangat benda kebetulan yang terjadi. Ini semuanya terjadi beberapa hari menjelang PRK di semua tempat.

INI SEMUANYA KEBETULAN SAHAJA...


PRK MANEK URAI N. 41 





PRK BAGAN PINANG N.31





PRK SIBU P. 212





PRK GALAS N. 45.




...ini semuanya kebetulan sahaja terjadi dekat-dekat tarikh PRK...
...kalau PRK tak jadi pun, kebetulan ini takkan jadi...
...ini bukannya rasuah, ini kebetulan sahaja...
...semuanya pun kebetulan...

Friday, October 1, 2010

Saya Umpama Pelanduk - NAJIB RAZAK



Ini adalah pelanduk a.k.a kancil. Seekor binatang berkaki kecil, berbadan bulat, berdaging nyam-nyam dan sangat lincah. Digambarkan dalam dongeng kanak-kanak sebagai seekor binatang yang sangat cerdik.


-----------------------------------sila suspens baru skroll---------------------------------




Ini adalah Mohd Najib bin Abdul Razak, perdana menteri Malaysia kelima. Disifatkan sebagai penyambung kepada huruf 'N' dalam carta perdana menteri, mempunyai anak-anak yang tidak tahan cahaya mentari di negara Malaysia lalu duduk di perantauan, mempunyai cermin di tengah kepala dan ber'suami' besar. Tidak secerdik kancil/pelanduk.



Najib: Saya umpama 'pelanduk' pada PRU 99 - mkini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Najib berkata kemerosotan mendadak majoriti kemenangannya di parlimen Pekan pada pilihan raya umum 1999 kepada hanya 241 undi adalah diibaratkan sebagai 'gajah bersama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit'.

"Ada masanya, saya amat kecewa dengan situasi yang bukan kerana tindakan saya sendiri.

"Dalam persekitaran seperti itu, anda menjadi mangsa keadaan atau 'collateral damage' - saya tidak tahu sama ada ia perkataan yang tepat dalam proses itu,” katanya




~hmmm...apa nak kata?

Friday, September 24, 2010

Zunar dan kartun ditangkap


Kartunis Zunar yang dalam proses menunggu untuk melancarkan buku karya terbaru beliau malam semalam telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Beliau dikaitkan dengan Akta Hasutan. Buku karya beliau telah dirampas namun majlis pada malam itu masih tetap berjalan seperti biasa (seperti dalam laporan twitter). Nampaknya kerajaan kini terlalu takut dengan media. Dahulu harakah pernah nak diharamkan. Kemudian Suara Keadilan disita. Kini buku kartun pun mahu ditangkap? Takut sangatkah Kerajaan UMNO-BN dengan kartun? Agaknya lepas ni diharamkan pelajaran Seni Lukis, ditutup balai senilukis, diikat semua pelukis, di itu dan di ini?

Berbuih mulut Najib suruh 1malaysia baca akhbar perdana arus nasional, sampai sembab-sembab pipi muhyiddin suruh orang jangan percaya bulat-bulat fakta internet, tapi masalahnya akhbar harian yang hairan tu banyak menipu dari berkata benar. Diskriminasi meluap-luap. Berapa kali tuduh pakatan itu ini, burukkan pakatan itu ini, tapi semuanya tak satu pun orang percaya. Akhbar yang ni yang sepatutnya ditangkap, bukan kartun lawak jenaka Zunar tu.

~cepat sikit tukar kerajaan, aku dah pening melayan karenah merapu macam makcik pagar besar.