Friday, August 30, 2013

Tipikaliti dan kemerdekaan

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another. Bercakap mengenai tipikal, ia boleh ditakrifkan sebagai satu kebiasaan ataupun lumrah, mempunyai sifat-sifat lazim, sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Contoh mudah tipikal ialah bila mana kita sebut kaum india, automatik otak kita akan proses imej berkulit hitam, bahasanya berlidah tebal, bila sebut melayu, kita terus bayangkan beragama Islam. Dalam era globalisasi ini, tidak dapat tidak, minda kita akan senantiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal ini. Hal ini berkait rapat dengan persekitaran iaitu pengaruh sekeliling, apa yang kita lihat dari zahir, bahkan apa yang kita tonton di televisyen dan layar perak sekalipun mampu mempengaruhi pemikiran tipikal ini. Semuanya berkait rapat, namun tetap jatuh kepada kebebasan fikiran kita untuk memutuskan sesuatu tipikaliti itu.

31 Ogos setiap tahun di Malaysia disambut sebagai Hari Pengisytiharan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu luas takrifannya. Setiap satu makhluk, insan, malah objek ciptaan manusia sekalipun ada takrifan kemerdekaan sendiri. Ini terlalu umum untuk ditakrifkan secara total, terlalu luas untuk diberikan makna sekadar sepotong ayat.

Menyorot soal tipikaliti dan kemerdekaan, apakah pemikiran tipikal kita bila disebutkan kemerdekaan? Perbincangan untuk posting kali ini ialah, bila kita sebut orang Parti Islam SeMalaysia (PAS), dengan mudah pemikiran tipikal kita akan tergambarkan ustaz-ustaz, tok lebai, berserban berkopiah putih, bercakap soal agama, dan bila disebut UMNO-Barisan Nasional, yang terbayang ialah songkok dan baju melayu, baju batik, berkot dan tali leher, ada juga terbayang BR1M dan keamanan negara. Persoalannya, amankah negara sekarang? Mungkin jauh lagi untuk dijawab.

Melihatkan isu di Syria, di Mesir, tidak lama dahulu di Tunisia, rakyatnya bangkit untuk kebajikan sendiri, yang kita nampak cuma keganasan pemerintah seperti Al-Sisi, Basyar Al-Asad, tidak terfikirkah kita mereka yang melawan itu cuma berbekalkan pesanan dari ulama' seluruh dunia yang bila disebut sahaja kita akan terbayangkan 'berserban, berkopiah putih, bercakap soal agama'. Apakah mereka tidak suka keamanan dengan menyokong pemerintah mereka yang 'berbaju kot, bertali leher'? Nampak kaitannya dengan persoalan mula dari perenggan atas? Tidak merdekakah mereka hingga perlu berjuang sebegitu rupa? Fikirkan.

Pokok pangkalnya di sini, hidup kita ini ada tujuannya. Tidak Allah jadikan kita dengan tidak ada sebab, segalanya bersebab, malah Allah ciptakan batu yg tak berbunyi tak bercakap tak bernyawa itu pun ada tujuannya. Semuanya kita perlu berbalik kepada Yang Esa. Andai kita sebut berjuang untuk negara dan bangsa, sia-sia perjuangan itu, sama seperti Quzman semasa Perang Uhud, berjuang hanya kerana bangsanya lalu mati sebagai ahli neraka.

Perjuangan untuk agama Allah ini sangat luas kalau mahu diceritakan dari satu perspektif sahaja. Juangnya itu untuk menegakkan agama, meluruskan masyarakat dengan agama, meninggalkan segala yang ditegah, mengerjakan apa yang diperintah. Apakah dengan mengangkat bangsa yang majoriti beragama Islam, kita sudah dianggap merdeka dari perjuangan menegakkan agama? Atau mungkin kita kata negara kita sudah dimerdekakan dari penjajah dengan syarat tertentu oleh mereka, sudah kita anggap merdeka? Kalau itu takrifannya, tiadalah erti merdeka itu, cuma sekadar tipikaliti pemikiran kita yang menganggap kita sudah merdeka. Jadi, merdekakah kita dari pemikiran tipikal itu?

No comments: