Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Tipikaliti dan kemerdekaan

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another. Bercakap mengenai tipikal, ia boleh ditakrifkan sebagai satu kebiasaan ataupun lumrah, mempunyai sifat-sifat lazim, sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Contoh mudah tipikal ialah bila mana kita sebut kaum india, automatik otak kita akan proses imej berkulit hitam, bahasanya berlidah tebal, bila sebut melayu, kita terus bayangkan beragama Islam. Dalam era globalisasi ini, tidak dapat tidak, minda kita akan senantiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal ini. Hal ini berkait rapat dengan persekitaran iaitu pengaruh sekeliling, apa yang kita lihat dari zahir, bahkan apa yang kita tonton di televisyen dan layar perak sekalipun mampu mempengaruhi pemikiran tipikal ini. Semuanya berkait rapat, namun tetap jatuh kepada kebebasan fikiran kita untuk memutuskan sesuatu tipikaliti itu.

31 Ogos setiap tahun di Malaysia disambut sebagai Hari Pengisytiharan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu luas takrifannya. Setiap satu makhluk, insan, malah objek ciptaan manusia sekalipun ada takrifan kemerdekaan sendiri. Ini terlalu umum untuk ditakrifkan secara total, terlalu luas untuk diberikan makna sekadar sepotong ayat.

Menyorot soal tipikaliti dan kemerdekaan, apakah pemikiran tipikal kita bila disebutkan kemerdekaan? Perbincangan untuk posting kali ini ialah, bila kita sebut orang Parti Islam SeMalaysia (PAS), dengan mudah pemikiran tipikal kita akan tergambarkan ustaz-ustaz, tok lebai, berserban berkopiah putih, bercakap soal agama, dan bila disebut UMNO-Barisan Nasional, yang terbayang ialah songkok dan baju melayu, baju batik, berkot dan tali leher, ada juga terbayang BR1M dan keamanan negara. Persoalannya, amankah negara sekarang? Mungkin jauh lagi untuk dijawab.

Melihatkan isu di Syria, di Mesir, tidak lama dahulu di Tunisia, rakyatnya bangkit untuk kebajikan sendiri, yang kita nampak cuma keganasan pemerintah seperti Al-Sisi, Basyar Al-Asad, tidak terfikirkah kita mereka yang melawan itu cuma berbekalkan pesanan dari ulama' seluruh dunia yang bila disebut sahaja kita akan terbayangkan 'berserban, berkopiah putih, bercakap soal agama'. Apakah mereka tidak suka keamanan dengan menyokong pemerintah mereka yang 'berbaju kot, bertali leher'? Nampak kaitannya dengan persoalan mula dari perenggan atas? Tidak merdekakah mereka hingga perlu berjuang sebegitu rupa? Fikirkan.

Pokok pangkalnya di sini, hidup kita ini ada tujuannya. Tidak Allah jadikan kita dengan tidak ada sebab, segalanya bersebab, malah Allah ciptakan batu yg tak berbunyi tak bercakap tak bernyawa itu pun ada tujuannya. Semuanya kita perlu berbalik kepada Yang Esa. Andai kita sebut berjuang untuk negara dan bangsa, sia-sia perjuangan itu, sama seperti Quzman semasa Perang Uhud, berjuang hanya kerana bangsanya lalu mati sebagai ahli neraka.

Perjuangan untuk agama Allah ini sangat luas kalau mahu diceritakan dari satu perspektif sahaja. Juangnya itu untuk menegakkan agama, meluruskan masyarakat dengan agama, meninggalkan segala yang ditegah, mengerjakan apa yang diperintah. Apakah dengan mengangkat bangsa yang majoriti beragama Islam, kita sudah dianggap merdeka dari perjuangan menegakkan agama? Atau mungkin kita kata negara kita sudah dimerdekakan dari penjajah dengan syarat tertentu oleh mereka, sudah kita anggap merdeka? Kalau itu takrifannya, tiadalah erti merdeka itu, cuma sekadar tipikaliti pemikiran kita yang menganggap kita sudah merdeka. Jadi, merdekakah kita dari pemikiran tipikal itu?

Wednesday, July 27, 2011

Negara apa?


Malaysia? Dari kecik sampai ketiak dah berbulu ni telinga aku masih tak sunyi dengan nama MALAYSIA. Dari zaman Che Det, ke Pak Lah, sampai la zaman Mat Mongol dan Bik Mama, semua aku dah lalui. Tak aku nafikan banyak perubahan yang dah berlaku, arus peredaran zaman, masa, teknologi dan sosio ekonomi memang berubah. Jangan terkeliru, ini bukan jasa parti politik tapi ini adalah tugas kerajaan. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk mempermodalkan 'Tax Payers' Money' supaya diguna pakai untuk kesejahteraan rakyat. Betul, tak salah tulis, tak salah baca, Tax Payers' Money, kerajaan mana ada duit, der. Itu semua duit cukai rakyat, jadi rakyat mungkin terhutang budi dengan jasa kerajaan yang telah menggunakan duit kami itu untuk dikembalikan kepada kami. Serupa macam kita sebagai investor, bagi duit untuk diniagakan, lepas tu dapat balik keuntungan daripada investment kita tu. Tapi sekarang ni lain macam sikit, invest tetap invest, tapi makin lama makin sempit. Itu salahnya dekat pihak yang menguruskan pelaburan tadi tu la, kalau betul perlaksanaannya maka takkan jadi benda macam ni pun. Hey, this is reality, mates. Open your damn eyes, just as simple as that.




Apa istimewanya Malaysia ni? Korang bayangkanlah betapa tak istimewanya nama Malaysia ni sampaikan nama team bola pun tak nak pakai Malaysia, pakai Malaya. Ni sekor Harimau Malaya yang aku pun tak reti dah nak cakap apa. Huiiii, sembangnya lebaaaaaaat, lagaknya hebaaaat, bunyinya kuaaaaaat, tapi? Heheheh. Aku bukan nak mengutuk tapi ada masa ada benda yang tak relevan disemangatkan. Tak salah nak semangat kat sukan negara sendiri, pasukan negara sendiri, cuma ada masa tu semangat tu lebih kat situ tapi yang lain-lain hancus. Mana taknya, masing-masing celik mata dah kena tipu dengan utusan, malam kena tipu dengan buletin utama pulak. Memang terbaik lah umat Malaysia kat sini. Yang melayu tak habis-habis melaungkan semangat melayu, yang kaum lain pun tak habis-habis nakkan hak mereka yang termetri dalam perjanjian dahulu, sebelum dipesongkan oleh pihak tertentu. Apalah salahnya kalau hak diberi kepada yang hak, keadilan diberi pada yang sepatutnya, nilai murni setiap kaum terjaga dan dihormati, bangsa dan agama. Tapi kat tempat ni semua tu cuma angan-angan aku saja. Orang melayu di Malaysia ni tak habis-habis nak berlagak dengan melayunya, asyik bahankan melayu yang kawan dengan bangsa lain, konon nanti orang cina nak takluk melayu. Kalau nak bodoh, jangan ajak orang lain. Orang cina kalau nak take over negara ni, main sekali petik je, bagitau kat aku negara mana yang takda orang cina. Heh.



Sebenarnya aku pun tak tahu ini negara apa. Negara melayu? Negara malaysia? Negara Malaya? Ye, kau cakaplah aku tak belajar sejarah. Hello, sejarah aku masa SPM A2 ok, some of you don't even passed the paper. Ini semuanya sejarah tempelan, tah berapa kurun malaon ni menipu pun aku tak tahu. Semua nak sembang dia sejarah terhebat padahal merapu, semua tu mengarut, sejarah entah cedok dari mana, semua konon agungkan British yang bagi kemerdekaan. Yeah, you fucking idiots, the independence was awarded, siapa kata juang? Itu perjanjian, ini perjanjian, you name it, the history got it. Semua kena tipu dengan sejarah. Camtu jugak la dengan Perlembagaan Rakyat yang dibentangkan, tapi Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan. Tak tahu apa perlembagaan rakyat dan perlembagaan persekutuan? Rujuk video mudah di SINI. Dah tengok tu baru boleh sembang mana berat mana ringan dalam perlembagaan. Come on, it's a whole wide world, kenapa nak tamak, kenapa tak boleh share? Takut dengan orang Cina? Tapi bila Lee Ching Wei main badminton, cina jugak yang korang sorak. Nanti cina pijak Melayu? Bukak mata, selama ni melayu yang pijak melayu dan jugak semua bangsa lain. Tak payah nak tunggu dah kena pijak dah pun.


Sedih sebenarnya memikirkan nasib penduduk negara ni. Ada yang berbunyi, kalau tak suka pegi pindah tempat lain. Ini biasalah pemikiran melayu yang layu, kalau tak suka, lari. Ini namanya pemikiran dungu, kalau ada ruang untuk buat perubahan, kenapa nak lari ke tempat lain? Disebabkan perangai yang ni la negara jadi camni. Bila tak suka, cabut lari. Sudah la, lakukan perubahan je. Kalau betul sayangkan negara ni, betul sayangkan tanah tumpahnya darah bla bla bla ni, then work it out. Ini tak, bila orang nakkan perubahan semua dikecam, bila sendiri terasa bebanan dunia, mulalah memaki-maki orang luar. Itu bodoh namanya, banyak lagi benda boleh buat selain dari mengikut segala macam lembu dicucuk hidung. Kalau ikutkan hati nak aje aku cakap negara ni aku pun tak tahu negara apa, nak iktiraf camana kalau pilihanraya pun menipu? Ini realiti lah, bukan fantasi basi. Jangan takutkan bangsa lain kalau sedar diri sendiri tu majoriti. Tak habis-habis nak mengelak, berselindung di sebalik nama bangsa, bangsa yang bangsat! Kenapa bangsat? Pasal sendiri nak bela bangsa, sendiri pijak kepala. Yang bodoh tak habis-habis suruh bersyukur. Diorang tu yang patut bersyukur sebab dilantik, amanah tu patut dilaksanakan. Diorang tu bekerja dibayar atas duit aku bayar kalau makan KFC,Pizza Hut dan lain-lain. Lanchow la kalau cakap itu duit kerajaan, it's TAX PAYERS' MONEY! So, sendiri mau ingatlah. Negara apa?

Tuesday, March 1, 2011

Konsortium bas yang basikal!

Petang tadi merupakan kali yang keberapa pun aku tak pasti yang aku naik bas balik ke Ipoh. Dulu mase kecik penah la jugak aku naik bas dari Ipoh-KL dengan opah, dengan mama, aku pun dah lupa. Bila dah besar pun adelah jugak rasenye sekali dua naik bas balik Ipoh. Naik tren pun penah jugak tapi dah lupa, memori daun rambutan hilang di tengah jalan, dah berzaman kot. Naik flight tu banyak kali la dulu, even ade sekali mase raye aku balik naik flight dari KLIA ke Ipoh sebab kereta tak muat nak sumbat kami bersembilan beradik dan mase tu banglong takde lesen lagi, abah pulak kene keje malam tu. Aku ingat sebab mase gerak dari KLIA takde masalah tapi bila sampai Ipoh dah heavy rain, mase nak landing tu plane tu bump sekali kat landing strip lepas tu climb balik, bile nak try second time pilot tak confident so kena patah balik KLIA, rehat dulu 30 minit baru terbang balik. First time camtu, itu pasal la aku ingat.

Tadi aku amik bas tu dari Bukit Jalil. Aku gerak tadi dari Ampang sampai Bukit Jalil, pastu menapak nak pegi kat bas. Mase tu aku ade beli wadey (sedap bai kuih cap tamil ni), sambil dengar ipod aku gerak la dalam keadaan hujan dah berhenti. Sepanjang jalan dari stesen LRT Bukit Jalil tu semua orang dok bising, ada yang cakap Penang, yang cakap Butterworth, yang kata Kedah, yang sebut Sungai Petani. Aku buat tak paham je sampai la kat sorang brader ni bila aku sebut 'Ipoh' die terus bawak aku kat kaunter tiket, pastu serahkan aku kat sorang kakak gemok. Sumpah, beb! Kakak tu memang gemok! Ni bukan mengumpat tapi ni realiti, takkan la aku nak tipu pulak.

Kakak gemok yang aku tak tahu namenye tu cakap "kejap lagi bas masuk, nanti akak tunjuk kat mane", katenye sambil tunjuk kat tepi jalan. Yang ade mase tu aku tengok ade Rajinikanth dengan heroinnye, dengar-dengar die cakap nak pegi Parit buntar, pastu ade sorang perempuan cina nak pegi Penang, dua orang laki yang muke macam pelakon drama yang biase jadi kaki pukul, rasenye diorang nak pegi Kulim. Aku dah pelik sebab panjang betul perjalanan bas ni, dah macam bas loncat je. Tak lame lepas tu ade sorang kakak pakai tudung suruh kitorang pegi naik bas bertajuk "Super Nice". Memang nice la kan sebab aku mase tu tengah panas, dapat bas double decker tu memang cantek la. Aku dah planning nak lelap sampai Medan Gopeng.

Naik je bas tu aku rase heaven gile mase dapat aircond die. Memang sedap la kan. Pastu aku tengok kerusi pulak, mantap la jugak sebab tempat aku kerusi single, takde orang duduk sebelah, besar pulak tu. Bagi aku macam ok la jugak walaupun aku rase seat bas Suasana Idaman Seremban-KL tu ade yang lagi mantap dari ni. Redah je la, bende dah bayar. Aku dapat seat yang memang untuk single jadi takde masalah sangat la. Pelakon tamil tadi, perempuan cina tu, dengan pelakon kaki pukul tu semua pun ada dalam bas yang sama. Aku buat tak tahu je la walaupun aku terfikir kalau aku terlelap terus nanti buatnye sampai ke Parit Buntar ke, Kulim ke, Penang ke, masak la aku. Untuk tenangkan perasaan aku pun sms la kat siapa yang berkenaan walaupun kecewa je sebab takde reply. Dan disebabkan frust takde reply, takde orang nak berborak dengan aku time aku nak bercakap, lalu aku pun terlelap. Dan aku perasan bas dah bergerak.

Lena aku terjaga bile aku perasan bas tu berhenti. Aku tengok jam baru pukul 6 petang, tadi gerak dari Bukit Jalil rasenye dalam pukul 5 petang camtu walaupun tiket aku cakap pukul 4.30 pm. Takkan laju sangat bas ni sampai Ipoh. Bile tengok luar, ade bas kat sebelah, pastu ade sorang brader kurus berwajah penyamun datang check tiket sambil tunjuk bas sebelah. Barisan pelakon-pelakon tadi semuanya aku tengok bangun sambil angkat beg dalam terpinga-pinga. Sampai kat aku brader tu cakap, 'Ipoh naik bas sebelah'. Demm! Wadehel la pulak ni?! Aku sambil tertanya-tanya pun angkat beg dan turun bas, naik bas sebelah. Sialan betol, dah la bas buruk, seat pun buruk, bau pun semacam, driver pun muke pecah rumah. Aku carik seat aku. Ade sorang brader gemok botak dengan perut tak bersalahnye buat bodoh je bile aku tunjuk seat tu. Malas nak bising, aku pun duduk la seat belakang seat tu. Dalam hati aku masih lagi menyumpah-nyumpah syarikat bas ni. Tiba-tiba masuk sorang awek bertudung ala-ala Yuna, berbaju pink sambil menjinjing beg dan mencarik seat. Die berhenti sebelah aku, sambil tengok nombor seat dan buat muke tak puas hati lalu bercakap, 'that's my seat'. Amboi, skipping pulak minah ni, dah la buat muke, nak skipping pulak lagi. Aku angkat beg, duduk seat belakang sekali. Tambah lagi sumpahan dalam hati aku, kali ni kat minah tu pulak. Muke die agaknye tak boleh nak senyum kot, terlebih suntik botox gamaknye. Tapi kalau suntik botox, apesal die boleh buat dahi kerut mase cakap dengan aku tadi?

Hati aku memang panas je dalam bas tu. Jam dah pukul 6 lebih, time tu bas baru nak gerak. Disebabkan aku duduk belakang seat Yuna wannabe tu maka aku dapat dengar die cakap dalam telefon dengan tah sape, boleh cakap melayu rupenye budak ni. Dengar perbualan ala-ala rungutan pasal bas. Ade sorang mamat duduk sebelah aku sambil tersengih, die kate seat die pun kene amik kat orang, aku cakap seat aku ade orang botak duduk. Pastu agaknye die tengok aku macam malas nak layan je so die pun blah pegi seat lain. Dalam hati aku ni panas je dengan sume tu, aku sms untuk tenangkan perasaan. Konon sms nak dapatkan simpati tapi nak kene gelak pun ade. Hmmmm..dah la pagi kene main dengan mahkamah bodoh tu, petang kene pulak camni, bile mengadu pun buat sedih je. Dalam pade mengenang nasib hari ni tu, aku terlelap jugak dalam bas tu. Tau-tau je dah sampai tol Simpang Pulai. Elok sangat la tu.

Aku sumpah la syarikat bas tu, ape name die pun aku tak tahu. Lepas ni jangan harap aku nak naik bas tu lagi. Sanggup la aku menapak je dari KL ke Ipoh ni daripade naik bas tu dengan hati yang sakit. Suke suki je nak suruh pindah-pindah bas. Lepas ni nak kumpul duit, beli kereta je senang. Lantak la bayar minyak dengan tol ke ape yang penting puas hati aku. Kalau naik ETS pun ok tapi macam susahkan orang lain sebab kena pick up aku kat tren plak nanti. Ahhh..biarlah, kumpul duit beli kereta je senang. Riki-riki harga Mazda Lantis sudah. Kereta murah je, tak mampu nak beli mahal-mahal. Janji boleh gerak lancar. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, December 1, 2010

Ron95 dan Ron97...minyak oh minyak..

Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber. Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.
Sementara itu, selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno, malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kenaikan harga petrol RON97 yang kini
tidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan, adalah berdasarkan kepada harga semasa pasaran dunia dan bukan ditetapkan oleh kerajaan.
"RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan, (iaitu) kalau ada kenaikan (harga) disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya.- sumber : Malaysiakini

...::: itu berita dah lepas :::...



Minggu lepas aku dan keluarga balik Ipoh sebab adik aku konvo kat Seri Iskandar. Bila balik dari Ipoh cuma tinggal aku, mama dan abah sebab adik-adik tinggal di rumah opah sementara menunggu Hari Keluarga hujung minggu ini. Dalam perjalanan balik, abah cakap kat mama dia baru mula cuba minyak Shell V-Power Racing, terasa ada kelainan yang agak jelas. Aku buat endah tak endah.

Malam kelmarin aku pergi ke KLIA untuk menjemput Pak Andak sekeluarga yang baru tiba dari Sabah. Sudah menjadi kebiasaan aku untuk kesekian kalinya setiap kali mereka pulang. Ketibaan dijangka pada jam 8.00pm dan aku hanya melangkah keluar rumah 30 minit dari waktu itu, bermakna aku harus memecut ke KLIA bagi mengelakkan pakcikku sekeluarga itu menunggu terlalu lama. Sepanjang perjalanan dari rumah sampai ke Seremban aku masih tidak perasan sebarang kelainan kerana aku tidak teringat pun butir maklumat perbualan mama dan abah tempohari. Namun bila melepasi kawasan Kampung Jijan, aku baru teringat akan cerita itu. Sungguh kataku, terasa benar lainnya tatkala Mercedes Benz E280 itu kupandu. Bunyi enjin agak perlahan dari sebelumnya dan aku tahu ini bukan kerana abah servis kereta kerana batuan perjalanan masih lagi jauh dari waktunya. Apabila memecut juga terasa lebih lancar dari biasa. Mungkin ada benarnya kata-kata abah itu.

RON 95...RON 97...

Bahan api diklasifikasikan melalui taraf oktana yang merupakan satu pengukuran bagi ketahanan (resistance) bahan api itu terhadap ketukan enjin (engine knocking) Ketukan enjin terjadi apabila campuran minyak dan udara terbakar di dalam silinder dengan sempurna oleh percikan daripada palam pencucuh, dan ada sedikit campuran itu yang meletus luar daripada ruangan pembakaran. Tidak dinafikan bahawa ketukan enjin boleh memberi kesan buruk kepada enjin dalam jangka waktu yang panjang. Kebanyakan kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas masih selamat menggunakan minyak dengan kadar oktana yang rendah tetapi akan lebih ekonomi dengan minyak beroktana tinggi. Klasifikasi taraf oktana terbahagi kepada 3; Research Octane Number (RON), Motor Octane Number (MON), dan Anti-Knock Index (AKI), tetapi kebanyakan negara di dunia menggunakan RON sebagai klasifikasi minyak. Tutup cerita MON dan AKI, penumpuan lebih kepada RON seperti yang digunakan di negara kita Malaysia. 

Di Malaysia, minyak RON 95 merupakan minyak penyelamat nyawa rakyat Malaysia yang paling popular diabad ini. Kalau dahulu ada terjual minyak RON 92, namun kini semuanya diganti dengan RON 95 dan pencabar mewahnya, RON 97. Penarikan / pemotongan subsidi 5-in-1 oleh pihak kerajaan yang terbaru turut melibatkan bahan api berlabel RON 95 ini yang kini masih pada kadar RM 1.85/ liter. Dan baru-baru ini, dalam jangka masa beberapa minggu sahaja pihak kerajaan menaikkan pula RON 97 secara senyap-senyap, dan sekali lagi dinaikkan beberapa hari yang lepas sehingga akhirnya RON 97 dimaharkan pada kadar RM 2.30/ liter. Muhd Najib bin Abdul Razak memberi alasan bahawa harga RON 97 adalah bukan ditetapkan oleh kerajaan dan terkongkong oleh harga pasaran minyak dunia, oleh itu kenaikan harga minyak di Malaysia diletakkan salahnya kepada tong minyak dunia.


Dalam mengikuti perkembangan turun naik harga minyak di Malaysia ini, pemikiran aku terganggu dengan pertembungan RON 95 dan RON 97. Kalau Muhd Najib memberi alasan RON 95 tidak naik kerana dikawal oleh kerajaan, apakah minyak tersebut tidak diganggu oleh naik turun harga minyak dunia? Muhd Najib mengatakan bahawa RON 97 tidak ditetapkan oleh kerajaan dan diapung mengikut pasaran minyak dunia, jadi apakah ini bermakna kerajaan langsung tidak ada kuasa (mahupun dana) untuk mengusik harga tersebut? Kalau dikatakan kerajaan langsung tiada kuasa untuk menyentuh harga tersebut, jadi siapakah yang berkepentingan dalam Malaysia yang membawa masuk RON 97? Dan persoalan utamanya ialah, kenapa diwujudkan RON 95 dan RON 97? Kenapa tidak disatukan sahaja pilihan supaya hanya tinggal RON 97, diesel dan NGV untuk para Malaysia? Kita sendiri pun tahu bahawa ada beberapa jenis kenderaan baru yang tidak sesuai menggunakan RON 95, tetapi semua kenderaan tiada masalah untuk menggunakan RON 97. Jadi kenapa tidak disatukan, dan disalurkan subsidi RON 95 kepada RON 97?

Sebenarnya dalam hal ini soal subsidi perlu dikecilkan sedikit skopnya dan keutamaan hidup rakyat yang perlu diutamakan. Aku mengandaikan RON 95 itu adalah sebagai gula-gula pihak kerajaan kepada rakyat sebagai bukti tanda prihatin. Ramai pihak pro-kerajaan yang menyokong tindakan menaikkan harga tersebut dan mengatakan bahawa perlunya rakyat berterima kasih di atas pemberian kerajaan selama ini dari segi subsidi dan sebagainya, namun perlu dinyatakan di sini bahawa subsidi itu merupakan hak kepada rakyat dan itu merupakan tanggungjawab pihak kerajaan. Perkara sebegitu tidak perlu untuk berterima kasih kerana itu adalah hak mutlak. Pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan yang menyebabkan negara menuju ke arah bankrap, dan pemotongan subsidi 5-in-1 itu sepatutnya adalah perkara yang memalukan bagi sebuah kerajaan yang telah memerintah sejak sekian lama. Secara logik akalnya jika difikirkan, perkembangan pesat pembangunan, perniagaan, pelaburan luar, seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan termasuk juga industri maksiat, judi, arak dan hiburan, adalah mustahil bagi Malaysia untuk bankrap. Adakah ini bermakna semenjak zaman Tunku sehingga ke zaman Rosmah, negara asyik berbelanja dan melabur tetapi tidak pernah untung? Kalau ada keuntungan sudah pasti tidak timbul isu bankrap oleh Idris Jala suatu ketika dahulu. Jadi, kita cuba fikirkan bersama rasionalnya semua kejadian ini. Berhenti setakat ini.

[minyak Shell V-Power Racing sebenarnya dalam kelas RON 99 dan dijual di Malaysia pada harga RON 97. Adakah ini diluar kuasa kerajaan?]


Wednesday, November 10, 2010

Inspira? Like I care..

Harga jualan rasmi Inspira:

  • 1.8 M/T : RM 78, 999.00
  • 1.8 CVT: RM 84, 999.00
  • 2.0 CVT: RM 91, 999.00
 ..:: Pelancaran ::..



..:: Dashboard ::..


..:: enjin ini Mivec capnye ::..


..:: backseat ::..


..:: 'when I grow up, I want to be a Lancer' ::..


..:: bukan inspira. mungkin beberapa bulan lagi ::..

Disebabkan Inspira dah keluar, meh aku ajar camna nak pukul buah dgn pemilik Lancer.

(bila terserempak dgn pemilik Lancer yg sdg berada berdekatan Lancer beliau)

'Fullamak, bro! Ini la PROTON INSPIRA yang baru tu kan? Brapa lama booking baru boleh dapat ek?'
(bersedia untuk larian)


Monday, November 8, 2010

MLM - Meniaga Lain Macam...

Reminder: Entri ini bukan untuk menyeru anda menghina MLM, tapi kalau pandai fikir la sendiri.



MLM : Bro, lu masuk ni, gua janji 3 bulan je lu ikut gua, 3 series tu dah standby untuk lu.
AKU : Takpe lah, nanti aku pikir la dulu camane.
MLM : Sampai bile nak pikir? Orang lain dah berjaya, lu lagi nak pikir ke?
AKU : Yelah, masuk bukan pakai 2-3 hengget, mau beribu jugak.
MLM : Nak dapat pulangan besar, modal kene la besar. Lagipun modal skali je, takyah maintain2.
AKU : Nanti la aku tengok camane.
MLM : Lu nak tengok ape lagi, bro. Gua nak tolong anak bangsa gua, biar sebaris dgn geng gua.
AKU : Ape plannye?
MLM : Senang je, bro. Camni..bla bla bla..downline..bla bla..kaki..bla bla..BMW..Senang je kan?
AKU : Ko cakap senang la, aku mane ade duit.
MLM : Alamak, bro. Budak despatch yang masuk ni, siap gadai moto lagi, berpinjam orang.
AKU : Hmmm....berapa nak masuk tadi?
MLM : Ala, tak banyak pun. Baru RM3000++ je. Ini gua bagi special discount untuk lu. Amacam?
AKU : Bak pinjam aku RM 3000++.
MLM : Ishh..mane bole camtu, bro.
AKU : (KEPALA TAIK HANG LA!)

------------

Dari aku di zaman UiTM lagi aku dah terdengar-dengar mengenai MLM. Luxor, Insaan, Ads4Bucks, Uptrend, Amway, Avon, Herbalife, Tupperware, dan macam-macam lagi. Aku lebih senang dengan Avon, Tupperware atau mana-mana syarikat jualan langsung yang nampak produknya dan logik kegunaannya, daripada syarikat yang lebih kepada Money Game yang produknya tak nampak, tapi fokus individunya sahaja yang lebih. Tak perlu nak pertahankan 'ini bukan skim piramid, ini bukan skim cepat kaya'. Kalau dah hanya beberapa bulan saja dapat laba yang besar (sebahagiannya tidak masuk akal), itu bukan cepat kaya kah? Aku pun pernah terlibat sama dengan kes-kes seperti ini cumanya mungkin aku ni tak agresif jadi memang tak berjalan pun. Lagipun aku tak minat sangat dengan jual-jual barang, cari-cari orang ni. Kalau nak cari orang, aku buat karaoke je, ramai orang carik aku nanti. Haha~


Dari segi produk, ini hanya untuk skim berteraskan wang semata-mata jadi Avon dan Tupperware serta yang sewaktu dengannya tidak termasuk dalam senarai blacklist aku. Dari segi produk, ada yang jual kad biomagnetik, yang jual kad gunung berapi ape kejadah, yang jual soalan peperiksaan, yang jual kopi tongkat ali (padahal dah beratus produk tongkat ali di pasaran, lagi mau jual kopi?), yang jual gelang, yang bodoh nak jual laman iklan pun ada! Kad Bio-Energy, letak dalam kocek seluar, pokok luar rumah pun boleh subur. Ape kejadahnye tu? Soalan Past-Years PMR, SPM, cikgu-cikgu sekolah bersepah ada, WTF?! Kopi tongkat ali, sekarang ni dari kopi jantan sampai kopi janda dah ada, ape nak heran? Gelang magnetik, tungsten berlian apekejadah woi pakai gelang kat tangan boleh ubat stroke? Patutnye dililit gelang tu satu badan baru boleh sihat. Tapi masalahnya kajian dah dijalankan, magnet tak memberi apa-apa kesan pun kat badan, jangan perbodohkan orang dengan teori Darwin dunia baru.


Buat kawan-kawan yang berada dalam MLM, aku mintak maaf kalau tersinggung tapi aku memang tak boleh la dengan MLM ni. Meniaga Lain Macam ni buat duit dengan cara yang musykil. Kalau nak tahu hukum hakam MLM ni sila lah tanya lebai google, jangan malas sangat. Kalau nak tahu magnet tu berkesan atau tidak silalah tanya lebai google jugak, jangan mengikut tak tentu hala. Kalau nak tahu kad Bio-Energy lumpur gunung berapi ke ape kejadah tu logiknya dimana silalah rujuk lebai google jugak lagi, jangan jadi bangsa bodoh dan malas. Di sini aku malas nak sertakan link untuk jawapan di atas sebab tu aku suruh tanya lebai google, free aje, tak payah keluar modal sekali seumur hidup, tak payah nak carik downline 2 kaki 3 kaki, tak payah nak maintain PV BV apekejadah semua tu, tanya je lebai google.

dari 'Say No To MLM @facebook'

Akhir kata, ini merupakan link untuk ke fanpage 'SAY NO TO MLM'..dalam ni pun banyak link untuk buktikan semua pertanyaan aku tu. Nak join boleh, nak like boleh, nak maki pun bole, tapi dah buat pandai-pandai tanggung. Sila klik----> SINI

Wednesday, November 3, 2010

1M Malaysian Againts Mega Tower

click if u're super blind
WOW!

Baru seminggu lepas tengok dalam 60,000 something (minggu lepas kot), but now it was enormously increasing! KUDOS! Bagi aku, the so-called Great Mega 100-Storeys Tower ni merupakan satu lagi jalan untuk menambah hutang kerajaan, instead of making money out of it. RM 5bil bukan satu jumlah yang sedikit. Rakyat Malaysia baru dibebankan dengan penarikan subsidi 5-in-1 tak lama dulu. Sedangkan duit 5 sen pun kerajaan kedekut dengan kita, sekarang ni nak buktikan kegagahan dengan projek mega ini pula?

5sen pun nak berkira?

Ini bukan cerita baru, ini cerita Belanjawan 2011 yang dah beberapa minggu pun berlalu. Najib Razak mengumumkan dengan penuh bangga akan projek ini dan bila ditegur beliau menghalakan pula muncung senapang kepada PNB yang sebenarnya dinaungi oleh beliau dan beberapa menteri kabinet sendiri. Pihak PNB juga turun padang 'cover line' untuk Najib Razak dengan mengatakan mereka punya dana sendiri untuk membina bangunan tersebut. Aku percaya mereka punya dana sendiri dan lebih dari mencukupi untuk projek mega ini. Dan aku juga percaya yang kos sebenar untuk projek mega ini bukan RM 5bil seperti yang dikhabarkan dan diwar-warkan oleh Najib Razak ketika belanjawan tersebut. Ada desas-desus mengatakan jumlahnya RM 10bil, ada yang kata RM 20bil, dan ada yang kata jumlah sebenarnya ialah RM 100bil. Kalau semua dari dana PNB mungkin tidak ralat bagi aku, cuma aku akan tetap menentang kerana rasionalnya tiada. Tetapi kalau dihalakan muncung senapang kepada PNB, kenapa dibentangkan di belanjawan? Alasan PNB merupakan sebuah GLC adalah alasan bodoh. Kalau bukan soal kerajaan, kenapa dimasukkan dalam belanjawan? Kalau alasan ia sebuah GLC kenapa Najib Razak menghalakan pula alasan kepada PNB? Kalau boleh dibentangkan dalam parlimen, dibentangkan belanjawan itu, kenapa Najib Razak tak jawab terus terang tanpa perlu mengelak kepada PNB?

ini tak cukup miskin, kata depa
Ramai yang menyokong projek mega itu memberi alasan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang kian merosot. Dan dengan adanya projek mega ini, dengan terpacaknya menara 100-tingkat ini, adakah secara automatik keadaan ekonomi akan bertambah baik, FDI akan meningkat, kualiti hidup masyarakat semakin membanggakan? Berikut disertakan beberapa buah negara termasuk bangunan tertingginya. Ini merupakan negara yang dikategorikan sebagai 'List of Graduated Developing Economies Country - Now Considered Advance Economic Country' (dari wikipedia, berdasarkan laporan dari IMF):
  1. Hong Kong (International Commerce Center - 484 m)
  2. Singapore (OUB Centre - 280 m)
  3. South Korea (Samsung Tower Palace - 264 m)
  4. Taiwan (Taipei 101 - 509 m)
  5. Cyprus (Shakolas Tower - 45 m)
  6. Slovenia (Trbovlje Chimney - 360 m)
  7. Malta (Portomaso Tower - 98 m)
  8. Czech Republic (Masts of RKS Liblice 2 - 355 m)
  9. Slovakia (Dubnik Transmitter - 318 m)
Bangunan tertinggi di Malaysia ialah Menara Berkembar Petronas yang setinggi 452 m. Ia juga merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan menara ketiga tertinggi bukan dalam kategori berkembar. Daripada senarai di atas, boleh kita lihat bahawa 2 negara sahaja yang ada bangunan lebih tinggi dari kita, jadi kenapa pertumbuhan ekonomi kita tidak seperti mereka? Orang Cyprus boleh gelak ketawa guling-guling bila ada pemimpin Malaysia yang kata menara tinggi dapat jana lebih banyak pertumbuhan ekonomi. Orang Slovenia pula boleh gelak sampai terberak bila dengar statement pemimpin Malaysia yang mahukan menara tinggi itu untuk jana pendapatan negara sedangkan di Slovenia yang tertinggi itu hanyalah 'chimney' ataupun serombong asap! Malaysia dikategorikan sebagai 'Emerging and Developing Economic Country', masih belum graduate lagi, sama seperti negara empunya Burj Khalifa, UAE. Tapi jangan disamakan kita dengan UAE, pertumbuhan FDI mereka banyak berbeza dengan kita, bukan Burj Khalifa punya pasal.

tinggal bawah jambatan, tak cukup miskin.

Wang sejumlah RM 5 billion itu terlalu banyak bagi kita rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India, Serani, Orang Asal dan siapa saja. Mengikut perangkaan, setiap rakyat menanggung RM 14,000 hutang dari kerajaan buat masa ini. Masa ini bermaksud masa sebelum lagi Menara Warisan itu dipacakkan lagi. Baru beberapa hari lepas kenaikan petrol Ron 97 yang tidak diwar-warkan oleh media kerajaan, dan alasan kenaikan harga minyak dunia itu membuatkan rakyat seumpama orang bodoh yang disuap makan. Benar, rakyat banyak yang bodoh, tetapi jangan dilupa pepatah melayu, Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Walaupun ini pepatah melayu, tapi aku yakin Pang Chin Fei dan Karam Singh Walia pun tahu maknanya.

Sudah-sudahlah pihak kerajaan, jangan sibuk mengejar ketinggian bangunan. Rapatkan dulu jurang ekonomi dengan jiran terdekat Singapura. Kalau dengan negara sekecil itu pun kita tergugat, kalau dengan negara yang keretanya hanya boleh pakai beberapa tahun pun kita kalah, kalau dengan negara yang berapa peratus sahaja luasnya dari Malaysia pun kita tak mampu, jangan jadikan Menara Warisan itu sebagai alasan. Banyak lagi kegunaan wang sebanyak itu. Jangan jadi bodoh!





ini print screen fan page sokong menara
bukan cobaan!


Thursday, October 21, 2010

1Malaysia Islamic Fashion Festival

Semenjak dua menjak ni terdengar kisah Rosmah dan ajaran fesyen Islamiknya. Kalau tak silap aku, pernah aku dengar pasal Islamic Fashion Festival (IFF) ni sebelum ni tapi mungkin disebabkan gambarnya tak tersebar lagi so kisah ini tidak diperhangatkan. Dan bila cameramen semua dah siap cuci gambar (digital photo pun cuci ke?), mula la semua ni membanjiri blog-blog seperti blog aku nih.


Gambar atas ni saja diletakkan kat situ sebagai maqaddimah bagi gambar-gambar yang lain. Aku saja letak gambar atas ni sebab nak tunjukkan backdrop dia tu sambil model-model berbaris kat depan. Apa yang kita tengok tak kena? Di belakang tu tertulis 'ISLAMIC FASHION FESTIVAL' sebesar alam, tapi yang berbaris kat depan tu tak ada sorang pun yang tutup aurat. Bukan masalah aurat rambut sahaja, tapi dengan lengan, dada, baju yang menampakkan susuk tubuh. Gambar atas ni seolah-olah cuba menghina atau memomokkan hukum Islam tu sendiri yang mana di dalamnya sudah digariskan hukum-hukum dan tatacara pemakaian. Adakah ini yang cuba diketengahkan oleh Rosmah? Dan apakah ini yang disokong ideologinya oleh sang suami sebagai pemimpin nombor satu di bawah Yang Di-Pertuan Agong?

Islam tidak melarang penganutnya berfesyen tetapi ada adab dan tatacara yang perlu diikuti. Jikalau di luar sana ada orang melabelkan Islam sebagai agama yang mundur, menindas wanita kerana di sesetengah tempat yang banyak kaum wanitanya bertudung litup, berjilbab bagai. Aku tidak merendahkan mereka malah hormat kerana ketaatan mereka pada agama sehingga begitu takut sekali mereka dengan murka Allah. Telah digariskan di dalam Al-Quran mengenai aurat bagi lelaki dan wanita dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31:

"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "(30)
"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)
 Di atas merupakan tatacara pemakaiannya. Apa yang dimaksudkan dengan '..kecuali yang dizahirkan daripadanya..' ialah muka dan telapak tangan. Ijmak ulama menyimpulkan hal ini berdasarkan satu hadis:
sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Agak jelas dah dinyatakan dalam hadis dan ayat-ayat suci di atas ni. Aku ni bukan bijak sangat bab agama ni, semua maklumat ni aku dapat dari lebai google. Sekejap je pun nak search semua ni, tapi mungkin sebab Rosmah, Najib, pereka-pereka fesyen dalam IFF, penyokong-penyokong kuat mereka yang beragama Islam tu semua tak ada internet maka mereka semua tak sedar nak mencari fakta ini.

mcm ni pn boleh jd model ke? *tepuk dahi.
Hal sebegini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ini soal hukum halal haram yang dah jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Aku tak heran sangat kalau ada antara wanita, gadis-gadis yang mempelekehkan orang yang bertudung sebagai tak semua baik kerana ini dah terbukti yang orang bertudung tu ada yang melakukan kemungkaran. Tapi aku tak suka bila ada yang memperlekehkan pemakaian tudung tu sendiri. Apa beza 2 ayat aku tu? Camni, kita dah selalu sangat dengar orang kata tak pakai tudung sebab taknak hipokrit la, itu ini, bukan dari orang lain pun, Sharipah Aini yang besar tu pun keluarkan dalil ni jugak tau. Aku tak heran sebab orang dah cakap, kita dah tegur, tunggu dia nak buat atau tidak. Ini bukan masalah dosa kau dosa aku, tapi ini dah jadi hak kita untuk menegur. Ok, itu namanya taknak pakai tudung. Lagi satu hal ialah, memperlekehkan pemakaian tudung itu contohnya mengeluarkan ayat pakai tudung ni nampak macam jumud, ketinggalan zaman, macam orang kampung, tak maju. Pernyataan yang macam ni aku tentang dengan keras. Faham kan?

rekaan designer dari Cameroon
Isu pemakaian tudung sebenarnya tak menjadi hal sangat pun dan bukan tajuk utama entri kali ini. Apa yang nak diketengahkan di sini ialah bagaimana seorang perempuan berambut besar, bersuami botak dan penakut, mengaku diri Islam, mengaji Al-Quran, tapi memalukan dan mengaibkan pegangannya sendiri. Aku rasa Rosmah ni mungkin pandang Islam itu hanya satu agama yang mana perlu dipercaya sahaja, tidak perlu mengikut dan tidak perlu menurut arahan dan garis panduan. Mungkin bagi dia dan isteri, kalau tak ikut pun nanti akhirat masuk syurga juga sebab agama Islam. Atau mungkin juga dia akan cakap, 'aku dosa aku, kau dosa kau, apa aku buat tak ada kena mengena dengan kau, itu antara aku dan Allah'. Hoi, dah kalau kubur kau nanti sebelah aku, tak ke bising aku dengar kau melolong nanti sementara nak tunggu kiamat? Bodoh piang! Islam itu satu agama yang Syumul, lengkap selengkapnya, kita dihidangkan doa dari awal buka mata untuk bangun pagi, menjalani aktiviti harian, sampai ke tutup mata nak tidur semula. Setiap satu ada doa, ada tatacara, ada adab, ada garis panduan, ada penyelesaian masalah, dan macam-macam lagi. Itu bukti yang menunjukkan betapa Islam itu sendiri merupakan satu cara hidup. Cara hidup bermaksud kita yakin, kita boleh amalkan dalam setiap aktiviti harian kita dari kecil sampai dewasa, sehingga tua, sampai meninggal dunia. Boleh nampak sendiri keindahan Islam itu. Tapi apabila hal ini dipandang ringan, Islam sekadar nama, sekadar dalam I/C, sekadar untuk menikah, maka timbullah festival-festival merepek macam ni.

Aku bukan anti fesyen. Aku pun ada juga mengikut-ikut sikit (tak banyak pun). Tapi cara fesyen macam mana yang perlu kita ikut? Ada garis panduannya, tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang kata hari tu aku pergi MotoGP pun pakai seluar pendek. Yes, memang betul aku pergi pakai seluar pendek dan korang boleh tanya kawan-kawan yang ada dengan aku bahawasanya aku sembahyang pun pakai seluar tu, maknanya seluar aku tu masih ada batas auratnya. Kalau nak kata aku pak haji pun boleh walaupun aku tak pergi haji lagi sebab aku pergi solat jumaat pakai serban sampaikan orang kampung panggil aku ustaz. Berbalik kepada kisah IFF. Bagi aku, hal ini tidak sepatutnya terjadi, festival ini tak sepatutnya jadi macam ni. Boleh nak mengadakan festival fesyen Islam, tapi bukan macam ni fesyennya. Pihak penganjur telah menghina Islam. Cara pemakaian model-model keseluruhannya tidak langsung menggambarkan fesyen Islam. Islam buka sekadar tudung dan jubah, banyak lagi. Aku mengecam sekeras-kerasnya pihak penganjur program ini kerana hal ini telah memalukan Islam. Bagaimana orang yang mengaku Islam, membaca Al-Quran, mengaibkan sendiri agamanya? Ini satu penghinaan yang maha dahsyat.

Kita sendiri pun tahu ramai orang sekarang ni tak tutup aurat. Aku tak marahkan sangat kalau ada yang berpakaian menjolok mata, terdedah sana sini, terbonjol sana sini, dan dia tak hiraukan sangat orang lain. Tapi yang aku marahkan ialah bila ada yang mempersendakan agama. Contoh mempersendakan hukum agama ialah contohnya pakai bikini pastu duduk bersimpuh membaca Al-Quran, atau pun bertudung litup bagai dan minum arak. Itu mempersendakan agama. Samalah dengan IFF ni, dilabelkan Islam tapi langsung tidak mencerminkan Islam. Aku membantah sekeras-kerasnya program ini, dan meminta agar kita semua membantah, mengecam sekeras-kerasnya mereka-mereka yang berada disebalik tabir program ini. Siapa orangnya? Lihat dibawah ni, klik untuk lebih jelas.
click to enlarge - PUNAHSIHAT

..:: Harap janganlah diturunkan bala besar kerana perbuatan ini. Kami cuba memperbetulkannya,Ya Allah.. ::..

-gambar ihsan dari tranungkite.net

Saturday, October 16, 2010

Kebanggaan Malaysia


.: SURIA KLCC :.
Sebuah pusat membeli-belah mega yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menghimpunkan lebih 100 kedai pelbagai jenis produk dari dalam dan luar negara. Dilengkapi pelbagai kemudahan untuk semua golongan. Berketinggian 452m / 1483kaki, berada pada kedudukan ke-4 dan ke-5 bagi bangunan tertinggi di dunia dan tempat pertama bagi bangunan berkembar tertinggi di dunia.
-- | | | --



.: MENARA KUALA LUMPUR :.
Merupakan menara komunikasi keenam tertinggi di dunia. Disifatkan sebagai lambang mercu tanda bagi Kuala Lumpur. Selain berfungsi sebagai menara komunikasi, di sini juga terdapat beberapa kemudahan lain seperti restoran berputar yang menjanjikan panorama indah Kuala Lumpur. Setiap tahun akan diadakan perlumbaan mendaki menara di mana peserta dari seluruh dunia menyertainya.
-- | | | --


.: KUIL BATU CAVES :.
Bukit batu kapur yang menempatkan kuil bagi upacara rasmi dan ibadah bagi yang beragama hindu. Merupakan salah satu daripada kuil hindu luar India yang termasyhur di dunia. Di sini juga terdapat patung Lord Murugan berketinggian 42.7 meter yang merupakan patung Murugan tertinggi di dunia. Merupakan tempat tumpuan penganut hindu seluruh dunia terutama ketika sambutan Deepavali dan Thaipusam.
-- | | | --


.: MASJID JAMEK KUALA LUMPUR :.
Merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur, berusia melebihi 100 tahun dan merupakan tumpuan umat Islam di serata Kuala Lumpur untuk menunaikan solat terutama solat Jumaat. Terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang, bangunan masjid ini dibina mengikut tata rajah seni bina dari India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup. Gabungan seni bina dari pengaruh moor dan moghul dapat dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk petak dan perincian selang jalur batu bata, plaster dan marmar.
-- | | | --


.: KL SENTRAL :.
KL Sentral merupakan kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen keretapi utama Kuala Lumpur. Dibuka pada 16 April 2001, KL Sentral merupakan stesen keretapi yang terbesar di Asia Tenggara. Selain menempatkan gabungan transit aliran Putra LRT, Monorel, KTM Komuter dan hab bas, bangunan KL Sentral juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti restoran, kedai buku, tandas, surau dan beberapa rangkaian kedai yang lain dan juga hotel.
-- | | | --
(berikut merupakan SEBAHAGIAN daripada mercu tanda Kuala Lumpur)


MASIH BANYAK LAGI SEKTOR YANG MEMERLUKAN PERUNTUKAN. PEMBINAAN BANGUNAN 100-TINGKAT BERNILAI RM 5bil ADALAH TIDAK MEMADAI DALAM KEADAAN EKONOMI SEMASA. KETIKA RAKYAT DIINGATKAN UNTUK BERJIMAT LANTARAN KENAIKAN HARGA BARANGAN AKIBAT DARIPADA PENGURANGAN SUBSIDI, KERAJAAN SENDIRI MENUNJUKKAN SIKAP BOROS APABILA BERBELANJA UNTUK SESUATU YANG TIDAK DIPERLUKAN. MALAYSIA SUDAH CUKUP MERCU TANDA, KEMEROSOTAN EKONOMI YANG LEBIH UTAMA. JANGAN KERANA TAKUTKAN SUAMI, SEGALA DIPINTA NAK DIPENUHI, TERUTAMA POKET KRONI.

Wednesday, October 13, 2010

Bersedia untuk Chernobyl Malaysia

Loji Nuklear: Lapan lokasi dikenal pasti.

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.



"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.



"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini. -
mkini







chernobyl victim - Photo by Robert Knoth


Pada 26 April 1986, Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl di Ukraine telah mengalami kebocoran yang disifatkan sebagai kemalangan nuklear yang terburuk dalam sejarah. Pencemaran akibat kebocoran itu dianggarkan lebih 100 kali ganda daripada kesan pengeboman nuklear oleh Amerika ke atas bumi Hiroshima dan Nagasaki di Jepun ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Mengikut kajian, dari tahun 1992 hingga 2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus yang berpunca daripada kejadian industri ini. Gambar di atas merupakan salah satu kesan yang dapat dirakamkan oleh jurugambar kerana senario birokrasi pihak berkuasa telah menghadkan liputan mengenai kesan kejadian tersebut dan ada yang menyalahkan susu yang tercemar bagi penyakit yang melibatkan kanak-kanak.


So, semenjak dua menjak ni kita terdengar mengenai cadangan pembinaan loji nuklear sebagai alternatif janakuasa bagi negara. Tidak dinafikan memang penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif kuasa adalah bagus. Hal ini disahkan oleh kawan aku yang mengaji kat Jepun bertahun-tahun pasal benda lebih kurang ni, dan sekarang kerja kilang kat Shah Alam (padan muka hang, baha! Nasib baik keta hang hensem..lol ). Aku pun tidak tolak bahawa penggunaan nuklear sebagai tenaga alternatif adalah bagus sebab memang kajian dah menunjukkan macam tu. Cuma yang menjadi permasalahan di negara ini ialah kebiasaannya projek besar seumpama ini hanyalah menjadi projek gajah putih. Projek berjuta-juta hanya untuk mengenyangkan mereka yang dapat tender, dan menggemukkan mereka yang memberi tender. Tak kiralah tender tu untuk sapu lantai loji tu ke, atau supply cermin tingkap untuk loji tu ke, atau bancuh simen untuk pembinaan loji tu. Jangan nak menafikan situasi ini sebab kita sendiri boleh jegilkan mata dan tengok sendiri apa yang sudah jadi dengan projek empangan bakun yang dikatakan empangan batu dilitupi konkrit yang tertinggi di dunia. Dan sekarang dah menjadi empangan batu yang dilitupi konkrit yang tertinggi dan tak berguna di dunia. Aku takkan terkejut kalau satu hari nanti loji nuklear tu akan menerima nasib sepertimana empangan bakun.


Projek gajah putih itu mungkin satu hal, lagi satu hal ialah aku agak khuatir dengan langkah keselamatan kawasan itu sendiri. Kita sudah letih dihimpit dengan berita bangunan runtuh, siling jatuh, bangunan retak, malahan sampaikan bangunan kerajaan yang menerima impak. Ini memang memalukan negara. Jika aku menerajui sebuah negara, aku akan jadi malu besar jika siling pejabat aku runtuh. Itu baru yang terjadi pada beberapa buah bangunan, dan aku khuatir adalah tidak mustahil loji nuklear yang bakal dibina itu akan ada 'defect'. Sedangkan stadium yang besar itu pun boleh runtuh, siling parlimen pun bocor, jadi tak payah terkejut kalau tragedi Chernobyl terjadi di sini pula. Bukan menjadi negatif tetapi aku cuba menjadi realistik. Think about it.




p/s: aku tak pasti bumbung stadium ni dah kemas ke belum. Dengar hari tu berebut pulak tender nak bersihkan bumbung nih. Macam2 hal.

Bila datuk dah hilang pangkat....

Istana Kelantan lucut 'Datuk' Ibrahim, Wan Hashim.

KOTA BHARU, 13 Okt: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Wan Hashim Wan Daud.


Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini. -harakahdaily.net

----------------------------------------------------------|  |  |---

Kelakar pulak tengok berita ni. Bukan kelakar sebab berita tindakan sultan tapi kelakar sebab lelaki yang kononnya mendabik dada, menggelarkan diri sebagai hero bangsa melayu, menerajui gerakan pekasam yang tak faham apa tujuan, sekali dah kena dengan 'bos' lagilah nampak dungunya. Boleh la lepas ni dia cakap tak kisah dengan gelaran itu, tak terasa dengan penghargaan yang pernah dia dapat dulu, tapi mung jangang lupo boh, kalu takdo 'datuk' dipangka namo mung dulu mung ingak orang semue nok sokong mung?

Dulu melompat dari bulan sampai ke dalam paya, lepas tu melompat-lompat bawak pekasam pulak, ni sekarang dah kena smash sekali. Ukur leher dulu la kalau nak buat macam tu. Apa yang dibuatnya pun aku tak faham. Melaung-laung ke sana ke mari menjaja nama pekasam, pertubuhan yang nak menyelamatkan hak-hak bangsa melayu, mempertahankan hak keistimewaan bangsa melayu di Malaysia ni. Kewujudan pekasam tu membuatkan pertubuhan melayu lain seperti Pekida, UMNO dan sebagainya, nampak macam tak berfungsi di Malaysia ni.

Tapi orang ramai yang bodoh. Bodoh sebab beriya nak mengikut buntut katak ni. Asal petik pasal ketuanan melayu, hak istimewa melayu, semua jadi takut, semua pun macam kerbau kena cucuk hidung, mengikut saja. Agak kalau ada 1000 persatuan yang gunakan dakyah sama, gunakan point sama macam tu, rasanya mereka pun mengikut jugak. Lepas tu boleh la mengutuk negara Islam lain konon tak bersatu nak halau Israel padahal diri sendiri buat benda yang sama. Bila PAS menggunakan paksi Islam untuk menyatukan seluruh Malaysia, mereka katakan PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Jangan jadi bodoh! Malaikat taknak tahu awak dulu masuk persatuan apa, awak ni bangsa apa, awak ni gaji berapa, awak ni kenapa lompat parti. Duduk bawah paksi Islam, itu sudah memadai. Yang nak buat persatuan melayu banyak-banyak buat apa. Boleh tengok sendiri kenapa kelab penyokong PAS tak ada bezakan bangsa, cina, india, asli, semua duduk bawah satu kelab. Itu pun nak dipersoalkan, konon PAS dah mula menjilat kafir, mula tunduk kepada bangsa lain, mula desperate sebab tu buat kelab penyokong. Sudah la, ko tu pekasam lagi merapu. Dok cium2 keris apehal?

.: Lepas ni takyah panggil datuk ibrahim dah..jerit je dari jauh, 'WOI, BRAHENG!' :.