Tuesday, November 11, 2008

P . D . R : Pride Determination Resilience

Aku dah mula merasa sarang labah-labah mula melingkar kat celah-celah ketiak aku. Dah almost 3 months aku duduk rumah and tak bekerja. Apa yang aku buat cuma tulis blog, update friendster, update facebook, apply kerja sana-sini, pergi interview sana-sini, dan juga mencangkul kat belakang rumah bila abah panggil. Aku dah mula terasa bosan dan agak beku bila terkenangkan hari-hari yang berlalu. Rasa macam nak belajar memasak sambal petai dari mama pun ada, rasa macam nak repair moto pun ada tapi aku tak reti sebab CDi dah kena bawak lari, nak pergi jalan-jalan kat KL pun ada tapi duit pulak tak ada. Pening bila aku memikirkan semua tu. Aku rasa macam aku ni kene gari kaki dan tangan, mulut diikat, mata kena tutup, pastu diletakkan dalam sebuah tong dram lalu digolek-golekkan lalu aku menjerit,

TOLOOOONNNGGGGG!!!!!!!!!!

Apa yang aku nak buat semuanya macam terhalang oleh keadaan. Aku cuba nak lari dari keadaan ni sebenarnya, cuba untuk membuat come back konon-konon nak buktikan kat seluruh dunia yang aku ni masih wujud dan bernafas seperti mereka-mereka semua. Tapi mungkin aku belum lagi dapat melihat dengan lebih telus daripada pandangan mata orang lain. Mungkin ada lagi perkara yang aku ni masih lagi tak nampak, belm lagi aku rasai, dan mungkin belum lagi aku terokai.

There were some people who can't accept the truth, some who try to re-invent the truth, and also some who gave it all up to the truth. Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya sebab terlalu berat rasanya beban yang aku terpikul sekarang ni untuk aku ceritakan. Kalau duduk dalam gelap tu aku akan terbayangkan sebuah batu besar yang menggerutu berwarna kelabu-kelabu sikit, tengah berada betul-betul atas kepala aku ni. Rasa macam banyak sangat beban yang aku kena pikul, banyak sangat buah fikiran yang bercambah dalam kepala hotak aku ni. Bila aku cuba huraikan satu per satu, mula la aku terbayangkan yang masalah aku tu umpama satu jaringan sarang labah-labah yang berwarna kehitam-hitaman, aku tak boleh nak huraikan sebab bila mana aku tarik seurat dari jaringan itu, beberapa urat lagi akan melekat kat tangan aku. Setiap satu masalah itu akan berkait-kait sampaikan aku pun dah mula pening dengan pelbagai masalah itu lalu aku abaikan semuanya.

Pride. Maruah setiap orang tu terletak dimana? Cuba tanya diri sendiri dimanakah
letaknya maruah anda. Adakah terletak pada keperawanan atau keterunaan anda? Atau mungkin pada penampilan diri anda-anda semua? Cuba fikirkan sebentar. Bagi saya, maruah setiap insan itu terletak pada dirinya sendiri bagaimana dia menghormati dirinya sendiri, bagaimana dia menghormati setiap insan di sekelilingnya, bagaimana dia meletakkan dirinya dia khalayak ramai dan menyesuaikan diri dengan keadaan walau masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri. Itu yang akan menunjukkan betapa tingginya maruah pada seseorang insan itu. Ini bukanlah entri untuk memberi nasihat tapi sekadar memberi peringatan kepada sesiapa yang membaca. Aku pernah jumpa seorang yang mengatakan maruah dirinya tidak boleh dijual beli, namun tatkala masalah kewangan melanda duit itu menjadi raja kepada segala raja dalam dirinya, sampaikan sanggup nak mencabut nyawa sendiri. Cuba hormati diri sendiri, jangan abaikan setiap daripada pesan Yang Maha Esa, jalankan segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Insyallah, setiap insan itu akan berjaya. Pride, determination, resilience. 3 perkataan yang sebenarnya cukup kuat dan memberi makna. Resilience ni kira macam bounce back la, an ability of something to recover from any disturbance, shock etc. Semua tu terkandung dalam satu cerita sports-comedy berjudul 'PRIDE'. Kalau ada masa nanti tengok la, okeh. Dah start showing kat Star Movies.

~i love my life,more than anyone can see~

1 comment:

Durra Syenzuka said...

Eito..
ader bgusnyer jugak blaja masak smbal tumis petai ngn mak hang.. ok pe..
nways, from ur blog entry nie.. durra rasa u msti da agak bosan ngan idup u.. sbb tu arr merepek.. cite pasal pride arr.. bla bla bla.. i think u kena kuar umah tuh (even tak de wet.. pinjam dad u dulu..loan).. pi carik kawan.. go mingle around.. smbil2 tuh tny arr kalo tmpat keja kawan2 u ader kosong..
eito, durra thinks that there many work opputunity out there.. just jgn memilih ar.. eito memilih eh job yg eito nk?