Senyuman itu ibarat satu warna cerah yang akan mencantikkan lagi suatu lukisan dan andai diukir dengan hati yang ikhlas, maka keindahannya ibarat saujana mata memandang. Dalam hidup ini, senyuman merupakan pengubat kepada hati yang duka, penawar kepada jiwa yang lara dan juga penyeri kepada hidup yang serba ceria. Seseorang yang banyak senyum, maka kuranglah masalah yang membebani hatinya kerana senyuman itu sebenarnya menyimpan seribu satu erti yang kadang-kala tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.
No comments:
Post a Comment