Sunday, November 9, 2008

One Bored Day notes..

Pagi tadi aku pergi rumah atok dgn bangah. Then masa dalam kereta tu terdengarlah tazkirah ringkas dari Dr. Mohd. Fazilah Kamsah. Berdasarkan kajian yang dia buat sendiri 30% isteri-isteri ni pada mulanya sangat benci dengan si suami masa belum kenal la. Dan daripada jumlah itu adalah terbukti bahawa jika kita memberi walau sedikit perasaan kasih terhadap seseorang, lambat-laun perasaan itu akan menarik sifat kelembutan dan kasih sayang dalam diri mereka tu. Maksudnya macam ni, sifat-sifat dalam diri manusia ni sebenarnya ada satu medan magnetik yang akan menarik sifat-sifat dari kumpulan yang sama. Sifat dengki akan menarik sifat dengki dari diri orang lain, sifat benci akan menarik sifat benci dari orang lain, dan tidak terkecuali sifat kasih sayang juga akan turut menarik sifat kasih dan sayang dalam diri seseorang yang lain tu. Jadi andai kata kita dihujani kebencian daripada seseorang, janganlah kita menabur lagi kebencian, cuba semaikan dengan perasaan kasih dan sayang, Insyallah satu hari nanti perasaan orang itu akan berubah. Sama juga dengan situasi yang pernah aku lalui dulu. Orang tu pernah sayang kat aku, then suddenly disebabkan 3rd party, dia mula membenci aku lebih dari orang lain. Tapi aku tak pernah nak benci dia, aku cuma abaikan segala perasaan benci, dan aku cuma jawab yang baik-baik je kat dia. And at last, dia boleh accept aku balik and we're still in touch for now.

And baru je tadi aku tengok TopGear. Rasanya ramai dah taukan pasal this award winning program, lagipun si Jeremy Clarkson tu pernah jahanamkan Kelisa dalam rancangan ni. Nak kecoh apa pun, sedangkan Subaru Impreza V9 tu pun dia komplen inikan pulak Kelisa. Nasib baik dia tak ambil Saga BLM, kalau tak memang taktau la dia cakap apa kereta tu kan. Tadi diorag ni buat pertandingan 4 penjuru antara the presenters dengan Stig sekali. Jeremy naik bot, Richard Hammonds naik basikal, Captain Slow naik Merc SL500 dan Stig jalan kaki, naik public transport. Perlumbaan tu adalah somewhere dari London to the City Airport. Well, perlumbaan tu akan dibuat di awal pagi, means the traffic was damn congested. Dan keputusannya ialah Hammonds sampai dulu naik basikal, Jeremy 2nd, Stig yang naik 'tube' tu dalam 3rd and Captain Slow still pertahankan kejuaraannya dalam arena 'slow'. Apa point aku cerita semua ni? Think about it, kalau diikutkan Captain Slow will came first, then Jeremy sebab bot dia tu somekind of racing boat, then Stig and Hammonds. Tapi yang paling lembap tu dapat no.1. Maknanya di sini, kita tak boleh memandang suatu kejadian itu dari faktor luaran. Cuba fikirkan setiap inci suatu masalah, walaupun keadaan mungkin akan membuatkan kita bergerak agak perlahan tapi dikemudian hari kita akan lebih gembira dari orang lain.




~pandang dengan mata, lihat dengan hati, nilai dengan akal~

No comments: