My last post was on July 17, 2008. Almost 3 months aku tak tulis kat sini, asyik sangat dengan friendster blog sebab aku boleh manage accordingly dengan aku punya friendster profile, walaupun aku dah mula berhijrah ke facebook sejak beberapa bulan yang lalu. Well, 3 months tu bukan suatu masa yang singkat kalau dikira dengan jam randik, tapi akan terasa terlalu singkat bila difikirkan dengan pengalaman yang diperolehi. Terlalu berat untuk aku huraikan satu per satu tentang apa yang dah terjadi, segalanya bagi aku terlalu cepat, rasa macam Hiro Nakamura bila boleh bend the time to think it over again. Nak kata susah tu takda la susah sangat. When the going gets tough, the tough gets going, rite? Aku selamba redah aja semua perkara yang terjadi, biaq pi la depa nak kata apa, janji aku tetap hidup dan masih terus hidup. Dalam 3 bulan, aku berhenti kerja, uruskan hal moto aku, lari balik kampung tanam jagung jumpa agong korek hidung, pergi interview sana-sini, berhadapan dengan pelbagai persoalan dan bersemuka dengan 1001 jawapan untuk setiap persoalan tersebut. Kalau suatu masa dulu aku bermurung sekejap dengan hal percintaan, tapi sekarang aku masih boleh tersenyum bila memikirkan hal itu. What past is past, we live in the present so do make ourselves comfortable with the current situation. Kalau tak, alamatnya memang sampai kiamat la meleleh air mata darah.
Berbicara soal cinta, hati dan perasaan. Aku pernah hampir-hampir terjerumus ke dalam kancah percintaan sekali lagi lebih kurang bulan lepas, tapi Alhamdulillah aku buat tak paham je. Yela, orang dah semakin rapat dengan kita, setiap aktiviti pun nak kita temankan, setiap kegembiraan dan kesedihan pun nak dikongsi bersama, siapa yang tak terasa hati kan. Tapi bila difikirkan balik, aku ni tak ubah macam tempat berpijak untuk menyeberangi longkang aja. Bila dah lepas longkang tu, batu loncatan tu pun diabaikan macam tu aja. So, ada baiknya aku ni tak terlalu mengharap akan sesuatu yang diluar jangkaan aku. Lebih baik aku cuba majukan diri sendiri dan hidup dalam dunia yang aku sendiri cipta supaya hati aku ni lebih terjaga, dan orang-orang disekitar aku pun turut terjaga. Prinsip yang cukup mudah dilafaz, namun bukan mudah untuk dipraktikkan. Well, sometimes to walk through the hardest road give better effect than the easy route kan. Bila kita pilih untuk berdepan dengan masalah, banyak benda yang kita akan pelajari dan kita akan ketahui. Kebanyakan orang suka ambil jalan mudah sebab jalan tu memang mudah, tapi bila berdepan balik dengan masalah yang sama, jalan mudah pun ada roadblock, dah mula la dia jadi panas sebab dulu langsung tak belajar dari tindakan sendiri.
Someone from the past, yang pernah membuatkan aku stressed out sekejap, is now coming back. Tapi bukan datang balik untuk sesuatu hubungan macam dulu tu, just memerlukan sedikit nasihat dan nak dengar aku cakap la tu kot. Ye la, dia terasa diri dia tu agak kasar dan kejam dengan aku dulu, so she try to make things better. Bagi aku, kejam atau tak tu bukan masalah bagi aku. So far, aku still boleh tersenyum, boleh lagi gelak besar bila tengok Nabil buat lawak sarkis kat tv tu. Aku pun taknak salahkan dia sangat sebab mungkin ada benda yang aku salah, yang aku terlepas pandang. Jadi, kalau kita tak boleh perasan salah kita sendiri, jangan senang-senang nak blame orang lain atas sesuatu kejadian. Dalam hati kecil aku masih lagi mengharapkan ada kesinambungan dari hubungan yang lalu, tapi buat masa ni cita-cita aku lebih menjadi keutamaan. Sepatutnya aku dah capai cita-cita aku dulu, cuma ada sedikit masalah yang buatkan aku tercampak dalam situasi macam ni. So, takkan nak salahkan Tuhan pulak kan, diri sendiri punya pasal la. Lu ada otak, lu pikir la sendiri. Heh, ok cerita pasal come back tu balik. She still in touch, still attached dengan that stupid-moron yang kononnya hebat sangat dulu. Aku tak boleh nak cakap apa, itu pilihan dia, walaupun dalam hati dia tu aku tahu dah mula ada rasa penyesalan sebab tinggalkan aku. Dia dah mula luahkan masalah kat aku, dah mula tanya 'awak sayang saye lagi ke?', 'awak rindu kat saye ek?', 'kalau saya balik kat awak balik awak nak terima ke?'. Aku sebenarnya rimas dengan persoalan macam tu. Benda dah lepas, bagi aku biarlah terlepas. Aku tipu la kalau aku cakap tak sayang langsung dah dan aku jugak tipu kalau aku cakap aku benci gila kat dia. Dia masih ada tempat dalam hati aku cuma aku taknak terlalu obvious. Biar aku kejar cita-cita aku untuk aku betulkan balik hidup aku, lepas tu baru aku akan fikirkan untuk perhubungan.
Penat sebenarnya nak tulis panjang-panjang dalam ni sebab hari ni aja aku dah post 2 entry termasuk la dalam friendster blog aku. Agaknya aku ni memang ditakdirkan untuk menjadi penulis cuma peluang tu aja belum terbuka. Takpa, insyallah satu hari nanti. Dan mungkin jugak satu hari nanti aku akan dipertemukan balik dengan dia tu, dan kot ada jodoh bertaut jugak.
~ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat...HEY, RAJU!!~
No comments:
Post a Comment