Monday, February 28, 2011

Babysitter.

Di masa sekarang ni menggunakan khidmat pengasuh untuk bayi dan kanak-kanak merupakan suatu perkara yang normal dalam kehidupan sebuah keluarga. Ini terutamanya kepada mereka yang baru lagi menimang cahaya mata dan masih lagi terikat dengan kerjaya. Skema gile ayat aku kan? HAHA! Bagi aku penggunaan pengasuh ni, terutama yang buat kat rumah, mungkin ada efektif jugak sebab ibu bapak pun nak kerja, jadi kebiasaannya yang menjaga ni orang yang dah biasa jaga budak, makcik-makcik, opah-opah yang masih sihat dan kuat walaupun tak minum milo, dan lain-lain lagi. Dulu masa kecik pun mama pernah jugak ambik orang gaji, tolong jaga aku kat rumah masa mama dengan abah pegi keje. Tapi itu mungkin bukan pengalaman yang indah kot bagi kami sekeluarga, mane taknye dengar cerite sampai makan karpet la aku, tak caye tanye mama. HAHAHA! Maksud makan karpet tu bukan kene hempuk dengan karpet ke ape tapi makan betol-betol makan sebab kene tinggal berkunci dalam rumah, kakak tu entah pegi bergonjeng dengan jantan die kot. Aku rase karpet tu ade lebihan melamine atau asid borik la, itu pasal bile dah besar ni aku jadi tak betul sikit. Huhu.


Tapi jangan terlalu pandang serong dengan pengasuh, ada yang baik jugak. Ye lah, dalam setandan pisang tu takkanlah semuanya busuk, mesti ada yang terselamat jugak. Macam Kak Ratna dengan family pak mat tu, bertahun aku tengok ok je. Errr, pengasuh dengan orang gaji kire boleh same tak? Hahaha. Ok, fokus kat pengasuh. Sebenarnye semenjak aku sekolah menengah dan ada minda remaja, kalau sebut pengasuh bayi ni aku akan berfikiran sampai ke Belanda sikit. Mungkin sebab pengaruh media terlalu banyak kot, mungkin la aku cakap, mungkin. Even sampai sekarang ni pun cabang fikiran tu masih ade cuma sebab aku dah nampak ruang lingkup yang lebih besar jadi kurang sikitlah pemikiran belanda tu.



Kalau babysitter macam ni memang aku sanggup la menjadi bayi kembali, memang terus jadi baik je. Huhuhu. Ok, bagi aku baby sitter is good. Mungkin ada yang bising sebab kononnya parent tak pandai jaga anak la bagai tapi kalau diserahkan sekejap kat orang yang ok, kan pandai namenye tu. Even anak buah aku pun hantar pegi nursery, elok je berkawan dengan orang, elok je belajar, elok je perkembangan minda die tu, even baru setahun lebih dah pandai la nak solat. Ye, nursery dengan personal nanny tu lain, memang betul tapi konsepnye same. Personal nanny ni kadangkala susah nak diramal sebab kalau rasa dia nak cuti, dia kasi inform last minute, dah kite nak cakap ape? Kalau nursery tu lain la, nak tak nak memang jage jugak sebab mesti ade yang back up untuk jage. Tapi konsep keduanya tetap sama, menjaga budak, bunyi aje lebat pengasuh bagai, itu bahase nak kelentong makcik Felda, kalau bahase kampungnye tukang jage budak. So, macam mana nak pilih pengasuh sebenarnya untuk mengelakkan dari terjadi perkara yang emergency macam cuti sakit perut, cuti nenek nak naik pelamin, cuti tokwan nak naik buaian, kucing nak bersunat, ayam nak khatam, selipar nak bertunang, dan sebagainye. Ni aku dah rembat siap-siap dari Purnama.fm mengenai cara nak pilih pengasuh.



Tip pemilihan pengasuh:


1. Pilih daripada rujukan rakan / jiran / keluarga supaya rasa lebih yakin.
2. Cari daripada mereka yang sudah berpengalaman dalam penjagaan anak.
3. Double check rujukan sebelum ambil bekerja.
4. Sentiasa melakukan pengawasan tentang cara asuhan.




Itu aje tips yang die bagi, aku pun pelik apehal la sikit sangat si Indon ni bagi tips. Serupa macam tak bagi je. Tu semua saja nak penuhkan blog la tu. Heheh. Ok, bagi aku la, tips tambahan bagi cara pemilihan tu adalah mungkin peribadi pengasuh tu, permasalahan dalaman die ke, tu semua kena ambil kira. Ini bukan main-main sebab untuk jaga budak ni kena enjoy, emosi kena rileks kalau tak nanti lain macam jadi. Itu nasib baik jage budak, aku yang pernah jage atuk mase kat hospital dulu lagi banyak karenah, lagi banyak kena bersabar. Tapi apa-apa pun, diharapkan agar sesiapa pun menjaga anak-anak tu, doanya ialah semoga perkembangan minda anak tu berkembang dengan sempurna. Itu je tujuan besarnya.




Hmm...kalau aku ade anak, dan bini aku pilih baby sitter macam yang atas ni, rasenye anak aku dah boleh panggil mak je la kat die. hahahaha. Cik adik jangan marah, gurau-gurau saja, tak boleh gurau pegi surau. Huhu~

Tuesday, February 22, 2011

Extreme - More than words


EXTREME : MORE THAN WORDS

Saying "I love you"
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew how easy
It would be to show me how you feel

More than words
Is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
'Cause I'd already know

What would you do if my heart was torn in two?
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away?
Then you couldn't make things new
Just by saying "I love you"

More than words

Now that I've tried to talk to you
And make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands
And touch me
Hold me close, don't ever let me go
More than words
Is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
'Cause I'd already know

What would you do if my heart was torn in two?
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away?
Then you couldn't make things new
just by saying "I love you"

More than words
More than words

Monday, January 10, 2011

ABBA - Winner Takes It All

ABBA - Winner Takes It All
(now back to the old school)


I don't wanna talk
About things we've gone through
Though it's hurting me
Now it's history
I've played all my cards
And that's what you've done too
Nothing more to say
No more ace to play

The winner takes it all
The loser's standing small
Beside the victory
That's her destiny

I was in your arms
Thinking I belonged there
I figured it made sense
Building me a fence
Building me a home
Thinking I'd be strong there
But I was a fool
Playing by the rules

The gods may throw a dice
Their minds as cold as ice
And someone way down here
Loses someone dear
The winner takes it all
The loser has to fall
It's simple and it's plain
Why should I complain

But tell me does she kiss
Like I used to kiss you
Does it feel the same
When she calls your name
Somewhere deep inside
You must know I miss you
But what can I say
Rules must be obeyed

The judges will decide
The likes of me abide
Spectators of the show
Always staying low
The game is on again
A lover or a friend
A big thing or a small
The winner takes it all

I don't wanna talk
cause it makes me feel sad
And I understand
You've come to shake my hand
I apologize
If it makes you feel bad
Seeing me so tense
No self-confidence
But you see
The winner takes it all
The winner takes it all 

Friday, January 7, 2011

Buat Kawan-kawan-kawan...


Dari kecil sampai dewasa kita takkan pernah berhenti berkawan dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Bermula dari kanak-kanak kita akan berkawan dengan jiran tetangga dan saudara-mara yang sebaya, kemudian beranjak kepada kawan-kawan di sekolah, seterusnya kawan-kawan sekolej dan seuniversiti, dan kawan-kawan sepejabat, dan juga kawan-kawan yang kita kenal secara tidak langsung samada dari kawan kepada kawan ataupun daripada bantuan perhubungan atas talian dalam jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Kita tidak akan pernah sunyi dengan kawan dan berkawan.


Dalam berkawan kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada kawan yang setia sepanjang masa, ada kawan yang setia bila memerlukan, ada kawan yang sedia sentiasa, ada kawan yang sedia menikam bila kita berpaling muka, ada kawan yang sentiasa ada setiap masa, ada kawan yang hanya ada bila ditimpa masalah, ada kawan yang rajin memberi nasihat, ada kawan yang rajin meminta nasihat, dan pelbagai jenis kawan lagi. Sungguh aku tak nafikan yang perkataan kawan tu sebenarnya sinonim dengan gambaran ceria, bahagia, penuh gelak ketawa, riang ria dan sebagainya. Tetapi aku juga sedar dan tahu bahawa bukan semua perkara itu indah seperti yang dibayangkan. Alhamdulillah setakat ini semua yang aku kenal masih lagi dalam mood untuk aku berbuat baik walaupun ada sebahagian kecil yang perangai macam tahi kambing. Biasalah dalam kehidupan, ada yang depan pandang-pandang tapi belakang belati ditikam. Ada juga yang depan senyum-senyum, belakang tipu sini sana. Bagi aku itu semua adalah perkara normal dalam kehidupan, kalau semuanya indah macamana nak belajar erti sebenar kehidupan, kan?




Bagi aku, tiada diskriminasi terhadap kawan-kawan. Aku bukan tak sedar akan adanya mereka-mereka yang hanya menumpang bila senang, adanya mereka-mereka yang cuma mencari bila ditimpa masalah, adanya mereka-mereka yang cemburu dengan keadaan dan menabur fitnah kepada yang lain. Aku nampak terang dan jelas cumanya tak perlu rasanya untuk aku membalas semua kerana aku tetap berpegang teguh dengan fahaman bahawa Allah itu Maha Adil. Rasanya bukan hak aku untuk membalas perbuatan orang, biar Dia yang lebih berkuasa untuk meneruskan kehendak-Nya. Mungkin ada silap aku di sini sana, mungkin juga ada salahku di mana mana, mungkin juga ini kifarah buatku untuk memperbetulkan diri supaya lebih selesa di masa hadapan. Segala adalah ketentuan dari-Nya, tak perlu untuk aku memberatkan fikiran dengan persoalan yang tiada kesudahan.



Dulu pernah ada orang yang bertanya, 'Eh, ko kawan dengan die ke? Ko tak tahu ke dia tu *tuuutt *tuuuutt *tuuutt'. Bagi aku, kawan tetap kawan walau semacam mana buruk sekalipun kelakuan dia. Memang ada yang kata kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan dapat wanginya, tapi kalau penjual minyak wangi tu kentut bukan kita dapat bau kentut dia sekali, kan? Aku juga pernah rasa macamana aku terima bebanan atas perbuatan kawan aku sehinggakan ayat rejection untuk itu sudah lali masuk ke dalam telinga aku. 'Sorry, I can't be your friend because you are a friend of that person who once hurt me,'. Kelakar tetapi logik dan realitinya memang ada terjadi. Sumpah la penipu kalau aku katakan aku tak rasa sakit hati dengan kejadian tu tetapi aku tetap tak memburukkan walau sekuman sekalipun kawan aku tu, he's still a friend of mine, yo! Lagipun tak ada untung untuk aku burukkan orang lain, dapat dosa kering lagi ada. Jadi terpulang kepada kematangan diri untuk terima atau tidak suatu situasi tu. Bagi aku perkara macam tu memang kena ambil masa sedikit, dan esok lusa pun tak tahu apa keputusan tapi dealing with that kind of situation really test your ability to make a decision. Bukan mudah tetapi tak susah, tahan je la dengan perjalanan masa.


Hari ini bukan Friendship Day. Tapi aku tahu setiap hari yang aku lalui, setiap hari yang kita semua lalui, kita akan sentiasa ada kawan, which makes everyday is a friendship day. Aku mengaku banyak masalah aku diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan berbanding ahli keluarga, tetapi itu bukanlah bermaksud aku meletakkan keluarga jauh di belakang kawan-kawan, Friends are friends, family is a must. Cuma mungkin situasi aku yang agak pendiam dalam keluarga berbanding rakan-rakan yang buatkan keadaan itu berlaku. Jadi buat semua kawan-kawan, samada kita kenal dari sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti, rakan kerja, kawan badminton, kawan futsal, penghuni rumah sewa, teman seangkatan REDS, kawan dalam Friendster membawa ke Facebook, kawan kepada kawan, kawan kepada ex-girlfriends (Imma playya~), girlfiends-to-be (LOL), dan sesiapapun walaupun kita cuma pernah bertemu di KTM Komuter dan bersembang barang 10 minit, terima kasih aku ucapkan. Walau apa pun yang jadi, KITA TETAP KAWAN LA!


Berkawan biar beribu,
Berkasih hanya satu,
Kalau rasa tergugat dengan aku,
Tak perlulah nak backstab sebegitu.
heheheheh~

Thursday, January 6, 2011

Gay ok kepala hotak!


Baru-baru ini aku ada menonton sebuah satu video mengenai seorang hamba Allah, yang mengaku Melayu, berbahasa Melayu, beragama Islam, dengan bangganya mengaku sebagai GAY! Mula-mula menonton tu aku rasa macam, 'budak ni masuk air kot ni, lain macam pembawakan dia ni'. Gila sengal apa budak ni mengaku gay? Ape ke jadahnye woi! Hal ni bukannya tersangkut kepada gay sahaja (which is kebiasaannya merujuk kepada lelaki-lelaki yg meminati sesama jenis), tetapi ruang lingkupnya adalah sinonim dengan perkataan Homoseksual, iaitu pengamalan mencintai sesama jenis sehingga terjadinya perhubungan seksual. Tidak aku nafikan bahawa sebenarnya di luar sana ada berjuta orang yang menyokong ideologi ini, malah berjuta-juta lagi dengan bangga mengamalkannya. Kalau di negara luar, pengaruh homoseksual ini sangat kuat sehinggakan ada negara yang membenarkan perkahwinan sesama jantina, ahli kongres turut melaungkan slogan 'Gay is Okay', artis-artis popular dengan bangga menyatakan status homoseksual mereka, dan bermacam-macam lagi. Aku tidak hairan kalau perkara sebegini tidak dibendung maka suatu hari nanti Malaysia, yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam (kononnya), akan mengamalkan prinsip yang sama sepertimana negara-negara di luar sana. Nak ke?


Permasalahan homoseksual ni sebenarnya bukan setakat pada segi sosial sahaja tapi berkait rapat dengan persoalan agama. Kebanyakan dari kita pasti dah tahu mengenai kisah Kaum Nabi Luth yang mana diketahui sebagai kaum yang mengamalkan homoseksual dalam kehidupan mereka. Diberitakan juga bagaimana bumi diterbalikkan lantaran keengganan mereka mendengar kata-kata Nabi Luth a.s. Dalam kumpulan tersebut juga terdapatnya isteri kepada Nabi Luth a.s yang turut sama ditenggelami oleh bumi Allah kerana ingkar dengan perintah Allah. Segala kisah ini ada terdapat di dalam kitab Al-Quran dan dapat kita bayangkan betapa Allah sangat murka dengan perbuatan itu. Namun dunia sekarang sudah berubah, manusia kini redha dengan perkara yang dimurkai oleh-Nya. Malah ada yang sanggup berbantah-bantah terhadap larangan hubungan sesama jantina, dan yang memberi sokongan pun bukan kecil anak sehingga ada yang berpangkat VVIP. Tak percaya? Pendedahan dibuat oleh rakan blogger di SINI.


Seksualiti Merdeka merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong perhubungan seumpama ini. Mereka yang menaungi pertubuhan ini juga bukan kecil anak, bang. Jadi adalah tidak hairan bagi kita untuk terus bertanya kenapa golongan seperti ini tidak boleh diambil tindakan lanjut. Malahan sehingga Jakim sendiri pun membisu dan memberikan alasan tiada kuasa untuk menahan golongan sebegini (KP Jakim: Kami tiada kuasa bertindak keatas lelaki mengaku Gay). Aku sendiri berasa hairan kerana golongan Syiah bukan main lagi ditangkap ditahan tetapi golongan songsang sebegini dipandang sebelah mata, ibarat tiada apa yang tergugat oleh mereka. Mungkin ramai yang berasa mereka ini tidak menggugat sesiapa, tetapi persoalannya adalah bagaimana dengan generasi masa depan? Encik-Encik, Tuan-Tuan, Puan-Puan, dan semua pembaca, apa rasa anda sekiranya anak anda terpengaruh dengan golongan ini dan mengamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Kaum Nabi Luth dahulu? Bukan aku nak membezakan Syiah dengan golongan ini, aku ada membaca kisah Syiah, apa terjadi di Karbala, bagaimana yang terjadi, apa amalan mereka, dan pelbagai lagi mengenai puak ini, tetapi persoalannya sekarang bagaimana dengan golongan homoseksual? Mereka ini bukan tidak boleh diubah, bukan tidak boleh dibentuk semula, tetapi sekiranya ada pertubuhan, walau sekecil mana pun pertubuhan, yang menyokong perbuatan mereka secara tidak langsung mereka akan terus hanyut dengan amalan songsang itu.


Sepanjang hidup aku, tak pernah sekalipun aku mengakui mereka-mereka itu sebagai jantina yang berlainan dari kurniaan Allah. Sumpah, aku memang benci dengan mereka yang berperlakuan sebegitu. Aku tak pernah pun panggil mereka dengan nama samaran mereka tapi dengan nama sebenar, yang Razif tetap Razif, yang Faizal tetap Faizal, yang Firdaus tetap Firdaus, yang Taib tetap Taib (tidak ada kena mengena dengan sesiapa). Aku tidak mahu menggalakkan mereka dengan menyokong pegangan mereka yang sebegitu, kalau dapat saham Nur-raka nanti sia-sia amalan. Bagi aku, yang perempuan tetap perempuan, yang lelaki tetap lelaki. Nasihat aku buat mereka yang banyak bergelumang dengan maksiat, masuk gear jalan ke depan jangan gostan! Bukan aku menggalakkan perhubungan bebas lelaki dan wanita, yang haram tetap haram, tetapi jangan melampau sampai melangkaui batas tabii lumrah manusia.


1.Hukuman bagi homoseksual lelaki (gay)

Dari Ibn Abbas r.a berkata telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa sahaja yang kamu temui sedang melakukan perbuatan kaum Lut (homoseksual), bunuhlah peliwat dan orang yang diliwat." (Hadis riwayat Ahmad).

2.Hukuman bagi homoseksual wanita (lesbian)

Hukum terhadap lesbian pula berbeza dengan gay yang dikaitkan dengan liwat. Lesbian atau dalam bahasa Arab dipanggil musahaqah. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ini dinamakan takzir. Hukuman takzir ini terpulang kepada pemerintah sesebuah negara untuk menentukan jenis hukuman yang akan diberikan. Hukuman takzir ini samada penjara, sebatan (jumlah sebatan tidak melebihi jumlah sebatan hudud), buang daerah dan lain-lain lagi.

Tuesday, January 4, 2011

Life is Wonderfull


Life is Wonderful
by: Jason Mraz

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a storie
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It takes a night to make it done
And it takes a day to make you young brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes some silence to make sound
And it takes a lost before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to show you care
It takes a hole to see a mountain

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love

..:: ENJOY ::..

Friday, December 17, 2010

Tribute to Palestine

These were some of the videos which tribute to Palestine. More upcoming videos will come up later if I had more time.


Sami Yusuf - Palestine forever Palestine



Zaher Saleh - Yama (hari-hari)



Shoutul Harokah - Merah Saga



Maher Zain - Palestine Will Be Free




Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Inteam & Saujana - Bebas Palestin



Thursday, December 16, 2010

Natural Justice

I GOT tumblr YO!
Anwar and 3 others banned for six months - malaysiakini


The Dewan Rakyat approved a motion today suspending Opposition Leader Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) for six months over his statement linking the 1Malaysia concept with the "One Israel" campaign. (cerita panjang di SINI)


taken from Malaysiakini.com
Natural Justice jika ditakrifkan secara mudah ialah pemberian hak kepada suatu pengadilan mengikut prosedur-prosedur tertentu. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dikenakan suatu tuduhan, terdapatnya hak untuk beliau menjawab pertuduhan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti (sekiranya ada), kemudian diperdengarkan oleh suatu lembaga pengadilan (hakim, juri, bla bla bla), dan barulah diputuskan keputusan terhadap pertuduhan tersebut. Namun dewasa ini situasi bias atau berat sebelah sering terjadi dalam memutuskan suatu keputusan pertuduhan, contohnya seperti apa yang berlaku di dalam parlimen malaysia hari ini. Pihak yang dituduh membangkitkan soal keadilan di mana tiada ruang pembelaan diberikan sementelah yang mengetuai dewan menggunakan kuasa bagi menentukan keputusan tersebut. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep Natural Justice dan sedikit sebanyak kemuliaan dewan tersebut tercalar dengan sikap sebegitu.


Istilah Kangaroo Court menurut kamus wikipedia adalah merujuk kepada suatu keadaan pengadilan di mana pengesahan pertuduhan akan dibuat samada melalui proses memanipulasi prosedur ataupun menghalang pembelaan. Dalam Kangaroo Court / Kangaroo Trial pihak tertuduh akan didapati bersalah walau dengan apa cara sekalipun. Gelaran kangaroo digunakan bagi menggambarkan bagaimana suatu penghakiman itu dibuat dengan 'melompat' semua prosedur pembelaan dan terus kepada keputusan pertuduhan. Jadi segala proses pembelaan, pendakwaan, bukti-bukti, dan lain-lain akan dilompat dan tidak dihiraukan. Ini adalah jelas bercanggah dengan konsep keadilan sebenar. Jika hal sebegini diamalkan, semua jenis mahkamah, semua jenis peguam mahupun juri, adalah dilihat sebagai boneka semata-mata. Keadaan ini boleh mencemar imej suatu negara, sistem keadilannya, dan juga kredibitili pemerintah dalam memberikan hak terhadap semua pihak.


Martin Luther King
Dalam mengharungi situasi globalisasi dan politik yang kian meruncing, pemberian hak dalam pengadilan adalah tidak mustahil dapat membersihkan imej suatu negara. Dalam Islam, adil diterjemahkan sebagai meletakkan sesuatu betul pada tempatnya, dan tidak mustahil takrifan itu adalah universal dan boleh digunapakai dalam semua bahasa mahupun agama. Dan dalam situasi penghakiman, maksud adil itu ialah memberi ruang bagi meneruskan suatu perbicaraan/pertuduhan mengikut prosedur yang betul, tanpa melangkaui atau melompat mana-mana bahagian. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa bicara. Tidak seharusnya terjadi jatuh hukuman tanpa pembelaan. Dan tidak sepatutnya terjadi keadaan sebegitu dalam sebuah dewan yang mana hala tuju sesebuah negara dibentuk. Dalam situasi sebegini, pihak penghakiman sepatutnya bersifat neutral dan tambahan pula pendengaran bagi pembelaan adalah suatu yang normal, tidak harus dilangkau-langkau. Seandainya pihak yang memberi tuduhan risau akan gugurnya tuduhan tersebut, sekurang-kurangnya biarkan sistem pegadilan berlaku seperti biasa. Dan sekiranya sistem pengadilan berlaku seperti biasa dan pertuduhan tersebut digugurkan sekurang-kurangnya pihak yang mendengar dari luar akan tetap memberikan penghormatan kerana pengadilan dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ini yang seharusnya dilakukan dalam semua sistem pengadilan di muka bumi ini. Namun, banyak yang lebih mementingkan ego daripada penghormatan. Lantaran menjaga ego, rasa hormat terpijak oleh perilaku sendiri.

Friday, December 10, 2010

Mahasiswa Berpolitik vs AUKU.

sila klik untuk besarkan

Siang tadi adalah admin fan page ni keluarkan status 'contoh mahasiswa tak pondan' dengan ber'link'kan blog tersebut. Aku ni sebagai umat yang penuh dengan curiosity pun telah masuk sambil memberikan komen. Sebelum tu aku riki dulu ape isi kandungan blog tersebut, memang sadis demonstrasi pelajar-pelajar kat LUAR NEGARA sana, slumber redah dengan sepanduk, signboard, bendera-bendera, bakar-bakar, hanya disebabkan yuran perngajian mereka dinaikkan. Kadang-kadang aku pelik jugak, diorang ni bayar sendiri ke yuran tu? Mak bapak diorang tak sponsor ke macam rata-rata masyarakat di Malaysia ni? Memang kalau tengok kat gambar laporan tersangat sadistiko! Link blog itu di SINI dan antara contoh link berita demo adalah di SINI dan SINI.


Berbanding dengan kebanyakan negara luar, di Malaysia telah diadakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1995. Wujudnya akta ini pada awalnya iaitu pada tahun 1971 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Tetapi selepas pindaan pada tahun 1975 dan kemudian 1995, telah dimasukkan beberapa seksyen-seksyen baru yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 yang kekal sehingga kini ialah; menghalang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja, serta menghalang dari penggabungan di antara badan-badan pelajar. (rujukan: wikipedia). Secara amnya, En. Mahathir Mohamad mengusulkan pindaan tersebut adalah kerana pelajar melayu dan bumiputera tidak berapa cemerlang di IPT lantaran terlalu bergiat aktif dalam politik. Tetapi kalau difikirkan dari aspek pembentukan minda demokrasi generasi muda, ini adalah jelas membataskan mereka. AUKU kini menjadi satu taboo bagi kebanyakan mahasiswa di universiti, kebanyakannya memberi alasan seperti:


Nampak tak apa yang sedang berlaku dengan minda pelajar sekarang? AUKU tu disifatkan sebagai ISA dalam dunia pelajar. Kalau tangkap berdemo mesti kena buang, sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa proses untuk pengadilan bagi akta-akta dibawah AUKU bukan begitu. Dan dapat kita lihat bagaimana pandangan generasi akan datang terhadap AUKU, terlalu takut sedangkan mereka tak sedar bahawa mereka sedang disekularkan oleh sistem pembelajaran yang dibawa sekarang. Aku sesungguhnya tidakkan terkejut kalau produk-produk IPTA sekarang ini apabila keluar nanti akan mengalunkan irama mengasingkan agama dan politik pula, kerana penerapan terhadap pengasingan itu dah boleh nampak dengan jelas pada waktu ini. Selain itu, pendidikan oleh AUKU ini sebenarnya menghalang perkembangan minda demokrasi generasi. Daripada pendidikan sosio-politik yang terjadi dalam negara sendirilah sepatutnya generasi yang masih lagi dalam kategori 'rebung' boleh mendapatkan contoh, kesimpulan, akibat, impak dan sebagainya yang terbaik bagi persediaan mereka untuk menerajui kerajaan di masa hadapan. Tetapi kini mereka terus dijumudkan dengan adanya AUKU.


Ehehe. Kepada mereka-mereka yang berdebat dengan aku tadi tu mintak maaflah, korang tu masih adik-adik lagi. Aku tak paksa korang berdemo pun, lagipun sebenarnya mereka ni dah tersalah tafsir. Biasalah budak-budak baru nak menyusu, nak buat camana, kan? Admin fanpage tu bagi contoh lain, dalam blog pun cerita mahasiswa negara luar, yang mereka ni pulak berdegar-degar bercerita pasal demo bantah kenaikan harga oleh mahasiswa lepas solat jumaat tadi. Itu la yang aku kata, budak-budak nak buat camno? Lagipun bantah kenaikan harga barangan tu kan jauh berbeza dengan bantahan politik. Haha. Bab itu bukan sekular, ingat tu. Dan aku pun tak terkejut la sebab diorang ni terlalu kecut telur dengan AUKU sebab memang kerajaan pun canangkan AUKU ni ibarat ISA bagi pelajar. 'Takpe, dik. Dah abis belajar nanti korang kasi perasap telur balik yang kecut tu jadi kembang. Tapi jangan lepas belajar pun kecut lagi sebab ISA pulak.'