Monday, April 27, 2009

TO BE TRUE AND KEEP ON LYING..

(specially written to those who REALLY wanted to be the one I love the most)

TRUTH, kebenaran, selalunya saling digunakan untuk melindungi suatu penipuan yang lain. Namun tidak semua penipuan itu terselindung oleh kebenaran. Kedengaran agak abstrak namun kenyataannya tetap tersurat dalam setiap bait-bait ayat yang akan diatur seterusnya. Dalam mengharungi setiap kebenaran dalam kehidupan kita seringkali akan berdepan dengan satu penipuan, ketidak nyataan yang terlalu halus untuk diperbahaskan dalam keadaan yang agak tertekan. Tidak semua penipuan itu salah walaupun kenyataannya ianya tetap satu dosa, dan tidak semua kebenaran itu melegakan kerana ada sebahagian dari kenyataan itu sangat menyakitkan. Aku lebih rela mendengar suatu kebenaran yang menyakitkan dari menjadi bahan penipuan sepanjang hayat dalam hidup ini. Satu kebenaran yang menyakitkan sebenarnya merupakan suatu ubat kepada kesakitan itu sendiri. Ternyata memang tidak semua perkara harus kita khabarkan kepada setiap orang dan tidak juga setiap orang itu harus tahu setiap inci mengenai diri kita, walau sejauh mana rasa kasih, sedalam mana rasa sayang terpahat dalam diri. Mungkin ramai yang menolak untuk menerima kenyataan yang menyakitkan kerana bukan sekali aku mendengar ayat-ayat sebegitu, namun aku masih lagi tetap berpegang teguh dengan pendirianku bahawa setiap satu perkara yang benar-benar suci yang diinginkan oleh diri kita, haruslah dimulakan dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, biarpun kenyataannya menyakitkan, tak mungkin suatu hubungan itu akan berjaya.

Aku mengaku memang aku agak pantang apabila ditipu walaupun dengan hal yang kecil, dari situ aku menekankan hal kejujuran dalam setiap perkara bagi pasangan aku. Biarpun ada kemungkinan aku akan meletup seketika namun aku cuba beratkan dari sudut kejujuran. Aku tidak kisah jika diberitakan suatu rahsia yang mengejutkan diriku sendiri tapi untuk melindungi satu perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang besar. Aku seorang yang suka mengorek rahsia, menyimpan rahsia dan menilai setiap perkara, dan tidak mustahil suatu penipuan itu aku akan dapat tahu sendiri. Setiap perkara yang terlindung itu,lambat laun akan terbongkar juga, jadi adalah lebih baik berterus terang daripada menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain.

Menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain. Aku sudah sangat biasa dengan keadaan seperti itu kerana aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak pantas menangkap setiap perkataan orang. Jadi dari situ aku dengan mudah menangkap setiap satu perkara yang cuba disembunyikan. Terus terang aku katakan bahawa aku memang cukup benci dengan penipu tapi kebencian aku lebih kepada orang yang terlalu berahsia. Kalau dah kenyataan, mengapa mahu diselindung? Tak pelu membuka cerita lain untuk menutup cerita yang lain. Sekali kenyataan itu terbukti, memang aku akan menjadi tertekan. Tekanan yang aku terima sudah cukup banyak, aku dah tak sanggup nak menahan tekanan selain dari yang sudah sedia aku terima. Letih, penat, kecewa, dan menyampah, mungkin perkataan-perkataan yang sesuai digunakan untuk aku gambarkan keadaan aku tatkala terhantuk dengan situasi sedemikian.

Maaf. Aku tidak mengatakan bahawa seseorang yang 'sedang bersama' denganku kala ini menipu aku tapi aku tak tahu kenapa dalam keadaan sebegini aku terasa ada sesuatu yang dia tidak lagi berterus terang denganku. Perasaan ingin tahu dalam diriku ini sangat mendalam namun dek kerana sifat alami aku yang agak pendiam maka aku kebiasaanya akan mendiamkan diri dan cuba melupakan perkara tersebut. Dan biasanya aku akan gagal mengalihkan perhatian aku dari perkara tersebut. The truth is, I still can sense some lies in every truth she tells me and I don't know why. Mungkin perasaan aku sedang menguji akalku sendiri. Tak siapa tahu.


~hunny, please...no more hiding~