Wednesday, November 24, 2010

The Most Interesting Gathering


On November 16, 2010, a group of Facebook network buddies from the 1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower, held a first month anniversary gathering. What's so interesting about the gathering? It was a cake eating party, yes it's not typo, it's really a CAKE! How cool was that? They come from different life background, various age levels, multi-racial community, which only share the same simple thought. And they were connected via the Facebook fanpage, cool rite? And to make it more interesting, it was held at 5 different locations all over Malaysia; KLCC Fountain, Merdeka Stadium [KL area], Esplanade's Speakers Corner [Penang], Wisma Merdeka Coffee Bean [Kota Kinabalu area], Secret Recipe in Lunas [Kedah area] and McDonalds in Kampar [Perak area], and actually some of them have it somewhere else. Yes, I still going on with the boycott on McDonalds eventhough they are having cakes there. LoL. These were some pictures I get from the fanpage album, hopefully none of them would jump on me for publishing their pictures without permission. XD

Secret Recipe - Ipoh [if i'm not mistaken]

Secret Recipe - Bertam, Penang

Security want more cakes - KLCC

Cake Party - Kuchai Lama

From Kuching with cakes

One Hardcore Fan - Neslo Ais with the lovely cupcakes
Well, as some, or can I say most, of the fan in the group actually get the news quite late, they planned to do it again somewhere else; Nurul Izzah [Pantai Dalam] - Nov, 27 (Saturday) 12.30pm-3.30pm at MBPJ Civic Center, and the lovely hardcore fan - Neslo Ais - KFC Jalan Rugayah, Batu Pahat, 5.00pm - 8.00pm (Muslims, make sure don't 'tuang' your solat!). And suddenly an issue arouse when a somebody somebody said something about 'eating cake is so-kaffir'. WTH? I agree if that fellow said blowing candles was suspicious, but eating cake? It's cake, for God's sake! Ok, fine, no biggie. We Malaysians are so damn creative you know. You think the creative government who bought a submarine which is afraid to submerge, a jet without an engine, and now RM 5-bil for a stupid tower, they don't teach us to be creative? TETT! You're wrong, we people are so damn creative. These are some of the OTHER things that we can do during our next gathering.

1. Drinking Mineral Water


How cool was that, 10, 20, 30 people rising up their hands while holding a mineral water bottle and say:
NO TO MEGA TOWER!
not cool? ok, next!

2. Tea Party

Well, it can be a sarcastic message too. LoL.
Want more cool?
3. Say 'HI'
Ok, this thing reminds me when I'm coming late in my class. LoL.
More cool event?
4. Umbrella (ok, this sounds lame)
Ok, imagine this picture, without the rain. LoLx -LAME!

Ok, to stop my ideas of getting lame and more lame, I would just stop it here and concludes that there's so much thing that we can do together. We all Malaysians do respect each others' religion, races and beliefs, and it's not a shame thing for me to say that most of the non-Muslims in Malaysia do know some of the do's and don'ts in Islam. I was once invited by a Chinese friend of mine to have dinner at his home, and his father bought all the foods from nearby Malay stall to not offended me and my beliefs. See, we are all aware of each other's sensitive issues but that doesn't mean that we can't get together and have some fun together. That was one special things of being Malaysians. I'm proud to be Malaysian, but really ashamed of the government.

A goreng pisang eating gathering would be good too, at least we can filled something in our tummy, rite? XD

Monday, November 22, 2010

Kecoh di Penang..eee mengaku melayu!

INI CERITA DARI PULAU PINANG..


INI BAHAGIAN 2...


LAWAK GILE BAI..CERITA SENARIO BOLEH BUNGKUS, CERITA ADAM SANDLER BOLEH KENA TAPAU, CERITA SCARY MOVIE BOLEH KENA AYAM..
Cik Ghani ni tak sedar yang TT sebenarnya bersikap sarcasm, atau menyindir tapi dia ni masih lagi berdegar-degar bercerita. Dia ni tak sedar yang banner yang dibawak oleh BUKAN PENYOKONG HINDRAF tu sebenarnya bertulis:
KAMI MAHUKAN KEAMANAN! 

Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah sebaliknya. Diorang datang dengan berlagak samseng, tolak sana tolak sini, dan dengan megah melaungkan 'HIDUP ISA!'. Ini ISA mana hidup, anney. Awak mau datangkan keamanan, adakah dengan membawa kekerasan? Otak letak mana, anney? Kenapa yang datang sama tu semua eee saja, anney? Pemuda Pekembar Penang semua eee ka, anney? Wadehel. Ade hati pulak nak jadi KM Penang. Bhahahaha!

Di sini ada senarai bekas tahanan (bukan keseluruhan, ada yang tertinggal) ----> KLIK


"Mengikut ISA, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan."

Kesimpulan yang kau boleh buat ialah dengan adanya ISA, segala jenis mahkamah dalam Malaysia ni tak ada gunanya. Apa gunanya kamar perbicaraan kalau yang ditahan terus disumbat tanpa bicara? Apa gunanya tuan hakim kalau kelulusan penahanan datangnya dari Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri? Apa gunanya sistem perundangan kalau wujudnya terma penahanan terus tanpa perbicaraan?


Sunday, November 21, 2010

Super Psycho Ex-Boyfriend (As I Promised!)

2 entri yang sebelum ni aku asyik bercakap pasal perempuan meroyan tapi kali ni aku nak alihkan lensa kepada lelaki psiko. Jangan ingat lelaki tak boleh meroyan, korang bace dulu baru tahu apa cerita. Heheh. Hasil daripada 2 entri terdahulu daripada ini ada seseorang (anonymous) dah tanya aku yang kononnya aku ni macam  membenci kaum wanita pulak.Mintak maaf buat yang terasa tapi entri-entri tersebut, idea-idea tersebut dikupas dek kerana tindakan segelintir daripada kaum perempuan, bukannya aku melabelkan mereka itu secara keseluruhan jadi sila ambil perhatian. Mama aku pun perempuan maa, aku pun ada 5 orang adik perempuan maa, anak buah aku 2 orang pun perempuan maa, masakan aku nak memperhambakan hidup aku dengan prinsip anti-perempuan, sangat tidak logik pun la. Ya, memang aku ada sedikit prinsip dalam diri aku mengatakan kebanyakan, ulangan -KEBANYAKAN, perempuan mempunyai persamaan dalam beberapa aspek diri, itu memang ada aku pasakkan dalam minda aku, tetapi tak semua persamaan itu adalah dari segi negatif, kenalah seimbang jadi yang positif pun ada. Dan untuk para jejaka, lelaki, pejantan tangguh, korang jangan nak suka sangat, ni aku dah selongkar kotak cakera keras dalam otak aku ni untuk aku pertontonkan apa yang pernah aku dengar, aku lihat dan aku selami mengenai ex-boyfriend yang mental.


My last 2 previous relationships bermula dengan keadaan yang agak awkward. Yang satu tu perempuan tu agak desperate aku rase sebab dia break up dengan laki dia, lepas tu menebeng plak kat aku. So, secara tak langsung lelaki tu melabelkan aku ni perampas awek dia, WTF, DUDE?! Sumpah, aku memang tahu dia ada boyfriend jadi aku pun buat biasa-biasa jelah, tapi in the end dia pulak sangkut kat aku dan blah dari mamat tu. Adalah sedikit alasan gampang dia yang laki tu selalu pukul dia, mengamuk tak tentu pasal, pakai duit dia, dan macam-macam lagi, tapi itu semua alasan dia. Ok, to make the long story short, dia putus dan pegi kat aku pulak. Si mamat ni pun boleh tahan call aku siap menangis-menangis lagi, drama swasta habis la cakap kau. Dan selang beberapa lama si minah ni bagitahu mamat tu ada ym (Yahoo Messenger, bukan Yang Mulia), cakap nampak kitorg kat sana kat sini, pergi situ pakai baju apa, pergi sini pakai seluar apa, balik rumah pukul berapa, serba-serbi tahu la senang cerita. Tapi kira ok la sebab mamat ni takde la sampai nak pangkah moto aku time tu, tapi aku tahu mamat ni ada jugak buat cerita sarkis dia kat aku, batu api, biasalah psiko tak boleh nak terima kenyataan, gua layankan aje beb. Die ingat die call aku pakai number lain, konon-konon affair baru minah tu, bakar-bakar aku dengan ayat bodoh tu, konon nak pecahkan motor aku la bagai, jangan ingat aku tak tahu la. Ko tu dah tersilap bagi informasi kat orang yang error-alert cam aku ni. Ko cakap aku dalam telefon yang aku pakai Gilera (memang betul), tapi ko tak tahu ke yang lelaki sebenar dalam hubungan baru minah tu langsung tak tahu Gilera tu sejenis motor. Hahaha~


Tak berapa lama lepas daripada hubungan tu, kitorang pun break off sebab dia dah ada orang lain, so aku pun angkat kaki sudah, nak rugi ape kalau dah test ride. Hahaha! Ayat kejam! Dan hubungan aku yang satu lagi yang berkaitan dengan ex-boyfriend ialah yang paling terbaru ni la, pun sudah almarhum (kehkehkeh). Tapi kali ni agak ekstrim sikit la pasal mamat ni otak dia lagi tak center daripada mamat yang aku cerita kat atas tu. Tak center yang macam mana? Ini yang aku nak cerita ni. Korang mesti pernah tengok drama-drama Yusuf Haslam kan? Aku bukan nak kutuk drama die tapi memang aku tak suke pun drama, filem, cerpen, pantun, hatta sajak dan syair pun karya die dengan anak die. Dah tau dah, cinta-cinta, gaduh-gaduh, hero menang, habis! Heh, ok kembali kepada topik asal, mesti korang pernah tengok drama melayu yang bekas teman lelaki belasah, ugut, seksa perempuan tu kan? Senang cerita, laki tu camtu la. Dengar ceritanya hebat betul, kategori 'Abang Long' la kan, balachi-balachi bersusun, kalau suruh cebok buntut lepas berak pun ramai yang sanggup tadah tangan, tapi tu la dia, bangang bila bab perempuan. Nasib baik tak jumpa aku, kalau jumpa memang 'tak kau mati, aku mati', tu je la. Bukan aku nak bergaduh pasal perempuan ke ape, kalau dia nak dan perempuan tu nak balik, sile la ambik, tapi kalau perempuan tu tak nak, sori la kan. Kalau perempuan tu sekadar member aku pun aku akan tetap pertahankan dia, kawan maa. Tapi sumpah la laki tu memang aku boleh calonkan dia sebagai pemenang Anugerah Setan Sayangkan Harta Orang Lain Empunya (A.S.S.H.O.L.E.). Tak ke bangang bila terkejarkan benda yang dah taknak kat dia? Tak ke bangang kalau ugut-ugut perempuan dengan alasan nakkan dia? Apekejadahnye ko nih? Sekolah mane ko nih? Dengar-dengar kat Cheras. Haha. Oit, orang sekolah kat cheras jangan terasa, ini 'sekolah' lain punya.


Sepanjang hidup aku ni bermacam jenis serangan psikologi daripada lelaki yang dah 'ditalakkan' oleh teman wanita mereka. Sumpah cakap ko, ada yang terlalu psiko sehinggakan aku boleh kategorikan sebagai mentally retarded, kalau kena tangkap bunuh orang pun mesti lepas atas alasan ada wayar dalam kepala tu dah short ataupun ada fius dah terbakar. Aku pernah dengar lelaki yang menangis-nangis merayu nakkan balik ex-girlfriend die kembali kat dia, tapi lepas tu pegi maki-maki perempuan tu bila kena reject. Tak ke bodoh bunyi cerita tu, kan? Kalau betul ko tu nak kat perempuan tu tunjuklah kualiti sikit, tunjuk kualiti menarik yang perempuan tu akan terlepas kalau tak kapel dengan ko balik. Ini tidak, dah lah menunjukkan kebodohan dengan merayu-rayu (woit! lelaki merayu kat perempuan? Tulur kasi rebus la brader.), lepas tu boleh pulak dimaki-maki perempuan tu, memang kompem kena rijek secara total la kan. Macam la perempuan tu perempuan terakhir dalam dunia ni sampai ko nak buat camtu. Tolong la jangan nak jadi Kasyah LBS sangat, konon bajet gempak lagenda cinta agung bertahun tunggu awek yang dah lari dengan orang lain. Tak kisah la atas alasan apa pun tapi dia tu dah blah, ko carik je la yang lain, jangan jadi bodoh la kn.


Selain daripada tu, aku jugak pernah dengar yang lelaki yang kaciwa ni punyalah musnah kehidupannya konon bila takda perempuan ni sampaikan tahap kebodohannya tu melebihi batas keimanan dalam dirinya. Ada yang mencari dukun, pawang, bomoh, tok batin, semata-mata nak dapatkan balik perempuan tu. Ape ke bodohnya la tindakan tu? Aku dulu pun memang ada terfikir jugak nak buat camtu tapi mujur aku punya langkah tak terpesong sebab aku dapatkan nasihat dari orang yang betul. Ya, kekecewaan dalam percintaan memang boleh menjerumuskan korang dalam kancah syirik, dan syaitan pun memang suka la kalau jadi camtu. Rilek-rilek sudah, nak pergi jumpa bomoh la, beli minyak la, tiup ayat la, itu semua tak berbaloi pun, lagi la kalau ada yang sampai kena bayar beratus-ratus malah beribu pun aku pernah dengar. Fikirkanlah, selepas Allah bagi nikmat kat kita ni macam-macam, bernafas percuma, kesihatan badan percuma, pancaindera percuma, merasai nikmat cinta dan berkasih sayang, bila sampai tang kecewa tu, adakah berbaloi untuk kita berpaling daripada-Nya? Jangan jadi bodoh.


Serius, aku pun kadang-kadang naik semak dengan aduan mengenai lelaki yang tak tentu hala camtu. Come on la, korang laki, aku pun laki, malu la sikit. Lelaki tu pemimpin kepada wanita, takkan korang nak tunjukkan kualiti sebagai pemimpin kat perempuan dengan perangai psiko korang tu. If u are a man, then be a real man. Jangan la sangkut sangat dengan feeling korang yang serius aku cakap takkan kemana pun dengan perangai korang yang camtu. Aku pun pernah berada dalam keadaan yang macam tu, dan bila aku fikirkan balik segala tindakan aku yang bakal aku buat, nak dibandingkan dengan wiser decisions yang aku boleh buat, seriously those kind of act really don't worth anything. Kenapa nak buat kerja bodoh kalau kita boleh buat benda yang lebih berfaedah, kan? Kalau korang nak balik girlfriend korang tu, fikirkan baik buruk semua benda tu dulu. Is she worth it? Is she REALLY REALLY worth it? Dan kalau betul dia tu worth like a dime, korang cuma perlu tunjukkan bukti yang korang tu berbaloi untuk didampingi semula. Aku dah cuba dan aku pernah dapat ayat, 'kan bagus kalau kita masih macam dulu, mesti takda masalah'. Sumpah, itu benda betul dan aku dah dengar sendiri, cumanya aku takda hati untuk back together masa tu sebab kualiti yang aku terapkan masa tu cuma sesuai untuk aku berkawan sahaja. Alah, orang tu pun dah selamat berumah tangga kot and I'm happy for her, and her husband (kawan aku jugak), dan their cute adorable daughter. Jadi tak susah pun untuk korang tonjolkan kualiti diri tu, cuma perlukan sedikit keyakinan diri, Insyallah boleh berjaya.

..::so dah fair lah, perempuan kena tabur, laki kena sembur::..

Friday, November 19, 2010

Mencari air di Masjid Negara

SILALAH MERAJINKAN DIRI ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA MENCARI AIR..


dipetik bukan dari pokok, tapi dari ----> TUKARTIUB

Nasihat buat wanita - JANGAN MEROYAN SANGAT!


"Oi, perempuan. Ko ni dah kenape nak sound-sound aku pulak?"
"Oi, betina. Ko tu yang tak sedar diri nak kacau laki orang."
"Kurang ajar punye perempuan. Sedap je mulut ko nak tuduh orang."
"Ko jangan ingat aku tak tahu la hal ko dengan laki aku. Dasar betina sundal!"
"Oi, cakap tu cantik sikit. Aku dengan die takde pape, so ko jangan nak tuduh bukan-bukan"

--berhenti setakat ini--

Hal macam ni sebenarnya selalu terjadi. Hal apa? Hal teman wanita meroyan sebab syak laki dia ada affair dengan orang lain. Orang lain tu biasanya kawan-kawan laki dia, teman sekerja, bekas rakan sekolah, bekas teman sekolej, senang cerita dengan sesiapa sajalah yang laki tu berkawan. Mata dia, hati dia, jantung dia, telinga, hidung, kaki tangan, semuanya tak redha laki dia tu kenal dengan sesiapa pun orang lain yang berjantina perempuan. Aku kalau perempuan yang spesisnya macam ni, memang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, 3 kali aku sound kalau tak jalan memang aku akan jalan terus, pegi J sama kau! Aku sebenarnya agak meluat dengan spesis perempuan yang macma tu. Tak payah nak bagi alasan ko buat camtu sebab sayangkan die, sebenarnya ko buat camtu sebab ko tu minah psiko!


Aku rasa macam kebetulan pulak. Baru je aku posting pasal psycho ex-girlfriend, baru aku plan nak tulis pasal super-psycho ex-boyfriend, ni dah muncul meroyan girlfriend. Muncul mana? HAHA. Adalah dekat-dekat sana. Ceritanya macam ni, aku tengah santai-santai tiba-tiba kawan aku (perempuan) cerita pasal girlfriend kawan aku lagi sorang tu, katanya perempuan tu sound-sound dia macam-macam. Aku dengan tak tahu apa-apa ni pun pegilah cekidap ape yang tengah berlaku. Rupe-rupenye ini pasal jeles la ni. Kate orang, cemburu tu tandanya sayang, tapi dalam kategori ni aku letakkan cemburu beliau tu tandanya meroyan! Haha. Tak pasal-pasal aku yang saje mencelah nak tenangkan keadaan, dituduh nak masuk campur dalam argument diorang. Tolong sikit, aku tak layan stupid girl figt camtu. Nak jadi referee pun aku tak sanggup, lagi la kalau pesertanya anda itu. So, aku tak hairanlah kalau sesiapa yang berpasangan dengan dia pegi carik orang lain kat luar, perangai camtu memang bawak masalah. Bukan aku nak kata boyfriend awak tu cari orang lain sebab perangai awak, tapi dengan perangai camtu kebanyakan lelaki akan meluat. Oh, yes, sebenarnya memang itu pun tujuan ayat tu, mengorat orang lain sebab tak tahan perangai awak tu. Hahaha.


Ni aku nak bagitau, buat para wanita, tak kira awak tu isteri, girlfriend, scandalous, teman tapi mesra, in a complicated relationship, atau yang sewaktu dengannya, jangan terlalu obses dengan cinta. Bila korang terlalu obses dengan cinta korang tu (buat yang belum berkahwin), korang sebenarnya dalam tak sedar sedang berusaha untuk mengakhiri hubungan korang dengan pasangan yang belum register lagi tu. Lelaki ni ada sifat penguasa sebab dah ditakdirkan diorang ni akan memimpin keluarga, tapi bila dia dikongkong sedangkan bernikah pun belum maka dia akan rasa terhina dan secara tak langsung akan rasa meluat dan mencari yang lain untuk hiburkan hati. Dan bila benda tu terjadi, korang perempuan-perempuan ni cuba tengok balik diri sendiri, jangan terlalu ego, cuba carik dulu salah dalam diri yang buatkan benda tu terjadi, lepas tu nak serang ke ape korang pegi la. Kenapa kena tengok diri sendiri dulu? Sebabnya kadang-kadang masalah tu datang dari diri kita sendiri, kita mungkin tak nampak tapi orang lain nampak jelas. So, apa-apa pun kena clearkan diri sendiri dulu.


Lagi satu, untuk perempuan-perempuan yang berpasangan tapi belum officially register tu, korang tak payah nak excited sangat jage boyfriend korang tu, kawin pun belum banyak bunyi pulak. Lantak la boyfriend korang tu nak berkawan dengan siapa pun, apasal semua tu nak jadikan isu? Kalau dah kawan sekerja tu perempuan, takkan la die nak cakap kat bos dia, 'Bos, boleh tolong tukarkan perempuan tu jadi lelaki tak? Girlfriend saya asik cemburu. In fact, ni die tengah tengok dari jauh yang saya repot kat bos ni.' Hahahaha. Takkan lah sampai camtu sekali kan, agak-agak lah. Kita ni manusia, hidup ada lelaki dan wanita, so tak menjadi satu kesilapan untuk berkawan dengan sesiapa, melainkan kawan itu orang yang membawa kepada kemungkaran. Jadi jangan la nak control sangat, kawan dengan orang tu tak boleh, dengan orang ni tak boleh. Baik korang simpan je, tak pun sumbat je laki korang tu dalam penjara, konfem semua lelaki. Tapi kalau dia di'saiful bukhari'kan jangan la salahkan orang lain pulak. Hahahaha~ Sebenarnya lelaki tak suka sangat perempuan terlalu excited nak menjaga kawan-kawan dia dengan siapa, RIMAS.


Bukan la aku nak kate ape, tapi seingat aku my previous relationships pun kebanyakannya ada masalah camni. Dan aku bereksperimentasi dengan my last previous relationship untuk cuba redakan keadaan dengan menegur, tapi nampaknya langsung tak berkesan. Senang cerita kalau ujikaji makmal la benda tu, keputusan asyik fail je la. Aku dah tegur berjuta kali aku rasa pasal benda yang sama, tapi masih lagi diulang-ulang-ulang lagi sampaikan aku naik meluat. Bukan susah sangat benda tu nak faham, kalau aku dah kata takda apa-apa dengan orang tu, maknanya takda apa-apa. Kalau aku ada apa-apa dengan orang tu, dah lama awak tu bye-bye. Ingatkan bila dah cakap camtu takde berulang, rupe-rupenye aku seperti bercakap dengan pintu. Dan dengan pantas aku membuat kesimpulan bahawa perempuan memang ada sedikit obses dengan cinta, dah nasihat pun tak makan jugak. Mungkin ada kebenarannya. Hehe.


So, kesimpulannya, wahai wanita-wanita, tolonglah jangan obses sangat. Lelaki pun macam perempuan jugak, perlukan ruang untuk berkawan. Korang jaga baik, insyallah jodoh tu takkan ke mana. Tapi bila korang buat camtu, cemburu tak tentu pasal, mengamuk tak tentu hala, meroyan macam orang gila, korang sebenarnya memalukan diri pasangan korang kat kawan dia. Dan bila korang dah malukan diri korang kat kawan pasangan korang tu, jangan terkejut la bila ada yang cakap dengan laki korang dengan ayat, 'Eh, ko masih lagi dengan perempuan tu ke?' Label 'perempuan tu' kebiasaanya akan merujuk kepada 'something fishy going on somewhere'. Itu silap sendiri kena tengok diri la kan. Haha. Jadi sekali lagi aku nasihatkan, janganlah obses sangat, korang tu bukan kasyaf mane sampai nampak jodoh.

JANGAN NAK MEROYAN SANGAT!

Thursday, November 18, 2010

Psycho is another word for ex-girlfriend!

Sepanjang XX tahun aku hidup dalam dunia ni, dah beberapa kali aku bercinta dan break up. Kata orang 'First break up was the hardest time', and I couldn't agree more with that. Sumpah, betol! Kalau tak silap aku, first break up aku ialah masa aku berumur 20 tahun kot kalau tak silap. Hubungan kitorang tak sampai pun setahun (In fact, all my previous relationships never even reach 1 year. HAHA!) Dan aku masih ingat lagi masa tu aku rasa macam down gila, it's like the end of the world for me, I can't leave without you, dan pelbagai whatsoshit lagi la yang agak memalukan bila difikirkan. Aku sanggup travel jauh semata-mata nak tenangkan perasaan dan buat macam-macam benda untuk hilangkan rasa kecewa tu (serious shit! I do feel the frustration!). Tapi lama-kelamaan aku mula bangun balik, berkat bimbingan dan dorongan kawan-kawan, terutama my blood-brother, AINUL AZMIL BIN ANUWAR (thanks, bro!), dan ramai lagi. Lepas daripada kejadian tu, on my next relationship and so on, bila break up aku akan rasa macam biasa, macam takda apa-apa yang berlaku. Aku terasa macam the first lesson teaches me all. Aku terasa macam dah immune dengan relationship break ups. Dan bila dah lama, baru aku terperasan something fishy going on somewhere.




Selepas beberapa lama aku baru terperasan persamaan antara banyak-banyak mereka ni. Diorang akan terus palang aku dalam hidup diorang, not even as a friend, lepas tu diorang akan burukkan aku kat their so-called new commitment (I rather called it new slave), lepas tu letak tahap kebencian tertinggi dalam hati kat aku, tukar phone number, and last but not least, suddenly pakai/gunakan balik benda-benda yang aku pernah bagi untuk tarik attention aku. WTF?!! Sumpah, aku kalau dah break up, memang aku buat tak tahu. To hell la dengan semua benda yang dah terjadi, benda dah lepas. If u want to be my friend, then I really don't mind but to get back together with u, is not gonna happen even in a million years. Aku malas nak burukkan diorang kat kawan-kawan, aku pun tak cerita banyak sangat kat orang, bukan macam apa yang diorang buat. Well, maybe diorang punya wifi reception tu lagi luas, tu yang bercerita sampai ke sana ke mari. Pedulik lah, mulut korang, dosa korang la. Tapi aku tak pernah langsung letak diorang tu sebagai musuh aku. Tak ada faedah pun aku nak bermusuh dengan orang, kawan-kawan sudah. Ya, mungkin ada orang yang akan cakap ayat berkawan tu sebagai aku ni desperate untuk rapat balik dengan diorang. TETTT! SORRY, THE ANSWER IS WRONG! Aku tak kisah pun kalau diorang takda, tapi untuk bermusuh dengan orang memang bukan cara aku.

Aku agak terkejut sebenarnya bila semalam lepas balik daripada layan kolam air panas kat Chengkau, dan melepak kat rumah botak sampai pukul 2 lebih, balik rumah pun dah pukul 3, aku terus online dan saja browsing dan melihat-lihat profile orang. Bila sampai kat satu tempat tu, aku terkedu sekejap. Apa motif dia ni nak letak gambar tu? Sori, ini bukan gambar aku dengan dia dulu tapi gambar yang baru-baru je amik. Gambar apa? Ada la gambar something yang aku pernah tulis-tulis atas kertas dulu bila bosan. Benda tu sebenarnya bukan untuk aku bagi kat sesapa pun tapi bila orang tu suke je nak amik benda tu, aku biar je la. Bukan aku nak kisah sangat pun sebab benda tu conteng-conteng saja. Aku ni kadang-kadang tangan tak reti dok diam, kejap-kejap nak amik pen dengan kertas, mula la tulis-tulis, lukis-lukis. Jadi benda tu lah yang diambilnya. Tapi persoalannya sekarang, buat apa nak snap gambar benda tu dan tayang pulak kat facebook or whatsoever. Aku sungguh tak berminat untuk menyambung balik perhubungan yang dah putus, baik carik lain je.


Lagi satu, dulu ade la sorang ex-girlfriend aku ni, dah beberapa lama break up tetiba telefon aku balik, ajak lepak, datang rumah. Aku pun biasa lah, kawan-kawan takdehal pun. Masa dalam kereta dia pun aku dah pernah bagitahu kat dia yang kalau dia takda dalam hidup aku pun aku tak rugi apa, kawan-kawan takmau lawan. Bila dah beberapa lama aku terperasan dia ni macam nakkan duit aku je, terus aku blah. Kalau ini macam punya kawan memang ada rugi. Haha. Jadi baiklah aku buka langkah sebelum lagi melalut. Kalau setakat nak make out, humping-pumping tu aku takkan cakap benda tu boleh membawa kepada penyambungan semula perhubungan. Biasalah, orang dah offer, takkan nak nganga, terutama orang beriman senipis kulit bawang macam aku ni. Dan aku sebenarnya langsung tak terdorong oleh kejadian camtu pun untuk menyambung hubungan, maknanya aku jenis orang yang boleh jai-ho! dengan seseorang dan walk away camtu je, no hard feelings. Tapi disebabkan hal camtu, aku dianggap terlalu kejam. Bukannya aku seorang yang tidak menghargai perempuan, cumanya kalau perempuan tu pun berperangai camtu, camana aku nak menghargai diri dia? Kan?


Aku sebenarnye pelik bercampur hairan. Aku dah terlalu lali dengan ayat-ayat seperti, 'Oh, bestnye kalau jadi girlfriend you.', 'Oh, cool gak cara you handle your girlfriend. I wish I could be your girlfriend.'. Cukup la setakat itu, nanti korang cakap aku ni perasan bajet bagus. Sebab utamanya diorang bagi ayat camtu ialah kerana aku tak pernah nak mengongkong apa yang pasangan aku buat selagi dia bukan isteri aku. Jadi, kemana dia nak pergi, dengan siapa dia nak keluar, pukul berapa dia nak balik, dia cuma perlu bagitahu je kat aku, dan aku pun takkan tanya lebih lanjut cukup sekadar aku tau je dah. Kebajikan aku jaga seperti biasa la, apa guna jadi boyfriend kalau tak jaga kebajikan kan? Haha. Tapi disebabkan kelonggaran itulah ramai yang pijak kepala, naik tocang. Dan disebabkan aku dah terbiasa dengan hal camtu, tiap kali break up aku akan buat tak tahu, bukannya isteri aku pun yang aku nak kecoh lebih. Dan dari firasat aku yang tak kasyaf ni ada sedikit mengatakan bahawa diorang tu akan ada rasa kebencian bila tengok aku buat tak tahu, macam tak ada apa yang berlaku dan bergembira senang-lenang. Mungkin itu normal la kot. Dan bila berjumpa semula, buat baik semula, ada je la yang konon tersasul panggil nama, 'Eh, sori. Dah terbiasa.' Aku buat-buat tak dengar, anda terbiasa aku pedulik hapa.


Mungkin akan ada yang terasa dengan posting aku kali ini tapi, aku pedulik hapa. Ini adalah fakta yang terjadi dalam realiti dan ini sebenarnya menunjukkan bukan lelaki sahaja yang psiko, sang perempuan pun ada masa sama jugak. Aku tau lelaki memang sedikit sewel bila lepas break up terutama lelaki-lelaki yang budak-budak baru nak kenal dunia, baru nak bercinta. Kategori ini adalah mereka-mereka yang terlalu bodoh dalam menilai cinta dan menangani masalah. Aku pernah berada dalam situasi tu, so please don't deny it. Ini adalah golongan yang gaduh sikit nak terjun lombong, kecewa sikit nak lompat bangunan, senang cerita budak-budak la. Dan ada jugak golongan yang dah besar panjang tapi memalukan kaum lelaki, iaitu mereka yang dah berumur yang sepatutnya berkategori matang, tapi masih lagi nak main terjun lombong, lompat tingkap ni semua. Pun bangang jugak! Ini ialah mereka-mereka yang berkemungkinan tinggi untuk menjadi stalker sejurus selepas break up. Trust me because I know.



..::smart gak baju-baju ni kan? ::..

Wednesday, November 17, 2010

Friday, November 12, 2010

Kisah Separa Cool~

Tadi kami pegi main futsal...

...ada yang lama gila tak jumpa...
BIASALAH KAWAN SEKOLAH

...kalau dah lama tak jumpa...
ini memang soalan wajib

HANG KEJA MANA LA?

...ada yang kerja dengan syarikat ni...

...ada yang kerja kat sini...

...kat sini...

...kat sini pun...

...kat sini lagi... 

...sini...


...dan ada jugak yang... 

...tapi bila sampai kat aku...

"HANG KEJA APA?"


(sumpah gua rase cool sekejap)

WADEFAK LEY?!!

(ini cerita rekaan semata-mata)