Muhyiddin selar PAS keluar fatwa baru-freemsiatoday
GALAS: Dalam kempen terakhir di Galas hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, PAS menluarkan fatwa baru setiap kali berlaku pilihanraya kecil semata-mata untuk mernarik pengundi.
"Parti ini telah meyalahguna agama (Islam) untuk kepentingan politik mereka. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali.
"Rakyat perlu menilai, bukan sahaja menyalahkan agama tetapi memperdayakan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Timbalan perdana menteri telah menimbulkan perkara itu dalam dua kempennya iaitu di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mohd Fakhry di sini.
Muhyiddin berkata, fatwa baru itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS Selangor.
Fatwa baru itu, kata timbalan perdana menteri, mereka yang telah menerima bantuan dari kerajaan negeri tidak boleh lagi menerima bantuan kerajaan Pusat.
Muhyiddin juga ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengangkut peti undi dari pusat mengundi kawasan orang Asli ke pusat penjumlahan di Gua Musang merupakan amalan biasa.
Katanya, selama ini tidak berbangkit keputusan pilihanraya dari kawasan mengangkut peti undi.
"Mengangkut peti undi itu dikawal oleh pegawai SPR dan anggota polis, parti politik memang tidak dibenarkan.
"Mengapa pula kali ini mereka menimbulkan perkara ini? Kita (BN) tidak pernah langgar undang-undang dalam pilihnaraya kecil," katanya.
Ini sembab ni cakap apa? Cerita pasal fatwa ni memang selalu dibangkitkan. Pangkah BN dosa - fatwa. Pangkah PAS pahala - fatwa. Undi parti Islam masuk syurga - fatwa. Ambik duit kerajaan - fatwa. Ambik duit wang ihsan - fatwa. Bukan Islam masuk masjid - fatwa. Fatwa itu, fatwa ini. PAS ni pun satu, bila cakap kena berlapik sikit. Yang mendengar dan bagi ulasan tu akalnya pendek, kalau kita saja-saja cakap tak bayar parking dapat dosa pun, diorang akan kata fatwa. Fatwa sana, fatwa sini. Bila bab judi, arak, china doll, tak nak pulak dibangkitkan fatwa-fatwi Pekembar ni? Teringat aku flashback video perbahasan parlimen bilamana MP Machang, YB Saifuddin Nasution Ismail menepek pihak kerajaan, 'Jangan cabar kami, kami boleh tunjukkan di pejabat cawangan mana yang ada botol arak. Jangan cabar kami, kami boleh dedahkan siapa ketua pemuda yang semasa wedding anniversary, menghidangkan arak. Kami boleh dedahkan siapa pemimpin UMNO yang terlena di 'single-arm slot machine'. JANGAN CABAR KAMI!' Bercempera pihak kerajaan cuba menegakkan benang yang basah.
ini teh o kurang manis |
Kita (BN) tidak pernah langgar undang-undang dalam pilihnaraya kecil," katanya.
SUMBER 1 - BN langgar peraturan pilihanraya di Machap.
Menurut akta tersebut, kempen pilihan raya hanya boleh dilaksanakan setelah selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
Bagaimanapun media cetak dan elektronik telah digunakan oleh BN bagi tujuan kempen beberapa minggu sebelum hari penamaan calon.
Sebagai contoh, Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein telah melancarkan jentera pilihan paya Pemuda BN DUN Machap pada 30 Mac, lima hari sebelum hari penamaan calon.
Bernama melaporkan bahawa pelancaran itu dibuat sebagai mesej untuk memberi kemenangan besar kepada calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Malah baner dan bendera berlambang BN telah digantung di kawasan pilihan raya kecil BN seminggu sebelum hari penamaan calon.
SUMBER 2 - Pemuda UMNO pertama langgar peraturan SPR.
PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.
"BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,
"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.
Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda. Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom.
PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Pusat-pusat pembuangan undi hari ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Kelihatan perayu-perayu undi bagi kedua-dua parti mula merayu undi untuk memenangkan calon masing-masing.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba bertegas untuk mengambil tindakan bagi mana-mana parti yang melanggar enam peraturan baru yang telah di kuatkuasakan. Antara 6 peraturan baru yang dikuatkuasakan ialah dilarang merayu undi dan memakai, memegang atau membawa kain, bahan hiasan, botol atau payung yang tertera logo atau parti.
Walaubagaimanapun arahan dan penegasan tersebut umpama tidak relevan apabila masih kelihatan perayu-perayu undi dari kedua-dua parti. Bendera-bendera UMNO dan PAS masih dikibarkan untuk menarik perhatian pengundi-pengundi di Permatang Pasir.
Kejadian rasuah tidak dapat dikawal pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen di Kawasan itu terutama beberapa hari sebelum tiba hari mengundi pada 25 April, hingga menyebabkan pencabulan sistem demokrasi apabila ia berlaku secara keterlaluan.
Untuk memikat undi, Najib dan rakan-rakannya telah menabur wang tunai dan membuat berbagai janji (kebanyakannya mengandungi syarat, hanya sekiranya BN menang).
Wang tunai ini melibatkan beratus juta ringgit dan janji-janji dibuat ketika tempuh kempen yang suntuk masanya.
Ini termasuk pembinaan sebuah universiti dan beberapa buah sekolah, susur jalan lebuhraya dan prasarana yang lain, beberapa kos perumahan rendah, meningkatkan taraf masjid dan rumah ibadat, pemberian geran kepada persatuan penduduk setempat, wang tunai kepada individu dan sebagainya.
-job scope pemimpin tu terlalu banyak, tapi menipu, manipulasi, mencuri duit rakyat, makan komisen juta-juta, markup harga melantun-lantun, tidak termasuk dalam jobscope. Harap maklum!
No comments:
Post a Comment