Sunday, November 21, 2010

Super Psycho Ex-Boyfriend (As I Promised!)

2 entri yang sebelum ni aku asyik bercakap pasal perempuan meroyan tapi kali ni aku nak alihkan lensa kepada lelaki psiko. Jangan ingat lelaki tak boleh meroyan, korang bace dulu baru tahu apa cerita. Heheh. Hasil daripada 2 entri terdahulu daripada ini ada seseorang (anonymous) dah tanya aku yang kononnya aku ni macam  membenci kaum wanita pulak.Mintak maaf buat yang terasa tapi entri-entri tersebut, idea-idea tersebut dikupas dek kerana tindakan segelintir daripada kaum perempuan, bukannya aku melabelkan mereka itu secara keseluruhan jadi sila ambil perhatian. Mama aku pun perempuan maa, aku pun ada 5 orang adik perempuan maa, anak buah aku 2 orang pun perempuan maa, masakan aku nak memperhambakan hidup aku dengan prinsip anti-perempuan, sangat tidak logik pun la. Ya, memang aku ada sedikit prinsip dalam diri aku mengatakan kebanyakan, ulangan -KEBANYAKAN, perempuan mempunyai persamaan dalam beberapa aspek diri, itu memang ada aku pasakkan dalam minda aku, tetapi tak semua persamaan itu adalah dari segi negatif, kenalah seimbang jadi yang positif pun ada. Dan untuk para jejaka, lelaki, pejantan tangguh, korang jangan nak suka sangat, ni aku dah selongkar kotak cakera keras dalam otak aku ni untuk aku pertontonkan apa yang pernah aku dengar, aku lihat dan aku selami mengenai ex-boyfriend yang mental.


My last 2 previous relationships bermula dengan keadaan yang agak awkward. Yang satu tu perempuan tu agak desperate aku rase sebab dia break up dengan laki dia, lepas tu menebeng plak kat aku. So, secara tak langsung lelaki tu melabelkan aku ni perampas awek dia, WTF, DUDE?! Sumpah, aku memang tahu dia ada boyfriend jadi aku pun buat biasa-biasa jelah, tapi in the end dia pulak sangkut kat aku dan blah dari mamat tu. Adalah sedikit alasan gampang dia yang laki tu selalu pukul dia, mengamuk tak tentu pasal, pakai duit dia, dan macam-macam lagi, tapi itu semua alasan dia. Ok, to make the long story short, dia putus dan pegi kat aku pulak. Si mamat ni pun boleh tahan call aku siap menangis-menangis lagi, drama swasta habis la cakap kau. Dan selang beberapa lama si minah ni bagitahu mamat tu ada ym (Yahoo Messenger, bukan Yang Mulia), cakap nampak kitorg kat sana kat sini, pergi situ pakai baju apa, pergi sini pakai seluar apa, balik rumah pukul berapa, serba-serbi tahu la senang cerita. Tapi kira ok la sebab mamat ni takde la sampai nak pangkah moto aku time tu, tapi aku tahu mamat ni ada jugak buat cerita sarkis dia kat aku, batu api, biasalah psiko tak boleh nak terima kenyataan, gua layankan aje beb. Die ingat die call aku pakai number lain, konon-konon affair baru minah tu, bakar-bakar aku dengan ayat bodoh tu, konon nak pecahkan motor aku la bagai, jangan ingat aku tak tahu la. Ko tu dah tersilap bagi informasi kat orang yang error-alert cam aku ni. Ko cakap aku dalam telefon yang aku pakai Gilera (memang betul), tapi ko tak tahu ke yang lelaki sebenar dalam hubungan baru minah tu langsung tak tahu Gilera tu sejenis motor. Hahaha~


Tak berapa lama lepas daripada hubungan tu, kitorang pun break off sebab dia dah ada orang lain, so aku pun angkat kaki sudah, nak rugi ape kalau dah test ride. Hahaha! Ayat kejam! Dan hubungan aku yang satu lagi yang berkaitan dengan ex-boyfriend ialah yang paling terbaru ni la, pun sudah almarhum (kehkehkeh). Tapi kali ni agak ekstrim sikit la pasal mamat ni otak dia lagi tak center daripada mamat yang aku cerita kat atas tu. Tak center yang macam mana? Ini yang aku nak cerita ni. Korang mesti pernah tengok drama-drama Yusuf Haslam kan? Aku bukan nak kutuk drama die tapi memang aku tak suke pun drama, filem, cerpen, pantun, hatta sajak dan syair pun karya die dengan anak die. Dah tau dah, cinta-cinta, gaduh-gaduh, hero menang, habis! Heh, ok kembali kepada topik asal, mesti korang pernah tengok drama melayu yang bekas teman lelaki belasah, ugut, seksa perempuan tu kan? Senang cerita, laki tu camtu la. Dengar ceritanya hebat betul, kategori 'Abang Long' la kan, balachi-balachi bersusun, kalau suruh cebok buntut lepas berak pun ramai yang sanggup tadah tangan, tapi tu la dia, bangang bila bab perempuan. Nasib baik tak jumpa aku, kalau jumpa memang 'tak kau mati, aku mati', tu je la. Bukan aku nak bergaduh pasal perempuan ke ape, kalau dia nak dan perempuan tu nak balik, sile la ambik, tapi kalau perempuan tu tak nak, sori la kan. Kalau perempuan tu sekadar member aku pun aku akan tetap pertahankan dia, kawan maa. Tapi sumpah la laki tu memang aku boleh calonkan dia sebagai pemenang Anugerah Setan Sayangkan Harta Orang Lain Empunya (A.S.S.H.O.L.E.). Tak ke bangang bila terkejarkan benda yang dah taknak kat dia? Tak ke bangang kalau ugut-ugut perempuan dengan alasan nakkan dia? Apekejadahnye ko nih? Sekolah mane ko nih? Dengar-dengar kat Cheras. Haha. Oit, orang sekolah kat cheras jangan terasa, ini 'sekolah' lain punya.


Sepanjang hidup aku ni bermacam jenis serangan psikologi daripada lelaki yang dah 'ditalakkan' oleh teman wanita mereka. Sumpah cakap ko, ada yang terlalu psiko sehinggakan aku boleh kategorikan sebagai mentally retarded, kalau kena tangkap bunuh orang pun mesti lepas atas alasan ada wayar dalam kepala tu dah short ataupun ada fius dah terbakar. Aku pernah dengar lelaki yang menangis-nangis merayu nakkan balik ex-girlfriend die kembali kat dia, tapi lepas tu pegi maki-maki perempuan tu bila kena reject. Tak ke bodoh bunyi cerita tu, kan? Kalau betul ko tu nak kat perempuan tu tunjuklah kualiti sikit, tunjuk kualiti menarik yang perempuan tu akan terlepas kalau tak kapel dengan ko balik. Ini tidak, dah lah menunjukkan kebodohan dengan merayu-rayu (woit! lelaki merayu kat perempuan? Tulur kasi rebus la brader.), lepas tu boleh pulak dimaki-maki perempuan tu, memang kompem kena rijek secara total la kan. Macam la perempuan tu perempuan terakhir dalam dunia ni sampai ko nak buat camtu. Tolong la jangan nak jadi Kasyah LBS sangat, konon bajet gempak lagenda cinta agung bertahun tunggu awek yang dah lari dengan orang lain. Tak kisah la atas alasan apa pun tapi dia tu dah blah, ko carik je la yang lain, jangan jadi bodoh la kn.


Selain daripada tu, aku jugak pernah dengar yang lelaki yang kaciwa ni punyalah musnah kehidupannya konon bila takda perempuan ni sampaikan tahap kebodohannya tu melebihi batas keimanan dalam dirinya. Ada yang mencari dukun, pawang, bomoh, tok batin, semata-mata nak dapatkan balik perempuan tu. Ape ke bodohnya la tindakan tu? Aku dulu pun memang ada terfikir jugak nak buat camtu tapi mujur aku punya langkah tak terpesong sebab aku dapatkan nasihat dari orang yang betul. Ya, kekecewaan dalam percintaan memang boleh menjerumuskan korang dalam kancah syirik, dan syaitan pun memang suka la kalau jadi camtu. Rilek-rilek sudah, nak pergi jumpa bomoh la, beli minyak la, tiup ayat la, itu semua tak berbaloi pun, lagi la kalau ada yang sampai kena bayar beratus-ratus malah beribu pun aku pernah dengar. Fikirkanlah, selepas Allah bagi nikmat kat kita ni macam-macam, bernafas percuma, kesihatan badan percuma, pancaindera percuma, merasai nikmat cinta dan berkasih sayang, bila sampai tang kecewa tu, adakah berbaloi untuk kita berpaling daripada-Nya? Jangan jadi bodoh.


Serius, aku pun kadang-kadang naik semak dengan aduan mengenai lelaki yang tak tentu hala camtu. Come on la, korang laki, aku pun laki, malu la sikit. Lelaki tu pemimpin kepada wanita, takkan korang nak tunjukkan kualiti sebagai pemimpin kat perempuan dengan perangai psiko korang tu. If u are a man, then be a real man. Jangan la sangkut sangat dengan feeling korang yang serius aku cakap takkan kemana pun dengan perangai korang yang camtu. Aku pun pernah berada dalam keadaan yang macam tu, dan bila aku fikirkan balik segala tindakan aku yang bakal aku buat, nak dibandingkan dengan wiser decisions yang aku boleh buat, seriously those kind of act really don't worth anything. Kenapa nak buat kerja bodoh kalau kita boleh buat benda yang lebih berfaedah, kan? Kalau korang nak balik girlfriend korang tu, fikirkan baik buruk semua benda tu dulu. Is she worth it? Is she REALLY REALLY worth it? Dan kalau betul dia tu worth like a dime, korang cuma perlu tunjukkan bukti yang korang tu berbaloi untuk didampingi semula. Aku dah cuba dan aku pernah dapat ayat, 'kan bagus kalau kita masih macam dulu, mesti takda masalah'. Sumpah, itu benda betul dan aku dah dengar sendiri, cumanya aku takda hati untuk back together masa tu sebab kualiti yang aku terapkan masa tu cuma sesuai untuk aku berkawan sahaja. Alah, orang tu pun dah selamat berumah tangga kot and I'm happy for her, and her husband (kawan aku jugak), dan their cute adorable daughter. Jadi tak susah pun untuk korang tonjolkan kualiti diri tu, cuma perlukan sedikit keyakinan diri, Insyallah boleh berjaya.

..::so dah fair lah, perempuan kena tabur, laki kena sembur::..

2 comments:

misz beauty said...

saya baca perenggan mula-mula dengan tersenyum sendiri kerana mengetahui kisah itu... hihihi....

so then sebenarnye dua2 sama jek en en en... benda nih jadik kat adik saya sendiri yang ex-bf dier ugut kata nak bagi tau semua orang yang dier dah tet tet dgn adik sy la walhal xberlaku pun... gara2 nak suh adik sy blk kat dier... stupid dog pny olang..=D

oleh itu... yang lepas, lepas... yang sekarang ada diperbaikkan..;-)

eito said...

kehkehkeh...same je lebih kurang..ade ke ugut nak suruh balik, gile xlogik kn?tulatu..