Reminder: Entri ini bukan untuk menyeru anda menghina MLM, tapi kalau pandai fikir la sendiri.
MLM : Bro, lu masuk ni, gua janji 3 bulan je lu ikut gua, 3 series tu dah standby untuk lu.
AKU : Takpe lah, nanti aku pikir la dulu camane.
MLM : Sampai bile nak pikir? Orang lain dah berjaya, lu lagi nak pikir ke?
AKU : Yelah, masuk bukan pakai 2-3 hengget, mau beribu jugak.
MLM : Nak dapat pulangan besar, modal kene la besar. Lagipun modal skali je, takyah maintain2.
AKU : Nanti la aku tengok camane.
MLM : Lu nak tengok ape lagi, bro. Gua nak tolong anak bangsa gua, biar sebaris dgn geng gua.
AKU : Ape plannye?
MLM : Senang je, bro. Camni..bla bla bla..downline..bla bla..kaki..bla bla..BMW..Senang je kan?
AKU : Ko cakap senang la, aku mane ade duit.
MLM : Alamak, bro. Budak despatch yang masuk ni, siap gadai moto lagi, berpinjam orang.
AKU : Hmmm....berapa nak masuk tadi?
MLM : Ala, tak banyak pun. Baru RM3000++ je. Ini gua bagi special discount untuk lu. Amacam?
AKU : Bak pinjam aku RM 3000++.
MLM : Ishh..mane bole camtu, bro.
AKU : (KEPALA TAIK HANG LA!)
------------
Dari aku di zaman UiTM lagi aku dah terdengar-dengar mengenai MLM. Luxor, Insaan, Ads4Bucks, Uptrend, Amway, Avon, Herbalife, Tupperware, dan macam-macam lagi. Aku lebih senang dengan Avon, Tupperware atau mana-mana syarikat jualan langsung yang nampak produknya dan logik kegunaannya, daripada syarikat yang lebih kepada Money Game yang produknya tak nampak, tapi fokus individunya sahaja yang lebih. Tak perlu nak pertahankan 'ini bukan skim piramid, ini bukan skim cepat kaya'. Kalau dah hanya beberapa bulan saja dapat laba yang besar (sebahagiannya tidak masuk akal), itu bukan cepat kaya kah? Aku pun pernah terlibat sama dengan kes-kes seperti ini cumanya mungkin aku ni tak agresif jadi memang tak berjalan pun. Lagipun aku tak minat sangat dengan jual-jual barang, cari-cari orang ni. Kalau nak cari orang, aku buat karaoke je, ramai orang carik aku nanti. Haha~
Dari segi produk, ini hanya untuk skim berteraskan wang semata-mata jadi Avon dan Tupperware serta yang sewaktu dengannya tidak termasuk dalam senarai blacklist aku. Dari segi produk, ada yang jual kad biomagnetik, yang jual kad gunung berapi ape kejadah, yang jual soalan peperiksaan, yang jual kopi tongkat ali (padahal dah beratus produk tongkat ali di pasaran, lagi mau jual kopi?), yang jual gelang, yang bodoh nak jual laman iklan pun ada! Kad Bio-Energy, letak dalam kocek seluar, pokok luar rumah pun boleh subur. Ape kejadahnye tu? Soalan Past-Years PMR, SPM, cikgu-cikgu sekolah bersepah ada, WTF?! Kopi tongkat ali, sekarang ni dari kopi jantan sampai kopi janda dah ada, ape nak heran? Gelang magnetik, tungsten berlian apekejadah woi pakai gelang kat tangan boleh ubat stroke? Patutnye dililit gelang tu satu badan baru boleh sihat. Tapi masalahnya kajian dah dijalankan, magnet tak memberi apa-apa kesan pun kat badan, jangan perbodohkan orang dengan teori Darwin dunia baru.
Buat kawan-kawan yang berada dalam MLM, aku mintak maaf kalau tersinggung tapi aku memang tak boleh la dengan MLM ni. Meniaga Lain Macam ni buat duit dengan cara yang musykil. Kalau nak tahu hukum hakam MLM ni sila lah tanya lebai google, jangan malas sangat. Kalau nak tahu magnet tu berkesan atau tidak silalah tanya lebai google jugak, jangan mengikut tak tentu hala. Kalau nak tahu kad Bio-Energy lumpur gunung berapi ke ape kejadah tu logiknya dimana silalah rujuk lebai google jugak lagi, jangan jadi bangsa bodoh dan malas. Di sini aku malas nak sertakan link untuk jawapan di atas sebab tu aku suruh tanya lebai google, free aje, tak payah keluar modal sekali seumur hidup, tak payah nak carik downline 2 kaki 3 kaki, tak payah nak maintain PV BV apekejadah semua tu, tanya je lebai google.
dari 'Say No To MLM @facebook' |
Akhir kata, ini merupakan link untuk ke fanpage 'SAY NO TO MLM'..dalam ni pun banyak link untuk buktikan semua pertanyaan aku tu. Nak join boleh, nak like boleh, nak maki pun bole, tapi dah buat pandai-pandai tanggung. Sila klik----> SINI
2 comments:
ayat pemati member aku bila org ajak masuk MLM:
"takpe la bro, aku dah kaya."
serius terdiam mamat tu pastu dah tak tegor member aku dah. kah kah kah.
lu mmg style! hahah!
Post a Comment