Thursday, November 18, 2010

Psycho is another word for ex-girlfriend!

Sepanjang XX tahun aku hidup dalam dunia ni, dah beberapa kali aku bercinta dan break up. Kata orang 'First break up was the hardest time', and I couldn't agree more with that. Sumpah, betol! Kalau tak silap aku, first break up aku ialah masa aku berumur 20 tahun kot kalau tak silap. Hubungan kitorang tak sampai pun setahun (In fact, all my previous relationships never even reach 1 year. HAHA!) Dan aku masih ingat lagi masa tu aku rasa macam down gila, it's like the end of the world for me, I can't leave without you, dan pelbagai whatsoshit lagi la yang agak memalukan bila difikirkan. Aku sanggup travel jauh semata-mata nak tenangkan perasaan dan buat macam-macam benda untuk hilangkan rasa kecewa tu (serious shit! I do feel the frustration!). Tapi lama-kelamaan aku mula bangun balik, berkat bimbingan dan dorongan kawan-kawan, terutama my blood-brother, AINUL AZMIL BIN ANUWAR (thanks, bro!), dan ramai lagi. Lepas daripada kejadian tu, on my next relationship and so on, bila break up aku akan rasa macam biasa, macam takda apa-apa yang berlaku. Aku terasa macam the first lesson teaches me all. Aku terasa macam dah immune dengan relationship break ups. Dan bila dah lama, baru aku terperasan something fishy going on somewhere.




Selepas beberapa lama aku baru terperasan persamaan antara banyak-banyak mereka ni. Diorang akan terus palang aku dalam hidup diorang, not even as a friend, lepas tu diorang akan burukkan aku kat their so-called new commitment (I rather called it new slave), lepas tu letak tahap kebencian tertinggi dalam hati kat aku, tukar phone number, and last but not least, suddenly pakai/gunakan balik benda-benda yang aku pernah bagi untuk tarik attention aku. WTF?!! Sumpah, aku kalau dah break up, memang aku buat tak tahu. To hell la dengan semua benda yang dah terjadi, benda dah lepas. If u want to be my friend, then I really don't mind but to get back together with u, is not gonna happen even in a million years. Aku malas nak burukkan diorang kat kawan-kawan, aku pun tak cerita banyak sangat kat orang, bukan macam apa yang diorang buat. Well, maybe diorang punya wifi reception tu lagi luas, tu yang bercerita sampai ke sana ke mari. Pedulik lah, mulut korang, dosa korang la. Tapi aku tak pernah langsung letak diorang tu sebagai musuh aku. Tak ada faedah pun aku nak bermusuh dengan orang, kawan-kawan sudah. Ya, mungkin ada orang yang akan cakap ayat berkawan tu sebagai aku ni desperate untuk rapat balik dengan diorang. TETTT! SORRY, THE ANSWER IS WRONG! Aku tak kisah pun kalau diorang takda, tapi untuk bermusuh dengan orang memang bukan cara aku.

Aku agak terkejut sebenarnya bila semalam lepas balik daripada layan kolam air panas kat Chengkau, dan melepak kat rumah botak sampai pukul 2 lebih, balik rumah pun dah pukul 3, aku terus online dan saja browsing dan melihat-lihat profile orang. Bila sampai kat satu tempat tu, aku terkedu sekejap. Apa motif dia ni nak letak gambar tu? Sori, ini bukan gambar aku dengan dia dulu tapi gambar yang baru-baru je amik. Gambar apa? Ada la gambar something yang aku pernah tulis-tulis atas kertas dulu bila bosan. Benda tu sebenarnya bukan untuk aku bagi kat sesapa pun tapi bila orang tu suke je nak amik benda tu, aku biar je la. Bukan aku nak kisah sangat pun sebab benda tu conteng-conteng saja. Aku ni kadang-kadang tangan tak reti dok diam, kejap-kejap nak amik pen dengan kertas, mula la tulis-tulis, lukis-lukis. Jadi benda tu lah yang diambilnya. Tapi persoalannya sekarang, buat apa nak snap gambar benda tu dan tayang pulak kat facebook or whatsoever. Aku sungguh tak berminat untuk menyambung balik perhubungan yang dah putus, baik carik lain je.


Lagi satu, dulu ade la sorang ex-girlfriend aku ni, dah beberapa lama break up tetiba telefon aku balik, ajak lepak, datang rumah. Aku pun biasa lah, kawan-kawan takdehal pun. Masa dalam kereta dia pun aku dah pernah bagitahu kat dia yang kalau dia takda dalam hidup aku pun aku tak rugi apa, kawan-kawan takmau lawan. Bila dah beberapa lama aku terperasan dia ni macam nakkan duit aku je, terus aku blah. Kalau ini macam punya kawan memang ada rugi. Haha. Jadi baiklah aku buka langkah sebelum lagi melalut. Kalau setakat nak make out, humping-pumping tu aku takkan cakap benda tu boleh membawa kepada penyambungan semula perhubungan. Biasalah, orang dah offer, takkan nak nganga, terutama orang beriman senipis kulit bawang macam aku ni. Dan aku sebenarnya langsung tak terdorong oleh kejadian camtu pun untuk menyambung hubungan, maknanya aku jenis orang yang boleh jai-ho! dengan seseorang dan walk away camtu je, no hard feelings. Tapi disebabkan hal camtu, aku dianggap terlalu kejam. Bukannya aku seorang yang tidak menghargai perempuan, cumanya kalau perempuan tu pun berperangai camtu, camana aku nak menghargai diri dia? Kan?


Aku sebenarnye pelik bercampur hairan. Aku dah terlalu lali dengan ayat-ayat seperti, 'Oh, bestnye kalau jadi girlfriend you.', 'Oh, cool gak cara you handle your girlfriend. I wish I could be your girlfriend.'. Cukup la setakat itu, nanti korang cakap aku ni perasan bajet bagus. Sebab utamanya diorang bagi ayat camtu ialah kerana aku tak pernah nak mengongkong apa yang pasangan aku buat selagi dia bukan isteri aku. Jadi, kemana dia nak pergi, dengan siapa dia nak keluar, pukul berapa dia nak balik, dia cuma perlu bagitahu je kat aku, dan aku pun takkan tanya lebih lanjut cukup sekadar aku tau je dah. Kebajikan aku jaga seperti biasa la, apa guna jadi boyfriend kalau tak jaga kebajikan kan? Haha. Tapi disebabkan kelonggaran itulah ramai yang pijak kepala, naik tocang. Dan disebabkan aku dah terbiasa dengan hal camtu, tiap kali break up aku akan buat tak tahu, bukannya isteri aku pun yang aku nak kecoh lebih. Dan dari firasat aku yang tak kasyaf ni ada sedikit mengatakan bahawa diorang tu akan ada rasa kebencian bila tengok aku buat tak tahu, macam tak ada apa yang berlaku dan bergembira senang-lenang. Mungkin itu normal la kot. Dan bila berjumpa semula, buat baik semula, ada je la yang konon tersasul panggil nama, 'Eh, sori. Dah terbiasa.' Aku buat-buat tak dengar, anda terbiasa aku pedulik hapa.


Mungkin akan ada yang terasa dengan posting aku kali ini tapi, aku pedulik hapa. Ini adalah fakta yang terjadi dalam realiti dan ini sebenarnya menunjukkan bukan lelaki sahaja yang psiko, sang perempuan pun ada masa sama jugak. Aku tau lelaki memang sedikit sewel bila lepas break up terutama lelaki-lelaki yang budak-budak baru nak kenal dunia, baru nak bercinta. Kategori ini adalah mereka-mereka yang terlalu bodoh dalam menilai cinta dan menangani masalah. Aku pernah berada dalam situasi tu, so please don't deny it. Ini adalah golongan yang gaduh sikit nak terjun lombong, kecewa sikit nak lompat bangunan, senang cerita budak-budak la. Dan ada jugak golongan yang dah besar panjang tapi memalukan kaum lelaki, iaitu mereka yang dah berumur yang sepatutnya berkategori matang, tapi masih lagi nak main terjun lombong, lompat tingkap ni semua. Pun bangang jugak! Ini ialah mereka-mereka yang berkemungkinan tinggi untuk menjadi stalker sejurus selepas break up. Trust me because I know.



..::smart gak baju-baju ni kan? ::..

4 comments:

misz beauty said...

kalau psycho ex-bf lak cane eh?? diorg budget kite nak balik kat diorg kan... padehal alhamdulillah dah bahagia skrg... huhuhuhuuu....;-)

rosebiwu~ said...

entry yg cool~
tp serious la eito..mn ek ko amek pic tshirt tu sume??tshirt ngn entry ko nih mmg sama2 cool..cewwahh~bwahahaha

eito said...

tulatu..psycho cum stalker ex-bf..itu mmg byk..biasalah laki kn bajet hebat, mesti dia rasa boleh dpt balik punya..itu pn normal..huhu..

aku main google je nk carik gmbar, alih2 gmbar t-shirt je yg byk..huhu~

Anonymous said...

dem, ko buat aku teringat benda2 bodoh aku buat lepas breakup dolu. oh well, kalau tak buat silap, camne nak belajar ye tak? lesson learned.