Friday, October 29, 2010

Aku perlukan momentum itu!

Serius shit! Since balik dari Ipoh tempohari, mood menulis aku semacam deteriorating daripada takda idea kepada lupa idea kepada sengaja lupa idea kepada buat-buat takda idea kepada 'I don't have any idea of whats going on'. Ini pun aku tulis sebab sengaja nak tulis, saja nak bagi otak sembab ni exercise balik dan dapatkan momentum seperti dulu. Aku terasa macam idea dan ilham tu melarikan diri dari aku disebabkan virus kemalasan yang aku sedang pikul nih.

click to enlarge your balls and boobs!

Dalam 2-3 hari ni aku akan buat transformasi pada blog ni. Fonts, layout, background, links, pictures, arrangements, kebanyakannya akan aku ubah. Ini lebih bertujuan untuk motivate aku sendiri balik sebenarnya. Ada yang komplen cakap layout macam hampas kelapa, font zaman buat assignment kat kolej, kaler tak menarik, bla, bla, bla. Panas tak panas jelah telinga dengar, tahan je. Aku pun memang dah standby nak tukar semua tu termasuk nuffnang ads yang aku tengah letak ni. For the sake of charity, aku biarkan saje sepanjang 3 minggu yang lalu. Sekali lagi promote balik kempen tu, Rajinkanlah diri anda untuk klik di iklan sebelah atas ni ye, nak klik yang belah kanan ni pun boleh, same je hala tujunye, Kempen Anti Penderaan Kanak-Kanak. Kalo ko tak klik, aku cap ko suke dera kanak2, plus a pedophile! Hahahaahah~


Sebenarnye momentum yang hilang tu bukan sekadar momentum untuk menulis, tapi aku pun tak tahu kenapa, macam semua benda yang aku nak buat pun takda mood. Rasa macam tahap kemalasan aku ni sedang berada dalam pangkat Perdana Menteri la kalau nak digambarkan. Nak kata lepas pada hari tu aku tak buat apa-apa aktiviti, tak jugak. Selasa balik dari Ipoh, Rabu aku pegi KL amik iphone yang kononnya dah siap tetapi hampaluka, malam tu redah pegi main badminton kat Seremban, khamis je takda aktiviti, tapi hari ni (Jumaat) tadi aku pegi amik pokok buluh kat Paroi, lepas tu berkejar pulak pegi Rembau nak jumpe orang. Boleh tahan jugak la aktiviti aku, bukanlah duduk 24jam online mengadap skrin ni setiap hari dan mengulang benda yang sama.


Serius la, aku memang kena dapatkan balik momentum nih. Kalau tak memang makan pasir je la. Hutang celcom dah berapa, nasib baik insurans dah terminate kalau tak memang terganggu je la hidup aku dengan panggilan-panggilan itu. Ini pun pagi tadi kontraktor yang nak buat kerja-kerja repair kolam minggu depan dah datang, plan pun semua dah bagi, tinggal nak keringkan air kolam. Sapa nak talapia hitam free, sila datang rumah. LoLx.

~ramai orang view, baca, tapi tak follow, tak klik iklan pon.. sodeh..sodehh..

Tuesday, October 26, 2010

Hari Ahad itu...

Pagi tu aku bangun macam biasa, terjaga dek penggera yang aku dah siapkan untuk solat subuh jam 6.00 am. Lepas solat aku tertidur balik sebab malam semalam aku tidur agak lewat, nak melayankan permintaan reader untuk posting blog. Kali ni aku bangun 2nd time agak awal, 7.30 am dah terjaga. Biasanya aku bangun pukul 9 camtu. Mungkin sebab hujan. Bila nak tidur balik dah tak boleh. Aku turun bawah, buat breakfast macam biasa, telur 1/2 masak dengan roti gardenia, 3-in1 Old town white coffee. Masa lalu depan bilik mama, tiba-tiba mama panggil.

'Pagi ni kang kite balik Ipoh tengok opah.'
'Ok,' balas aku pendek.

Kenapa tiba-tiba? Selalunya mama akan inform lebih awal, tapi ni tidak, dah nak pergi baru mama nak cakap. Aku pun buat macam biasa, online dulu, inform kawan-kawan yang aku tak dapat nak join aktiviti-aktiviti terancang hari tu. Bila dah siap-siap semua, aku, mama dan abah pun bertolak. Sepanjang perjalanan tu aku masih lagi memikirkan kenapa dengan opah? Aku tahu opah memang agak lemah masa last skali jumpa opah di rumah makji masa open house. Dan aku pun ada terdengar Achik bawak opah pergi medical check up kat specialist, mama pun ada cakap opah kena tukar ubat lepas pergi specialist. So, I didn't expect anything.

Sampai Rawang, kami berhenti solat dan makan tengahari. Aku masih terasa kenyang sebab sarapan dengan 5 keping roti tu dah cukup muak bagi aku. Lagipun Kopi 3-in-1 tu dah siap dengan susu membuatkan aku agak kenyang. Selesai solat, perjalanan diteruskan dan kami 'de-tour' sebentar ke Jalan Mengkuang, Bidor sebab ada kawan abah meninggal. Dalam perjalanan ke Bidor tu handphone mama asik berbunyi. Kejap dari Mak Yang, kejap yeop, kejap aizat, kejap pakmat, wanda dan lain-lain. Aku yang dari tadi agak tenang dah jadi kurang selesa.

'Dah call ambulans ke? Opah camane? Siapa yang ikut? Tadi opah buat apa? Ok.' Butir perbualan mama tu buatkan aku jadi lagi tak tenang. Kenapa sampai ada ambulans? Kenapa dengan opah? Dalam hati aku tak berhenti berdoa. Buku dari Jabatan Mufti NS yang abah bawak tu aku selak, 'AYAT TIGA PULUH' tertulis pada halaman buku itu. Aku baca. Dulu abah cakap ayat 30 ni untuk mengelakkan dan menyembuhkan pelbagai penyakit, sepertimana yang abah tunjukkan dalam kitab lama simpanan abah tu. Aku teruskan bacaan sampai habis biarpun kepalaku jadi agak pening kerana membaca dalam kereta bergerak.

Sampai di Bidor, jenazah dah selamat dikebumikan. Abah mengirim beberapa potong doa buat arwah, bersalaman dengan waris-waris dan kami terus bergerak ke Ipoh. Lepas dari Tapah aku cuba untuk elakkan berasa lebih risau sebab handphone mama masih lagi dihujani panggilan. Aku pun terlelap sehinggalah tiba di Simpang Pulai. Kak Mar, Izzah, Iman dan jiran sahaja yang ada, yang lain-lain dah pergi ke hospital. Kami terus menuju ke Hospital Ipoh. Sampai di parking, aku ternampak Syahmi dan terus menuju kepada ahli keluarga yang lain di ruangan 'KECEMASAN'. Aizat tunjukkan jalan dimana opah dibawa, dan mataku terpaku pada papan tanda 'Unit Separa Kritikal'. Apa yang kritikal dengan opah?

Dari kejauhan aku nampak makyang, pakyang, yeop, Imran, abang zaini berada depan pintu bilik, keadaan seperti ahli keluarga dalam drama yang sedang tunggu keputusan pemeriksaan doktor. Aku terus bersalaman dengan yang lain-lain dan bertanya tentang opah.
'Opah kurang gula', kata Yeop.
'Sekarang dah ok dah tu', kata Aizat pula.
'Tadi opah pengsan,' kata Mak Yang.
'Report dah siap, lepas ni transfer ke specialist,' terang Opah Teh.
Hati aku sedikit lega tapi aku belum tengok opah lagi. Abang Zaini kata opah ada dekat katil yang bertutup langsir tu. Aku jenguk, memang ada satu ruang yang bertutup langsir. Aku tunggu abah.

Ketika melangkah masuk ke ruangan itu, hati aku agak tenang. Tapi bila selak langsir tempat katil opah, automatik bergenang air mata aku. Ya Allah, apa dah jadi dengan opah ni? Aku rasa opah macam terlalu kecil, lemah. Terbaring dengan air dimasukkan melalui tangan kanannya, alat bermonitor yang membaca kadar denyutan dan sebagainya terpasang di belakang. Dalam tak tertahan air mata aku mengalir. Sumpah, seumur hidup aku, seingat aku, tak pernah aku tengok opah masuk hospital, apetah lagi berkeadaan begini. Dulu opah pernah masuk wad kerana pembedahan selaput mata, tapi belum sempat aku jenguk, opah dah discharge. Ini kali pertama aku lihat opah dalam keadaan ini. Air liur seakan batu, melekat di kerongkong, hati aku bergetar menahan rasa sedih, air mataku masih lagi mengalir perlahan. Aku peluk dan cium opah semahunya. Opah cuba tersenyum tapi mungkin dia masih lemah, senyuman itu tidak terukir. Aku memicit-micit kaki opah sambil menundukkan muka tak mahu dilihat tangisan ini. Puas aku cuba tenangkan diriku, opah sihat, opah dah ok, tak ada apa-apa serius, tapi air mataku pasti mengalir tiap kali aku pandang opah. Tak lama kemudian aku keluar.

Dokumen semua telah siap, ambulans dah tiba, opah dipindahkan dari GH ke KPJ Specialist Hospital. Pengalaman pertama aku naik ambulans dan pengalaman kedua bagi Yeop selepas perjalanan pertama tadi. Aku berbual dengan opah, bercerita tentang sakitku pula. Lega hati bila lihat opah ketawa teringatkan aku diserang gaut minggu lalu. Tanganku memegang erat tangan opah sehingga tiba di KPJ.

Berdasarkan pemeriksaan, rupa-rupanya opah terlalu risau dengan pengambilan makanan bergula, itu menyebabkan kekurangan gula di dalam badannya. Seraya itu teringat aku kepada cerita 'Paul Blart: Mall Cop' yang mempunyai penyakit hypoglycemia dan akan pengsan tiba-tiba bila kandungan gula dalam badan telah habis. Mungkin itu yang terjadi kat opah. Alhamdulillah, selepas dimasukkan ke wad, keadaan opah semakin elok. Perkembangannya dari sehari ke sehari sedikit melegakan hatiku. Siang tadi, hari ketiga di wad, keadaan kesihatan opah makin baik. Dia sudah boleh mengangkat tangan dan menghulurkan kepada Nuha untuk bersalaman. Selera makan masih kurang tapi ada perkembangan dari yang sebelumnya. Menurut doktor, kalau tiada apa masalah, esok opah dah boleh keluar wad. Tiada yang lebih melegakan aku dari mengucapkan syukur Alhamdulillah. Semoga kesihatan opan akan semakin baik dari hari ke hari. Insyallah.



Doa untuk Opah
..:: sangat rindu, sayang opah ::..

Saturday, October 23, 2010

Ciri-ciri bakal suami-isteri

Entri kali ni aku rase macam jambu gile la. Kalau boleh aku nak jadikan background blog aku ni kaler pink, dihiasi bunga-bungaan, kerawang-kerawang bagi menaikkan lagi seri rumah tangga entah siapa, disulami dengan kicauan beburung menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' dendangan asal Puan Sri Saloma. Tak ke gile aku nih? Memang boleh jadi. Tapi entri ini tidak ada kena-mengena dengan status peribadi aku yang masih single tapi belum dibuka untuk pendaftaran (Ho-Ho!). Atas permintaan beberapa viewers, lanjutan daripada entri pasal jodoh yang aku tulis semalam, mereka semua request aku masukkan pulak ciri-ciri suami soleh dan isteri solehah. Bukan taknak tapi aku rasa skop tu agak besar, jadi aku memilih skop yang lebih kecil dan terang-benderang, panduan mencari bakal suami-isteri. Ini senang sikit sebab kalau aku search dan salin direct je dari wikipedia pun boleh, asalkan entri aku berjalan dan posting aku bersepah! Lagipun kalau aku nak ceritakan pasal ciri-ciri suami soleh-isteri solehah tu terlalu banyak benda dan perbuatan yang aku boleh masukkan. Aku yang belum planning nak kahwin ni dah pernah pergi kursus kahwin, so untuk tajuk sebegitu aku rasa lebih senang buat forum perdana ajelah.

Ciri-Ciri Bakal Suami

  • beriman dan bertaqwa kepada Allah.
  • bertanggungjawab terhadap semua benda.
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.
  • berilmu agama agar dapat membimbing anak-anak dan isteri (-isteri) ke jalan yang benar.
  • tidak berpenyakit berat yang boleh memudaratkan pasangan.
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-Ciri Bakal Isteri
  • beriman dan solehah.
  • rupa paras yang cantik dan elok.
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.
  • menentukan mas kahwin yang rendah.
  • wanita yang subur.
  • berasal dari keturunan yang baik.
  • bukan keturunan yang dekat.
  • tidak memandang harta semata-mata.
Ciri-ciri yang digariskan di atas ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan. Itu pun ada 1-2 yang aku rasa tidak berapa sesuai so aku continue dengan yang lain dahulu. Jadi kalau kita lihat daripada list kat atas ni, sebenarnya semua orang pun mengidamkan semua ciri-ciri tersebut ada pada pasangan masing-masing. Mustahil dalam dunia ini ada seorang insan yang mahukan perkahwinannya dilangsungkan bersama seorang yang teruk-teruk, buruk-buruk dan segala ciri yang tiada dalam list di atas. Tapi tak perlu risau, kalau pasangan kita tidak ada pun ciri macam dalam listing ni, bukan bermaksud tak boleh nak menikah pun. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja, bukan tuntutan yang mesti jugak kita ikut. Garis panduan ini pun hanya menyenaraikan beberapa saja ciri-ciri tersebut.


Hadis Rasulullah bagi panduan kepada lelaki dan wanita:

Nasihat Rasulullah kepada kaum lelaki...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Pesanan Rasulullah kepada kaum wanita...

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. 


..:: apesal aku terase macam jambu semacam je lepas tulis entri ni? Aduh..I need to set up another blog..

Friday, October 22, 2010

J O D O H

'haa...abang-abang semua dah, kamu bile lagi?'

'time kasih la sebab datang majlis aku. Ko tu bile?'

'Best tau. Kalau nak tahu apa best, kena la cepat-cepat. Bila lagi?'

Diumur yang menjejak 26 tahun lebih ini, aku seringkali diajukan dengan persoalan-persoalan panas macam tu. Ye lah, kebanyakan orang biasanya menamatkan zaman bujang dalam lingkungan usia 24-27 tahun. 27 tu pun dah ada yang orang cakap seasoned. Ingat ini daging kambing, lembu ke nak kena season-season pulak. Alah, ramai je lagi kot kawan-kawan sebaya aku yang masih terkontang-kanting lagi, takde sesak nak mencari-cari pun. So, aku pun rilek je la. Sedangkan yang berkerjaya hebat pun masih rilek-rilek, yang bergaji lebat pun masih lagi gelak-gelak, apetah lagi aku yang unemployed dan boleh dikategorikan sebagai odd job worker. Ha-ha. Dah tentulah aku akan lebih rilek daripada diorang kan?

Terdetik aku nak kaitkan entri kali ni dengan perihal jodoh bukanlah sebab segala persoalan yang diajukan kat aku selama ni, tapi daripada kutipan maklumat dan hal-hal semasa sekeliling daripada orang yang aku kenal, tak kenal, kenal tapi buat-buat tak kenal, tak mengaku kenal dan ramai lagi.
Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)
Ayat di atas ni sangat jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya takkan tahu siapa jodoh kita sebenarnya di dunia ini. Dan hadis di bawah ni menjelaskan sesuatu yang lebih menarik.
Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda; kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya (Sahih Muslim, kitab Takdir, No:4781)
Dalam hadis ini dijelaskan bahawa sebenarnya jodoh kita ni dah tertulis semenjak dari kita lahir lagi. Senang cerita, masa kita-kita ni semua ni tak keluar lagi dari perut mak, sampai la kita ditahap bangang lagi, tak tahu nak bercakap, tak tahu nak berdiri, tak tahu nak duduk, berak pun main keluar je, kencing pun main ikut dan aje, masa tu sebenarnya sudah tertulis mengenai rezeki, kematian, kecelakaan dan kebahagiaan (termasuk jodoh). Dan dari kesedaran inilah aku sebenarnya tak ambil kisah sangat mengenai jodoh aku sebab aku yakin dengan ketentuan.

Beberapa bulan yang lalu aku ada dengar tentang seseorang yang aku tak kenal (siapa ntah, aku tak kenal, aku tak pernah pun kerja dengan dia, tak pernah pun tumpang rumah dia. betul..). Masa dia menikah dulu aku tahu sebab ada yang bercerita, tapi tahu-tahu je 2 bulan dah cerai. Aku dah jadi pelik tapi tak hairan sebab kalau dah attitude sendiri pun tak betul, memang engkau punya intuition memang tak boleh pakai pun. Jadi tak perlu nak cakap konon dah rasa jodoh, rasanya inilah ketentuan, bla, bla, bla. BS! Tengok apa yang dah jadi? 2 bulan aje? Mane pegi instinct kau yang konon kuat sangat tu? Engkau tu solat pun tidak, main perempuan je kuat, ade hati nak percaya kat perasaan pemberian Tuhan tu? Lepas tu nak salahkan pasangan pulak. Senang je aku cakap, BODOH! Itu je yang seeloknya.



Perkahwinan tu sebenarnya suatu benda yang suci. Penyatuan dua jiwa, percampuran dua keluarga, mungkin dari latar belakang yang berbeza, dari asal yang berbeza, dari kaum yang berbeza, ini semua merupakan keindahan dalam perkahwinan. Aku sendiri sebenarnya selalu cakap dengan kawan-kawan aku yang kita semua pun takkan tahu siapa jodoh kita. Mungkin kawan, mungkin musuh kita, mungkin kawan musuh kita, mungkin kawan kepada kawan kita, mungkin jiran tetangga, orang sebelah rumah, depan rumah, rakan sekolah, kawan universiti, satu pejabat, anak makcik kedai makan tempat selalu makan tengahari, pak jaga bank sebab pakcik tu pun dah lama menduda lepas tu hari-hari pun jumpa (bagi perempuan..kah kah kah), dan siapa pun. Aku pernah cakap dengan kawan aku masa makan kat kedai di wangsa maju, persoalan yang aku ajukan sangat senang tapi tak berani orang nak menjawab. Soalannye camni:
'Tengok makcik amik order tu. Percaya tak ada kemungkinan 0.1% dia tu ada jodoh dengan aku? Mana tahu kalau tiap-tiap hari aku makan kat sini, dia jatuh cinta, laki dia ceraikan, pastu dia ngorat aku dan ajak kahwin. Boleh jadi tak kemungkinan ni? Ketentuan Allah tu kita tak tahu camana. Amacam?'
 Itu dia persoalan aku. Jadi tahukah kita dengan ketentuan jodoh kita sebenarnya? Orang kristian akan cakap, 'God works in a mysterious way'. Ini bukan ajaran, tapi rasanya kebanyakan agama pun, walau tuhannya busut sekalipun, semua tu adalah misteri sebab kita takkan tahu apa ketentuan sebenar. Sebab tu bila aku dengar orang cakap rasa-rasa inilah jodohnya ape semua tu, dalam hati aku akan cakap, 'Ko ni dah fana ni, boleh tahu jodoh sendiri'. Haha.

Di zaman cyber macam sekarang ni, di mana telefon bimbit dah tak ada butang, di mana telefon bimbit bukan sekadar ada button tapi ada keyboard, di mana kita boleh melayari internet di mana sahaja hatta di jamban sekalipun, persoalan ketentuan jodoh tu jadi semakin meluas. Daripada kita kenal dari sekolah, sampai lah yang tak tahu dari mana muncul tiba-tiba 'xxxx add you as a friend', mana nak tahu kan? Dan sebenarnya dari pengalaman aku sendiri, kalau kita dah suka kat seorang tu, tak kisah la orang tu tahu ke tak, kita sebenarnya akan jadi terlebih peka tentang hal kita dan orang tu. Maksudnya camni, kita akan rasa minat dia tu macam sama dengan minat kita, perbuatan dia tu macam yang kita dah boleh jangka, konon macam nampak lah tanda-tanda itu jodoh. Rasa nak tergelak pun ada. Aku pernah rasa macam tu jugak dulu dengan kebanyakan ex-girlfriends aku. Tapi ape hasilnye? Kan aku cakap, itu semua perasaan sendiri aje tu. Even sekarang ni pun aku ada terasakan sesuatu macam ketentuan jugak tapi aku abaikan sebab aku tahu itu semua karut marut dari hati aku sendiri aje.

Jadi kesimpulannya perihal jodoh ni sangat luas perdebatannya sampaikan aku jadi malas la nak huraikan panjang-panjang. Semakin dihurai, semakin jauh aku melalut, so lebih baik aku simpulkan aje dulu cepat. Persoalan mengenai jodoh tu kita tak perlu tergesa-gesa nak mengejar, jadi bagi aku cerita macam '30 hari mencari cinta', apa tu semua mengarut lah. Nak berkejar buat apa kalau bukan ketentuan. Dan satu lagi, bila dah dapat tu, pandai-pandailah menjaga, janganlah sampai seminggu dua, sebulan dua dah bercerai berai, dah bertalak-malak. Kalau belum ready, jangan paksa diri. Tak guna ikut kata orang lain kalau diri sendiri pun tak mampu nak terima. Dan bagi mengakhiri entri ini, aku sertakan satu doa bagi mereka-mereka yang desperate nak bernikah sangat dengan pesanan, 'Kalau korang baca doa ni sejuta kali pun, kalau tak solat tu tak guna jugak!'.

- click to enlarge -

p/s: bagi peminat aku, nama penuh aku MUHAMMAD HUSNI BIN ABDUL HALIM. Kalau teringin tu sebut lah bila baca doa ni, ok? Bhahahahaa...perasan bajet gile woi! (viewer jantan jangan nak mengada sebut nama aku, aku sepak kang!)

Thursday, October 21, 2010

1Malaysia Islamic Fashion Festival

Semenjak dua menjak ni terdengar kisah Rosmah dan ajaran fesyen Islamiknya. Kalau tak silap aku, pernah aku dengar pasal Islamic Fashion Festival (IFF) ni sebelum ni tapi mungkin disebabkan gambarnya tak tersebar lagi so kisah ini tidak diperhangatkan. Dan bila cameramen semua dah siap cuci gambar (digital photo pun cuci ke?), mula la semua ni membanjiri blog-blog seperti blog aku nih.


Gambar atas ni saja diletakkan kat situ sebagai maqaddimah bagi gambar-gambar yang lain. Aku saja letak gambar atas ni sebab nak tunjukkan backdrop dia tu sambil model-model berbaris kat depan. Apa yang kita tengok tak kena? Di belakang tu tertulis 'ISLAMIC FASHION FESTIVAL' sebesar alam, tapi yang berbaris kat depan tu tak ada sorang pun yang tutup aurat. Bukan masalah aurat rambut sahaja, tapi dengan lengan, dada, baju yang menampakkan susuk tubuh. Gambar atas ni seolah-olah cuba menghina atau memomokkan hukum Islam tu sendiri yang mana di dalamnya sudah digariskan hukum-hukum dan tatacara pemakaian. Adakah ini yang cuba diketengahkan oleh Rosmah? Dan apakah ini yang disokong ideologinya oleh sang suami sebagai pemimpin nombor satu di bawah Yang Di-Pertuan Agong?

Islam tidak melarang penganutnya berfesyen tetapi ada adab dan tatacara yang perlu diikuti. Jikalau di luar sana ada orang melabelkan Islam sebagai agama yang mundur, menindas wanita kerana di sesetengah tempat yang banyak kaum wanitanya bertudung litup, berjilbab bagai. Aku tidak merendahkan mereka malah hormat kerana ketaatan mereka pada agama sehingga begitu takut sekali mereka dengan murka Allah. Telah digariskan di dalam Al-Quran mengenai aurat bagi lelaki dan wanita dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31:

"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "(30)
"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)
 Di atas merupakan tatacara pemakaiannya. Apa yang dimaksudkan dengan '..kecuali yang dizahirkan daripadanya..' ialah muka dan telapak tangan. Ijmak ulama menyimpulkan hal ini berdasarkan satu hadis:
sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Agak jelas dah dinyatakan dalam hadis dan ayat-ayat suci di atas ni. Aku ni bukan bijak sangat bab agama ni, semua maklumat ni aku dapat dari lebai google. Sekejap je pun nak search semua ni, tapi mungkin sebab Rosmah, Najib, pereka-pereka fesyen dalam IFF, penyokong-penyokong kuat mereka yang beragama Islam tu semua tak ada internet maka mereka semua tak sedar nak mencari fakta ini.

mcm ni pn boleh jd model ke? *tepuk dahi.
Hal sebegini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ini soal hukum halal haram yang dah jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Aku tak heran sangat kalau ada antara wanita, gadis-gadis yang mempelekehkan orang yang bertudung sebagai tak semua baik kerana ini dah terbukti yang orang bertudung tu ada yang melakukan kemungkaran. Tapi aku tak suka bila ada yang memperlekehkan pemakaian tudung tu sendiri. Apa beza 2 ayat aku tu? Camni, kita dah selalu sangat dengar orang kata tak pakai tudung sebab taknak hipokrit la, itu ini, bukan dari orang lain pun, Sharipah Aini yang besar tu pun keluarkan dalil ni jugak tau. Aku tak heran sebab orang dah cakap, kita dah tegur, tunggu dia nak buat atau tidak. Ini bukan masalah dosa kau dosa aku, tapi ini dah jadi hak kita untuk menegur. Ok, itu namanya taknak pakai tudung. Lagi satu hal ialah, memperlekehkan pemakaian tudung itu contohnya mengeluarkan ayat pakai tudung ni nampak macam jumud, ketinggalan zaman, macam orang kampung, tak maju. Pernyataan yang macam ni aku tentang dengan keras. Faham kan?

rekaan designer dari Cameroon
Isu pemakaian tudung sebenarnya tak menjadi hal sangat pun dan bukan tajuk utama entri kali ini. Apa yang nak diketengahkan di sini ialah bagaimana seorang perempuan berambut besar, bersuami botak dan penakut, mengaku diri Islam, mengaji Al-Quran, tapi memalukan dan mengaibkan pegangannya sendiri. Aku rasa Rosmah ni mungkin pandang Islam itu hanya satu agama yang mana perlu dipercaya sahaja, tidak perlu mengikut dan tidak perlu menurut arahan dan garis panduan. Mungkin bagi dia dan isteri, kalau tak ikut pun nanti akhirat masuk syurga juga sebab agama Islam. Atau mungkin juga dia akan cakap, 'aku dosa aku, kau dosa kau, apa aku buat tak ada kena mengena dengan kau, itu antara aku dan Allah'. Hoi, dah kalau kubur kau nanti sebelah aku, tak ke bising aku dengar kau melolong nanti sementara nak tunggu kiamat? Bodoh piang! Islam itu satu agama yang Syumul, lengkap selengkapnya, kita dihidangkan doa dari awal buka mata untuk bangun pagi, menjalani aktiviti harian, sampai ke tutup mata nak tidur semula. Setiap satu ada doa, ada tatacara, ada adab, ada garis panduan, ada penyelesaian masalah, dan macam-macam lagi. Itu bukti yang menunjukkan betapa Islam itu sendiri merupakan satu cara hidup. Cara hidup bermaksud kita yakin, kita boleh amalkan dalam setiap aktiviti harian kita dari kecil sampai dewasa, sehingga tua, sampai meninggal dunia. Boleh nampak sendiri keindahan Islam itu. Tapi apabila hal ini dipandang ringan, Islam sekadar nama, sekadar dalam I/C, sekadar untuk menikah, maka timbullah festival-festival merepek macam ni.

Aku bukan anti fesyen. Aku pun ada juga mengikut-ikut sikit (tak banyak pun). Tapi cara fesyen macam mana yang perlu kita ikut? Ada garis panduannya, tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang kata hari tu aku pergi MotoGP pun pakai seluar pendek. Yes, memang betul aku pergi pakai seluar pendek dan korang boleh tanya kawan-kawan yang ada dengan aku bahawasanya aku sembahyang pun pakai seluar tu, maknanya seluar aku tu masih ada batas auratnya. Kalau nak kata aku pak haji pun boleh walaupun aku tak pergi haji lagi sebab aku pergi solat jumaat pakai serban sampaikan orang kampung panggil aku ustaz. Berbalik kepada kisah IFF. Bagi aku, hal ini tidak sepatutnya terjadi, festival ini tak sepatutnya jadi macam ni. Boleh nak mengadakan festival fesyen Islam, tapi bukan macam ni fesyennya. Pihak penganjur telah menghina Islam. Cara pemakaian model-model keseluruhannya tidak langsung menggambarkan fesyen Islam. Islam buka sekadar tudung dan jubah, banyak lagi. Aku mengecam sekeras-kerasnya pihak penganjur program ini kerana hal ini telah memalukan Islam. Bagaimana orang yang mengaku Islam, membaca Al-Quran, mengaibkan sendiri agamanya? Ini satu penghinaan yang maha dahsyat.

Kita sendiri pun tahu ramai orang sekarang ni tak tutup aurat. Aku tak marahkan sangat kalau ada yang berpakaian menjolok mata, terdedah sana sini, terbonjol sana sini, dan dia tak hiraukan sangat orang lain. Tapi yang aku marahkan ialah bila ada yang mempersendakan agama. Contoh mempersendakan hukum agama ialah contohnya pakai bikini pastu duduk bersimpuh membaca Al-Quran, atau pun bertudung litup bagai dan minum arak. Itu mempersendakan agama. Samalah dengan IFF ni, dilabelkan Islam tapi langsung tidak mencerminkan Islam. Aku membantah sekeras-kerasnya program ini, dan meminta agar kita semua membantah, mengecam sekeras-kerasnya mereka-mereka yang berada disebalik tabir program ini. Siapa orangnya? Lihat dibawah ni, klik untuk lebih jelas.
click to enlarge - PUNAHSIHAT

..:: Harap janganlah diturunkan bala besar kerana perbuatan ini. Kami cuba memperbetulkannya,Ya Allah.. ::..

-gambar ihsan dari tranungkite.net

Wednesday, October 20, 2010

Lawak Sengal Pagi-Pagi

Disebabkan kebosanan menunggu gol tambahan, aku pun pusing-pusing browsing sana-sini dan terperasan sesuatu yang boleh buat usus perut terburai. Enjoy naa~





...Statement tak boleh blah betol Tyra nih. Oppss...Tyra? Wowww..ghahahah~ Meh sini highlight balik apa aku dah tulis kat bawah sana....




...kan aku dah cakap, mesti ada yang akan cakap camtu. Well dear tyra, I still don't do budak-budak eventhough they are really damn hottie. Kenapa aku cakap budak-budak? Come on, I have 3 younger sisters yg lagi tua dari DW/MW, for heaven sake! (maybe that's the reason I don't have that kind of idea. Ok, I'm old. Damn!) And aku kan dah cakap yang aku tak tengok any of the videos, not even one. I just like the idea. Ala, takkan nak tulis lagi benda yang sama. Don't make me laugh then. And unfortunately u just did, and I make u famous now in my blog. LoLz. No offence. Truce?

.:DW/MW, if any of u girls ever read this, there's no place in the world that free from haters. Ignorance is the best way when u came to them. (suddenly I'm a philosopher)


huh..finally messi make it 2-0 in injury time..LAMBAT GILE WEHH!

Jenis-Jenis diet.

Kita selalu dengar pasal diet terutama suara dari kaum wanita. Aku pulak selalu cakap nak diet walaupun itu cuma alasan saja. Tapi disebabkan oleh suatu kejadian yang mengejutkan, aku mengaku yang kali ni aku terpaksa serious berdiet. Abah pun diet jugak, tiap-tiap pagi breakfast dia ialah teh o lipton, quaker oat dengan pruns, and sebagai tambahan dia kadangkala minum air yang direndam daun tongkat ali. Aku pernah testing air tu, memang pahit dia terhangat di pasaran lah. Ok, daripada pencarian aku kat lebai google, terjumpa aku di wikipedia tentang jenis-jenis diet. Rupa-rupanya ada beratus jugak jenis diet dalam dunia ni, aku ingatkan setakat makan healthy food, vegetarian, itu je lah, tapi rupanya tidak. Mungkin inilah sebabnya diwujudkan subjek diet kat universiti. Huhu. Dalam entri kali ni aku nak share beberapa jenis diet ajelah buat tatapan bersama, nak hurai semua memang confirm lebam la kan.


Alkaline Diet

Alkaline Diet atau Diet Alkali (rasanya kot) adalah diet berasakan teori bahawa ada sebahagian makanan yang mana apabila diambil, akan meninggalkan mendapan alkali. Mineral yang mengandungi elemen seperti kalsium, zat besi, magnesium, zinc, copper, dikatakan sebagai komponen utama bagi mendapan itu yang disebut, Ash. Sesuatu makanan itu dikelaskan sebagai alkali, asid atau neutral, bergantung kepada nilai pH bahan tersebut apabila dimendap dalam air. Secara amnya, diet ini melibatkan pemakanan sitrus segar dan lain-lain buah-buahan rendah lemak, sayuran, kekacang, serta mengelakkan pengambilan bijiran, bahan tenusu, daging, gula, alkohol, kafien. Diet ini baik untuk mengekalkan kealkalian darah tanpa memberi tekanan kepada tubuh. Ada mengatakan diet alkali ini dapat mengelakkan kanser, keletihan, obesiti dan alahan. Namun tidak ramai yang menyokong pernyataan tersebut. Dan teori diet alkali ini sebenarnya tidak berapa diterima dalam komuniti kesihatan.


Buddhist Diet
The Buddhist Diet atau diet buddha ialah cara pemakanan yang diamalkan oleh kebanyakan penganut ajaran Buddha. Kebanyakan cara pemakanan ini adalah vegetarian kerana konsep ahimsa iaitu tiada keganasan. Buddha mempunyai kepercayaan bahawa walaupun memakan sayuran sahaja, juga secara tidak langsung mengakibatkan pemusnahan/pembunuhan hidupan kerana haiwan turut terkorban dalam penggunaan racun serangga. Kebanyakan ahli masakan buddha telah mempelbagaikan cara masakan yang menyerupai pemakanan daging seperti gluten gandum (seitan), soya, taufu, dan lain-lain produk tumbuhan. Soya dan gluten gandum merupakan material yang sangat pelbagai berana ianya boleh diubah dalam pelbagai bentuk dan tekstur, dan ia juga penyerap perasa yang baik tanpa menjejaskan rasa semulajadinya secara total. Dengan beberapa campuran rempah lain, ia boleh menyerupai pelbagai jenis produk daging disamping mengekalkan khasiatnya tersendiri.


Detox Diet
Detox diet merupakan satu cara pemakanan yang boleh menyingkirkan toxin di dalam badan. Secara amnya kebanyakan makanan adalah tercemar oleh pelbagai bahan yang tidak diperlukan dalam badan kita seperti perasa tambahan, pewarna makanan, dan lain-lain. Detox diet ini merupakan usaha untuk menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dalam tubuh, samada yang boleh memudaratkan atau tidak. Para saintis, dietitians dan doktor yang secara amnya menyifatkan detox diet ini sebagai tidak memudaratkan, seringkali mempersoalkan nilai dan keperluan diet ini lantaran kekurangan bukti dan fakta. Diet ini boleh melibatkan pengambilan makanan yang sangat minima, atau mengelakkan pengambilan makanan tertentu seperti lemak. Ini akan mengakibatkan pembakaran lemak tersimpan, membebaskan toxin berlemak ke dalam darah yang boleh disingkirkan melalui darah, kulit, urin, tinja dan pernafasan. Ada yang mengatakan perubahan bau badan membuktikan bahawa proses detoksifikasi ini berjalan lancar, namun ianya mendapat kritikan kerana menyalah tafsirkan proses ketosis.


Low-Carbohydrate Diet

Diet rendah karbohidrat merupakan satu program pemakanan yang menghindar pengambilan karbohidrat dengan tujuan pengawalan berat badan atau sebagai rawatan bagi obesiti. Makanan yang tinggi karbohidrat(roti, pasta,dll) dihadkan atau diganti dengan makanan yang mengandungi peratusan protein dan lemak yang tinggi (daging, produk tenusu, ikan, kerangan, telur, keju, kekacang dan produk soya), dan makanan yang rendah karbohidrat (buahan dan sayuran) dibenarkan. Diet sebegini kadangkala boleh mengakibatkan ketogenik dimana mereka menghalang pengambilan karbohidrat sepenuhnya hingga mengakibatkan ketosis (sangat merbahaya, penekanan kepada hati yang boleh mengakibatkan kemusnahan tisu otot. Selain untuk mengawal obesiti, diet rendah karbohidrat sering diaplikasika sebagai rawatan kepada beberapa keadaan lain terutamanya kencing manis dan sawan, juga sindrom keletihan kronik dan polycystic ovarian syndrome (salah satu penyumbang kemandulan bagi wanita).

Low-Calorie Diet
Diet rendah kalori biasanya akan menghasilkan pengurangan sekitar 500-1,000 kalori setiap hari yang membuatkan pengurangan berat badan sebanyak 0.5kg ke 1kg setiap minggu. Pelan pemakanan ini sangat menekankan pengambilan buahan, sayuran, bijirin, dan bahan tenusu rendah lemak; termasuk daging, ikan, kekacang, ayam; dan ia juga menghadkan pengambilan makanan bergula dan makanan berlemak. Berdasarkan kesannya kepada keputusan tekanan darah, ia merupakan diet seimbang bagi orang ramai. Kebanyakan pengamal diet rendah kalori ini dapat mengurangkan BMI sebanyak 8% dalam 3-12 bulan.

Very Low-Calorie Diet

Very Low Calorie Diets (VLCD) menghasilkan 200-800 kalori sehari dengan meneruskan pengambilan protein tetapi menghadkan makanan yang menghasilkan kalori dari lemak dan karbohidrat. Ini boleh mengakibatkan kelaparan dan membuatkan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg-2.5kg setiap minggu. "2-4-6-8", merupakan diet popular dari VLCD dimana dalam jangka putaran 4 hari penambahan 200 kalori setiap hari akan dibuat sehingga hari keempat, sebelum memulakan semula dengan 200 kalori pada hari kelima bagi ulangan putaran tersebut. Walau bagaimanapun, diet ini adalah tidak disarankan kepada orang awam kerana risiko kekejangan otot, penyakit gaut, ketidak seimbangan elektrolit dalam badan. Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet ini selalunya dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi.


Itulah sedikit sebanyak maklumat tentang diet yang aku boleh share dulu kat sini. Sebenarnya, aku pun tak tahu diet apa yang aku buat sekarang ni. Aku rasa ni diet untuk mengelakkan kena check up every 3-months if I fail the first test nanti. Tapi sejak akhir-akhir ni memang aku kurang makan, sakit kaki ni membuatkan selera makan aku merudum. Hari ni jadual makan aku camni:
  1. Breakfast : Half-boiled eggs (2), 5 slices of toast, coffee.
  2. Lunch: KFC Cheezy Wedges, fresh orange.
  3. Dinner: Half-boiled eggs (2), 2 slices of toast, 3 slices of cheese, coffee.
  4. Lots of mineral water.
Gile sikit, kan? Kalau macam ni la diet aku setiap hari rasanya mau kurus melampau aku tak lama lagi ni. Tapi nak lepas bloodtest punya pasal, redah sajalah asal boleh. Lagipun apa sangat lah makan benda-benda lain tu, colek-colek sikit sudah. Haha!

~dalam semua diet yang aku tulis kat atas tu, tak ada satu pun cakap diet makan pil itu pil ini. Penipu semua tu!

Monday, October 18, 2010

I WAS DIAGNOSED WITH HYPERURICEMIA!


Sambungan cerita gaut. Pagi tadi aku pergi klinik Dr. Azmi, the most reliable clinic around this area. In fact, aku lebih senang pergi klinik ni daripada pergi Hospital Tampin! Azab nak pergi tu, masyallah, rasa macam hati aku menjerit, 'MINTAK NYAWA! MINTAK NYAWA!' Sampai kat klinik, Dr. Azmi pun buat check up. Die pegi goyang-goyangkan ibu jari kaki tu, aisehmen, sedapnye bukan main. Then dia amik darah sambil cakap kat assistant dia dengan suara agak kuat, 'URIC ACID! URIC ACID!'. Dia terangkan kalau bacaan darah aku lebih daripada 300┬Ámol/L (aku rase ni la measurement unit tu. Kalau bukan, maknenye wikipedia tipu!). Sambil-sambil tunggu tu sembang-sembang, then the result is out! 495┬Ámol/L..Oh, I'm so gout! haha~


The Meds



Aku dibekalkan dengan 5 jenis ubat. Ubat untuk kurangkan bengkak, Painkiller, Kurangkan Uric Acid, melambatkan pembentukan uric acid dan satu jenis lagi ubat kurangkan uric acid (only taken after 6 days on other meds). Huh, for the first time in my life aku dapat ubat sebanyak itu. Dulu aku terpijak paku, eksiden moto, eksiden kereta, takde pun ubat sebanyak ini. Dah kalah abah dah ubat aku ni. Lepas keluar dari klinik tu aku terus breakfast dengan mama dan dengan selamber belasah roti kosong+dal sambal, padehal dalam kertas yang doktor bagi tu ada tulis kacang dal tu salah satu makanan larangan. Oh, yeah, aku dah kena kontrol makanan. Aishhhh. I feel so damn old! Lepas breakfast, aku makan ubat 4 biji sekaligus, Alhamdulillah, lepas a few hours dah kurang sikit sakit tapi still sakit lagi la.


Foods


Ok, kali ni aku kena jaga sikit bab pemakanan sebab mengikut nasihat doktor tu, bila asid urik ni dah naik dia memang takkan turun, kita just boleh stabilkan and jangan bagi naik. Makanan yang berkhasiat yang dibenarkan ialah seperti roti, telur, susu, aiskrim (yeah!), cheese and ada lagi 2-3 yang aku dah lupa. Tapi au percaya yang aku ni tak boleh dipercayai. HAHA. Antara makanan larangan keras ialah seperti ikan bilis, hati, jantung, daging, kekacang, kerang-kerangan,dll. Makanan yang dalam kategori larangan ringan pulak macam yang aku bedal pagi tadi, kacang dal. So, janganlah tak percaya yang aku akan diet mulai sekarang. Maklumat yang aku dapat dari internet mengatakan perlunya pengurangan berat badan bagi mengawal kandungan asid urik bagi mengelakkan pembentukan kristal yang menjadi punca gaut dan batu karang.





So, kesimpulannya aku rasa sangatlah tua lepas balik dari klinik tadi. Tergelak-gelak mama tengok ubat aku camtu punya banyak. Haihhh. Tapi tahan ajelahbuat masa ni, I have another 30days before my next check up. Harap-harapnya nanti tak adalah berita tak menarik pulak masa check up tu. Hmmm...


I FEEL SO DAMN OLD!!!


~Rasa macam nak tukar layout la..bosan!

Adekah ini dinamakan gaut?

Pagi ni tadi aku bangun dengan rasa aneh kat kaki. Aku rase mase solat subuh tu takde pun rase ape-ape. Well, aku bangun pagi 2 kali sehari; pukul 6 untuk solat subuh, pukul berape-berape untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Ibu jari kaki sebelah kanan aku rasa macam kena patuk ular pulak walaupun aku tak pernah kena patuk ular. Sakit gila la, wa cakap lu. Tapi pagi tadi ok lagi, rasa macam sakit-sakit gitu je. Semakin hari berganjak tu semakin sakit pulak rasenye. Aku dah pelik dah. Dengan cemerlang aku coverline depan mama abah biar diorang tak perasan. Tapi rasanya kalau esok tak elok jugak aku terpaksa surrender la bocorkan rahsia. Aku memang takda pengalaman langsung gaut-gaut ke apa nih sepanjang hidup aku. Jadi aku harap ini bukan starting point. Ada la jugak kawan aku yang kena gaut diusia muda ni tapi tak tercapai akalku pulak untuk calling-calling tanya pendapat. Sakitnya memang susah lah nak cakap, sampaikan aku malas la nk tulis posting untuk hari ni kecuali posting sakit nih. Dulu pernah la aku main laga-laga keting dengan kawan aku kat uitm, tapi itu sakitnya kat keting. Yang ini pulak sakitnya kat ibu jari kaki, memang susah la nak berjalan. Buntu aku hari ni. Tak tahu nak buat apa. Aku baca selawat syifa' banyak-banyak, doa je la banyak-banyak. Harapnya esok dah ok lah.


ini cerita gaut


~disaat menulis ni, kaki aku rasa berdenyut2..Ya Allah, aku redha dengan ujian-Mu.

Sunday, October 17, 2010

Tribute to the legend

Aku membesar dengan ceritamu,
Aku membesar mendengar iramamu,
Aku sentiasa mengagumi suaramu,
Aku sentiasa mengagumi gaya lakonmu.

Karyamu menjadi makanan dewasaku,
Ada masa ia menjadi rutin harianku,
Memutar filem itu tiap kali pulang dari sekolah,
Saban hari dan saban minggu,
Sehingga lancar lidahku dengan skrip itu.

Kita tidak pernah bersua,
Namun aku rasa kita sentiasa saling kenal,
Dari kecil hingga dewasa,
Tidak pernah setahun kulewati tanpa mendengar namamu.

Karyamu agung abadi diingatan,
Tidak kira apa bangsa warna kulit dan anak mata,
Tua muda miskin dan kaya,
Semua mengenalimu biarpun kau tiada.

Terma evergreen sinonim dengan namamu,
Tiap karyamu seperti nafas baru,
Aku tertawa melihat kelucuanmu,
Biarpun sudah berjuta kali aku menonton filem itu.

Pergimu tiada pengganti,
Walau seribu tahun lagi,
Aku tak fikir ada yang dapat menandingi,
Kerana kau sentiasa teguh di hati.

Biarpun kau kini tiada lagi,
Jauh disana tempatmu bersemadi,
Iringan Al-Fatihah sentiasa mengiringi,
Keranamu P. Ramlee sentiasa menjadi sumber inspirasi.


AL-FATIHAH
Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Comercially known as P. Ramlee
22 March 1929–29 May 1973
Actor-Director-Singer-Songwriter-All rounder

KAU SEORANG WANNABE!

Kau seorang wannabe!
Sewaktu kecil kau lihat superman,
Lalu kau pun jadi teruja,
Kain pelikat ayahmu diikat dileher,
Kasut but getah itu kau jadikan sepatu gagah,
Tali pinggang mekah atuk ibarat multipurpose belt,
Rambut depanmu dipintal membentuk huruf 'S',
Dan koleksi seluar dalam merah mula meningkat.


Kau seorang wannabe!
Kau lihat mat rempit lalu kau gembira,
Coverset EX5 buangan kau jadikan kitar semula,
Lampu LED kau letakkan dicelah sana,
Kad terup kau sandalkan dicelahan roda,
Supaya bergema bunyi bila kau tiba,
Walau satu kampung tahu kau cuma berbasikal tua.


Kau seorang wannabe!
Kurt Cobain yang sudah tiada kau jadikan idola segera,
Irama grunge mula menjadi halwa telinga,
Rambutmu dibiar panjang melewati telinga,
Baju pun mahu dua lapis biar peluh menyeka kepala,
'The man who sold the world' menjadi petikan gitar pertama,
Barulah seperti Kurt, itu katanya,
Tetapi subjek english masih begitu,
Petanda lagu itu kau tidak tahu apa.



Kau seorang wannabe!
Melihat rakan bergaya ceria,

Kau pun mahu begitu juga,
Wang gajian hilang dihari pertama,
Barangan peribadi semua mahu berjenama,
Duduk makan di coffee house saja,
Tapi itu semua hanya di 2 minggu pertama,
Minggu seterusnya mengharap kawan belanja,
Biar papa asal bergaya katanya,
Hakikatnya menyusahkan orang sahaja.

Kau seorang wannabe!
Sampai bila kau mahu begini?
Tidak ingatkah kau pada esok hari?
Bagaimana jika ada anak dan isteri?
Bagaimana jika dipanggil menghadap ilahi?
Apakah kau sudah lupa tempat berdiri?
Atau kau masih lagi tidak sedar diri?
Kerana kau seorang wannabe!




p/s: tidak ditujukan untuk sesiapa.

Saturday, October 16, 2010

Kebanggaan Malaysia


.: SURIA KLCC :.
Sebuah pusat membeli-belah mega yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menghimpunkan lebih 100 kedai pelbagai jenis produk dari dalam dan luar negara. Dilengkapi pelbagai kemudahan untuk semua golongan. Berketinggian 452m / 1483kaki, berada pada kedudukan ke-4 dan ke-5 bagi bangunan tertinggi di dunia dan tempat pertama bagi bangunan berkembar tertinggi di dunia.
-- | | | --



.: MENARA KUALA LUMPUR :.
Merupakan menara komunikasi keenam tertinggi di dunia. Disifatkan sebagai lambang mercu tanda bagi Kuala Lumpur. Selain berfungsi sebagai menara komunikasi, di sini juga terdapat beberapa kemudahan lain seperti restoran berputar yang menjanjikan panorama indah Kuala Lumpur. Setiap tahun akan diadakan perlumbaan mendaki menara di mana peserta dari seluruh dunia menyertainya.
-- | | | --


.: KUIL BATU CAVES :.
Bukit batu kapur yang menempatkan kuil bagi upacara rasmi dan ibadah bagi yang beragama hindu. Merupakan salah satu daripada kuil hindu luar India yang termasyhur di dunia. Di sini juga terdapat patung Lord Murugan berketinggian 42.7 meter yang merupakan patung Murugan tertinggi di dunia. Merupakan tempat tumpuan penganut hindu seluruh dunia terutama ketika sambutan Deepavali dan Thaipusam.
-- | | | --


.: MASJID JAMEK KUALA LUMPUR :.
Merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur, berusia melebihi 100 tahun dan merupakan tumpuan umat Islam di serata Kuala Lumpur untuk menunaikan solat terutama solat Jumaat. Terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang, bangunan masjid ini dibina mengikut tata rajah seni bina dari India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup. Gabungan seni bina dari pengaruh moor dan moghul dapat dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk petak dan perincian selang jalur batu bata, plaster dan marmar.
-- | | | --


.: KL SENTRAL :.
KL Sentral merupakan kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen keretapi utama Kuala Lumpur. Dibuka pada 16 April 2001, KL Sentral merupakan stesen keretapi yang terbesar di Asia Tenggara. Selain menempatkan gabungan transit aliran Putra LRT, Monorel, KTM Komuter dan hab bas, bangunan KL Sentral juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti restoran, kedai buku, tandas, surau dan beberapa rangkaian kedai yang lain dan juga hotel.
-- | | | --
(berikut merupakan SEBAHAGIAN daripada mercu tanda Kuala Lumpur)


MASIH BANYAK LAGI SEKTOR YANG MEMERLUKAN PERUNTUKAN. PEMBINAAN BANGUNAN 100-TINGKAT BERNILAI RM 5bil ADALAH TIDAK MEMADAI DALAM KEADAAN EKONOMI SEMASA. KETIKA RAKYAT DIINGATKAN UNTUK BERJIMAT LANTARAN KENAIKAN HARGA BARANGAN AKIBAT DARIPADA PENGURANGAN SUBSIDI, KERAJAAN SENDIRI MENUNJUKKAN SIKAP BOROS APABILA BERBELANJA UNTUK SESUATU YANG TIDAK DIPERLUKAN. MALAYSIA SUDAH CUKUP MERCU TANDA, KEMEROSOTAN EKONOMI YANG LEBIH UTAMA. JANGAN KERANA TAKUTKAN SUAMI, SEGALA DIPINTA NAK DIPENUHI, TERUTAMA POKET KRONI.

Friday, October 15, 2010

Belajar cara menegur, bukan mengutuk~


Huii..hangat betul. Semua orang nak kecoh pasal teguran aku. Konon aku backup sana, konon aku tembak sini. Ada pulak lagi yang melalut cakap apa pun aku tak faham. Macam ni aje lah, korang nak melatah tolong jangan libatkan aku. Buah fikiran aku, pendapat aku, tak ada menyebut pun nama korang. Aku respek kamu semua sebab teruskan membaca kerana membaca itu amalan mulia. Dan aku juga respek sebab korang berani mengetengahkan ketidak puasan hati tu terhadap aku. Secara keseluruhannya aku anggap semua itu teguran yang membina walaupun ada yang cuba nak mengeksploitasi penggunaan perkataan aku tetapi ter'back fire' diri sendiri. I'm not a debator tapi aku seorang yang suka menggunakan ayat lain dari yang lain. Ok, pasal bab menegur. Ada yang tak puas hati dengan cara teguran aku, tapi Alhamdulillah ramai yang memuji (THANKS!). Oleh itu, jom kita ramai-ramai tengok dengan jelas dan terang cara teguran yang betul. Mungkin ada yang dah jemu dengar benda tu kat skolah dulu tapi aku akan cakap jugak sebab sekolah aku lain dari sekolah korang (maybe some yang same skolah dgn aku..hoho..).
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Adalah jelas dan terang kat atas tu menyuruh kita menegur dengan berhikmah, dan dengan nasihat yang elok. Macamane nak tegur dengan berhikmah? Aku ni selalu dijadikan unofficial advisor oleh beberapa rakan-rakan aku, dan kebanyakannya bertanyakan soal baik-buruk, cinta-cinta (yucks!), dan macam-macam lagi. Aku memang FAIL dalam karier sbg Good Advisor sebab biasanya aku akan point out things yang orang lain tak perasan tapi bertepek kena kat muka dia. Tapi aku tetap gunakan cara berhikmah, puji dulu, agree dulu sebelum point out mana yang kena ubah. Cuma cara aku kalau in-person tu agak provocative sikit sebab masa puji tu ayat mesti manis, tapi bila aku point out benda salah tu kebanyakannya tarik muka, panas telinga pasal memang aku tunjuk yang benda tu is totally freaking wrong!

Lagi satu bab tegur menegur nih, kita kalau nak menegur tu kena tau apa masalah sebenarnya. Sepatutnya benda ni kena ada dalam TEGUR 101, its such a simple basic plastic rule! Dan kalau kita ni akal hanya sejengkal, lebih baik la lupakan kerja nak menduga lautan seluas Atlantik, swimming pool rakyat pun belum tentu lepas. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ramai yang cepat melatah, bila cepat melatah orang akan melalut, bila melalut dia akan anggap diri dia paling hebat paling cool, dan masa tu dia akan rasa kalau dia kutuk orang tu mesti dia akan jadi 23x lebih cool. OMG, instead of making other people looks guilty, you make yourself looks like a totally idiot. Boleh nak menegur, tak salah pun, teguran tu bagus, tapi lagi bagus kalau yang menegur tu gunakan akal, bukannya menyembur sesuka hati. Aku tahu bila kita memalukan orang tu nanti secara automatik kita akan rasa HERO. Tapi itu ketika teguran, bila dinilai balik teguran itu, kalau asasnya betul ok lah, kalau kita sembur sebab orang lain suka dengan secara automatik jugak kita jadi macam anjing menyalak bukit. Apa yang disalak pun orang lain tak tahu, tapi terus nak menyalak, bukit tu buat tak tahu je. Tak ke awak tu memalukan diri sendiri?
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Jadi adalah jelas dalam hadis di atas ini bahawa untuk membuat teguran, kita mesti fikirkan dahulu manfaatnya terhadap diri sendiri, diri yang nak ditegur dan juga orang lain yang mendengar. Tiada gunanya kita mengutuk-ngutuk kesilapan orang andai tiada membawa manfaat langsung kepada sesiapa termasuk diri sendiri. Tak ada gunanya jugak kita nak menunjukkan betapa 'cool' kita ni dengan menggunakan perkataan-perkataan yang 'cool' dan menghina untuk menegur orang itu. Tak payah nak bajet 'cool' lah brader, lu buat malu diri sendiri saje.


Tugas tegur-menegur ni sebenarnya disifatkan sebagai hak seorang muslim kepada muslim yang lain, kalau bukan muslim tu terpulanglah. Tapi sebagai manusia, sebagai orang Malaysia, yang disifatkan sebagai kaya dengan adat dan adab, tegur-menegur itu adalah seharusnya dilakukan antara satu sama lain. Teguran itu bukan setakat untuk memperbetulkan orang, malah untuk menginsafi diri sendiri juga. Gunakan cara yang betul untuk menegur, tegur-menegur untuk menambah kenalan dan beramah mesra, bukannya untuk mengutuk, menghina, merendah-rendahkan taraf orang lain. Jangan tegur untuk bangga diri, menunjuk-nunjuk, dan memecah-belahkan silaturrahim.

 .: cerita jangan tegur tu boleh tahan jugak seramnye :.