Sunday, October 17, 2010

KAU SEORANG WANNABE!

Kau seorang wannabe!
Sewaktu kecil kau lihat superman,
Lalu kau pun jadi teruja,
Kain pelikat ayahmu diikat dileher,
Kasut but getah itu kau jadikan sepatu gagah,
Tali pinggang mekah atuk ibarat multipurpose belt,
Rambut depanmu dipintal membentuk huruf 'S',
Dan koleksi seluar dalam merah mula meningkat.


Kau seorang wannabe!
Kau lihat mat rempit lalu kau gembira,
Coverset EX5 buangan kau jadikan kitar semula,
Lampu LED kau letakkan dicelah sana,
Kad terup kau sandalkan dicelahan roda,
Supaya bergema bunyi bila kau tiba,
Walau satu kampung tahu kau cuma berbasikal tua.


Kau seorang wannabe!
Kurt Cobain yang sudah tiada kau jadikan idola segera,
Irama grunge mula menjadi halwa telinga,
Rambutmu dibiar panjang melewati telinga,
Baju pun mahu dua lapis biar peluh menyeka kepala,
'The man who sold the world' menjadi petikan gitar pertama,
Barulah seperti Kurt, itu katanya,
Tetapi subjek english masih begitu,
Petanda lagu itu kau tidak tahu apa.



Kau seorang wannabe!
Melihat rakan bergaya ceria,

Kau pun mahu begitu juga,
Wang gajian hilang dihari pertama,
Barangan peribadi semua mahu berjenama,
Duduk makan di coffee house saja,
Tapi itu semua hanya di 2 minggu pertama,
Minggu seterusnya mengharap kawan belanja,
Biar papa asal bergaya katanya,
Hakikatnya menyusahkan orang sahaja.

Kau seorang wannabe!
Sampai bila kau mahu begini?
Tidak ingatkah kau pada esok hari?
Bagaimana jika ada anak dan isteri?
Bagaimana jika dipanggil menghadap ilahi?
Apakah kau sudah lupa tempat berdiri?
Atau kau masih lagi tidak sedar diri?
Kerana kau seorang wannabe!




p/s: tidak ditujukan untuk sesiapa.

No comments: