Sunday, October 17, 2010

Tribute to the legend

Aku membesar dengan ceritamu,
Aku membesar mendengar iramamu,
Aku sentiasa mengagumi suaramu,
Aku sentiasa mengagumi gaya lakonmu.

Karyamu menjadi makanan dewasaku,
Ada masa ia menjadi rutin harianku,
Memutar filem itu tiap kali pulang dari sekolah,
Saban hari dan saban minggu,
Sehingga lancar lidahku dengan skrip itu.

Kita tidak pernah bersua,
Namun aku rasa kita sentiasa saling kenal,
Dari kecil hingga dewasa,
Tidak pernah setahun kulewati tanpa mendengar namamu.

Karyamu agung abadi diingatan,
Tidak kira apa bangsa warna kulit dan anak mata,
Tua muda miskin dan kaya,
Semua mengenalimu biarpun kau tiada.

Terma evergreen sinonim dengan namamu,
Tiap karyamu seperti nafas baru,
Aku tertawa melihat kelucuanmu,
Biarpun sudah berjuta kali aku menonton filem itu.

Pergimu tiada pengganti,
Walau seribu tahun lagi,
Aku tak fikir ada yang dapat menandingi,
Kerana kau sentiasa teguh di hati.

Biarpun kau kini tiada lagi,
Jauh disana tempatmu bersemadi,
Iringan Al-Fatihah sentiasa mengiringi,
Keranamu P. Ramlee sentiasa menjadi sumber inspirasi.


AL-FATIHAH
Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Comercially known as P. Ramlee
22 March 1929–29 May 1973
Actor-Director-Singer-Songwriter-All rounder

2 comments:

Unknown said...

Saya pun penggemar filem2 Allahyarham TSP.Ramlee terutama filem2 jenakanya .Dalam lawak banyak mesej yg diselitkan.
terimakasih sudi jd follower blog saya.sy juga sudah follow blo ni.

eito said...

terima kasih kembali..karya beliau sehingga kini masih fresh bagi saya..