Huii..hangat betul. Semua orang nak kecoh pasal teguran aku. Konon aku backup sana, konon aku tembak sini. Ada pulak lagi yang melalut cakap apa pun aku tak faham. Macam ni aje lah, korang nak melatah tolong jangan libatkan aku. Buah fikiran aku, pendapat aku, tak ada menyebut pun nama korang. Aku respek kamu semua sebab teruskan membaca kerana membaca itu amalan mulia. Dan aku juga respek sebab korang berani mengetengahkan ketidak puasan hati tu terhadap aku. Secara keseluruhannya aku anggap semua itu teguran yang membina walaupun ada yang cuba nak mengeksploitasi penggunaan perkataan aku tetapi ter'back fire' diri sendiri. I'm not a debator tapi aku seorang yang suka menggunakan ayat lain dari yang lain. Ok, pasal bab menegur. Ada yang tak puas hati dengan cara teguran aku, tapi Alhamdulillah ramai yang memuji (THANKS!). Oleh itu, jom kita ramai-ramai tengok dengan jelas dan terang cara teguran yang betul. Mungkin ada yang dah jemu dengar benda tu kat skolah dulu tapi aku akan cakap jugak sebab sekolah aku lain dari sekolah korang (maybe some yang same skolah dgn aku..hoho..).
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)Adalah jelas dan terang kat atas tu menyuruh kita menegur dengan berhikmah, dan dengan nasihat yang elok. Macamane nak tegur dengan berhikmah? Aku ni selalu dijadikan unofficial advisor oleh beberapa rakan-rakan aku, dan kebanyakannya bertanyakan soal baik-buruk, cinta-cinta (yucks!), dan macam-macam lagi. Aku memang FAIL dalam karier sbg Good Advisor sebab biasanya aku akan point out things yang orang lain tak perasan tapi bertepek kena kat muka dia. Tapi aku tetap gunakan cara berhikmah, puji dulu, agree dulu sebelum point out mana yang kena ubah. Cuma cara aku kalau in-person tu agak provocative sikit sebab masa puji tu ayat mesti manis, tapi bila aku point out benda salah tu kebanyakannya tarik muka, panas telinga pasal memang aku tunjuk yang benda tu is totally freaking wrong!
Lagi satu bab tegur menegur nih, kita kalau nak menegur tu kena tau apa masalah sebenarnya. Sepatutnya benda ni kena ada dalam TEGUR 101, its such a simple basic plastic rule! Dan kalau kita ni akal hanya sejengkal, lebih baik la lupakan kerja nak menduga lautan seluas Atlantik, swimming pool rakyat pun belum tentu lepas. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ramai yang cepat melatah, bila cepat melatah orang akan melalut, bila melalut dia akan anggap diri dia paling hebat paling cool, dan masa tu dia akan rasa kalau dia kutuk orang tu mesti dia akan jadi 23x lebih cool. OMG, instead of making other people looks guilty, you make yourself looks like a totally idiot. Boleh nak menegur, tak salah pun, teguran tu bagus, tapi lagi bagus kalau yang menegur tu gunakan akal, bukannya menyembur sesuka hati. Aku tahu bila kita memalukan orang tu nanti secara automatik kita akan rasa HERO. Tapi itu ketika teguran, bila dinilai balik teguran itu, kalau asasnya betul ok lah, kalau kita sembur sebab orang lain suka dengan secara automatik jugak kita jadi macam anjing menyalak bukit. Apa yang disalak pun orang lain tak tahu, tapi terus nak menyalak, bukit tu buat tak tahu je. Tak ke awak tu memalukan diri sendiri?
Jadi adalah jelas dalam hadis di atas ini bahawa untuk membuat teguran, kita mesti fikirkan dahulu manfaatnya terhadap diri sendiri, diri yang nak ditegur dan juga orang lain yang mendengar. Tiada gunanya kita mengutuk-ngutuk kesilapan orang andai tiada membawa manfaat langsung kepada sesiapa termasuk diri sendiri. Tak ada gunanya jugak kita nak menunjukkan betapa 'cool' kita ni dengan menggunakan perkataan-perkataan yang 'cool' dan menghina untuk menegur orang itu. Tak payah nak bajet 'cool' lah brader, lu buat malu diri sendiri saje.Rasulullah s.a.w bersabda,‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Tugas tegur-menegur ni sebenarnya disifatkan sebagai hak seorang muslim kepada muslim yang lain, kalau bukan muslim tu terpulanglah. Tapi sebagai manusia, sebagai orang Malaysia, yang disifatkan sebagai kaya dengan adat dan adab, tegur-menegur itu adalah seharusnya dilakukan antara satu sama lain. Teguran itu bukan setakat untuk memperbetulkan orang, malah untuk menginsafi diri sendiri juga. Gunakan cara yang betul untuk menegur, tegur-menegur untuk menambah kenalan dan beramah mesra, bukannya untuk mengutuk, menghina, merendah-rendahkan taraf orang lain. Jangan tegur untuk bangga diri, menunjuk-nunjuk, dan memecah-belahkan silaturrahim.
.: cerita jangan tegur tu boleh tahan jugak seramnye :.
2 comments:
kadang2 ada orang kena tegur ngan kaki baru jalan....
hahaha...yang itu kena apply hadis yang ni:
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman”
heheh..tangan boleh, kaki xboleh..tapi tangan tu boleh amik kayu golf/hoki, kire ok la tu..
Post a Comment