Tuesday, October 26, 2010

Hari Ahad itu...

Pagi tu aku bangun macam biasa, terjaga dek penggera yang aku dah siapkan untuk solat subuh jam 6.00 am. Lepas solat aku tertidur balik sebab malam semalam aku tidur agak lewat, nak melayankan permintaan reader untuk posting blog. Kali ni aku bangun 2nd time agak awal, 7.30 am dah terjaga. Biasanya aku bangun pukul 9 camtu. Mungkin sebab hujan. Bila nak tidur balik dah tak boleh. Aku turun bawah, buat breakfast macam biasa, telur 1/2 masak dengan roti gardenia, 3-in1 Old town white coffee. Masa lalu depan bilik mama, tiba-tiba mama panggil.

'Pagi ni kang kite balik Ipoh tengok opah.'
'Ok,' balas aku pendek.

Kenapa tiba-tiba? Selalunya mama akan inform lebih awal, tapi ni tidak, dah nak pergi baru mama nak cakap. Aku pun buat macam biasa, online dulu, inform kawan-kawan yang aku tak dapat nak join aktiviti-aktiviti terancang hari tu. Bila dah siap-siap semua, aku, mama dan abah pun bertolak. Sepanjang perjalanan tu aku masih lagi memikirkan kenapa dengan opah? Aku tahu opah memang agak lemah masa last skali jumpa opah di rumah makji masa open house. Dan aku pun ada terdengar Achik bawak opah pergi medical check up kat specialist, mama pun ada cakap opah kena tukar ubat lepas pergi specialist. So, I didn't expect anything.

Sampai Rawang, kami berhenti solat dan makan tengahari. Aku masih terasa kenyang sebab sarapan dengan 5 keping roti tu dah cukup muak bagi aku. Lagipun Kopi 3-in-1 tu dah siap dengan susu membuatkan aku agak kenyang. Selesai solat, perjalanan diteruskan dan kami 'de-tour' sebentar ke Jalan Mengkuang, Bidor sebab ada kawan abah meninggal. Dalam perjalanan ke Bidor tu handphone mama asik berbunyi. Kejap dari Mak Yang, kejap yeop, kejap aizat, kejap pakmat, wanda dan lain-lain. Aku yang dari tadi agak tenang dah jadi kurang selesa.

'Dah call ambulans ke? Opah camane? Siapa yang ikut? Tadi opah buat apa? Ok.' Butir perbualan mama tu buatkan aku jadi lagi tak tenang. Kenapa sampai ada ambulans? Kenapa dengan opah? Dalam hati aku tak berhenti berdoa. Buku dari Jabatan Mufti NS yang abah bawak tu aku selak, 'AYAT TIGA PULUH' tertulis pada halaman buku itu. Aku baca. Dulu abah cakap ayat 30 ni untuk mengelakkan dan menyembuhkan pelbagai penyakit, sepertimana yang abah tunjukkan dalam kitab lama simpanan abah tu. Aku teruskan bacaan sampai habis biarpun kepalaku jadi agak pening kerana membaca dalam kereta bergerak.

Sampai di Bidor, jenazah dah selamat dikebumikan. Abah mengirim beberapa potong doa buat arwah, bersalaman dengan waris-waris dan kami terus bergerak ke Ipoh. Lepas dari Tapah aku cuba untuk elakkan berasa lebih risau sebab handphone mama masih lagi dihujani panggilan. Aku pun terlelap sehinggalah tiba di Simpang Pulai. Kak Mar, Izzah, Iman dan jiran sahaja yang ada, yang lain-lain dah pergi ke hospital. Kami terus menuju ke Hospital Ipoh. Sampai di parking, aku ternampak Syahmi dan terus menuju kepada ahli keluarga yang lain di ruangan 'KECEMASAN'. Aizat tunjukkan jalan dimana opah dibawa, dan mataku terpaku pada papan tanda 'Unit Separa Kritikal'. Apa yang kritikal dengan opah?

Dari kejauhan aku nampak makyang, pakyang, yeop, Imran, abang zaini berada depan pintu bilik, keadaan seperti ahli keluarga dalam drama yang sedang tunggu keputusan pemeriksaan doktor. Aku terus bersalaman dengan yang lain-lain dan bertanya tentang opah.
'Opah kurang gula', kata Yeop.
'Sekarang dah ok dah tu', kata Aizat pula.
'Tadi opah pengsan,' kata Mak Yang.
'Report dah siap, lepas ni transfer ke specialist,' terang Opah Teh.
Hati aku sedikit lega tapi aku belum tengok opah lagi. Abang Zaini kata opah ada dekat katil yang bertutup langsir tu. Aku jenguk, memang ada satu ruang yang bertutup langsir. Aku tunggu abah.

Ketika melangkah masuk ke ruangan itu, hati aku agak tenang. Tapi bila selak langsir tempat katil opah, automatik bergenang air mata aku. Ya Allah, apa dah jadi dengan opah ni? Aku rasa opah macam terlalu kecil, lemah. Terbaring dengan air dimasukkan melalui tangan kanannya, alat bermonitor yang membaca kadar denyutan dan sebagainya terpasang di belakang. Dalam tak tertahan air mata aku mengalir. Sumpah, seumur hidup aku, seingat aku, tak pernah aku tengok opah masuk hospital, apetah lagi berkeadaan begini. Dulu opah pernah masuk wad kerana pembedahan selaput mata, tapi belum sempat aku jenguk, opah dah discharge. Ini kali pertama aku lihat opah dalam keadaan ini. Air liur seakan batu, melekat di kerongkong, hati aku bergetar menahan rasa sedih, air mataku masih lagi mengalir perlahan. Aku peluk dan cium opah semahunya. Opah cuba tersenyum tapi mungkin dia masih lemah, senyuman itu tidak terukir. Aku memicit-micit kaki opah sambil menundukkan muka tak mahu dilihat tangisan ini. Puas aku cuba tenangkan diriku, opah sihat, opah dah ok, tak ada apa-apa serius, tapi air mataku pasti mengalir tiap kali aku pandang opah. Tak lama kemudian aku keluar.

Dokumen semua telah siap, ambulans dah tiba, opah dipindahkan dari GH ke KPJ Specialist Hospital. Pengalaman pertama aku naik ambulans dan pengalaman kedua bagi Yeop selepas perjalanan pertama tadi. Aku berbual dengan opah, bercerita tentang sakitku pula. Lega hati bila lihat opah ketawa teringatkan aku diserang gaut minggu lalu. Tanganku memegang erat tangan opah sehingga tiba di KPJ.

Berdasarkan pemeriksaan, rupa-rupanya opah terlalu risau dengan pengambilan makanan bergula, itu menyebabkan kekurangan gula di dalam badannya. Seraya itu teringat aku kepada cerita 'Paul Blart: Mall Cop' yang mempunyai penyakit hypoglycemia dan akan pengsan tiba-tiba bila kandungan gula dalam badan telah habis. Mungkin itu yang terjadi kat opah. Alhamdulillah, selepas dimasukkan ke wad, keadaan opah semakin elok. Perkembangannya dari sehari ke sehari sedikit melegakan hatiku. Siang tadi, hari ketiga di wad, keadaan kesihatan opah makin baik. Dia sudah boleh mengangkat tangan dan menghulurkan kepada Nuha untuk bersalaman. Selera makan masih kurang tapi ada perkembangan dari yang sebelumnya. Menurut doktor, kalau tiada apa masalah, esok opah dah boleh keluar wad. Tiada yang lebih melegakan aku dari mengucapkan syukur Alhamdulillah. Semoga kesihatan opan akan semakin baik dari hari ke hari. Insyallah.



Doa untuk Opah
..:: sangat rindu, sayang opah ::..

1 comment:

rosebiwu~ said...

aku baru review post ko yg lepas2..tbe2 terbaca nih~sesungguhnya ko hampeh la husni..teringat aku kt opah aku..tolonglaa~gua ngh bizi keje ni..aghhh..dgr la jeritan batinku~