Thursday, October 21, 2010

1Malaysia Islamic Fashion Festival

Semenjak dua menjak ni terdengar kisah Rosmah dan ajaran fesyen Islamiknya. Kalau tak silap aku, pernah aku dengar pasal Islamic Fashion Festival (IFF) ni sebelum ni tapi mungkin disebabkan gambarnya tak tersebar lagi so kisah ini tidak diperhangatkan. Dan bila cameramen semua dah siap cuci gambar (digital photo pun cuci ke?), mula la semua ni membanjiri blog-blog seperti blog aku nih.


Gambar atas ni saja diletakkan kat situ sebagai maqaddimah bagi gambar-gambar yang lain. Aku saja letak gambar atas ni sebab nak tunjukkan backdrop dia tu sambil model-model berbaris kat depan. Apa yang kita tengok tak kena? Di belakang tu tertulis 'ISLAMIC FASHION FESTIVAL' sebesar alam, tapi yang berbaris kat depan tu tak ada sorang pun yang tutup aurat. Bukan masalah aurat rambut sahaja, tapi dengan lengan, dada, baju yang menampakkan susuk tubuh. Gambar atas ni seolah-olah cuba menghina atau memomokkan hukum Islam tu sendiri yang mana di dalamnya sudah digariskan hukum-hukum dan tatacara pemakaian. Adakah ini yang cuba diketengahkan oleh Rosmah? Dan apakah ini yang disokong ideologinya oleh sang suami sebagai pemimpin nombor satu di bawah Yang Di-Pertuan Agong?

Islam tidak melarang penganutnya berfesyen tetapi ada adab dan tatacara yang perlu diikuti. Jikalau di luar sana ada orang melabelkan Islam sebagai agama yang mundur, menindas wanita kerana di sesetengah tempat yang banyak kaum wanitanya bertudung litup, berjilbab bagai. Aku tidak merendahkan mereka malah hormat kerana ketaatan mereka pada agama sehingga begitu takut sekali mereka dengan murka Allah. Telah digariskan di dalam Al-Quran mengenai aurat bagi lelaki dan wanita dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31:

"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "(30)
"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)
 Di atas merupakan tatacara pemakaiannya. Apa yang dimaksudkan dengan '..kecuali yang dizahirkan daripadanya..' ialah muka dan telapak tangan. Ijmak ulama menyimpulkan hal ini berdasarkan satu hadis:
sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Agak jelas dah dinyatakan dalam hadis dan ayat-ayat suci di atas ni. Aku ni bukan bijak sangat bab agama ni, semua maklumat ni aku dapat dari lebai google. Sekejap je pun nak search semua ni, tapi mungkin sebab Rosmah, Najib, pereka-pereka fesyen dalam IFF, penyokong-penyokong kuat mereka yang beragama Islam tu semua tak ada internet maka mereka semua tak sedar nak mencari fakta ini.

mcm ni pn boleh jd model ke? *tepuk dahi.
Hal sebegini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ini soal hukum halal haram yang dah jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Aku tak heran sangat kalau ada antara wanita, gadis-gadis yang mempelekehkan orang yang bertudung sebagai tak semua baik kerana ini dah terbukti yang orang bertudung tu ada yang melakukan kemungkaran. Tapi aku tak suka bila ada yang memperlekehkan pemakaian tudung tu sendiri. Apa beza 2 ayat aku tu? Camni, kita dah selalu sangat dengar orang kata tak pakai tudung sebab taknak hipokrit la, itu ini, bukan dari orang lain pun, Sharipah Aini yang besar tu pun keluarkan dalil ni jugak tau. Aku tak heran sebab orang dah cakap, kita dah tegur, tunggu dia nak buat atau tidak. Ini bukan masalah dosa kau dosa aku, tapi ini dah jadi hak kita untuk menegur. Ok, itu namanya taknak pakai tudung. Lagi satu hal ialah, memperlekehkan pemakaian tudung itu contohnya mengeluarkan ayat pakai tudung ni nampak macam jumud, ketinggalan zaman, macam orang kampung, tak maju. Pernyataan yang macam ni aku tentang dengan keras. Faham kan?

rekaan designer dari Cameroon
Isu pemakaian tudung sebenarnya tak menjadi hal sangat pun dan bukan tajuk utama entri kali ini. Apa yang nak diketengahkan di sini ialah bagaimana seorang perempuan berambut besar, bersuami botak dan penakut, mengaku diri Islam, mengaji Al-Quran, tapi memalukan dan mengaibkan pegangannya sendiri. Aku rasa Rosmah ni mungkin pandang Islam itu hanya satu agama yang mana perlu dipercaya sahaja, tidak perlu mengikut dan tidak perlu menurut arahan dan garis panduan. Mungkin bagi dia dan isteri, kalau tak ikut pun nanti akhirat masuk syurga juga sebab agama Islam. Atau mungkin juga dia akan cakap, 'aku dosa aku, kau dosa kau, apa aku buat tak ada kena mengena dengan kau, itu antara aku dan Allah'. Hoi, dah kalau kubur kau nanti sebelah aku, tak ke bising aku dengar kau melolong nanti sementara nak tunggu kiamat? Bodoh piang! Islam itu satu agama yang Syumul, lengkap selengkapnya, kita dihidangkan doa dari awal buka mata untuk bangun pagi, menjalani aktiviti harian, sampai ke tutup mata nak tidur semula. Setiap satu ada doa, ada tatacara, ada adab, ada garis panduan, ada penyelesaian masalah, dan macam-macam lagi. Itu bukti yang menunjukkan betapa Islam itu sendiri merupakan satu cara hidup. Cara hidup bermaksud kita yakin, kita boleh amalkan dalam setiap aktiviti harian kita dari kecil sampai dewasa, sehingga tua, sampai meninggal dunia. Boleh nampak sendiri keindahan Islam itu. Tapi apabila hal ini dipandang ringan, Islam sekadar nama, sekadar dalam I/C, sekadar untuk menikah, maka timbullah festival-festival merepek macam ni.

Aku bukan anti fesyen. Aku pun ada juga mengikut-ikut sikit (tak banyak pun). Tapi cara fesyen macam mana yang perlu kita ikut? Ada garis panduannya, tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang kata hari tu aku pergi MotoGP pun pakai seluar pendek. Yes, memang betul aku pergi pakai seluar pendek dan korang boleh tanya kawan-kawan yang ada dengan aku bahawasanya aku sembahyang pun pakai seluar tu, maknanya seluar aku tu masih ada batas auratnya. Kalau nak kata aku pak haji pun boleh walaupun aku tak pergi haji lagi sebab aku pergi solat jumaat pakai serban sampaikan orang kampung panggil aku ustaz. Berbalik kepada kisah IFF. Bagi aku, hal ini tidak sepatutnya terjadi, festival ini tak sepatutnya jadi macam ni. Boleh nak mengadakan festival fesyen Islam, tapi bukan macam ni fesyennya. Pihak penganjur telah menghina Islam. Cara pemakaian model-model keseluruhannya tidak langsung menggambarkan fesyen Islam. Islam buka sekadar tudung dan jubah, banyak lagi. Aku mengecam sekeras-kerasnya pihak penganjur program ini kerana hal ini telah memalukan Islam. Bagaimana orang yang mengaku Islam, membaca Al-Quran, mengaibkan sendiri agamanya? Ini satu penghinaan yang maha dahsyat.

Kita sendiri pun tahu ramai orang sekarang ni tak tutup aurat. Aku tak marahkan sangat kalau ada yang berpakaian menjolok mata, terdedah sana sini, terbonjol sana sini, dan dia tak hiraukan sangat orang lain. Tapi yang aku marahkan ialah bila ada yang mempersendakan agama. Contoh mempersendakan hukum agama ialah contohnya pakai bikini pastu duduk bersimpuh membaca Al-Quran, atau pun bertudung litup bagai dan minum arak. Itu mempersendakan agama. Samalah dengan IFF ni, dilabelkan Islam tapi langsung tidak mencerminkan Islam. Aku membantah sekeras-kerasnya program ini, dan meminta agar kita semua membantah, mengecam sekeras-kerasnya mereka-mereka yang berada disebalik tabir program ini. Siapa orangnya? Lihat dibawah ni, klik untuk lebih jelas.
click to enlarge - PUNAHSIHAT

..:: Harap janganlah diturunkan bala besar kerana perbuatan ini. Kami cuba memperbetulkannya,Ya Allah.. ::..

-gambar ihsan dari tranungkite.net

3 comments:

Encik Jep said...

baca ni bro~


http://blogserius.blogspot.com/2010/10/serius-bodoh-kalimah-muhammad-di-salah.html

nmhafiz said...

pohon untuk meng'share'kannya...

eito said...

kalimah muhammad tu baju dari designer cameroon..aku tgk kt berita canada ke ape ntah yg review..

sila share..xdehal..