Sepanjang 2 hari aku pergi ke MotoGP tu, bersepah-sepah aku tengok orang bawak DSLR. Bukan setakat yang memang dress up macam photographer tu, tapi yang datang saje-saje, yang datang dengan keluarga, yang datang dengan kawan-kawan, yang muka macam orang tua, yang muka pecah rumah sampai yang muka rempit pun mengusung menatang nih. Aku yang diam-diam menyembunyikan impian aku tu, tercabar pulak dengan kehadiran DSLR yang bersepah-sepah tu. Bila pintu pit team Yamaha Fiat bukak aje, berduyun-duyun orang berkumpul nak ambik shot terbaik. Aku pun cuba nasib la tapi dengan camera Nikon L3 5.1mp tu ape lah sangatkan, nak dibandingkan dengan DSLR, bukan setakat cap ayam, cap kerengga pun belum tentu aku boleh beat gambar dia.
.: picture from LYN :.
Kalau camera sayur-mayur aku tu setakat boleh ambik gambar samar-samar, harapkan kaler je la baru boleh kenal Rossi ke, Lorenzo ke, Davioso ke, Stoner ke, tapi dengan DSLR bukan setakat rossi, bulu mate rossi lentik berapa darjah pun boleh kira. Tapi itu kalau kena dengan lens kit lah. Kalau setakat nak harapkan prime lens, kirim salam pak mat kolam la. Aku pun tak perasan bila gejala DSLR ni mula menular di kalangan remaja sekarang, termasuk orang tua (tapi orang tua banyak duit boleh la!). Serious shit, aku rasa macam nak kena beli jugak la satu. Tak dapat yang cap harimau, yang cap beruang pun boleh la. Tak dapat cap beruang, cap labi-labi pun ok. Tapi kalau cap labi-labi pun tak dapat, yang ni pun boleh di bawak ketengah nih:-
Menatang jadah kat atas ni dikatakan 'the most suitable dslr for the beginner'. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab dia ada 6 automatic exposure modes. Jadi bila kita dengan perkataan 'automatic' kita boleh anggap benda tu mudah dan benda-benda mudah ni memang sesuai lah untuk orang yang baru nak belajar nih. Lain-lain features aku tak tahu nak bagi sebab aku sememangnya ZERO dalam bab DSLR nih. Bukan setakat ZERO, disebabkan aku hanya menyimpan niat untuk beli senapang ni 'suatu hari nanti', dan aku rasakan 'suatu hari nanti' tu bukan sekadar sebulan dua, maka aku pun tak ambil port dan tak rajin langsung untuk baca review pasal dia dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Paling dekat pun aku survey harga saja lah. Kalau yang ni, tak silap aku paling jahat pun bawah MYR 2000 lagi la untuk second hand. Untuk akad nikah pertama tu tak pasti pulak sebab aku biasa tengok yang janda-janda ja sebab yang ni kategori janda bergetah. Tapi mungkin la, mungkin la, mungkin la, satu hari nanti aku akan beli jugak supaya boleh la aku tayang-tayang kat orang bila pergi pasar tani, boleh la aku berlagak kat orang bila datang beraya, boleh la aku kasi orang jeles bila aku saja-saja nak tangkap gambar batu tepi jalan, dan boleh la aku buat gadis-gadis model kat next motogp perasan macam photographer handalan tengah nak snap gambar diorang. Ha-ha~Kalau camera sayur-mayur aku tu setakat boleh ambik gambar samar-samar, harapkan kaler je la baru boleh kenal Rossi ke, Lorenzo ke, Davioso ke, Stoner ke, tapi dengan DSLR bukan setakat rossi, bulu mate rossi lentik berapa darjah pun boleh kira. Tapi itu kalau kena dengan lens kit lah. Kalau setakat nak harapkan prime lens, kirim salam pak mat kolam la. Aku pun tak perasan bila gejala DSLR ni mula menular di kalangan remaja sekarang, termasuk orang tua (tapi orang tua banyak duit boleh la!). Serious shit, aku rasa macam nak kena beli jugak la satu. Tak dapat yang cap harimau, yang cap beruang pun boleh la. Tak dapat cap beruang, cap labi-labi pun ok. Tapi kalau cap labi-labi pun tak dapat, yang ni pun boleh di bawak ketengah nih:-
.: ini Nikon D3000 :.
- 10.2 megapixel DX-format CCD APS-C image sensor -
- 11-point Autofocus system with 3D tracking -
(selain drp 'ini Nikon D3000', yg lain sepatah haram aku tak paham)
- 10.2 megapixel DX-format CCD APS-C image sensor -
- 11-point Autofocus system with 3D tracking -
(selain drp 'ini Nikon D3000', yg lain sepatah haram aku tak paham)
Aku bajet nak beli sebelum motogp 2011, tapi Epul cakap tahun depan nak pegi naik SBK pulak (aduh!), Topet cakap 2 tahun lagi dia nak pegi naik Fairlady (ADOI!). Aku nak beli official car SIC la. Rasa macam ok la tu FN2R Type-R, boleh dibawak berunding jugak tu. Saing-saing DC5 aje perginye tu. Aku belanje sikit interior FN2R kat bawah ni. (kalau snap pakai DSLR lagi cantik nih..). huhu~
~yg penting nak pergi umrah dulu!!
4 comments:
sabar eh... impian pasti jadik kenyataan!!! ;-)
hahaha..menanti dengan penuh kesabaran nih..
merasakan 2,3 menjak ni lebih ramai yg ek & berlagak bila guna DSLR ... kamera tak tahu satu apa pun ... xde pernah ada compacts sendiri tup2 nak guna kamera bagak tu...duit bazir gtu je bila beli DSLR tapi tak tahu guna...point-n-shoot je mcm kamera kompak digital biasa....
at least guna dulu yg kecik2...
hihihi..itu namenye trend-victim.. beli/pakai brg yang orang lain pakai/beli n nampak trendy walaupun xda ilmu dalam tu..huhuh...
byk je forum yg ajar pasal dslr nih..
Post a Comment