Wednesday, October 20, 2010

Jenis-Jenis diet.

Kita selalu dengar pasal diet terutama suara dari kaum wanita. Aku pulak selalu cakap nak diet walaupun itu cuma alasan saja. Tapi disebabkan oleh suatu kejadian yang mengejutkan, aku mengaku yang kali ni aku terpaksa serious berdiet. Abah pun diet jugak, tiap-tiap pagi breakfast dia ialah teh o lipton, quaker oat dengan pruns, and sebagai tambahan dia kadangkala minum air yang direndam daun tongkat ali. Aku pernah testing air tu, memang pahit dia terhangat di pasaran lah. Ok, daripada pencarian aku kat lebai google, terjumpa aku di wikipedia tentang jenis-jenis diet. Rupa-rupanya ada beratus jugak jenis diet dalam dunia ni, aku ingatkan setakat makan healthy food, vegetarian, itu je lah, tapi rupanya tidak. Mungkin inilah sebabnya diwujudkan subjek diet kat universiti. Huhu. Dalam entri kali ni aku nak share beberapa jenis diet ajelah buat tatapan bersama, nak hurai semua memang confirm lebam la kan.


Alkaline Diet

Alkaline Diet atau Diet Alkali (rasanya kot) adalah diet berasakan teori bahawa ada sebahagian makanan yang mana apabila diambil, akan meninggalkan mendapan alkali. Mineral yang mengandungi elemen seperti kalsium, zat besi, magnesium, zinc, copper, dikatakan sebagai komponen utama bagi mendapan itu yang disebut, Ash. Sesuatu makanan itu dikelaskan sebagai alkali, asid atau neutral, bergantung kepada nilai pH bahan tersebut apabila dimendap dalam air. Secara amnya, diet ini melibatkan pemakanan sitrus segar dan lain-lain buah-buahan rendah lemak, sayuran, kekacang, serta mengelakkan pengambilan bijiran, bahan tenusu, daging, gula, alkohol, kafien. Diet ini baik untuk mengekalkan kealkalian darah tanpa memberi tekanan kepada tubuh. Ada mengatakan diet alkali ini dapat mengelakkan kanser, keletihan, obesiti dan alahan. Namun tidak ramai yang menyokong pernyataan tersebut. Dan teori diet alkali ini sebenarnya tidak berapa diterima dalam komuniti kesihatan.


Buddhist Diet
The Buddhist Diet atau diet buddha ialah cara pemakanan yang diamalkan oleh kebanyakan penganut ajaran Buddha. Kebanyakan cara pemakanan ini adalah vegetarian kerana konsep ahimsa iaitu tiada keganasan. Buddha mempunyai kepercayaan bahawa walaupun memakan sayuran sahaja, juga secara tidak langsung mengakibatkan pemusnahan/pembunuhan hidupan kerana haiwan turut terkorban dalam penggunaan racun serangga. Kebanyakan ahli masakan buddha telah mempelbagaikan cara masakan yang menyerupai pemakanan daging seperti gluten gandum (seitan), soya, taufu, dan lain-lain produk tumbuhan. Soya dan gluten gandum merupakan material yang sangat pelbagai berana ianya boleh diubah dalam pelbagai bentuk dan tekstur, dan ia juga penyerap perasa yang baik tanpa menjejaskan rasa semulajadinya secara total. Dengan beberapa campuran rempah lain, ia boleh menyerupai pelbagai jenis produk daging disamping mengekalkan khasiatnya tersendiri.


Detox Diet
Detox diet merupakan satu cara pemakanan yang boleh menyingkirkan toxin di dalam badan. Secara amnya kebanyakan makanan adalah tercemar oleh pelbagai bahan yang tidak diperlukan dalam badan kita seperti perasa tambahan, pewarna makanan, dan lain-lain. Detox diet ini merupakan usaha untuk menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dalam tubuh, samada yang boleh memudaratkan atau tidak. Para saintis, dietitians dan doktor yang secara amnya menyifatkan detox diet ini sebagai tidak memudaratkan, seringkali mempersoalkan nilai dan keperluan diet ini lantaran kekurangan bukti dan fakta. Diet ini boleh melibatkan pengambilan makanan yang sangat minima, atau mengelakkan pengambilan makanan tertentu seperti lemak. Ini akan mengakibatkan pembakaran lemak tersimpan, membebaskan toxin berlemak ke dalam darah yang boleh disingkirkan melalui darah, kulit, urin, tinja dan pernafasan. Ada yang mengatakan perubahan bau badan membuktikan bahawa proses detoksifikasi ini berjalan lancar, namun ianya mendapat kritikan kerana menyalah tafsirkan proses ketosis.


Low-Carbohydrate Diet

Diet rendah karbohidrat merupakan satu program pemakanan yang menghindar pengambilan karbohidrat dengan tujuan pengawalan berat badan atau sebagai rawatan bagi obesiti. Makanan yang tinggi karbohidrat(roti, pasta,dll) dihadkan atau diganti dengan makanan yang mengandungi peratusan protein dan lemak yang tinggi (daging, produk tenusu, ikan, kerangan, telur, keju, kekacang dan produk soya), dan makanan yang rendah karbohidrat (buahan dan sayuran) dibenarkan. Diet sebegini kadangkala boleh mengakibatkan ketogenik dimana mereka menghalang pengambilan karbohidrat sepenuhnya hingga mengakibatkan ketosis (sangat merbahaya, penekanan kepada hati yang boleh mengakibatkan kemusnahan tisu otot. Selain untuk mengawal obesiti, diet rendah karbohidrat sering diaplikasika sebagai rawatan kepada beberapa keadaan lain terutamanya kencing manis dan sawan, juga sindrom keletihan kronik dan polycystic ovarian syndrome (salah satu penyumbang kemandulan bagi wanita).

Low-Calorie Diet
Diet rendah kalori biasanya akan menghasilkan pengurangan sekitar 500-1,000 kalori setiap hari yang membuatkan pengurangan berat badan sebanyak 0.5kg ke 1kg setiap minggu. Pelan pemakanan ini sangat menekankan pengambilan buahan, sayuran, bijirin, dan bahan tenusu rendah lemak; termasuk daging, ikan, kekacang, ayam; dan ia juga menghadkan pengambilan makanan bergula dan makanan berlemak. Berdasarkan kesannya kepada keputusan tekanan darah, ia merupakan diet seimbang bagi orang ramai. Kebanyakan pengamal diet rendah kalori ini dapat mengurangkan BMI sebanyak 8% dalam 3-12 bulan.

Very Low-Calorie Diet

Very Low Calorie Diets (VLCD) menghasilkan 200-800 kalori sehari dengan meneruskan pengambilan protein tetapi menghadkan makanan yang menghasilkan kalori dari lemak dan karbohidrat. Ini boleh mengakibatkan kelaparan dan membuatkan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg-2.5kg setiap minggu. "2-4-6-8", merupakan diet popular dari VLCD dimana dalam jangka putaran 4 hari penambahan 200 kalori setiap hari akan dibuat sehingga hari keempat, sebelum memulakan semula dengan 200 kalori pada hari kelima bagi ulangan putaran tersebut. Walau bagaimanapun, diet ini adalah tidak disarankan kepada orang awam kerana risiko kekejangan otot, penyakit gaut, ketidak seimbangan elektrolit dalam badan. Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet ini selalunya dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi.


Itulah sedikit sebanyak maklumat tentang diet yang aku boleh share dulu kat sini. Sebenarnya, aku pun tak tahu diet apa yang aku buat sekarang ni. Aku rasa ni diet untuk mengelakkan kena check up every 3-months if I fail the first test nanti. Tapi sejak akhir-akhir ni memang aku kurang makan, sakit kaki ni membuatkan selera makan aku merudum. Hari ni jadual makan aku camni:
  1. Breakfast : Half-boiled eggs (2), 5 slices of toast, coffee.
  2. Lunch: KFC Cheezy Wedges, fresh orange.
  3. Dinner: Half-boiled eggs (2), 2 slices of toast, 3 slices of cheese, coffee.
  4. Lots of mineral water.
Gile sikit, kan? Kalau macam ni la diet aku setiap hari rasanya mau kurus melampau aku tak lama lagi ni. Tapi nak lepas bloodtest punya pasal, redah sajalah asal boleh. Lagipun apa sangat lah makan benda-benda lain tu, colek-colek sikit sudah. Haha!

~dalam semua diet yang aku tulis kat atas tu, tak ada satu pun cakap diet makan pil itu pil ini. Penipu semua tu!

No comments: