
Aku pernah dengar pasal freemason ni, dan aku jugak pernah nampak sebuah kereta perdana hitam dengan sticker lambang ini 'live' kat parking lot Damansara Intan. Dulu aku selalu tertanya - tanya, apakejadahnya freemason ni? Aku ingatkan macam persatuan - persatuan yang ada kat Rembau tu, tapi bila aku google dan tengok kat wikipedia baru la aku tahu rupa-rupanya ia bukan sekadar persatuan. Freemason, sepertimana yang diceritakan dalam wikipedia, merupakan sebuah persatuan persaudaraan yang bermula dengan asal usul yang agak kabur antara pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17. Ada yang mengaitkan kewujudannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno dan juga fahaman daripada Kesatria Templar yang dikhabarkan telah menemui harta karun dari zaman Nabi Sulaiman di sebuah tempat yang dipanggil Haikal Sulaiman. Nak diceritakan, Haikal Sulaiman ataupun Solomon's Temple ini suatu masa dahulu merupakan pusat tumpuan keagamaan untuk penyembahan dan pengorbanan dalam agama Yahudi purba. Telah diriwayatkan bahawa Kesatria Templar ini telah menemui harta-harta termasuk manuskrip-manuskrip purba yang diantaranya merupakan'Al-Ma'thurat' ratib-ratib ahli sihir pada zaman dahulukala. Dan mereka itu telah mengamalkan apa yang terkandung dalam manuskrip tersebut dengan penuh yakin yang mana secara tidak langsung mereka ini juga menjadi penyembah syaitan, sehingga membolehkan mereka berhubung secara online dengan Dajjal. Hal ini tidak dapat disahkan secara rasmi tetapi ada pendapat yang mengatakan sedemikian. Malahan mereka ini juga pernah diburu oleh kerajaan kristian eropah kerana murtad (kristian. ha-ha), mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan dalam ritual-ritual Freemason.


Mengenai penggunaan Freemason sebagai nama gerakan ini, penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain (macam pernah dengar dikalangan rakyat Malaysia dan Melayu ini mengenai sebuah perikatan persaudaraan yang begini. Mungkin hanya kebetulan barangkali).
Kewujudan perkumpulan Freemason di Malaysia ini sebenarnya tidak perlu disangkal lagi lantaran hebatnya dunia tanpa sempadan ini, maka tercapailah maklumat yang jarang-jarang kita ketahui:
DISTRICT GRAND LODGE OF THE ARCHIPELAGOItu merupakan sebahagian daripada kaitan hubungan yang boleh aku paparkan di sini. Tapi hakikatnya gerakan ini sudah lama bertapak di Malaysia ini. Bukan setakat itu sahaja, kemerdekaan Malaya serta penciptaan bendera Malaysia juga sudah diketahui ramai ada perkaitannya dengan gerakan Freemason ini. Kertas kerja dari Harvard University bertarikh 1937, telah
District Secretariat Mailing Address
3 Jalan Maran Dewan Freemason
Off Jalan Kuantan 15 Jalan 18/16
Titiwangsa Taman Kanagapuram
53200 Kuala Lumpur, Malaysia 46000
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel.: +603-4025 2634
District Grand Master
Bro. Dr. Daljit Singh Nagreh
Nagreh Skin Clinic
272 Jalan Macalister
10400 Penang, Malaysia
Tel.: +604-228 5622 (O)
Tel.: +604-657 4167 (R)
Tel.: +6012-477 5055 (M)
Fax: +604-228 7928 (O)
Fax: +603-4025 2635

Bahayanya Freemason ini bukan sahaja dari segi kawalan terhadap ekonomi ataupun politik sesuatu negara, tetapi yang lebih penting ialah bahaya terhadap fahaman dan pegangan mereka. Berikut merupakan matlamat utama Freemason :
1) Matlamat utama:–Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya.Dan ini pula prinsip-prinsip Freemason:
2) Matlamat sampingan:–
a) Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan.
b) Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.
1) Kerahsiaan.Jadi adalah jelas dan nyata bahawa kewujudan gerakan ini bukan sahaja bakal memusnahkan negara malah memesongkan akidah umat.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.
......bersambung....(kalau kerajinan melanda)
sumber info:
1. www.anwaribrahimclub.com
2. wikipedia
3. helmdahl.blogspot.com
No comments:
Post a Comment