Hazayani Zakaria - harakahdaily.net |

"Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga. .: sumber harakahdaily.net :.

Tidak lama selepas kisah arwah Nurin, timbul pula kisah adik Sharlinie yang juga hilang dan sampai kini tak ditemui. Kehilangan adik Sharlinie lebih mendapat liputan kerana momentum Arwah Nurin masih lagi dirasai. Daripada lembaran iklan, akhbar, majalah-majalah, papan kenyataan, malahan sehingga ke iklan rentang di plaza tol pun terpampang wajah Sharlinie. Namun, lama-kelamaan cerita ini mula senyap. Ditutup pula dengan kisah DSAI, ditempel lagi dengan pelbagai berita semasa lalu membuatkan kehilangan adik Sharlinie umpama suatu kes tertangguh buat pihak polis. Ada yang marahkan polis kerana kaedah dan metodolgi mereka yang ortodoks, tidak lupa juga yang menyalahkan mereka kerana lebih ramai polis yang mencari ceramah politik daripada mencari anak gadis ini. Tidak aku nafikan ada benarnya mulut-mulut yang berkata itu. Namun aku percaya kesungguhan pihak berkuasa sekarang untuk mencari anak ini adalah tidak sama dengan kesungguhan mereka ketika berita ini mua timbul dahulu. Tepuk dada tanya selera.
Dan sebelum masuk Syawal tempohari kita digegarkan pula dengan kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya bersama rakan-rakannya. Kesahihan kematian mereka sehingga kini tidak dapat disahkan secara total kerana masih lagi menunggu laporan DNA yang tak kunjung tiba. Mungkin mereka ada, mungkin sudah arwah, siapa pun tak tahu. Yang kita tahu ialah cerita dari india-india itu mengenai pembunuhan, pembakaran, seksaan dan lain-lain, tapi kebenarannya tidak siapa pun tahu. Dan daripada kes ini, timbul pula lagi beberapa kes melibatkan orang hilang yang dikaitkan dengan peguam ini. Aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai peguam ini tetapi fokus posting kali ini adalah mengenai kehilangan. Daripada statistik KDN dalam berita di atas, boleh dikatakan Malaysia ini sebenarnya tidak sunyi dari kehilangan orang. Bukan sahaja kita diberikan 'orang' percuma yang dibuang di tepi jalan, di pagar masjid dan sebagainya, tapi kehilangan orang ini sepatutnya menjadi sebuah isu bagi pihak berkuasa. Seberapa berkesankah mereka dalam menangani masalah ini? Ada dahulu sahabat saya menempelak seorang pegawai polis ketika sekatan jalan raya. 'Encik boleh ke kejar perompak? Perut pun besar, banyak minum kopi ke? Budak kecik hilang pun tak jumpa, ini nak saman orang tak pakai seatbelt pulak'. Kawan saya dapat dua saman selepas itu. Haha.
Bukan aku nak persoalkan tugas dan tanggungjawab mereka tetapi rasanya tidak molek mereka memberatkan suatu kes berbanding kes yang lain. Biar sama rata. Aku pun dah letih nak tulis pasal orang hilang nih. Ini lagi satu orang hilang tak jumpa-jumpa. Berita cakap ada jumpa, wartawan kata ada jumpa, polis kata itu semua penipu sebab tak jumpa. Mana dia pergi pun kita tak tahu. Mungkin dah balik kat parlimen langit.
No comments:
Post a Comment