Monday, October 18, 2010

I WAS DIAGNOSED WITH HYPERURICEMIA!


Sambungan cerita gaut. Pagi tadi aku pergi klinik Dr. Azmi, the most reliable clinic around this area. In fact, aku lebih senang pergi klinik ni daripada pergi Hospital Tampin! Azab nak pergi tu, masyallah, rasa macam hati aku menjerit, 'MINTAK NYAWA! MINTAK NYAWA!' Sampai kat klinik, Dr. Azmi pun buat check up. Die pegi goyang-goyangkan ibu jari kaki tu, aisehmen, sedapnye bukan main. Then dia amik darah sambil cakap kat assistant dia dengan suara agak kuat, 'URIC ACID! URIC ACID!'. Dia terangkan kalau bacaan darah aku lebih daripada 300µmol/L (aku rase ni la measurement unit tu. Kalau bukan, maknenye wikipedia tipu!). Sambil-sambil tunggu tu sembang-sembang, then the result is out! 495µmol/L..Oh, I'm so gout! haha~


The Meds



Aku dibekalkan dengan 5 jenis ubat. Ubat untuk kurangkan bengkak, Painkiller, Kurangkan Uric Acid, melambatkan pembentukan uric acid dan satu jenis lagi ubat kurangkan uric acid (only taken after 6 days on other meds). Huh, for the first time in my life aku dapat ubat sebanyak itu. Dulu aku terpijak paku, eksiden moto, eksiden kereta, takde pun ubat sebanyak ini. Dah kalah abah dah ubat aku ni. Lepas keluar dari klinik tu aku terus breakfast dengan mama dan dengan selamber belasah roti kosong+dal sambal, padehal dalam kertas yang doktor bagi tu ada tulis kacang dal tu salah satu makanan larangan. Oh, yeah, aku dah kena kontrol makanan. Aishhhh. I feel so damn old! Lepas breakfast, aku makan ubat 4 biji sekaligus, Alhamdulillah, lepas a few hours dah kurang sikit sakit tapi still sakit lagi la.


Foods


Ok, kali ni aku kena jaga sikit bab pemakanan sebab mengikut nasihat doktor tu, bila asid urik ni dah naik dia memang takkan turun, kita just boleh stabilkan and jangan bagi naik. Makanan yang berkhasiat yang dibenarkan ialah seperti roti, telur, susu, aiskrim (yeah!), cheese and ada lagi 2-3 yang aku dah lupa. Tapi au percaya yang aku ni tak boleh dipercayai. HAHA. Antara makanan larangan keras ialah seperti ikan bilis, hati, jantung, daging, kekacang, kerang-kerangan,dll. Makanan yang dalam kategori larangan ringan pulak macam yang aku bedal pagi tadi, kacang dal. So, janganlah tak percaya yang aku akan diet mulai sekarang. Maklumat yang aku dapat dari internet mengatakan perlunya pengurangan berat badan bagi mengawal kandungan asid urik bagi mengelakkan pembentukan kristal yang menjadi punca gaut dan batu karang.





So, kesimpulannya aku rasa sangatlah tua lepas balik dari klinik tadi. Tergelak-gelak mama tengok ubat aku camtu punya banyak. Haihhh. Tapi tahan ajelahbuat masa ni, I have another 30days before my next check up. Harap-harapnya nanti tak adalah berita tak menarik pulak masa check up tu. Hmmm...


I FEEL SO DAMN OLD!!!


~Rasa macam nak tukar layout la..bosan!

3 comments:

Encik Din said...

bro,asid urik boleh dikurangkan sebenarnya.cuba cari air klorofil.aku dah penah tengok sebelum ni. insyaAllah elok.

eito said...

air yg jual dlm botol mineral kecik kaler ijau tu ek?ok, noted!
skrg ni aku buat keje gile, bgn pagi kunyah bawang putih suleh..
lain2 tu normal, minum air byk2, minum air daun misai kucing..
nnt aku try carik air klorofil plak..

Encik Din said...

lagi elok ko cari yang jenama k-link.alternative solution untuk gout ni.yang penting, air kosong kena minum banyak.