Dulu masa sekolah adalah drama-drama Jepun mula ditayangkan. Bukan la nak kata baru masuk line dalam stesen tv Malaysia ni pasal masa sekolah rendah dulu ada jugak aku teman mama tengok cerita Akantare. Tapi bila masuk zaman yang baru sikit ni, dah mula ada selingan muzik j-pop yang menarik, gadis-gadis pun muka dah mula tepek foundation berbanding bedak sejuk, dan pelakon lelaki pun dah mula up-to-date. Masa aku form 2, ada seorang kawan perempuan aku ni suruh aku tengok cerita jepun ni kat ntv7. Masa tu ntv7 ni line dia masyallah, berbintik-bintik. Pulas antenna 360 darjah pun tak dapat elok jugak. Biase lah, duduk dalam kampung, ok la tu kalau dah nampak muka tu jadi lah. Tajuk cerita ni Beautiful Life, dalam bahasa jepun aku tak tahu pasal aku tak ngaji jepun. Tapi aku bukan nak cerita pasal drama ni, jantan die Takuya Kimura, gadis die taktahu nama, tapi awek tu berlakon sakit jadi lumpuh. OK, STOP! Aku nak cerita lagu dia. Konya Tsuki No Mieru Oka Ni dendangan kumpulan B'z. (Dendangan? Tak boleh blah perkataan skema! haha). Terjemahan tajuk tu ialah Tonight, On a hill where we can see the moon ( Malam ni ataih bukit had boleh nampok bulan nu). Aku malas nak describe lagu tu so aku letak video clip dengan lirik jepon dan english (letih nak translate melayu semua). Enjoy!
Konya Tsuki No Mieru Oka Ni
Tonight, On a hill where we can see the moon
Band: B'z
Lyrics: Inaba Koushi
Composer: Matsumoto Takahiro
|
damn! the new features don't allow me to free transform any pictures..sorry guys..
WTH?!! NEW FEATURES OF BLOG POSTING NI GILER TAK HANDY. AKU PUN TAK PAHAM APEHAL LA DIORANG NI BUAT CAMNI. ADOIIIIII~
|
|
B'z |
2 comments:
"Masa aku form 2, ada seorang kawan perempuan aku ni suruh aku tengok cerita jepun ni kat ntv7"
Macam kenal.
kakakaka..bukan macam, memang..
Post a Comment