Wednesday, October 13, 2010

Bersedia untuk Chernobyl Malaysia

Loji Nuklear: Lapan lokasi dikenal pasti.

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.



"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.



"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini. -
mkini







chernobyl victim - Photo by Robert Knoth


Pada 26 April 1986, Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl di Ukraine telah mengalami kebocoran yang disifatkan sebagai kemalangan nuklear yang terburuk dalam sejarah. Pencemaran akibat kebocoran itu dianggarkan lebih 100 kali ganda daripada kesan pengeboman nuklear oleh Amerika ke atas bumi Hiroshima dan Nagasaki di Jepun ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Mengikut kajian, dari tahun 1992 hingga 2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus yang berpunca daripada kejadian industri ini. Gambar di atas merupakan salah satu kesan yang dapat dirakamkan oleh jurugambar kerana senario birokrasi pihak berkuasa telah menghadkan liputan mengenai kesan kejadian tersebut dan ada yang menyalahkan susu yang tercemar bagi penyakit yang melibatkan kanak-kanak.


So, semenjak dua menjak ni kita terdengar mengenai cadangan pembinaan loji nuklear sebagai alternatif janakuasa bagi negara. Tidak dinafikan memang penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif kuasa adalah bagus. Hal ini disahkan oleh kawan aku yang mengaji kat Jepun bertahun-tahun pasal benda lebih kurang ni, dan sekarang kerja kilang kat Shah Alam (padan muka hang, baha! Nasib baik keta hang hensem..lol ). Aku pun tidak tolak bahawa penggunaan nuklear sebagai tenaga alternatif adalah bagus sebab memang kajian dah menunjukkan macam tu. Cuma yang menjadi permasalahan di negara ini ialah kebiasaannya projek besar seumpama ini hanyalah menjadi projek gajah putih. Projek berjuta-juta hanya untuk mengenyangkan mereka yang dapat tender, dan menggemukkan mereka yang memberi tender. Tak kiralah tender tu untuk sapu lantai loji tu ke, atau supply cermin tingkap untuk loji tu ke, atau bancuh simen untuk pembinaan loji tu. Jangan nak menafikan situasi ini sebab kita sendiri boleh jegilkan mata dan tengok sendiri apa yang sudah jadi dengan projek empangan bakun yang dikatakan empangan batu dilitupi konkrit yang tertinggi di dunia. Dan sekarang dah menjadi empangan batu yang dilitupi konkrit yang tertinggi dan tak berguna di dunia. Aku takkan terkejut kalau satu hari nanti loji nuklear tu akan menerima nasib sepertimana empangan bakun.


Projek gajah putih itu mungkin satu hal, lagi satu hal ialah aku agak khuatir dengan langkah keselamatan kawasan itu sendiri. Kita sudah letih dihimpit dengan berita bangunan runtuh, siling jatuh, bangunan retak, malahan sampaikan bangunan kerajaan yang menerima impak. Ini memang memalukan negara. Jika aku menerajui sebuah negara, aku akan jadi malu besar jika siling pejabat aku runtuh. Itu baru yang terjadi pada beberapa buah bangunan, dan aku khuatir adalah tidak mustahil loji nuklear yang bakal dibina itu akan ada 'defect'. Sedangkan stadium yang besar itu pun boleh runtuh, siling parlimen pun bocor, jadi tak payah terkejut kalau tragedi Chernobyl terjadi di sini pula. Bukan menjadi negatif tetapi aku cuba menjadi realistik. Think about it.




p/s: aku tak pasti bumbung stadium ni dah kemas ke belum. Dengar hari tu berebut pulak tender nak bersihkan bumbung nih. Macam2 hal.

1 comment:

Anonymous said...

loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.'pembinaan loji nuklear tidak memerlukan kawasan yang besar'

bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan.

tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin,

tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass

loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogass.

loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan.

loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.

Empangan Kenyir contohnya membekalkan hanya 400MW dan keluasan empangan ini meliputi 370 km persegi. Empangan Bakun contohnya membekalkan 2400MW dan keluasan empangan ini meliputi 695 km persegi.

Anda sebagai rakyat boleh memutuskan sama ada, perlu atau tidak janakuasa nuklear di Malaysia.