Thursday, October 14, 2010

Topik paling bosan: CHENTA! (wak-lu!)


Entri kali ini aku nak berehat dari hal politik. Ada beberapa viewers yang menyorokkan namanya dan menghantar mesej kepada aku suruh aku hentikan kegilaan penulisan politik aku, malahan ada yang bertanya tak takutkah aku andai blog ini disensasikan dan dibawa ke pengadilan. Terus terang aku katakan yang aku langsung tak takut kalau kena tangkap, kena lokap, kena bicara, kena penjara disebabkan oleh penulisan aku ini. Perkara itu sebenarnya akan merendahkan martabat pihak berkuasa, mereka pun tahu hal ini jadi aku tak risau langsung. Oleh itu, tak perlulah kamu kamu di luar sana tu nak cakap macam-macam sebab aku tahu kamu-kamu cakap macam tu kerana kamu-kamu itu penyokong kuat gerombolan keris. Kamu-kamu itu tak tahan bila ketua yang kamu dambakan itu nampak kebodohannya dengan fakta yang aku keluarkan di sini. Sudahlah, tak perlu nasihat aku, kamu-kamu tu yang perlukan nasihat.

Bila bercakap tentang cinta, remaja-remaja sekarang ni advance betul. Yelah, dibekalkan dengan ilmu dari drama 'Lagenda Budak Setan', disulam pulak dengan kisah cinta-cinta TV1, TV2, TV3, Astro Ria, HBO, Cinemax, StarMovie, dll, dibanjiri lagi dengan video 3gp rempit, budak sekolah, budak kolej, PLKN, itu dan ini. Memang sangat advance dan hasilnya pun boleh tahan, selang seminggu jumpa baby bawah tangga, jumpa janin dalam parit, jumpa mayat kat pintu masjid, dan macam-macam lagi. Ini semua berpnca daripada perasaan cinta. Cinta itu tak salah, bercinta pun tak salah, tapi dipengaruhi cinta dan digenggami nafsu itu yang buatkan banyak benda jadi salah. Sebenarnya mentaliti dan gaya yang dipupuk dalam kehidupan kita dari kecil sampai dewasa ni yang memainkan peranan dalam mengawal semua tu. Tidak perlu aku tunding jari menyalahkan pihak itu, mengata pihak ini, cukuplah kalau aku katakan pembawakan dan peredaran persekitaran ini sebenarnya membuatkan ramai yang tersasar dari jalan sebenarnya. Aku pun pernah tersasar dan sehingga kini I'm trying to keep myself on the right path, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Dalam hadis di atas ni ada disebutkan mengenai mencintai seseorang kerana Allah. Sehingga ke hari ini aku masih lagi mencari-cari rasa kemanisan iman (Halawatul Iman) seperti yang dimaksudkan dalam hadis ni. Adakah menyintai seseorang kerana Allah itu bermakna kita rajin bersolat, berdoa memohon restu Allah antara hubungan kita dan si dia, atau kita bercinta dengan mengikut segala garis panduan yang ditetapkan. Bunyi macam sama tapi lain. Aku pun ada jugak suka dekat someone yang aku diamkan walaupun dia dah tahu (sound like a LOSER!). Apa yang aku buat hanyalah cuba tak tinggal solat dan segala ibadah yang mampu aku buat, dan berdoa memohon restu hubungan dan keselamatan dia. Mungkin dimakbulkan, mungkin tidak, itu semua bukan urusan aku. Bagi aku sebenarnya ada hikmah jugak aku suka kat dia ni sebab dia ni rajin solat, so aku ni taknak kalah dan aku pun buat seboleh mungkin. Jadi sedikit sebanyak perasaan cinta aku kat dia tu sebenarnya telah mendekatkan aku dengan Ilahi. Subhanallah, masa tengah tulis ni baru aku tersedar. Alhamdulillah. Dalam diam aku ucapkan terima kasih kat dia dengan pesanan, 'Kalau kita tak ada jodoh, saya tetap terhutang budi dengan awak sebab dalam diam saya berubah kerana cinta saya kat awak' (waaaargghhhh! GELI MAAAATTTTTT! )

Pada fikiran aku sebenarnya tulis pasal topik ni agak buang masa sebab kalau nak diceritakan soal cinta, selagi ada bulan dan matahari, selagi pertukaran siang dan malam tu tak terhenti, selagi tu permasalahan cinta akan timbul. It's an endless story. Tapi aku tetap jugak tulis sebab saja nak lari sikit dari topik politik tu. Apa-apa pun, walau setinggi mana cinta kita kepada girlfriend, kita harus ingat bahawa keluarga tu masih paksi kita, dan Allah dan Rasulullah itu merupakan cinta teragung kita.




Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” - Sahih Al-Bukhari

“Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain.” - Hadis riwayat Muslim 

Dua hadis diatas ini menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri memupuk semangat kasih sayang dikalangan umatnya. Tapi kasih sayang itu haruslah ada batasannya. Lelaki tidak boleh terlalu lurus dengan cinta, perempuan jangan terlalu hanyut dalam cinta. Contoh lelaki yang lurus dalam cinta ialah watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan. Aku bab mengutuk ni memang hebat. Bagi aku si Kasyah ni bodoh sebab terlalu sayangkan Ayu. Dan contoh perempuan yang terlalu hanyut dalam cinta ni rasanya tak perlu nak tunjuk kot sebab Ali Rustam dah buktikan dengan pembukaan Sekolah Harapan untuk pelajar mengandung (lelaki mana ada mengandung jadi maknanya sekolah ini untuk perempuan). Oleh itu, borderline itu kita yang perlu letakkan sendiri, bukan orang lain. Kita harus berani dan yakin dengan ayat 'No means No'. Bukan 'No means can Nego'.


Cukuplah rasanya apa yang aku dah ceritakan dalam topik kali ni. Kalau nak bercerita lagi memang sampai kiamat pun takkan habis. Jadi, beringatlah sebelum terjadi. Ingatlah bahawa keluarga sentiasa menyayangi kita dan di atas sana sentiasa ada yang memerhati.


.:wassalam:.

2 comments:

racYnc said...

husnuk...!!!

cinta hy pada allah...pd manusia ni buang karan jer..syg sket2 suda..

nway,nice blog!

eito said...

kakakak..jgn nak karan sgt...haha~
thanks bro..