Pengetua rasis: Lim kemuka usul di Dewan Rakyat
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menghantar satu usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.
Lim berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan gagal bertindak.
“Ini satu tamparan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia,” kata Lim. - Mkini
------------------------------------------------------------------
Sebenarnya tindakan sepatutnya diambil keatas mereka-mereka ini. Tidak kiralah samada mereka ini guru besar, guru kecil, pengetua, pengemuda, malah andai pekebun sekolah sekalipun. Hal sebegini mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi jika dilihat dari sudut kebersatuan, semangat keharmonian yang seharusnya diterapkan semenjak dari bangku sekolah lagi, perkara ini tidak sepatutnya terjadi. Tambahan pula kata-kata itu keluar dari mulut pemimpin tertinggi di sekolah. Jika Namewee yang menyanyi untuk menyatakan betapa dia benci denga racism pun pihak Pekasam itu dah berbaris, berkawad menuju ke balai, takkan dengan mereka ini tak boleh buat begitu? Adakah kerana tanah ini dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, membuatkan bangsa melayu ini begitu berkuasa sehingga boleh ditidakkan kesalahan mereka? Lupakan bangsa melayu bahawasanya bendera jalur merah putih itu tempelan dari bendera mana? Tidak ingatkah mereka bahawasanya lagu yang didendangkan setiap pagi di perhimpunan sekolah, setiap kali 31 Ogos, setiap majlis-majlis rasmi negara, dan lain-lain, adalah acuan daripada lagu Terang Bulan? Ingatkah, lupakah, atau memang tidak tahu? Ingat, dimana saja kita berada, biar apapun warna kulit, warna mata, warna rambut mahupun gigi, sifat hormat menghormati itu harus dan mesti sentiasa ditetapkan. Tiada gunanya bermegah dengan bangsa, andai diri tak kenal erti hormat.
sebagai renungan bersama:
Tafsir Qur’an Surat Ali Imran ayat 103
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}
Artinya :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”
(Q.S. Ali Imron ayat 103)
No comments:
Post a Comment