'Apesal blog lu dah tak cool, bro? Tak mcm dulu?'
cool |
Pertanyaan tu menyesakkan pemikiran aku beberapa ketika ini. Percubaan untuk meng'cool'kan semula blog aku ni masih lagi dalam proses pembinaan. Buat masa ini blog aku sedang bercelaru, kelam-kabut, kalut-malut, dan cacamarba. Cerita politik, kesihatan, cinta-cinta, keagamaan, peribadi, informasi, terkini, jenaka, semua bersepah-sepah. Nanti aku akan cuba asing-asingkan, arrange la sikit-sikit bagi korang boleh faham. Sumpah pening gila aku! Sekarang ni dah serupa rojak petis aku tengok.
rojak terbaek! |
Aku tak pasti berapa ramai viewer sebenarnya. Followers tu tak bermakna regular viewers pun. But thanks for following this blog. Cuma ramai yang baca, tak follow pun, and suddenly email aku dan request untuk next post topic. Aiyoh. Come on la, dear. I can write on anything (mostly in gibberish!), but please show some appreciation la. Aku boleh melalut dalam pelbagai topik, just name it, and I'll make it happen. Tapi if u guys keep on request tapi aku tengok takde pun dalam followers, how do I know that u really follow me on that particular topic? Let say kalau kau bagi some annoying ideas, and aku pun tulis dengan berat hati sambil melayankan tetamu, suddenly takda orang baca sebab terlalu annoying and boring, and kau pun tak view! Rugi la posting aku skali. Letih tau nak melalut.
ini bukan aku! |
Terima kasih buat pembaca-pembaca yang aku pun tak tahu sebenarnya ada orang baca blog aku ni. Aku buat ni pun untuk suka-suka sebab aku ni tak boleh duduk sorang-sorang, nanti aku jadi merapu. Itu pasal aku kena sediakan satu medium untuk aku lepaskan merapu aku dan blog ni adalah saluran terbaik. Insyallah, dalam masa beberapa hari ni sedikit demi sedikit transformasi akan dilakukan keatas blog ini. Posting akan tetap ada, mungkin banyak bermotifkan politik sebab PRK Galas dan Batu Sapi lagi beberapa jam saja. Anyway, terima kasih banyak-banyak.
2 comments:
Woit, aku memang follow blog lu meskipun aku tak ada dalam list follower yang tersenarai kat tepi tuh. Untuk tracking visitors, gua cadangkan lu pakai google analytics -sila tanya lebai google-. Once lu tepek dia punya script, lu akan bleh track lu punya visitors, berapa banyak traffic sehari and so on and so forth. Tak pun lu guna sitemeter. Senang jer nak setup kan benda alah tuh. Keep on writing, bro. Gua memang suka lu punya post sebab gua tak sempat nak tulis sendiri. Kah kah kah!
kah kah kah...che' tat..kemalasan gua membuatkan sitemeter dan analytic tu ibarat gula semangkuk di sebelah cawan penghidap diabetes...hahaha!
thanks!
Post a Comment