I don't know how to begin this thread, aku rasa tertekan sangat dah dengan segala benda yang jadi kat depan mata aku sekarang. And of course la most of it came from the workload. Damn! Aku dah mula rasa LETIH, PENAT, BOSAN dan TERTEKAN DENGAN KERJA NI. Bukan masalah aku benci dengan kerja ni, bukan aku nak cakap yang aku nak berhenti dari kerja ni tapi aku dah mula terasa penat dengan semua ni. Aku tak kisah untuk pergi sana-sini, transac sana-sini, lari ke hulu ke hilir, tapi aku hanya ada 2 kaki, motor aku tu pun 110cc je, HOW U EXPECT ME TO BE HERE AND THERE AT THIS KIND OF TIME. Aku tau aku salah sebab aku tak inform client awal-awal untuk set time kat bank, aku tau aku salah sebab aku tak mintak tolong customer service department untuk call client and set appointment untuk aku, tapi aku salah jugak ke bila handphone aku kena bar sebab aku pakai banyak sangat, aku salah jugak ke bila aku sampai kat tempat tu lambat disebabkan moto aku memang slow and the other bank buat transaction slow, aku salah jugak ke bila aku nak mengadu kat someone yang aku percaya untuk aku bagitau yang aku ni tengah dalam keadaan stress-FOOL! Aku tak kisah untuk pergi sana-sini, rushing untuk bawak menatang tu untuk simpan dalam bank lain dan aku pun bila dah fed up hari tu memang tak pernah terfikirkan tentang keselamatan aku sendiri meredah hujan yang lebat gila semata-mata nak puaskan hati seseorang supaya transaction tu berjalan lancar. Alhamdulillah tak ada apa yang terjadi di pertengahan jalan, andaikata something bad happen or aku memang terus 'shut down' tengah jalan tu, berani tak korang yang suruh aku buat kerja ni untuk cakap personally dengan mak ayah aku yang aku buat tu sebab nak puaskan hati korang? Berani tak korang nak cakap kat mak ayah aku yang beberapa minit sebelum benda tu terjadi korang marah aku, paksa aku untuk redah jugak hujan dengan ayat 'aku tak kira apa nak jadi, ko kena sampai sana sebelum bank tutup jugak'. Berani ke korang? And in case if something happen, apa yang korang ada untuk jawab kat mak ayah aku? Fine, nothing happen, tapi sekarang ni aku nak korang tau, yang meredah hujan tu, yang kene gastrik sebab tak makan semata-mata nak jimatkan masa untuk selesaikan kerja tu, yang tertekan mengadap semua benda ni, bukan korang semua tapi AKU!!!! Apa yang aku dapat? Heh. Tak payah lah berjanji apa-apa dengan aku sebab memang aku ni takkan termakan dengan janji.
Aku mengaku memang aku ni sebenarnya boleh dikategorikan dalam kategori 'WORKAHOLIC'. Mana taknya, mak aku dah banyak kali bising dengan aku, orang yang sorang tu pun dah berbuih mulut bising kat aku, abah aku memang aku taktau la dia ada terasa apa-apa ke tak, tapi memang dah perangai aku yang aku kebiasaannya takkan makan selagi kerja aku tak selesai, dan aku sanggup bersengkang mata, menahan perut semata-mata untuk puaskan hati semua orang. Aku tak kisah kalau orang nak mengharapkan aku untuk sesuatu benda tapi itu bukan masalah aku bila benda yang diharapkan tu adalah luar dari bidang kerja aku. Ape kejadahnye orang kerja operation nak pergi buat contract agreement agency, ape ke gilenye orang kerja operation pergi design banner la, thank you card la, billboard la. Itu memang luar dari bidang kerja aku so tak ada sebab untuk aku utamakan semua tu. Lagi satu, jobscope memang aku dah gariskan tapi bila jobscope orang lain kenapa aku nak kena buat sekali? Ini bukan masalah aku sombong sangat sampai tak tolong orang buat kerja tapi masalahnya sekarang kerja aku sendiri pun tersangkut dek orang lain, ape cerita?
Memang aku akui sangat, amat, sungguh susah nak puaskan hati setiap orang yang ada kat depan aku. Benda ni aku dah pernah cerita dekat seseorang, seseorang yang aku sangat percaya dan dia seorang sahaja yang boleh sejukkan hati aku the moment aku rasa macam nak meletup. Bukan senang nak jaga hati setiap orang. Macam hari yang aku kena gastrik attack tu, aku cuba selesaikan kerja aku biarpun aku tau waktu kerja aku dah habis dan aku memang tak dibayar untuk kerja lebih masa. Boleh pulak lepas pada tu aku ada show, aku redah jugak dengan kasut aku yang basah-basah tu, punya la tak selesa, sanggup menepek dengan budak-budak band aku nak tunggu show walaupun aku tau yang last meal aku adalah pagi tu at around 10 am, makan mi goreng mamak dengan tabasco habanero sauce. Lepas saja aku turun stage, baru lepak dalam 2 minit terus aku kena gastrik, dan yang paling best itu adalah THE FIRST TIME IN MY ENTIRE LIFE YANG AKU KENA GASTRIK ATTACK! Good job, guys. U make me proud and already create a new history in my stupid life, Thanks a lot!
Entah la, aku sebenarnya dah start penat dah dengan kerja ni, kalau bukan sebab dia tu kawan aku mungkin aku dah sembur dia dah kot. Tapi sebab nak jaga hati kawan, sebab aku nak try to be professional on this job, sebab aku taknak ada any hard feeling between us, aku sanggup diamkan dengan harapan one day he noticed that I'm there. Last week baru je aku bercakap dengan someone yang kalau ikutkan hati aku nak je hilang sekejap dari semua benda ni, nak je aku cabut dari dunia ni kejap, seminggu pun cukup lah untuk aku hilangkan stress aku. Lepas tu bila balik aku nak tengok berapa ramai yang sebenar-benarnya perlukan aku dalam kehidupan, kerjaya, diorang. Ataupun sebenar-benarnya memang tak ada langsung yang perlukan aku, kalau camtu memang malu besar gua beb. Huhuhuhu. Ntah la, tapi memang kalau aku hilang tu hanya sorang je yang aku terfikir untuk aku bawak, dan dia pun tau memang aku maksudkan tu memang dia, kalau dia baca posting ni la. Hmmmm.....entah la....
penat la aku camni..harap2 esok tak mcm ni lagi..