Wednesday, September 30, 2009

The Pursuit of Uncertainty

Its quite some time jugak la since I don't blog. Memang terlalu banyak benda yang terjadi, banyak benda yang aku buat sampaikan aku rase aku tak banyak masa untuk buat benda lain yang lebih penting. Semak jugak kepale aku memikirkan benda-benda yang terjadi dan disebabkan aku tak jumpa tempat untuk aku update blog aku setiap masa maka tahap tekanan aku bertambah tinggi. Ni pun sampai dah nak demam-demam pulak dah aku. Aku taktau la ini disebabkan the sudden change of weather ataupun memang aku nak demam. Ahhh, biorkan je la. Aku dah penat sebenarnya nak menghadap macam-macam benda yang menyesakkan pemikiran aku. Tapi itu la masalahnya, nak tak nak memang aku kena hadap jugak, kena tempuh jugak, kena langgar jugak.

Semenjak lepas raya ni sebenarnya aku dah terasa macam raya ni nak jadi lebih kurang macam raya tahun lepas. Tahun lepas aku raya dengan aku tak bekerja, duit satu sen pun takde, konon mengharap kat someone yang tiba-tiba menghilang, tersangat terdesak untuk mencari-cari kerja. Well, sekarang pun aku rase lebih kurang camtu je sebenarnya. Kerja aku bukan nak kata tak bagus tapi mak aku bising suruh try to look for a better job, duit pun ade la sikit, someone yang dulu menghilang tu ade la datang kejap tapi la ni senyap balik (rasenye macam aku ni berharapan dikala ramadan je kot..hehe..), dan secara tak langsung aku pun cuba ikutkan cakap mama untuk try to look for a better job jugak.

Bercakap tentang masa depan, aku rase macam sekarang ni aku nak sambung belajar je. Aku plan nak belajar pilot jugak. Last monday aku dah propose kat mama tapi die suruh refer kat abah dulu. Iskk..ni yang lemah ni. Actually, dalam family aku ni kitorang memang jarang bersembang-sembang dengan abah. Bukan la tak sembang langsung tapi jarang sebab biasenya die banyak kerja. Dan aku pun sebenarnya segan nak cakap kat abah sebab aku tau study tu memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi, but its comes with a promising job la. Maybe dalam minggu depan kot aku akan cerita kat abah pasal plan aku tu.

Dulu dalam blog aku pernah cerita tentang someone yang aku beri peluang kepada diri aku untuk aku tunggu dia. Somehow sebelum puasa hari tu dia pun meluahkan perasaan kat aku dan aku pun sebenarnya kebetulan sedang solo secara tiba-tiba. Hahaha. Aku taktau nak kate ape tapi sebenarnya dalam diam pun aku menunggu dia tapi aku tak taruh harapan setinggi gunung la, biase-biase je. So, bila dia dah bersuara dengan aku, aku pun cuba lah terima keadaan. Tapi aku pun taktau mane silap, mana salah, tiba-tiba secara senyap-senyap aku rasa macam dia menghilang. Bukan nak kate apa tapi sedikit sebanyak aku rase macam bola pun ada. Entah la, sekarang ni aku berserah kepada keadaan dan aku masih lagi letak sedikit harapan untuk benda tu. So, sabar je la. Kalau ada rezeki tu ada la.

Bila aku fikirkan balik hidup aku setakat ni terasa macam aku ni berlari setempat je, running on threadmill, swimming in circle. Aku pun tak pasti apa yang aku kejar sebab dah dekat 2 tahun aku rasa macam hidup aku ni perubahannya terlalu sedikit. Aku rasa macam aku ni tengah mengejar sesuatu yang aku pun tak pasti, I'M IN PURSUIT OF UNCERTAIN THING. hmm...