Wednesday, May 5, 2010

We never know..


Nama aku Muhammad Husni bin Abdul Halim, saat ini masih lagi berumur 25 tahun dan berstatus bujang. Dah lebih 25 tahun aku lahir di dunia ni, but honestly I feel like I still don't achieve anything that can make my parent proud. Aku bukan tak sedar semua tu, cuma ada masa yang aku terlupakan semua tu. Semenjak aku lahir, belum pernah lagi aku terfikir yang sampai aku umur 25 tahun aku masih lagi tak dapat capai apa-apa. We never know what will happen next. Setiap gerak laku, setiap lontaran kata, setiap lenggok bahasa, belum tentu dapat menggambarkan apa yang akan terjadi esok hari. Jangan nak pandai-pandai kata korang boleh tahu apa akan jadi esok. If that was a fact-based prediction aku boleh terima, tapi kalau berkaitan dengan ketentuan Tuhan, tak payah nak tunjuk pandai. Manusia, bila belum terkena kat batang hidung sendiri memang berani cakap macam-macam, tapi bila dah terkena baru tahu tinggi rendah langit. Sumpah aku katakan bahawa aku sekarang ni merasakan yang aku terlalu banyak mendatangkan masalah buat orang-orang sekeliling aku. Mama, abah, adik-beradik, pakcik-makcik, kawan-kawan. Bila terfikirkan semua tu balik baru lah aku faham PATUTLAH ADA YANG BUNUH DIRI SEBAB TEKANAN. Mintak maaf, statement tu bukan bermaksud aku akan mengalah dan akan buat sepertimana yang orang lain buat. Itu hanyalah pandangan dan konklusi aku dari apa yang telah terjadi depan mata.

I know that I'm not a good person, and I know that I can be a better person in the future. Aku tau dan aku sedar kesilapan aku, Tuhan tu Maha Kaya, Dia beri aku peluang lagi untuk memperbaiki hidup aku, walaupun bagi aku sekarang ni dah agak messed up. Lepas apa yang terjadi ni baru aku nampak sebenarnya aku ni berada dalam sebuah institusi keluarga yang bagi aku sebenarnya cukup lengkap. Dan kata orang, dalam setandan pisang tu tak semuanya elok, pasti ada yang rosak. Sorry to say, but I feel I'm the rotten one. Dalam diam aku tersangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas kurniaan-Nya yang tak terhingga ni. Aku dah nampak macamana orang yang bodoh menghadapi masalah, orang yang tolol cuba nak selesaikan masalah, orang yang berlagak pandai cuba nak jadi hero. Semua nak pakai pukul-pukul. Ingat ni Afrika ke? Mintak maaf kalau ada yang terasa tapi bagi aku, berapa pun umur engkau, tinggi mana pun pangkat kau, tebal mana pun baju kau, tapi kalau akal tu panjang sejengkal, tak payah la nak menduga lautanyang maha luas. Umur tu tak menentukan kebijaksanaan, yang menentukan kebijaksanaan ialah kesedaran diri.


Dalam perenggan ni aku nak memaki. Diharap pembaca dapat menahan mata. Aku pernah kenal seorang yang kononnya kesabarannya tinggi, pemikirannya luas, pengalamannya hebat. Gua tabik sama lu, bro. Tapi kalau baru sikit benda terjadi dah nak menggelabah, nak memaki hamun, nak menyumpah-nyumpah, Bro, lu balik lu tengok balik muka anak bini lu, tanya diorang kalau diorang suka bapak diorang tu tak kerja tapi berlagak banyak duit, bila tak ada duit mengharap belas kasihan adik, tapi bila adik buat silap lu terus lupa semua benda. Bro, baik lu balik rumah, ambik sijil-sijil sekolah YANG BOLEH DIPAKAI, lepas tu buat resume dan mintak kerja. Kalau setakat berlagak nak memaki-maki orang, baik la ko tu suap mulut anak bini ko tu dengan taik je. Ada lagi sorang yang aku kenal, pun lebih kurang sama minda tahap ke-12 ekor monyet. Amboi, depan mak bapak baik gila babi, babi yang gila pun tak baik macam tu la depan mak bapak. Muka memang dah tahap selipar jepun baru lepas pijak tahi lembu, takut bini pulak tu, tapi bila bab nak sound orang, dah macam pakar motivasi. Hello, cermin sikit diri ko tu la. Kalau setakat badan tu bertulang aje, pegi minum weight gain dulu baru sound orang. Bercakap tak pakai otak, konon semua pandai sangat, kalau dah pandai sangat kenapa ko tu belajar setakat SPM je? Macam LAHANAT! Tambah lagi sorang ni. Adoi, jangan kata aku yang tengok, harimau yang lapar pun kalau tengok, sanggup la dia puasa sunat lagi seminggu. Dah la budak-budak, baru lepas sekolah, konon bijak sangat nak sound-sound orang, nak doa-doakan orang pulak. Hoi, lahanat, kalau engkau tu sembahyang pun tak cukup, puasa pun tangkap muat, duduk pun menumpang, duit pun mintak kat orang, tak payah nak tunjuk ko tu besar sangat. Engkau rasa Beliau yang kat atas tu, nak ke dengar doa orang yang tak sembahyang macam kau ni? Sumpah la, aku takkan terkejut kalau satu hari nanti kau akan buat benda yang sama macam yang aku buat ni. Aku dah hidup dalam dunia ni yang aku dapat rasa tarikan untuk budak yang baru nak naik macam kau ni tersangat kuat. Bukan setakat itu, aku dah dengar orang yang kononnya baik sangat ikut cakap mak, mak cakap budak tu bukan anak aku lagi, dia pun sama nak cakap bukan adik dia lagi. Tapi dah yang engkau terhegeh-hegeh nak buat itu ini, nak berlari ke sana ke mari, kau tu ada adik ke? Bukan dah mengaku bukan adik? Apesal yang kau tu rajin sangat? Sebab tu la aku cakap kau tu BODOH!

Dear blog, I'm so sorry that I left u for a very long time. I know that you was once my best buddy which I can tell you any stories. I'm sorry that I left you, that I forget about you, while I was in pursuit of my life. But now, things kept coming back to me, and I ran back to you. Buat semua yang membaca, terima kasih sebab meluangkan masa untuk baca blog ni. Ingat, segala yang kita buat pada hari ini belum tentu kita tahu apa akan terjadi pada esok hari, dan itu bukan sebab untuk kita duduk goyang kaki dan berpeluk tubuh. Hidup mesti diteruskan, whether you like it or not because what will happen tomorrow, we will never know...

-special sorry to someone who always close to my heart..