Friday, August 30, 2013

Tipikaliti dan kemerdekaan

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another. Bercakap mengenai tipikal, ia boleh ditakrifkan sebagai satu kebiasaan ataupun lumrah, mempunyai sifat-sifat lazim, sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Contoh mudah tipikal ialah bila mana kita sebut kaum india, automatik otak kita akan proses imej berkulit hitam, bahasanya berlidah tebal, bila sebut melayu, kita terus bayangkan beragama Islam. Dalam era globalisasi ini, tidak dapat tidak, minda kita akan senantiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal ini. Hal ini berkait rapat dengan persekitaran iaitu pengaruh sekeliling, apa yang kita lihat dari zahir, bahkan apa yang kita tonton di televisyen dan layar perak sekalipun mampu mempengaruhi pemikiran tipikal ini. Semuanya berkait rapat, namun tetap jatuh kepada kebebasan fikiran kita untuk memutuskan sesuatu tipikaliti itu.

31 Ogos setiap tahun di Malaysia disambut sebagai Hari Pengisytiharan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu luas takrifannya. Setiap satu makhluk, insan, malah objek ciptaan manusia sekalipun ada takrifan kemerdekaan sendiri. Ini terlalu umum untuk ditakrifkan secara total, terlalu luas untuk diberikan makna sekadar sepotong ayat.

Menyorot soal tipikaliti dan kemerdekaan, apakah pemikiran tipikal kita bila disebutkan kemerdekaan? Perbincangan untuk posting kali ini ialah, bila kita sebut orang Parti Islam SeMalaysia (PAS), dengan mudah pemikiran tipikal kita akan tergambarkan ustaz-ustaz, tok lebai, berserban berkopiah putih, bercakap soal agama, dan bila disebut UMNO-Barisan Nasional, yang terbayang ialah songkok dan baju melayu, baju batik, berkot dan tali leher, ada juga terbayang BR1M dan keamanan negara. Persoalannya, amankah negara sekarang? Mungkin jauh lagi untuk dijawab.

Melihatkan isu di Syria, di Mesir, tidak lama dahulu di Tunisia, rakyatnya bangkit untuk kebajikan sendiri, yang kita nampak cuma keganasan pemerintah seperti Al-Sisi, Basyar Al-Asad, tidak terfikirkah kita mereka yang melawan itu cuma berbekalkan pesanan dari ulama' seluruh dunia yang bila disebut sahaja kita akan terbayangkan 'berserban, berkopiah putih, bercakap soal agama'. Apakah mereka tidak suka keamanan dengan menyokong pemerintah mereka yang 'berbaju kot, bertali leher'? Nampak kaitannya dengan persoalan mula dari perenggan atas? Tidak merdekakah mereka hingga perlu berjuang sebegitu rupa? Fikirkan.

Pokok pangkalnya di sini, hidup kita ini ada tujuannya. Tidak Allah jadikan kita dengan tidak ada sebab, segalanya bersebab, malah Allah ciptakan batu yg tak berbunyi tak bercakap tak bernyawa itu pun ada tujuannya. Semuanya kita perlu berbalik kepada Yang Esa. Andai kita sebut berjuang untuk negara dan bangsa, sia-sia perjuangan itu, sama seperti Quzman semasa Perang Uhud, berjuang hanya kerana bangsanya lalu mati sebagai ahli neraka.

Perjuangan untuk agama Allah ini sangat luas kalau mahu diceritakan dari satu perspektif sahaja. Juangnya itu untuk menegakkan agama, meluruskan masyarakat dengan agama, meninggalkan segala yang ditegah, mengerjakan apa yang diperintah. Apakah dengan mengangkat bangsa yang majoriti beragama Islam, kita sudah dianggap merdeka dari perjuangan menegakkan agama? Atau mungkin kita kata negara kita sudah dimerdekakan dari penjajah dengan syarat tertentu oleh mereka, sudah kita anggap merdeka? Kalau itu takrifannya, tiadalah erti merdeka itu, cuma sekadar tipikaliti pemikiran kita yang menganggap kita sudah merdeka. Jadi, merdekakah kita dari pemikiran tipikal itu?

Sunday, August 18, 2013

Bimbang - Melly Goeslaw (OST - ADA APA DENGAN CINTA)


Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu
persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak
mengapa namun ada yang hilang separuh
diriku

Thanks but no thanks

What past is past, and i always wanna keep it that way. For me, yes it was past, for others, I don't know. Dah berapa bulan benda jadi, baru aku tau selama ni aku yg kena kutuk, nama aku yg buruk. Fine, takpe la, its nothing pun actually. Ayat yg sama kalau aku nak ulang pun, grow up, bukan budak kecik anak lagi. Benda dah ulang tak tau berapa ratus kali.

Aku ni bukan nak amik tau sangat tapi aku ada kawan-kawan yg rajin bercerita tanya khabar. Bila keluar cerita yg lama tu, aku pun pelik la. Aku pulak yg dimaki hamun, dikutuk caci depan orang, padehal dah elok aku duduk diam tak berbunyi. Jangan kata nak bunyi, angkat call, reply mesej, emel pun takda. Bukan apa, aku taknak panjangkan cerita, biar cerita tu habis kat situ. Tapi aku jugak yg kena tuduh macam itu ini.

Seriously, memang aku doakan akan ada somebody, anybody, akan take over tempat aku tu, finally someone came around, finally. Aku tak tau la memang dah lama atau baru, yelah dulu depan mata pun aku kena bodohkan. Bagus la, mungkin senyap la bila dah ada tu. Tapi seriously, serious shit, bulan lepas pun ada lagi aku dapat call tengah malam, mesej yg aku dah lali nak tengok. Aku yg terima mesej, aku yg dituduh gila, kacau dia, itu ini, setan bodoh apa lagi semua maki hamun tu la. Haih, speechless kejap aku.

Aku tak larat nak berdendam, aku cuma mampu doakan yg terbaik utk semua orang, itu dah cukup baik daripada aku tak doa apa-apa atau aku doakan bukan-bukan. Aku hormat diri orang, selagi dia hormat diri dia sendiri dan hormat aku. Tapi bila aku dapat cerita camni, rasa macam mengarut pulak. Aku diam pun salah, bunyi pun salah. Malas la aku nak buat apa, aku pun dah ada plan besar aku tak lama lagi. Biarlah.

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Minal'aidil walfaaizin