Tuesday, December 2, 2008
Indie Music Scene
Sejak kebelakangan ini dunia muzik tanah air mula dibanjiri dengan scene indie atau nama panjangnya Independent Music Scene. Band-band anak muda sedari bangku sekolah hinggalah penganggur yang berjaya mula ditubuhkan. Nama-nama seperti Mathari, Lucy in The Loo, Hypnotize, Melodisaster, Meet Uncle Hussein, Hujan dan Ribut Petir (kekeke..tipu je) mula menjadi halwa telinga bagi anak muda. Ketukan dram yang teratur, selingan petikan gitar dan sesekali terdengar alunan piano dan tiupan trompet, membuatkan sebahagian dari mereka seakan-akan terbang dan berlayar di lautan sendiri. Namun apakah sebenarnya indie scene ini? Mengapa ianya menjadi pilihan remaja? Sejauh manakah penglibatan dan pengaruhnya terhadap remaja masa kini?
Dunia remajaku bermula sekitar tahun 90-an. Nama-nama seperti Radhi, Emmet, Loque, Aru dan Andy merupakan idola kepada sebahagian daripada rakanku, termasuk aku jugak. Butterfingers adalah seperti Nirvana Malaysia, OAG terkenal dengan muzik rancak dan catchy (..dan jugak official soundtrack utk World Cup Youth..), Koffin Kanser dan Republic of Brickfields menjadi pujaan peminat raggae dan sebahagian aliran Rastafari. Dan kini mereka merupakan di antara pelopor scene indie di Malaysia (well, banyak sangat..). Menurut wikipedia, indie music ni dirujuk sebagai muzik yang direkodkan secara D.I.Y, means tak perlu nak pergi carik record label yang mahal-mahal untuk mastering etc. Ini kerana mereka ni terlalu 'independent' yang sebenarnya tak ada 'fund' untuk buat the formal way. Lagipun kalau buat ikut skema ni nanti nak kena ikut dalam contract la semua dengan record label, itu yang diorang malas. Independent la katekan. Kalau di barat, indie music bermula sebagai garage band ataupun satu kumpulan yang main muzik dalam garaj kereta mak ayah diorang. Nampak sangatlah sengkeknya kan. Dan kebanyakan lirik lagu mereka ni sangat bebas. Diorang akan cakap pasal perempuan masa hari jumaat (Girl Friday: Butterfingers), tv kaler hitam putih (60's TV: OAG), pasal garisan (Between The Lines: Koffin Kanser), dan macam-macam lagi. Hampir semua benda yang terjadi akan menjadi lirik sebuah lagu. Tak percaya? Try dengar lagu Kitty Kat: Intoxicated lagu pasal kucim dia kena langgar steamroll kat SS3. Dan itulah yang menjadi intipati dan antara penarik kepada golongan remaja kerana penceritaan yang agak kartun/humor, pemberontakan di usia remaja, keadaan sekeliling yang turut diselangi dengan bait-bait skor muzik yang catchy dan ceria (some of it, kalau Black Metal tu takkan nak ceria jugak kan).
T-Shirt yang simple, Jeans, Jack Purcell, bangle, merupakan antara uniform rasmi sebahagian indie fan. Tapi kebanyakannya akan mengenakan pakaian mengikut genre muzik yang digemari. Punk dan Skin terkenal dengan Red Wing Boot, Grunge dengan Jack Purcell, T-Shirt hitam bagi Metal fan, dan macam-macam lagi. Ada jugak yang mengenakan pakaian mengikut idola muzik mereka seperti Kurt Cobain dengan t-shirt 2 lapis dan juga Hooded untuk para hiphoppers yang bergaya tak kena tempat ketika panas terik di negara Khatulistiwa ni. Sebenarnya tak ada apa pun dengan pakaian tu, cuma sebahagian dari mereka nak menonjolkan gaya muzik yang mereka ikuti. Dan tanpa kebanyakan orang sedari termasuk kita, gaya dan penampilan ini sudah menjadi antara identiti sebahagian dari remaja masa kini dan mungkin juga boleh dipanggil trend yang mereka ikuti, bukan kerana genre muzik tetapi kerana penampilan itu yang agak menarik dipandangan mata.
Kemenangan Estranged pada Juara Lagu tahun lalu melebarkan lagi sayap indie-band dan menaiktarafkan indie-scene dari pandangan mata kasar masyarakat. Indie scene sebelum ini lebih bergerak secara underground dan bukan mainstream, jadi tanggapan masyarakat terhadapnya juga berbeza dan lebih kepada negatif. Sex, drug, rock and roll masih lagi tertancap di minda kebanyakan orang terutama golongan yang 'mula menginjak veteran'. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana scene muzik underground di zaman mereka adalah berbeza dengan yang sekarang. Dan oleh kerana itu lah kebanyakan penggemar aliran muzik ini seringkali mendengar leteran dari ibubapa. Hujan merupakan antara band yang mula mengukir nama di persada muzik tanah air ketika ini. Begitu juga Meet Uncle Hussein dan Bittersweet. Lagu-lagu mereka mula serasi berkumandang di corong-corong radio menandakan aliran muzik indie kini mula mendapat tempat di hati masyarakat. Jika dahulu hampir berminggu menantikan lagu-lagu dari band indie untuk dimainkan di radio tapi kini hampir setiap jam lagu-lagu itu akan dimainkan. Penerimaan masyarakat dengan genre muzik ini juga dibuktikan dengan penganjuran gig-gig dan konsert indie yang ada antaranya tidak dikenakan apa-apa bayaran yang menunjukkan aliran ini juga boleh menjadi satu komoditi kepada pihak-pihak tertentu.
Aliran muzik indie kini merupakan suatu di antara penarik kepada golongan remaja untuk berusaha mencapai cita-cita mereka. Cerita disebalik lirik yang disusun memberikan satu harapan bagi sesetengah pendengar dan penggemar. Dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa muzik indie kini mula terletak di hadapan mata masyarakat.
~support the local music scene~
Labels:
Remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment