KEJUJURAN. Senang nak eja, mudah nak taip tapi agak susah untuk dipraktikkan buat sesetengah orang. Terus terang aku katakan yang 99.9% daripada kepercayaan aku, pemberian dan penerimaan aku terhadap seseorang, terletak kepada kejujuran orang tu terhadap aku. Dan aku rasa hampir 90% daripada orang yang membaca posting kali ni pun akan bersetuju dengan aku. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada kes penceraian adalah disebabkan tiadanya kejujuran, terdapat beberapa perkara yang diselindung, dan jugak hilangnya kepercayaan terhadap pasangan lantaran kurangnya keterbukaan dalam membincangkan sesuatu masalah. Jadi dah jelaslah yang kejujuran tu memainkan peranan yang penting dalam menentukan keutuhan sesuatu perhubungan. Aku tak nafikan kebanyakan orang berpedapat yang tidak semua perkara kita perlu kongsi dengan pasangan kita, tapi cuba fikirkan dari sudut yang lain. Boleh ke kita teruskan perhubungan andai terdapat beberapa rahsia yang kita tak tahu? Nak ke kita teruskan jalinan tersebut sekiranya ada perkara yang tidak disuarakan? Letakkan diri anda di posisi di mana keterbukaan itu adalah penting daripada rahsia. Kalau nak berahsia, kenapa nak jadikan pasangan? Kan antara tujuan pasangan tu adalah berkongsi setiap perkara, saling menasihati, mengimbangi setiap aspek kehidupan pasangannya? Kalau dah berahsia macam mana nak selesaikan perkara-perkara tersebut? Renung-renungkan wahai kawan.
~rahsiaku tetap rahsia~
1 comment:
rahsia
Post a Comment