Monday, May 16, 2011

Apa guna?



Lately aku terasa something fishy going on somewhere. It's not that I'm suspecting someone but I can sense something was totally out of the normal path. Aku ni ada buat salah ke? Mungkin jugak. Aku ni ada tersalah cakap ke? Pun mungkin jugak. Aku ada tersilap buat kerja ke? Pun jugak mungkin ada. Tapi kenapa teguran tu tak sampai? Aku bukan budak kecik yang tak hiraukan benda sekeliling apa yang berlaku. I'm almost 27, yo! Yela, almost la sebab still counting on days walaupun hanya beberapa hari je lagi kan. But the reality is that aku tahu ada yang tak kena, aku boleh perasan dan boleh nampak. Aku tak serabun itu nak tutup mata dengan sekeliling.
Apesal aku terasa macam ni? Ok, pada awal waktu dulu mungkin banyak yang dicurahkan kepada aku, banyak yang dikongsi, banyak yang boleh dicerita. Tapi sekarang ni jauh sekali. Aku sedar memang ada orang yang lain pun cuma aku tak faham kenapa mesti aku dipinggirkan terus, kalau tak dipinggirkan kenapa aku rasa macam tu? Nak kate touching lebih ke ikut sukalah, tapi itu realitinya. Aku tahu peranan aku tak besar mana, tapi sekecil-kecil peranan tu tetap ada memainkan wataknya untuk menghidupkan jalan cerita. Aku sedar ada beberapa ketika yang aku agak lalai sikit, ada terleka dan ambil mudah sebahagian benda, tapi itu tak bermakna aku mesti dianjakkan ke tepi. Yelah, aku tak mengharap sangat pun untuk duduk di kedudukan ni sampai bila-bila tapi sebelum aku takda ni aku harapkan sangat aku tak jana pandangan negatif kat tempat ni.


Betul, aku tak perlukan perhatian lebih-lebih, cuma aku nakkan aku dipandang ada fungsi macam yang lain. Allahuakbar, kalau setakat nak buat benda mudah tu tak perlu pun nak suruh dan tunggu orang tertentu. Apa guna aku? Memang aku banyak buat hal lain tapi tak bermakna aku terleka terus, tak bermakna aku langsung tak boleh nak buat satu benda. Takkanlah hal contohnya macam nak call orang pasal nak bagitau benda mudah pun aku tak boleh buat. Apa aku ni dah takda guna lagi ke? Kalau rasa aku ni lack of focus on something or rasa aku ni totally out of focus, please enlighten me, silalah tegur. Tapi sampai ke hari ini aku tunggu teguran tu tak jugak sampai-sampai, jadi anggapan aku hanya 2; samada aku ni tak hilang fokus dan okey, ataupun dah malas nak tegur dan buat tak tahu. Tapi aku ni tak sebodoh itu untuk tak sedar apa yang terjadi, jadi tak perlu nak mengelak pun.


Dari sekolah aku dah ada email, kemudian advance kepada yahoo messenger, MSN, friendster, myspace, tagged, twitter, facebook, blog dan sebagainya. Aku jugak aktif dalam beberapa online forum dan boleh dikatakan hampir 70% pengetahuan am aku dapat dari aplikasi internet. Jadi tak hairanlah kalau tengok aku selalu online, tweet, update itu ini walau pakai henfon. Dan tak tipulah aku katakan 70% daripada sale aku datang daripada online forum and advertisements. So, what's the big deal when I can bring some cash through things that I'm used to. Well, aku tak kisah sangat pun sebab kalau setakat bawak masuk deal yang sekecil tu, mana orang nak pandang pun, nak ambik kisah hal komisen ke apa.

Sebenarnya aku rasa kurang selesa bila hal macam ni jadi. Aku dipersalahkan sebab asyik online, asyik pegang phone. Aku dipersalahkan sebab aku lebih banyak buat camtu daripada melipat baju. Come on, gimme something more challenging. Kerja aku jalan walaupun aku buat hal lain, that's the most important thing to do. Tapi biasalah orang nak tengok lebih daripada itu, bukan setakat getting the job done alone. Sadly I don't have any controller which people can use to direct me to do anything and everything. Aku punya akal sendiri yang mungkin satu silap aku ialah belajar terlalu cepat yang mana aku terlalu dahagakan ilmu baru walhal orang mengharapkan aku bersabar. Takpalah, I do what I have to do, and I'll try to grab whatever opportunity that come in front of me. I have a bigger mission to accomplish and I have to do it fast! Sebab tu tak boleh nak tunggu lama buang masa.

No comments: