Malam gelap,
Kelam tidak bercahaya,
Biar serona atau sebayang,
Apa pun tak kelihatan di mata,
Tangan teraba-raba,
Mata dibuka seluasnya,
Segala deria nak diguna,
Tapi kalau dalam gelap,
Apa lagi yang berguna?
Kala terang,
Kita nampak lantai,
Nampak kerusi meja,
Nampak burung dan unggas semua,
Nampak alam terbentang luasnya,
Nampak tumbuhan semua merata,
Nampak segala yang ada depan mata,
Semuanya membantu,
Biarpun ada yang membisu,
Tapi bila malam datang,
Dan gelap mula bertandang?
Begitulah azali manusia,
Kala tenang semua dipinta,
Apa yang nampak semua dicapai,
Apa yang mahu semua tertunai,
Ketika masih terang segalanya ada,
Ketika masih terang semuanya ada,
Bila datang gelap,
Yang diberi tak nampak lagi,
Yang dimiliki tak kenal lagi,
Yang dipuji diberi maki,
Yang dahulu ada kini gelap,
Nikmat dulu dah terlungkup,
Bukan tiada tapi terbuta oleh dunia,
Walaupun sebenarnya ada depan mata,
Terlindung dek hijab gelap.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment