Thursday, May 5, 2011

Kalau aku tak bercakap

Kalau aku tak bercakap
Bukan bermakna aku terus setuju
Bukan bermakna aku ikut cakap kamu
Bukan bermakna aku geleng tak tahu
Bukan bermakna aku ikut setiap satu.

Kalau aku tak bercakap
Bukan bermakna aku boleh diarah-arah
Bukan bermakna aku mahu disuruh-suruh
Bukan bermakna aku terima setiap perintah
Bukan bermakna aku lurus seperti bendul.

Kalau aku tak bercakap
Janganlah cuba ambil kesempatan
Jangan cuba buat ikut dan
Jangan anggap semua aku simpan
Dan jangan sampai aku mula bercakap.

No comments: