Wednesday, November 26, 2008

-AKU BERMONOLOG LAGI-

There's so much to think about these few days. I keep on asking myself how, why, when,and who, over and over again but I just couldn't get the answer. Sakit kepala memikirkan benda-benda mengarut yang aku cuba untuk buktikan walaupun terlalu mustahil dari segi fizikal mahupun logik akalnya. Aku cuba mencari-cari identiti sebenar yang tersirat dalam diri aku, cuba untuk melarikan diri dari pemikiran tipikal masyarakat sekeliling yang kononnya bijak sangat. Satu kelainan yang aku sedar dalam diri aku ni ialah aku suka buat perkara yang lain dari orang lain, tapi aku tak suka dedahkan sebab rasa segan pula bila orang lain tahu. Aku tak suka tengok benda yang sama setiap hari (kecuali untuk bini, anak-anak aku nanti la). Aku lebih suka kepada suatu yang mudah dipandangan mata tapi manis dari segi pemikiran akal manusia. Aku nak cuba keluar dari kepompong pemikiran umat manusia yang tipikal ni. Memang tak susah cuma kena tajamkan fikiran dan buka minda supaya melihat lebih daripada apa yang orang lain boleh lihat.

Since these couple of weeks aku terasa macam my past is getting closer and closer to me. Aku cuba nak melarikan diri dari perasaan aku yang sebenarnya menidakkan kembalinya si dia dalam hidup aku balik. Aku lebih suka, sangat senang dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni. Aku tak perlukan seseorang yang kononnya mencintai aku untuk aku tahu yang hidup aku ni sangat bermakna. Aku boleh berdiri dengan sendiri, berlari sorang-sorang, tak perlu untuk orang lain konon nak berbaik dengan aku dan konon menyayangi aku. Sudah-sudah la tu, hidup ni masih jauh algi untuk diterokai, tak perlu bazirkan untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa seorang manusia. Tuhan dah tentukan jodoh setiap insan. Sejauh mana kta sayang orang, sekuat mana kita kasihkan orang, kalau bukan tertulis bahawa dia tu jodoh kita, sampai mati pun kalau cuba memang takkan berjaya. Bukan nak lemahkan semangat kawan-kawan yang bercinta tapi menyedarkan diri kau sendiri bahawa setiap kisah dalam hidup manusia ni ada perancangan yang begitu teliti dari Yang Maha Esa. Aku pernah ada orang yang cakap akan sayang kat aku sampai bila-bila dan takkan pergi walau siapapun yang hadir depan mata, tapi in the end kuasa Tuhan tu melebihi dari perancangan manusia. Nak menangis pun tak guna, nak meraung pun tak perlu. Apa yang aku buat masa tu aku usaha sendiri, bina hidup aku balik tanpa memerlukan pertolongan sesiapa, and Thanked God I'm still very much alive untill now.

Mungkin ada di antara anda semua yang membaca blog ni akan cakap aku ni agak kasar dalam penulisan, agak keras dalam perbahasan terutama bila berkait tentang diri aku sendiri. Ya betul, memang aku agak tegas dalam menentukan hidup aku. Aku dah penat nak berbahasa-bahasi, penat nak bercinta-cinta dalam hidup ini. Cukup la aku tahu keluarga aku masih disisi, kawan-kawan aku masih setia berdiri. Dalam menentukan arah hidup, kita tak perlu nak berharap kepada orang lain. Kita hidup ni untuk diri sendiri, orang-orang disekeliling tu semuanya ibarat perhiasan dalam mahligai hidup kita ni. Selagi kita jaga mereka semua tu dengan baik, maka baiklah kelihatannya dari pandangan mata. Dan sesungguhnya hidup ini bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup ini. Lagi satu, jangan letakkan harapan terlalu tinggi kepada orang lain sebab manusia akan menghancurkan manusia, tapi Tuhan sentiasa ada bersama manusia tak kira sejahat mana kelakuan mereka, sehodoh mana rupa mereka ataupun sekotor mana pakaian mereka. Kita hanya perlu berserah kepada yang Satu. Insyallah Dia akan membantu kita seluruhnya.

~bismillahitawakkaltu 'alallah~

2 comments:

durr A hya said...

Aku nk ucapkan Ribuan terima kasih kart kau.. blog entry nie wat aku sedar.. Yg aku ni bodoh sesangat sbb terlalu harapkan pada seseorang tuh.. buatkan aku alpa tentang jalan hidup aku nie.. Ya Allah.. Terima kasih sangat...
Husni, aku harap kau bnyak2 istifar.. mmg duggan hidup mmg akan hatui kita.. lagik2 arr kesah2 silam yg kita nk lupakan... tapi, tuh lah nama dugaan.. aku pon masih tngah nk cuba jalani hidup nie. maybe patut kita tutup hati kita ni sementara.. bagi Hati tuh relax skjap arr... kalo trus menerus mcm gini.. takot plak jadik gila... susah plak..
nways, husni... pasal ex gf ko tuh.. ko jgn arr simpan rasa benci kart die.. sbb, aku tahu.. aku pon da pernah lalui pe yg kau lalui nie dulu.. yg sedey die kawen ngn org lain.. aku cuba benci kart die.. tapi, makin aku benci.. makin aku sayang kart die.. masalah nie timbul bila aku couple ngn recent bf aku nie.. walaupon die sayangkan aku.. tp, aku tak leh nk lupakan ex aku nie.. so, amik tauladan lla.. jgn benci.. cuba lupakan.. tuh aja aku bole nasihatkan ko!!
semoga berjaya!!

xoxo
Durra Ahya

eito said...

mekasih di atas pujian itu..kekeke..
aku xbenci die, cume kdg2 tu ade rase rimas sket..
but she's still have a place in my heart..