Thursday, November 13, 2008

One Sweet Hell of A Day...

Semalam merupakan antara hari yang paling memenatkan buat diri aku semenjak bergelar pengusaha ladang anggur hidroponik (hehehe). Malam sebelum tu aku dikejutkan dengan panggilan dari seseorang bernama 'Sue' yang meng'offer' aku jadi pelakon tambahan untuk satu telefilem yang mana penggambaran itu adalah pada esok hari. Dah la bagitau masa malam, aku pun gelabah campur 'excited' pulak dah. Mampus aku tak boleh nak lelap malam tu, rasanya dalam jam 4 pagi kot barulah boleh aku melelapkan mata. Tapi lena aku tak lama mana pun, aku dikejutkan oleh suara merdu mama yang suruh aku bangun dan bersiap. Dengan terpisat-pisat tu aku pun bangun lalu mandi dan bersiap-siap. Nasib baik rumah baru ada water heater, kalau tak demam la aku pagi tu. Lepas segalanya dah ok, aku pun bawak mama breakfast dengan Aunty Siti kat Rembau sambil bersembang-sembang. Dalam pada bersembang mama tu, aku baru perasan kalau mengikut pengiraan masa aku yang aku ni dah agak lewat sebab aku bercadang nak singgah di Serdang dulu baru bertolak ke lokasi penggambaran. Hangin jugak la aku pagi tu kat mama, tapi tak apa la, buat tak paham je dan aku pun batalkan keputusan untuk singgah di Serdang tapi aku terus pergi ke Pasar Seni, Kuala Lumpur, tempat yang dijanjikan untuk penggambaran itu.

Setibanya aku kat sana aku tengok keadaan terlalu sesak, ramai gila orang kat sana sebab mula-mula diorang shooting kat luar, babak aku belum dimulakan lagi. Aku pun pergi la berjalan-jalan dalam CM tu nak cari hadiah untuk seseorang tapi tak jugak jumpa-jumpa sebab aku ni tak pandai nak memilih. Dan tak lama kemudian aku pun dipanggil dan bersedia untuk berlakon, padahal jadi extra je, duduk minum jadi latar belakang, ceh. Pengalaman pertama aku jadi extra ni tak adalah best sangat pun tapi penat la jugak sebab aku tak makan, cuma breakfast pagi tu aja aku makan. Nasib baik tak ada dialog ataupun yang sewaktu dengannya, cuma jadi pak duduk je jadi macam orang tengah minum-minum. Penggambaran habis sekitar jam 8 malam dan payment pun dapat cash. Disebabkan aku ni masih lagi blur nak cari hadiah yang aku mention tadi tu, aku pun mintak la tolong sorang lagi extra ni untuk tolong aku carik, dan dapat la aku satu beg tangan yang bagi aku agak menarik la jugak. Dah siap-siap semua, pergi hantar untuk wrap and aku pun terus balik sebab aku dah janji dengan seseorang. Memang hari tu aku rasa agak lain sebab badan aku agak lemah, kepala pun panas, mata pedih, rasa mengantuk pagi tu pun belum hilang lagi. Dan jumpa pulak dengan seseorang yang dah lama aku tak jumpa lepas tu terpaksa pulak tumpang tidur rumah dia sebab esok tu memang ada agenda dengan dia jugak. Tapi memang malam tu aku rasa betul-betul tak larat. Masalahnya, bila aku dah tak larat, lagi susah aku nak tidur. Tambah pulak kena bersilat kuntau dengan nyamuk-nyamuk sebab aku tidur atas sofa kat ruang tamu. Dan akhirnya aku terlena sekitar jam 2 pagi kot kalau tak silap.

Hari ini kehidupan aku bermula seawal jam 6.30 pagi. Dikejutkan dengan aksi manja anak-anak kucing kesayangan aku dan dia, dan jugak suara dia yang mengejutkan aku dari lena. Terpaksa la aku bangun sebab aku malas nak bertangguh lagi lepas tengok dia pun dah siap mandi dah, tinggal nak make up je lagi. Dan bila segalanya dah selesai maka bertolak la aku dengan dia ke Putrajaya untuk selesaikan hal dia. Alhamdulillah, sepanjang hari ni aku rasa agak penat namun dalam hati aku agak gembira kerana merasakan kehadirannya bersamaku walaupun jauh dalam hati aku ni mengatakan yang dia tu agak jauh dariku. Yela, dia masih ada komitmen dengan seseorang dan aku pun taknak meletakkan harapan untuk dia kembali kepada aku seperti waktu dulu. Dan dari perbualan kami masa menikmati hidangan tengahari di The Chicken Rice Shop, aku dapat rasakan yang dia masih mengharapkan aku berada dengannya. Terus terang aku katakan padanya yang aku tak mahu mengharap apa-apa dalam perhubungan ini, memang benar dulu kami pernah bersama lebih dari setengah tahun, tapi kehadiran orang ketiga dalam hati dia membuatkan aku disingkirkan. Dan kejadian itu membuatkan aku jadi serik untuk memberi komitmen terhadap seseorang dan lebih menumpukan masa aku untuk mencapai cita-cita. Aku tahu dia sayang aku lagi, dia pun dah cakap tadi, kalau tak cakap pun aku tahu. Cuma aku lebih senang kalau dia hadir sebagai seseorang yang lebih memahami aku, pada masa akan datang. Buat masa ini mengkin aku lebih senang bersendiri.

Dalam 3-4 jam kami bersama mengharungi hari tadi aku rasakan cukup bahagia, aku dapat rasakan seperti masa itu berputar kebelakang, jadi macam hari-hari kami yang dahulu. Tapi bila mendengarkan keluhan hati dia, aku rasa kesian pulak. Dia macam dipermainkan, dikawal sepenuhnya mengikut kehendak hati 'orang itu'. Aku tak ada hak untuk mengajar orang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak, tapi bukan bermakna aku tiada hak langsung untuk mengingatkan seseorang yang aku sayang supaya berfikiran jauh. Dalam hati aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya, aku nak tengok dia tersenyum gembira seperti bersama aku tadi. Aku tau dia ada masalah dan aku pun hanya membantu sekadar yang boleh. Dan kelelahan hari aku ini diubati dengan sms dari dia yang mengatakan aku masih tetap dihatinya. Ceh, karat la pulak. Tapi memang hari ni satu lagi hari yang memenatkan buat aku, tapi masih tetap menjadi hari yang manis dalam sejarahku. Sampai aja kat Seremban tadi pun aku dah tak larat dah, balik tadi aku terus bukak baju semua dan mandi. Rasa macam nak pitam pun ada dan akhirnya aku terlelap masa tengah layan MAMMA MIA kejap tadi.

~jauh di mata, bukan bermakna jauh di hati juga..dekat di hati belum tentu dapat dimiliki~

No comments: