Gua terpanggil untuk menulis nota kaki sepanjang tak sampai sekaki ni bila tengok kat news beberapa hari ni pasal debat KJ-Husam yang katanya kontroversi sangat bila bercakap pasal Hudud. Kontroversi ke tak tu gua tak kisah sangat, lagipun gua tengok video debat tu (tengok kat TV3 tapi tak ada suara, tengok gambar aja) dah bukan macam debat. Macam orang bertekak gaduh pasal lembu kau makan taik kambing aku. Si KJ tu bukan la gua nak kate ape tapi sebenarnye jauh di sudut hati gua, gua tersangatlah tak berkenan dengan mamat nih. Sorry, ini bukan pasal gua anti-umno tapi gua ni pembangkang hingga ke bulan (ade bunyi mcm band 'Abstrak Hingga Ke Bulan' tak?). Gua takde masalah dengan KJ walaupun gua ni duduk 2km je dari Rembau. Dan Husam Musa pun gua tak kenal sangat, yang gua tau dia tu PAS. Lagi sorang tu Ajis Bari. Lagi la kompem gua tak kenal.
Ok, ni bukan masalah debat yang diorg buat tu tapi perlaksanaan hudud di sesebuah negara. Tak lama dulu ada la 'uncle' ni pernah isytiharkan Malaysia ni 'negara islam'. Kononnye la kan. 2 tahun lepas gua pergi ke Bali untuk bergumbira bersama keluarga dan masa kat sana tu gua ada la sembang-sembang dengan sorang bartender kat hotel yang gua duduk tu. Erk, hotel tu takde bar tapi gua panggil die bartender sebab die duduk kat tempat buat air. Gua tak pegi bar tau. Bartender tu tanye kalau kat malaysia ni beli arak kena sorok-sorok ke? Gua gelak je. Die kate kalau minum tu kena menyorok ke? Gua gelak lagi. Dia tanye kalau beli siang-siang kena tangkap pastu kena sebat ke? Gua gelak besar. Sebenarnya orang luar ingat yang malaysia ni melaksanakan hukum selari dengan title negara islam tu. Padehal.........heh.
Hudud dan Qisas. Kalau rasa diri kita ni semua Islam sila la dengan segala hormatnya untuk perjuangkan Undang-undang ni. Dulu masa gua form 3 ada ustazah tu pnah cakap kat dalam kelas yang hukum ni tak sesuai dijalankan di Malaysia ni. Dalam hati gua rasa nak tarik je tudung ustazah tu. Undang-undang tu sapa yang buat sampaikan tak sesuai pulak? Hebat sangat ke undang-undang di Malaysia ni sampaikan hudud tu tak boleh dibuat? Sebenarnya orang yang menentang hudud tu orang yang takut kena hukum. Dia ingat nak jatuh hukum tu senang agaknya. Mana nak carik salahnya, saksinya, kelayakan saksinya lagi. Bukan senang-senang je nak jatuh hukum tu. Dan dah terbukti yang Islam tu LENGKAP. Dah siap semua sekali dari alip sampai ya. Bayangkan daripada cara nak makan, cara nak tidur, adab bercakap, adab jumpa orang, sampaikan undang-undang pun siap. Hebat kan? Habaq mai sikit tang mana tak sesuai?
Rasanya kalau dikomersialkan artikel gua ni mau nama gua tertulis dalam buku SB. Ala, nak kecoh ape member gua SB. Nak tangkap pun tangkap la, ape yang gua tulis ni semua betul. Sebenarnya bukan apa, masalah sekarang ni orang-orang terlalu sekular. Suka sangat nak larikan semua benda dari agama. Politik dalam agama pun nak buang? Kalau dah namanya Islam, mestilah perjuangkan islam. Memang la melayu islam tapi 'melayu' dengan 'islam' mana lagi tinggi? Sendiri ukur, sendiri mau ingat la kawan.
p/s:sambung lagi lain kali dengan artikel panas untuk membuatkn nama gua lagi panas di parlimen..
Thursday, December 25, 2008
Thursday, December 18, 2008
Manusia dan kegilaannya
Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis manusia. Masing-masing berbeza dari warna kulit, kaum kerabat, saudara-mara, saiz anak mata, garis cap jari dan macam-macam lagi. Dan bukan setakat tu saja, ada jugak bermacam-macam kegilaan yang terdapat pada manusia ni. Kegilaan ni bukan maksud gila tapi ada satu tabiat yang pelik yang memang jarang-jaran
g dibuat orang. Contohnya ada orang yang suka mengumpul koleksi ikan lumba-lumba, koleksi pokemon, patung aksi dari Todd McFarlane, dan juga mengumpul batu yang berbentuk aneh (ni bukan hobi Bo ke? Kawan shin chan yang hingus meleleh tu?) Kat sini aku nak ceritakan satu kisah sorang yang aku cukup berbulu betul la dengan hobi dia ni. Nama orang ni John Joseph Travolta, anak kelahiran Engelwood, New Jersey dan yang terakhir dari 6 orang adik-beradik. Dia ni mengukir nama dalam bidang hiburan sebagai seorang performer yang mendominasi bidang nyanyian, tarian rancak dan juga lakonan mantap.
Cukup sekadar tu latar belakang abang brader ni, tak perlu nak tahu tarikh lahir, no kad pengenalan, saiz kasut dan makanan kegemaran. Aku cerita pasal dia ni sebabnya aku tersangat jealous dengan dia ni. Korang semua tau tak yang dia ni ada lesen bawak kapal terbang? Ya, benar dia boleh bawak kapal terbang tapi bukan itu yang aku nak highlight dalam kisah ni. Dan korang tahu tak y
ang dia ni sebenarnya ada kapal terbang sendiri? Ya, cik adik dan cik abang, ini bukan private jet bodoh yang boleh duduk 4-5 orang saja tu tapi dia ni ada Boeing 707 dan juga sebuah lagi aku dah lupa nama. Hello, dia ni dah boleh bukak airline sendiri tapi dia tak nak bukak, korang tau sebab apa? Korang tau apa dia cakap bila orang tanya pasal flying and his fleet? 'Well, it's just my hobby..'. WHAT A MAN!!!!! Moznek ayah dia la. Aku ni begitu obses dengan kapal terbang tapi tak pernah terfikir pun jadi macam dia tu, ada kapal terbang sebab hobi aja? Korang nak tau apa yang lagi best? Sebelah rumah dia ada airstrip. Korang tengok la kat gambar sebelah tu. Itu la rumah dia. Ada parking boeing 707 wa cakap lu, xmain la parking mercedes ke semua tu. Damn! Korang tau tak apa maknanya? Dia boleh naik kapal terbang nak pergi pasar tani kat sini korang tau? DAMN!! Hati aku telah dilukai.
Aku teringin sangat nak ada semua benda tu. Aku ni dah la obses dengan flight, mamat tu boleh pulak ada one fleet of planes and only keep it as a hobby. Iskk, boleh bayangkan tak seorang lelaki yang berlakon sebagai perempuan gemuk dalam cerita 'HAIRSPRAY' ada semua benda tu. Aku berdoa banyak-banyak, mintak sangat Tuhan akan kabulkan permintaan aku yang satu ni. AMIN.
~hopefully one day all my dream will come true~
g dibuat orang. Contohnya ada orang yang suka mengumpul koleksi ikan lumba-lumba, koleksi pokemon, patung aksi dari Todd McFarlane, dan juga mengumpul batu yang berbentuk aneh (ni bukan hobi Bo ke? Kawan shin chan yang hingus meleleh tu?) Kat sini aku nak ceritakan satu kisah sorang yang aku cukup berbulu betul la dengan hobi dia ni. Nama orang ni John Joseph Travolta, anak kelahiran Engelwood, New Jersey dan yang terakhir dari 6 orang adik-beradik. Dia ni mengukir nama dalam bidang hiburan sebagai seorang performer yang mendominasi bidang nyanyian, tarian rancak dan juga lakonan mantap.Cukup sekadar tu latar belakang abang brader ni, tak perlu nak tahu tarikh lahir, no kad pengenalan, saiz kasut dan makanan kegemaran. Aku cerita pasal dia ni sebabnya aku tersangat jealous dengan dia ni. Korang semua tau tak yang dia ni ada lesen bawak kapal terbang? Ya, benar dia boleh bawak kapal terbang tapi bukan itu yang aku nak highlight dalam kisah ni. Dan korang tahu tak y
ang dia ni sebenarnya ada kapal terbang sendiri? Ya, cik adik dan cik abang, ini bukan private jet bodoh yang boleh duduk 4-5 orang saja tu tapi dia ni ada Boeing 707 dan juga sebuah lagi aku dah lupa nama. Hello, dia ni dah boleh bukak airline sendiri tapi dia tak nak bukak, korang tau sebab apa? Korang tau apa dia cakap bila orang tanya pasal flying and his fleet? 'Well, it's just my hobby..'. WHAT A MAN!!!!! Moznek ayah dia la. Aku ni begitu obses dengan kapal terbang tapi tak pernah terfikir pun jadi macam dia tu, ada kapal terbang sebab hobi aja? Korang nak tau apa yang lagi best? Sebelah rumah dia ada airstrip. Korang tengok la kat gambar sebelah tu. Itu la rumah dia. Ada parking boeing 707 wa cakap lu, xmain la parking mercedes ke semua tu. Damn! Korang tau tak apa maknanya? Dia boleh naik kapal terbang nak pergi pasar tani kat sini korang tau? DAMN!! Hati aku telah dilukai.Aku teringin sangat nak ada semua benda tu. Aku ni dah la obses dengan flight, mamat tu boleh pulak ada one fleet of planes and only keep it as a hobby. Iskk, boleh bayangkan tak seorang lelaki yang berlakon sebagai perempuan gemuk dalam cerita 'HAIRSPRAY' ada semua benda tu. Aku berdoa banyak-banyak, mintak sangat Tuhan akan kabulkan permintaan aku yang satu ni. AMIN.
~hopefully one day all my dream will come true~
Monday, December 8, 2008
Aku masih berdiri
3 tahun dahulu aku menamatkan pelajaran aku di sebuah universiti di selatan tanah air. Bersama dengan itu juga aku mengakhiri kisah cinta beberuk dengan seorang hawa anak kepada pasangan pendidik. Nak kata sakit tu boleh tahan la sebab itu antara kali pertama aku rasa sesuatu yang dinamakan cinta. Lagipun kalau ikutkan cerita, bukan aku yang putuskan pun, tapi aku kena dump macam sial je dengan alasan yang sesengal kepala lutut nenek dia. Lantak dia la, aku malas nak cakap banyak. Lepas daripada tu aku bergerak dan tak toleh ke belakang lagi (pasal dah ade sorang lagi..hehe..). Tak lama kemudian aku dapat kerja di KLCC dan serentak dengan itu jugak aku mengakhiri hubungan aku dengan orang lagi satu tu, lalu terbukak lah cerita satu lagi.
Hubungan aku dengan yang ke-2 ni tak la lama sangat tapi cukup sekadar aku pernah senyum dan buat dia tersenyum. Tapi aku pun tak tahu kenapa kitorang break up sebab takda kata putus. Well, life must go on. Selang beberapa bulan kemudian aku kenal pulak lagi sorang, or may I say the no.3. She's not that gorgeous but she's fine. Well, sebabkan aku ni duduk kat Seremban and dia tu kat KL, someone has take the advantage and succeed plak tu. Congratz, sebab aku pun dah malas nak handle orang camtu. It's not stopped there, aku berenti kerja sebulan lepas kejadian tu, and it's surely not because of her. And it opens another story.
Selama beberapa bulan aku mencari-cari kerja dan akhirnya dapat jugak walaupun it's damn hard. Tapi takpe lah at least aku dapat belajar something from it. Lama jugak la aku kerja kat situ and finally aku pun resign sebab penat dah kerja mengharap commision semata-mata. Dan itu pun lepas aku dah dapat kerja baru la. Dengan kerja baru ni pun takda la lama sangat sebab aku gaduh dengan Team Leader. Yela, pempuan tu nak sangat carik pasal dengan aku, kena la maki sepam. Well, tak lama lepas tu aku dapat offer kerja but with a 'better' offer.
Kerja yang baru ni tak la susah sangat but its tiring. Penat nak mampus buat kerja tapi gaji tetap sama. Dan tak lama lepas aku kerja tu aku kenal seorang perempuan ni and suddenly dia jadi tanggungjawab aku pulak. It's been almost 2 years aku mengelak daripada perempuan tapi rupa-rupanya kuasa Tuhan tu memang kuat, tu yang aku terjebak balik tu. Alhamdulillah our life sebenarnya kira ok la, it's not that complicated and it's filled with fun. 9 bulan aku dengan dia before she make me hurt. And surprisingly aku tak menangis langsung pun kali ni, siap aku boleh testing lagi dia walaupun aku dah tau keadaan sebenar. Yup, she's going out with another man and she falls for him. Aku? I'll make a move la buat apa nak tunggu lagi.
Kemudian aku dikejutkan dengan satu berita dari kawan aku masa belajar dulu mengatakan Miss No2 meninggal dunia sebab terlibat dalam kemalangan jalanraya. Aku rasa bersalah pun ada juga tapi mungkin dah waktu dia, aku cuma sedekahkan doa. Tak lama lepas kejadian tu aku resign daripada kerja aku sebab aku gaduh lagi dengan bos aku. Tapi kali ni aku gaduh dengan alasan yang agak kukuh: aku report kat PERKESO dia tak pernah buat pemotongan sepanjang setahun lebih aku kerja. And dengan gaji terakhir aku tu aku repair moto aku ape yang patut and move on balik kampung. Mungkin kalau aku cerita macam ni suasana tu agak kurang terasa. Well, that's the point actually. Aku cuma nak orang tahu dan dapat gambaran tentang kejadian yang menimpa aku aje. Kenapa? Sebab aku masih berdiri.
Aku masih berdiri walaupun aku pernah dimaki dengan perempuan-perempuan yang dulunya mengharapkan kasih dan sayang aku, kononnya aku ni satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan dalam dunia. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku pernah tak makan sepanjang hari sebab tak ada duit, sebabnya aku tolong orang dengan duit aku tu. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu team leader aku cakap yang aku ni tak boleh buat kerja dan bos aku pun pernah cakap yang dia masih boleh bagi reference yang baik-baik untuk aku kalau ada company call (sebenarnya dia tipu, tikam aku dari belakang). Pergi MAMPOS! Dan aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku hampir-hampir melarikan diri dari dunia aku sendiri hanya kerana aku dah tak tahan nak melalui semua ni dan aku pun tak larat nak menyusahkan orang lain.
Dear readers, walaupun kita ni pernah dimaki berbakul-bakul, dihentak dengan tukul sebesar alam, diperlekehkan oleh seseorang yang pernah mengatakan kata cinta kepada kita, dan dimalukan macam kita ni penjenayah besar kepada seisi dunia, selagi kita masih boleh mengangkat muka kita untuk tengok langit Allah yang Maha Luas tu, bermakna kita masih belum lagi kalah. Losing is a state of mind. Kekalahan itu 99% bergantung kepada kekuatan minda dan 1% kewarasan minda tersebut. Pendek kata semua tu bergantung sepenuhnya dalam minda kita sendiri. Selagi hati kita, akal kita, minda kita belum tahu menulis perkataan 'PUTUS ASA' bermakna perjalanan itu masih perlu diteruskan. So, jangan mengalah dalam hidup, kerana Dia tak pernah berputus asa dalam memberi peluang kepada hamba-Nya.
~If u still breathing it means u can still win~

Tuesday, December 2, 2008
Indie Music Scene

Sejak kebelakangan ini dunia muzik tanah air mula dibanjiri dengan scene indie atau nama panjangnya Independent Music Scene. Band-band anak muda sedari bangku sekolah hinggalah penganggur yang berjaya mula ditubuhkan. Nama-nama seperti Mathari, Lucy in The Loo, Hypnotize, Melodisaster, Meet Uncle Hussein, Hujan dan Ribut Petir (kekeke..tipu je) mula menjadi halwa telinga bagi anak muda. Ketukan dram yang teratur, selingan petikan gitar dan sesekali terdengar alunan piano dan tiupan trompet, membuatkan sebahagian dari mereka seakan-akan terbang dan berlayar di lautan sendiri. Namun apakah sebenarnya indie scene ini? Mengapa ianya menjadi pilihan remaja? Sejauh manakah penglibatan dan pengaruhnya terhadap remaja masa kini?
Dunia remajaku bermula sekitar tahun 90-an. Nama-nama seperti Radhi, Emmet, Loque, Aru dan Andy merupakan idola kepada sebahagian daripada rakanku, termasuk aku jugak. Butterfingers adalah seperti Nirvana Malaysia, OAG terkenal dengan muzik rancak dan catchy (..dan jugak official soundtrack utk World Cup Youth..), Koffin Kanser dan Republic of Brickfields menjadi pujaan peminat raggae dan sebahagian aliran Rastafari. Dan kini mereka merupakan di antara pelopor scene indie di Malaysia (well, banyak sangat..). Menurut wikipedia, indie music ni dirujuk sebagai muzik yang direkodkan secara D.I.Y, means tak perlu nak pergi carik record label yang mahal-mahal untuk mastering etc. Ini kerana mereka ni terlalu 'independent' yang sebenarnya tak ada 'fund' untuk buat the formal way. Lagipun kalau buat ikut skema ni nanti nak kena ikut dalam contract la semua dengan record label, itu yang diorang malas. Independent la katekan. Kalau di barat, indie music bermula sebagai garage band ataupun satu kumpulan yang main muzik dalam garaj kereta mak ayah diorang. Nampak sangatlah sengkeknya kan. Dan kebanyakan lirik lagu mereka ni sangat bebas. Diorang akan cakap pasal perempuan masa hari jumaat (Girl Friday: Butterfingers), tv kaler hitam putih (60's TV: OAG), pasal garisan (Between The Lines: Koffin Kanser), dan macam-macam lagi. Hampir semua benda yang terjadi akan menjadi lirik sebuah lagu. Tak percaya? Try dengar lagu Kitty Kat: Intoxicated lagu pasal kucim dia kena langgar steamroll kat SS3. Dan itulah yang menjadi intipati dan antara penarik kepada golongan remaja kerana penceritaan yang agak kartun/humor, pemberontakan di usia remaja, keadaan sekeliling yang turut diselangi dengan bait-bait skor muzik yang catchy dan ceria (some of it, kalau Black Metal tu takkan nak ceria jugak kan).

T-Shirt yang simple, Jeans, Jack Purcell, bangle, merupakan antara uniform rasmi sebahagian indie fan. Tapi kebanyakannya akan mengenakan pakaian mengikut genre muzik yang digemari. Punk dan Skin terkenal dengan Red Wing Boot, Grunge dengan Jack Purcell, T-Shirt hitam bagi Metal fan, dan macam-macam lagi. Ada jugak yang mengenakan pakaian mengikut idola muzik mereka seperti Kurt Cobain dengan t-shirt 2 lapis dan juga Hooded untuk para hiphoppers yang bergaya tak kena tempat ketika panas terik di negara Khatulistiwa ni. Sebenarnya tak ada apa pun dengan pakaian tu, cuma sebahagian dari mereka nak menonjolkan gaya muzik yang mereka ikuti. Dan tanpa kebanyakan orang sedari termasuk kita, gaya dan penampilan ini sudah menjadi antara identiti sebahagian dari remaja masa kini dan mungkin juga boleh dipanggil trend yang mereka ikuti, bukan kerana genre muzik tetapi kerana penampilan itu yang agak menarik dipandangan mata.
Kemenangan Estranged pada Juara Lagu tahun lalu melebarkan lagi sayap indie-band dan menaiktarafk
an indie-scene dari pandangan mata kasar masyarakat. Indie scene sebelum ini lebih bergerak secara underground dan bukan mainstream, jadi tanggapan masyarakat terhadapnya juga berbeza dan lebih kepada negatif. Sex, drug, rock and roll masih lagi tertancap di minda kebanyakan orang terutama golongan yang 'mula menginjak veteran'. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana scene muzik underground di zaman mereka adalah berbeza dengan yang sekarang. Dan oleh kerana itu lah kebanyakan penggemar aliran muzik ini seringkali mendengar leteran dari ibubapa. Hujan merupakan antara band yang mula mengukir nama di persada muzik tanah air ketika ini. Begitu juga Meet Uncle Hussein dan Bittersweet. Lagu-lagu mereka mula serasi berkumandang di corong-corong radio menandakan aliran muzik indie kini mula mendapat tempat di hati masyarakat. Jika dahulu hampir berminggu menantikan lagu-lagu dari band indie untuk dimainkan di radio tapi kini hampir setiap jam lagu-lagu itu akan dimainkan. Penerimaan masyarakat dengan genre muzik ini juga dibuktikan dengan penganjuran gig-gig dan konsert indie yang ada antaranya tidak dikenakan apa-apa bayaran yang menunjukkan aliran ini juga boleh menjadi satu komoditi kepada pihak-pihak tertentu.Aliran muzik indie kini merupakan suatu di antara penarik kepada golongan remaja untuk berusaha mencapai cita-cita mereka. Cerita disebalik lirik yang disusun memberikan satu harapan bagi sesetengah pendengar dan penggemar. Dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa muzik indie kini mula terletak di hadapan mata masyarakat.
~support the local music scene~
Monday, December 1, 2008
Pursuit of Glory

Masa aku kecil dulu aku sentiasa mengagumi apa sahaja yang abah lakukan. Setiap gerak laku dan pertuturannya sangat aku kagumi. Dan yang paling aku kagum ialah dengan pekerjaan abah. Masih lagi aku ingat ketika masih kecil, aku dan banglong dan bangah akan berkejaran setiap kali abah balik dari kerja kerana kami masing-masing mahu membuka sarung kaki abah. Pakaian kerja abah juga sangat kemas. Kemeja putih lengan panjang dan seluar panjang hitam yang digosok mama, tersemat kain seperti pangkat seorang tentera di bahu kiri dan kanan yang aku pun tak pernah tahu apa namanya, dan juga lambang sayap yang aku gelar 'wing' di sebelah kiri dada, memang membuatkan aku terpegun. Namun ketika itu aku pun tidak tahu apa nama formal bagi pekerjaan abah, yang kutahu ada tertera huruf 'FE' pada setiap surat formal buat abah. Dan aku juga tahu yang abah bekerja di Subang Airport. Namun ketika itu belum terdetik di hati aku untuk menjadi seperti abah. Tidak tergambar dalam pemikiranku untuk membuat pekerjaan yang sama seperti yang abah lakukan.
Tatkala usia men
ginjak remaja, ketika di sekolah menengah, aku mula bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Aku mula menulis novel secara diam-diam namun diketahui dan aku hampir dikenakan tindakan walaupun aku taktau sebab-musababnya. Dan pada ketika itu juga aku mula memperjudikan masa depanku, tidak pasti kemana hala tuju yang bakal kutempuhi. Dan sebelum meninggalkan alam persekolahan, aku mula berminat dengan teknologi maklumat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pengaturcara komputer. Keputusan peperiksaanku agak memuaskan namun pilihan yang kubuat agak terpesong. Mungkin kerana tekanan, aku memilih untuk menuruti tawaran diploma yang kufikirkan dalam bidang IT, namun sebenarnya hanya satu daripada puluhan ribu cabang IT.Tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai projectionist. Pekerjaan yang agak membosankan bagiku, namun amat sesuai bagi sesiapa yang pemalas. Aku berhenti selepas setengah tahun bekerja, dan mula membuat keputusan s
endiri. Sebenarnya aku agak bingung dengan keadaan diri masa tu, tak terfikir sejauh mana panjang nyawaku. Yang aku tahu, esok aku perlu hidup untuk bekerja. Keadaan agak tegang dan akhirnya aku mendapat tawaran bekerja sebagai Projection Engineer yang sepatutnya mempunyai potensi besar untuk berjaya. Cita-cita mula berkembang di mindaku untuk menjadi Projection Engineer yang pertama di Malaysia, namun masalah dalaman timbul antara aku dan majikan yang memaksa aku mengundur diri dan sekaligus menguburkan cita-cita baruku itu.Kini aku menetap di kampung, menemani mama dan abah, dan senantiasa aku memikirkan tentang hari esok. Aku mula terfikir sejauh manakah aku harus pergi untuk berjaya? Mampukah lagi aku berjaya? Apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini? Terlalu banyak. Aku mengimpikan sebuah kereta tarik belakang, mengimpikan sebuah apartment untuk diriku sendiri, mengidamkan gitar ibanez JS dan Yamaha RBX-JM2, dan juga skuterku untuk dibaik pulih. Tapi kesimpulan yang aku dapat, aku mula sedar dan mungkinkah ini suatu takdir untukku? Mungkin Dia mahukan aku mengikut jejak langkah abah, mengembara di ruang udara ke serata dunia untuk mencari rezeki. Aku mula mengatur langkah, merancang untuk masuk ke Akademi Penerbangan pada tahun hadapan, dan kemudian memohon pembiayaan dari syarikat penerbangan. Dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mahu menjadi seorang juruterbang. Dan kemungkinan besar andai cita-citaku tercapai, aku akan biaya adik sampai habis sekolah baru la aku fikir nak kawin-mawin ni. Hahahaha. Nasib la sapa jadi girlfriend aku nanti, tunggu la kau sampai adik habis sekolah. hihihi.
~AKU NAK JADI PILOT~
Saturday, November 29, 2008
penerimaan dan penerimaan..

These few days I've been running a survey on relationship progress. Its how you accept the future, all the consequences and all that. Seriously, keputusan yang aku dapat agak mengejutkan sebab aku memang dah agak, does it mean I really can understand one's life? Heh. Ok, camni, aku dah jalankan beberapa survey untuk kajian dalam entri kali ni. Soalan yang diajukan lebih kepada pandangan orang ramai mengenai pasangan mereka terdahulu. Well, some says first love was the best, but true love will last. Attention readers, this entry is not only about lovey-dovey, feeling-feeling ni, its more about how people react on things they really put their heart on.
Based on the survey, almost 90% of WOMEN hate their ex-boyfriends. Aku memang dah agak tapi aku taknak buat ulasan sekarang because I also wanted to throw the limelight to guys punya opinion jugak. 80% of MEN masih sayangkan ex-girlfriends dia (including me), and out of 80% tu most of them still hope they can make it out back again and contiue the relationship (that's not including me). Seriously, boys will be boys, girls just wanna have fun. IT'S PROVEN, MATE! It means they don't say it for nothing. Maksud sebenarnya lelaki dengan lelaki dan perempuan dikalangan perempuan, they all think alike on certain things. Aku tak boleh nak describe apa masalah perempuan dengan bekas pasangan diorang, mungkin one of them cheat on the other or anything. Tapi seriously, perempuan memang benci tahap gaban dengan bekas pasangan diorang, macam ada satu perasaan yang diorang tu tak patut hidup dalam dunia ni lagi. Well, I've been through that phase. Dulu masa aku break up dengan girlfriend aku pun macam tu jugak, habis seluruh hidup aku dimaki hamun macam aku ni penjahat No. 1 dalam dunia. Tapi aku ni sabar je la, mula-mula tu memang sakit tapi lama-lama dah ok. And dengan kuasa Tuhan, dia pulak yang contact aku balik. Bukan la nak kata aku ni irresistable tapi things happen and they take turn, kejap kita kat atas and kejap kat bawah.

Lelaki dan perempuan, masing-masing punya sifat baik dan buruk tersendiri. Perempuan, selalu sangat dikaitkan dengan manja, lembut, manis, lemak berkrim disukai jantan. Lelaki pulak sering digambarkan dengan sifat kasar, keras, ego. Sebenarnya masing-masing punyai sifat yang sama macam tu jugak, so tak payah la nak kondem-kondem orang lain. Cuba tengok depan cermin, fikirkan segala apa yang pernah terjadi dari kita ni lahir sampai la sekarang, mesti ada sifat-sifat tu terserlah satu per satu, dan ada yang menghilang satu per satu. Jadi jangan la nak bising-bising kat orang sebelah tu, kesian dia.
Ok, men, diorang ni biasanya akan accept segala apa yang ada depan mata tu walaupun berat sebenarnya. Tapi mostly lelaki akan buat camtu, diorang akan move on biarpun dalam hati tu cam nak bunuh diri je. But women, seriously, they can't take it by herself. Selalunya (dan seharusnya) diorang ni perlukan teman andai terjadi sesuatu yang tak diduga. Women, they tend to cry when this kind of thing happen, so they do need a shoulder to cry on. Well, at least ada someone untuk dengar luahan hati dia pun dah cukup. Dan seseorang tu tak semestinya lelaki, dan tak seharusnya lelaki. Cukup sekadar seseorang untuk teman. Bukan apa, perempuan ni biasanya sangat lembut dan senang terpengaruh, sebab tu dia kena ada someone untuk monitor. Laki ni lain sikit, dia boleh control thinking tapi jarang yang dapat control perbuatan. Tapi so far kebanyakan laki ni akan cuba untuk lari dari fikirkan hal tu. Walaupun nampak macam diorang ni tak kisah, tapi dalam hati tu berkulat-kulat cendawan tumbuh. Serious shit la.
Sebenarnya setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tak semestinya setiap satu tu akan berjalan seperti kemahuan kita. Kita ni sebagai manusia, tak salah untuk meletakkan harapan, tapi keputusan tu tetap di tangan-Nya. Dan jangan la bila dah baca ni kita buat semua benda ala-kadar aja sebab takut meletakkan harapan tinggi, keyakinan tu kena la ada sekali. Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa berusaha dan yakin dengan setiap perbuatan. Apa yang bakal terjadi tu kita berserah saja la, dan andaikata pengakhiran tu jauh menyimpang dari apa yang kita harapkan, jangan la putus asa, terima dengan hati terbuka dan usaha lagi untuk perbaiki kesilapan. Manusia ni suka sangat mengalah, menyalahkan orang lain, menyalahkan batu jalan, ranting kayu, tayar kereta, tahik ayam, abes semua la nak disalahkan. Sepatutnya bila dah terhantuk tu, bangun la balik dan baiki kesilapan, bukannya maki-maki silap yang dah terang-terang silap. Panjang sangat dah ni, penat la nak tulis lagi, sambung lain kali dalam entri yang lain.
~buka mata, buka minda, buka peluang untuk diri sendiri~
Wednesday, November 26, 2008
-AKU BERMONOLOG LAGI-
There's so much to think about these few days. I keep on asking myself how, why, when,and who, over and over again but I just couldn't get the answer. Sakit kepala memikirkan benda-benda mengarut yang aku cuba untuk buktikan walaupun terlalu mustahil dari segi fizikal mahupun logik akalnya. Aku cuba mencari-cari identiti sebenar yang tersirat dalam diri aku, cuba untuk melarikan diri dari pemikiran tipikal masyarakat sekeliling yang kononnya bijak sangat. Satu kelainan yang aku sedar dalam diri aku ni ialah aku suka buat perkara yang lain dari orang lain, tapi aku tak suka dedahkan sebab rasa segan pula bila orang lain tahu. Aku tak suka tengok benda yang sama setiap hari (kecuali untuk bini, anak-anak aku nanti la). Aku lebih suka kepada suatu yang mudah dipandangan mata tapi manis dari segi pemikiran akal manusia. Aku nak cuba keluar dari kepompong pemikiran umat manusia yang tipikal ni. Memang tak susah cuma kena tajamkan fikiran dan buka minda supaya melihat lebih daripada apa yang orang lain boleh lihat.
Since these couple of weeks aku terasa macam my past is getting closer and closer to me. Aku cuba nak melarikan diri dari perasaan aku yang sebenarnya menidakkan kembalinya si dia dalam hidup aku balik. Aku lebih suka, sangat senang dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni. Aku tak perlukan seseorang yang kononnya mencintai aku untuk aku tahu yang hidup aku ni sangat bermakna. Aku boleh berdiri dengan sendiri, berlari sorang-sorang, tak perlu untuk orang lain konon nak berbaik dengan aku dan konon menyayangi aku. Sudah-sudah la tu, hidup ni masih jauh algi untuk diterokai, tak perlu bazirkan untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa seorang manusia. Tuhan dah tentukan jodoh setiap insan. Sejauh mana kta sayang orang, sekuat mana kita kasihkan orang, kalau bukan tertulis bahawa dia tu jodoh kita, sampai mati pun kalau cuba memang takkan berjaya. Bukan nak lemahkan semangat kawan-kawan yang bercinta tapi menyedarkan diri kau sendiri bahawa setiap kisah dalam hidup manusia ni ada perancangan yang begitu teliti dari Yang Maha Esa. Aku pernah ada orang yang cakap akan sayang kat aku sampai bila-bila dan takkan pergi walau siapapun yang hadir depan mata, tapi in the end kuasa Tuhan tu melebihi dari perancangan manusia. Nak menangis pun tak guna, nak meraung pun tak perlu. Apa yang aku buat masa tu aku usaha sendiri, bina hidup aku balik tanpa memerlukan pertolongan sesiapa, and Thanked God I'm still very much alive untill now.
Mungkin ada di antara anda semua yang membaca blog ni akan cakap aku ni agak kasar dalam penulisan, agak keras dalam perbahasan terutama bila berkait tentang diri aku sendiri. Ya betul, memang aku agak tegas dalam menentukan hidup aku. Aku dah penat nak berbahasa-bahasi, penat nak bercinta-cinta dalam hidup ini. Cukup la aku tahu keluarga aku masih disisi, kawan-kawan aku masih setia berdiri. Dalam menentukan arah hidup, kita tak perlu nak berharap kepada orang lain. Kita hidup ni untuk diri sendiri, orang-orang disekeliling tu semuanya ibarat perhiasan dalam mahligai hidup kita ni. Selagi kita jaga mereka semua tu dengan baik, maka baiklah kelihatannya dari pandangan mata. Dan sesungguhnya hidup ini bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup ini. Lagi satu, jangan letakkan harapan terlalu tinggi kepada orang lain sebab manusia akan menghancurkan manusia, tapi Tuhan sentiasa ada bersama manusia tak kira sejahat mana kelakuan mereka, sehodoh mana rupa mereka ataupun sekotor mana pakaian mereka. Kita hanya perlu berserah kepada yang Satu. Insyallah Dia akan membantu kita seluruhnya.
~bismillahitawakkaltu 'alallah~

Thursday, November 13, 2008
One Sweet Hell of A Day...
Semalam merupakan antara hari yang paling memenatkan buat diri aku semenjak bergelar pengusaha ladang anggur hidroponik (hehehe). Malam sebelum tu aku dikejutkan dengan panggilan dari seseorang bernama 'Sue' yang meng'offer' aku jadi pelakon tambahan untuk satu telefilem yang mana penggambaran itu adalah pada esok hari. Dah la bagitau masa malam, aku pun gelabah campur 'excited' pulak dah. Mampus aku tak boleh nak lelap malam tu, rasanya dalam jam 4 pagi kot barulah boleh aku melelapkan mata. Tapi lena aku tak lama mana pun, aku dikejutkan oleh suara merdu mama yang suruh aku bangun dan bersiap. Dengan terpisat-pisat tu aku pun bangun lalu mandi dan bersiap-siap. Nasib baik rumah baru ada water heater, kalau tak demam la aku pagi tu. Lepas segalanya dah ok, aku pun bawak mama breakfast dengan Aunty Siti kat Rembau sambil bersembang-sembang. Dalam pada bersembang mama tu, aku baru perasan kalau mengikut pengiraan masa aku yang aku ni dah agak lewat sebab aku bercadang nak singgah di Serdang dulu baru bertolak ke lokasi penggambaran. Hangin jugak la aku pagi tu kat mama, tapi tak apa la, buat tak paham je dan aku pun batalkan keputusan untuk singgah di Serdang tapi aku terus pergi ke Pasar Seni, Kuala Lumpur, tempat yang dijanjikan untuk penggambaran itu.
Setibanya aku kat sana aku tengok keadaan terlalu sesak, ramai gila orang kat sana sebab mula-mula diorang shooting kat luar, babak aku belum dimulakan lagi. Aku pun pergi la berjalan-jalan dalam CM tu nak cari hadiah untuk seseorang tapi tak jugak jumpa-jumpa sebab aku ni tak pandai nak memilih. Dan tak lama kemudian aku pun dipanggil dan bersedia untuk berlakon, padahal jadi extra je, duduk minum jadi latar belakang, ceh. Pengalaman pertama aku jadi extra ni tak adalah best sangat pun tapi penat la jugak sebab aku tak makan, cuma breakfast pagi tu aja aku makan. Nasib baik tak ada dialog ataupun yang sewaktu dengannya, cuma jadi pak duduk je jadi macam orang tengah minum-minum. Penggambaran habis sekitar jam 8 malam dan payment pun dapat cash. Disebabkan aku ni masih lagi blur nak cari hadiah yang aku mention tadi tu, aku pun mintak la tolong sorang lagi extra ni untuk tolong aku carik, dan dapat la aku satu beg tangan yang bagi aku agak menarik la jugak. Dah siap-siap semua, pergi hantar untuk wrap and aku pun terus balik sebab aku dah janji dengan seseorang. Memang hari tu aku rasa agak lain sebab badan aku agak lemah, kepala pun panas, mata pedih, rasa mengantuk pagi tu pun belum hilang lagi. Dan jumpa pulak dengan seseorang yang dah lama aku tak jumpa lepas tu terpaksa pulak tumpang tidur rumah dia sebab esok tu memang ada agenda dengan dia jugak. Tapi memang malam tu aku rasa betul-betul tak larat. Masalahnya, bila aku dah tak larat, lagi susah aku nak tidur. Tambah pulak kena bersilat kuntau dengan nyamuk-nyamuk sebab aku tidur atas sofa kat ruang tamu. Dan akhirnya aku terlena sekitar jam 2 pagi kot kalau tak silap.
Hari ini kehidupan aku bermula seawal jam 6.30 pagi. Dikejutkan dengan aksi manja anak-anak kucing kesayangan aku dan dia, dan jugak suara dia yang mengejutkan aku dari lena. Terpaksa la aku bangun sebab aku malas nak bertangguh lagi lepas tengok dia pun dah siap mandi dah, tinggal nak make up je lagi. Dan bila segalanya dah selesai maka bertolak la aku dengan dia ke Putrajaya untuk selesaikan hal dia. Alhamdulillah, sepanjang hari ni aku rasa agak penat namun dalam hati aku agak gembira kerana merasakan kehadirannya bersamaku walaupun jauh dalam hati aku ni mengatakan yang dia tu agak jauh dariku. Yela, dia masih ada komitmen dengan seseorang dan aku pun taknak meletakkan harapan untuk dia kembali kepada aku seperti waktu dulu. Dan dari perbualan kami masa menikmati hidangan tengahari di The Chicken Rice Shop, aku dapat rasakan yang dia masih mengharapkan aku berada dengannya. Terus terang aku katakan padanya yang aku tak mahu mengharap apa-apa dalam perhubungan ini, memang benar dulu kami pernah bersama lebih dari setengah tahun, tapi kehadiran orang ketiga dalam hati dia membuatkan aku disingkirkan. Dan kejadian itu membuatkan aku jadi serik untuk memberi komitmen terhadap seseorang dan lebih menumpukan masa aku untuk mencapai cita-cita. Aku tahu dia sayang aku lagi, dia pun dah cakap tadi, kalau tak cakap pun aku tahu. Cuma aku lebih senang kalau dia hadir sebagai seseorang yang lebih memahami aku, pada masa akan datang. Buat masa ini mengkin aku lebih senang bersendiri.
Dalam 3-4 jam kami bersama mengharungi hari tadi aku rasakan cukup bahagia, aku dapat rasakan seperti masa itu berputar kebelakang, jadi macam hari-hari kami yang dahulu. Tapi bila mendengarkan keluhan hati dia, aku rasa kesian pulak. Dia macam dipermainkan, dikawal sepenuhnya mengikut kehendak hati 'orang itu'. Aku tak ada hak untuk mengajar orang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak, tapi bukan bermakna aku tiada hak langsung untuk mengingatkan seseorang yang aku sayang supaya berfikiran jauh. Dalam hati aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya, aku nak tengok dia tersenyum gembira seperti bersama aku tadi. Aku tau dia ada masalah dan aku pun hanya membantu sekadar yang boleh. Dan kelelahan hari aku ini diubati dengan sms dari dia yang mengatakan aku masih tetap dihatinya. Ceh, karat la pulak. Tapi memang hari ni satu lagi hari yang memenatkan buat aku, tapi masih tetap menjadi hari yang manis dalam sejarahku. Sampai aja kat Seremban tadi pun aku dah tak larat dah, balik tadi aku terus bukak baju semua dan mandi. Rasa macam nak pitam pun ada dan akhirnya aku terlelap masa tengah layan MAMMA MIA kejap tadi.
~jauh di mata, bukan bermakna jauh di hati juga..dekat di hati belum tentu dapat dimiliki~

Tuesday, November 11, 2008
P . D . R : Pride Determination Resilience
Aku dah mula merasa sarang labah-labah mula melingkar kat celah-celah ketiak aku. Dah almost 3 months aku duduk rumah and tak bekerja. Apa yang aku buat cuma tulis blog, update friendster, update facebook, apply kerja sana-sini, pergi interview sana-sini, dan juga mencangkul kat belakang rumah bila abah panggil. Aku dah mula terasa bosan dan agak beku bila terkenangkan hari-hari yang berlalu. Rasa macam nak belajar memasak sambal petai dari mama pun ada, rasa macam nak repair moto pun ada tapi aku tak reti sebab CDi dah kena bawak lari, nak pergi jalan-jalan kat KL pun ada tapi duit pulak tak ada. Pening bila aku memikirkan semua tu. Aku rasa macam aku ni kene gari kaki dan tangan, mulut diikat, mata kena tutup, pastu diletakkan dalam sebuah tong dram lalu digolek-golekkan lalu aku menjerit,
TOLOOOONNNGGGGG!!!!!!!!!!
Apa yang aku nak buat semuanya macam terhalang oleh keadaan. Aku cuba nak lari dari keadaan ni sebenarnya, cuba untuk membuat come back konon-konon nak buktikan kat seluruh dunia yang aku ni masih wujud dan bernafas seperti mereka-mereka semua. Tapi mungkin aku belum lagi dapat melihat dengan lebih telus daripada pandangan mata orang lain. Mungkin ada lagi perkara yang aku ni masih lagi tak nampak, belm lagi aku rasai, dan mungkin belum lagi aku terokai.
There were some people who can't accept the truth, some who try to re-invent the truth, and also some who gave it all up to the truth. Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya sebab terlalu berat rasanya beban yang aku terpikul sekarang ni untuk aku ceritakan. Kalau duduk dalam gelap tu aku akan terbayangkan sebuah batu besar yang menggerutu berwarna kelabu-kelabu sikit, tengah berada betul-betul atas kepala aku ni. Rasa macam banyak sangat beban yang aku kena pikul, banyak sangat buah fikiran yang bercambah dalam kepala hotak aku ni. Bila aku cuba huraikan satu per satu, mula la aku terbayangkan yang masalah aku tu umpama satu jaringan sarang labah-labah yang berwarna kehitam-hitaman, aku tak boleh nak huraikan sebab bila mana aku tarik seurat dari jaringan itu, beberapa urat lagi akan melekat kat tangan aku. Setiap satu masalah itu akan berkait-kait sampaikan aku pun dah mula pening dengan pelbagai masalah itu lalu aku abaikan semuanya.
Pride. Maruah setiap orang tu terletak dimana? Cuba tanya diri sendiri dimanakah letaknya maruah anda. Adakah terletak pada keperawanan atau keterunaan anda? Atau mungkin pada penampilan diri anda-anda semua? Cuba fikirkan sebentar. Bagi saya, maruah setiap insan itu terletak pada dirinya sendiri bagaimana dia menghormati dirinya sendiri, bagaimana dia menghormati setiap insan di sekelilingnya, bagaimana dia meletakkan dirinya dia khalayak ramai dan menyesuaikan diri dengan keadaan walau masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri. Itu yang akan menunjukkan betapa tingginya maruah pada seseorang insan itu. Ini bukanlah entri untuk memberi nasihat tapi sekadar memberi peringatan kepada sesiapa yang membaca. Aku pernah jumpa seorang yang mengatakan maruah dirinya tidak boleh dijual beli, namun tatkala masalah kewangan melanda duit itu menjadi raja kepada segala raja dalam dirinya, sampaikan sanggup nak mencabut nyawa sendiri. Cuba hormati diri sendiri, jangan abaikan setiap daripada pesan Yang Maha Esa, jalankan segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Insyallah, setiap insan itu akan berjaya. Pride, determination, resilience. 3 perkataan yang sebenarnya cukup kuat dan memberi makna. Resilience ni kira macam bounce back la, an ability of something to recover from any disturbance, shock etc. Semua tu terkandung dalam satu cerita sports-comedy berjudul 'PRIDE'. Kalau ada masa nanti tengok la, okeh. Dah start showing kat Star Movies.
~i love my life,more than anyone can see~

Sunday, November 9, 2008
-FACES-

Senyuman itu ibarat satu warna cerah yang akan mencantikkan lagi suatu lukisan dan andai diukir dengan hati yang ikhlas, maka keindahannya ibarat saujana mata memandang. Dalam hidup ini, senyuman merupakan pengubat kepada hati yang duka, penawar kepada jiwa yang lara dan juga penyeri kepada hidup yang serba ceria. Seseorang yang banyak senyum, maka kuranglah masalah yang membebani hatinya kerana senyuman itu sebenarnya menyimpan seribu satu erti yang kadang-kala tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Subscribe to:
Posts (Atom)