Aku tak tahu berapa banyak budi dah aku tabur, aku tak pernah kira berapa kali aku berbakti, aku tak pernah mencatat berapa kerap aku membantu. Baik dari segi masa, wang ringgit, nasihat, peneman, pendengar dan bermacam-macam lagi. Sedikit pun aku tak pernah, walau sekecil zarah sekalipun, aku berkira dalam hal-hal itu. Bagi aku, hari ini aku tolong orang, esok Dia akan memudahkan perjalanan hidup aku. Insyallah. Biar berpeluh aku berjalan, biar bertingkat aku mendaki, biar berlipat bil telefon setiap bulan, tapi belum pernah lagi aku berkira walau dengan sesiapa. TAPI ITU AKU! Bila cerita sampai ke telinga umat lain, maka secara standard dan tanpa segan silu sebagai lumrah bangsa Melayu, maka keluarlah cerita tak kenang budi, kejam, dayus, mainkan itu mainkan ini. Ape kejadahnye engkau? Kenapa mesti membangkitkan naluri ingin tahu aku, daripada aku berbuat amal kebajikan, daripada aku ikhlas berbakti, sampaikan aku sendiri mula merasa rimas dan jauh hati. Ya, betul. Aku manusia yang sama seperti kamu, kamu dan kamu. Punya hati, perasaan, naluri mencinta dan ingin dicintai, kekecewaan, kekesalan dan bermacam lagi. Aku tidak mengharap belas ihsan, kasihan dan pujuk rayu orang-orang seperti kamu. Biar sebesar mana aku berkorban, atas nama kawan, aku masih lagi halalkan.
Tapi tolong jangan buat sampai aku terasa seperti dipergunakan. Alat untuk melepaskan marah, mengharapkan simpati, mengadu keadaan diri, dan sebagai ganti bagi yang tidak sudi. Aku punya mata, aku punya hati, aku punya akal, aku punya iman. Apa yang aku hulurkan itu adalah bantuan, tidak nampak dengan mata kasar, tidak telus dengan mata hati. Tidak perlu menabur kata-kata yang mempunyai maksud berjanji andai diri sendiri tidak pasti. Hari ini bersedih, hari esok menangis, hari lusa mula sedar, hari tulat aku dah dilupakan. Itu adalah realiti, bukan fantasi. Fairy tales always lies! Tiada satu pun alam dalam kehidupan ini yang sama dengan kisah Cinderella, Snow White, Rumplestilskin. Itu semua hidup dalam dunia fantasi dongengan mat saleh purbakala. Tiada seorang pun manusia, walau putera raja, yang sanggup mengembara merentasi dunia untuk bertemu sang puteri yang terbujur kaku mengharap ciuman bagi melepaskan sumpahan. Itu semua karut marut! Kalau mereka-mereka itu hidup di alam realiti, hari ini putera berjanji untuk mencari puteri, hari esok putera terkandas di kampung sebelah, terjumpa anak jiran yang lagi lawa dari sang puteri. Sang puteri duduk ternganga, terbujur sampai tinggal debu. Kalau dongengan itu hidup dalam realiti, hari ini puteri menanti putera dari negeri satu, hari esok puteri pacaran dengan laksamana yang telah bersama sejak sekian lama. Itu realiti kehidupan!
Kenapa perlu bercerita tentang fantasi? Apa perlu berkisah tentang dongengan? Itu semua tipu belaka, sedangkan nenek yang sudah nyanyuk pun tahu akan fakta itu. Di dunia realiti ini, semua manusia cuba menipu, ramai yang pandai menipu, banyak yang suka menipu, dan sungguh ramai yang selalu kena tipu. Jangan sesekali percaya dengan sebarang percakapan, andai bukti tidak kelihatan. Jangan suka bergantung kepada janji, andai kata-kata sendiri pun susah nak dituruti. Sekali berkata, kita tetap memberi makna. Sekali berjanji, akan teguh sampai ke hari nanti. Tidak perlu diucapkan sayang andai diri sendiri tidak faham makna sayang, tidak perlu diucapkan kata amarah, andai marah itu berpunca dari diri sendiri. Aku sekarang meletakkan diri aku di tempat yang sangat jauh. Jauh dari kehidupan luar, jauh dari pemikiran dangkal, jauh dari janji-janji si penipu. Aku tidak maksudkan sesiapa pun penipu tapi untuk mengulang kembali kesilapan lalu, minta maaf, aku bukan tempat untuk dituju. Aku mahu hidup dalam realiti, bukan di alam fantasi. Aku mahu diri disayangi, bukan sekadar tempat mengadu nasib diri. Aku mahu selalu dihubungi, bukan hanya ketika terluka hati. Aku mahu realiti, bukan fantasi basi!
~fairy tales ALWAYS lies~
No comments:
Post a Comment