Monday, July 26, 2010

That Dream...




There's a dream in every sleeps, and there's a story in every dreams. I never trust one. - husnihalim

Semua orang ada impian. Semua orang ada mimpi. Semua orang tidur dan kebanyakan orang berjaga. Setiap tidur, walau sekejap, walau sekelip mata, walau sejenak cuma, walau sekadar terlena, pasti akan disulami mimpi. Dari mana datang mimpi? Kenapa keluar mimpi itu? Kenapa bukan mimpi ini? Apa pasal aku mimpi di sana? Kenapa bukan mimpi di sini? Kenapa? Mengapa? Apa pasal? Bagaimana? Semua pun bertanya benda yang sama. Mimpi, adalah gambaran rupa, imej, suara, suasana, dan emosi yang dialami oleh minda ketika tidur. Kandungan dan kisah di dalam mimpi sebenarnya tidak dapat dipastikan kesahihan atau tujuannya walaupun ada sesetengah topik dan spekulasi diketengahkan di dalam sejarah. Itu merupakan terjemahan dari ensiklopedia dalam talian atau wikipedia bila aku search pasal mimpi. Agak rumit, complicated tapi masih boleh difahami walaupun anda berminda kelas peralihan. Kenapa aku cerita pasal mimpi? Apa kaitan mimpi dengan posting aku kali ini? Ni dia aku nak cerita.

Selama aku hidup dah 26 tahun lebih ni, aku rasa dah bermacam-macam mimpi aku alami. Kena kejar hantu, jadi hantu, makan hantu, main bola, baca buku, jadi hero, angkat berat, buat rumah, buat pasal, even mimpi mati pun pernah. Berpeluh aku mimpi kena kafan, orang usung bawak pergi kubur, kena masuk dalam liang lahad, sampai la orang turunkan tanah baru aku terjaga. Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal mimpi tu, tapi aku nak cerita pasal mimpi satu ni. Selama aku hidup ni, aku tak pernah percayakan mimpi. Biarlah orang cakap mimpi kena patuk ular tu ada orang nak masuk meminang ke ape ke, tapi sungguh aku langsung tak percaya. Tapi malam tadi aku mimpi sesuatu yang agak menarik. Memang sebelum ni aku pernah jugak mimpi macam ni, tapi bila dah 2-3 kali mimpi benda yang sama, dengan orang yang sama, aku jadi musykil. Hoi! Bukan mimpi basah la bodoh! Aku mimpi bertunang. Adoi, mampuih nak pikir. Kalau dengan Jessica Alba tu aku layan gak la, tapi bila aku mimpi camtu dengan orang yang sama, entah la.

Ya, memang betul baru 2-3 hari tak contact. Tapi aku tak rasa itu yang menyebabkan mimpi tu boleh keluar dan itu bukan satu faktor yang mewujudkan dia sebagai heroin dalam drama mimpi aku tu. Memang betul aku ada simpan rasa-rasa sikit (sikit je, xbanyak pun..sikit je..) kat dia, lebih-lebih lagi aku sentiasa rasa dia dekat dengan aku walaupun kadang-kadang aku rasa dia tu macam perlukan aku sebagai tempat mengadu sahaja. Yela, dulu kalau dalam phone, sanggup la dia pegang je telefon tu cakap dengan aku sampai dia bukak pintu rumah, dah masuk dalam rumah baru nak letak. Tapi bila (mungkin, aku taktau) ada orang lain yang boleh dia bercakap, aku ni hanya tempat untuk mengadu bila ada hal sikit-sikit. Who cares?! Aku sentiasa ada dengan dia sebagai kawan, that's what friends do. Biarlah orang akan cakap yang aku ni tempat singgah je ke ape. Mulut korang aku nak tutup camane, aku pun ade mulut jugak.

Berbalik cerita mimpi. Dulu pernah aku solat mintak petunjuk masa aku tengah hadapi satu masalah. Aku mintak diberi petunjuk mana jalan terbaik untuk aku pilih. Tiba-tiba malam tu mimpi, keluar muka dia lagi. Tapi aku tak pernah anggap itu satu petunjuk, bagi aku itu hanya sekadar mimpi. Walaupun selama ni banyak yang aku rasa macam petunjuk tapi aku masih abaikan sebab aku akan anggap kebetulan. Well, mimpi itu memang datang pagi tadi tapi tak mengganggu aku pun. Cuma bagus untuk aku gunakan sebagai coretan dalam blog aku ni. Aku rasa mungkin aku sentiasa ingatkan dia, terasa sedikit rindu, mungkin itu yang menyebabkan aku mimpi dia kot malam tadi. Yela, dulu aku pernah baca tentang teori mimpi yang mana kita akan mimpikan sesuatu atau seseorang yang sentiasa ada dalam minda kita sebab mimpi itu terhad di dalam minda. Mungkin ada benarnya, munkin juga hanya sekadar teori.

~kalau mimpi itu menjadi realiti, mungkin aku akan melonjak tinggi dari KLCC..

No comments: