Sunday, September 29, 2013

My Everything

'Ma, sorry kacau. I need help.'
'Anything?'
'Ni pasal ******. Dateline dah dekat, dunno where to find this and that. I need your advise.'
'Laaa..u tak payah risau pasal tu, mama and abah nanti cover.'
'But its my day.'
'Told u, we got it covered.'
(edited for dramatic reason)

That was some of the conversation dengan mama semalam. Seriously, mama and abah were my last resort when it comes to a dead end. And yet, they, both of them, never fail to help me through. I was almost come to a 'we have to postponed this' solution, and they give me a reason to stay straight. Kadangkala rasa macam susah nak hadap tapi bila cerita kat mama, aku terus redah.

32 years and still counting, bukan sehari dua diorang dah bersama, anak sembilan, menantu tiga, cucu tiga, that was hell of an achievement i can never think of. Ya betul, kali ni baru aku rasa stress bila nak datang hari itu. Selama ni aku tak pernah perasan pun, even dah berbulan benda jadi pun masih tak perasan. Orang takkan nampak depan mata, aku pun tak reti nak tunjuk mintak ihsan simpati, buat apa? Bukan apa, sebenarnya aku pun tak tahu benda dah lama, makan sikit-sikit sampai la.

Betul aku stress. Things aren't just as simple as ABC. Ada yang kata senang, ada yang kata susah, aku kata ini ujian. Berat nak tanggung makan hati sorang sampai tak tau nak cerita. Dulu pinggang saiz 31, pakai baju saiz M pun sendat sampai la baju tu aku gantung je buat emergency. And emergency came knocking on my door this morning, baju lain semua hantar dobi tak kutip lagi, tinggal baju M sendat tu. Surprised i'm not, baju M sendat dah tak sendat lagi.

Apa rahsia, orang tanya. Makan macam biasa, pagi, tengahari, malam, futsal 2-3 kali seminggu, balik futsal makan nasi lagi. Mana yang jadi dietnya? Bukan diet tapi tekanan makan diri. Average 4am baru tidur, 6am bangun subuh, tidur balik, 8.30am bangun terus. Berapa jam? 3-4 hours, DAILY! Been going on like this for about 3-4 months, and still going. Itu bukan diet. Itu stress. My sleepless nights filled with hours of tazkirah, ceramah, sirah nabi, tafsir ayat, thanks to youtube. Thats my secret. Itu lebih baik dari aku sedut meth.

Mama pesan jaga diri, jaga solat, jaga adab, subuh jangan tinggal (the only prayer i ALWAYS miss bila balik kampung.), banyakkan mengaji. Mama pesan lagi, banyakkan bersabar, don't do anything stupid, she's still young, kena belajar bersabar untuk mendidik. Aku pasrah. Orang tak nampak, mama pun tak nampak, abah pun tak nampak, it all came to me, and it eats me slowly. Macam virus masuk dalam mainboard. No, dia bukan virus, stress itu virus.

Mama, she never fail to help each and everyone of her children, not even once. Abah, he's like the boss, the kind of that you'll always adore. The way they sails this big ship, never i can see in any other ship that i knew. Sorry, i don't cry writing this......i cried when it finished.

Abah, mama, you're the greatest of them all. Barakallahu a'laikuma.

Friday, August 30, 2013

Tipikaliti dan kemerdekaan

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another. Bercakap mengenai tipikal, ia boleh ditakrifkan sebagai satu kebiasaan ataupun lumrah, mempunyai sifat-sifat lazim, sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Contoh mudah tipikal ialah bila mana kita sebut kaum india, automatik otak kita akan proses imej berkulit hitam, bahasanya berlidah tebal, bila sebut melayu, kita terus bayangkan beragama Islam. Dalam era globalisasi ini, tidak dapat tidak, minda kita akan senantiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal ini. Hal ini berkait rapat dengan persekitaran iaitu pengaruh sekeliling, apa yang kita lihat dari zahir, bahkan apa yang kita tonton di televisyen dan layar perak sekalipun mampu mempengaruhi pemikiran tipikal ini. Semuanya berkait rapat, namun tetap jatuh kepada kebebasan fikiran kita untuk memutuskan sesuatu tipikaliti itu.

31 Ogos setiap tahun di Malaysia disambut sebagai Hari Pengisytiharan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu luas takrifannya. Setiap satu makhluk, insan, malah objek ciptaan manusia sekalipun ada takrifan kemerdekaan sendiri. Ini terlalu umum untuk ditakrifkan secara total, terlalu luas untuk diberikan makna sekadar sepotong ayat.

Menyorot soal tipikaliti dan kemerdekaan, apakah pemikiran tipikal kita bila disebutkan kemerdekaan? Perbincangan untuk posting kali ini ialah, bila kita sebut orang Parti Islam SeMalaysia (PAS), dengan mudah pemikiran tipikal kita akan tergambarkan ustaz-ustaz, tok lebai, berserban berkopiah putih, bercakap soal agama, dan bila disebut UMNO-Barisan Nasional, yang terbayang ialah songkok dan baju melayu, baju batik, berkot dan tali leher, ada juga terbayang BR1M dan keamanan negara. Persoalannya, amankah negara sekarang? Mungkin jauh lagi untuk dijawab.

Melihatkan isu di Syria, di Mesir, tidak lama dahulu di Tunisia, rakyatnya bangkit untuk kebajikan sendiri, yang kita nampak cuma keganasan pemerintah seperti Al-Sisi, Basyar Al-Asad, tidak terfikirkah kita mereka yang melawan itu cuma berbekalkan pesanan dari ulama' seluruh dunia yang bila disebut sahaja kita akan terbayangkan 'berserban, berkopiah putih, bercakap soal agama'. Apakah mereka tidak suka keamanan dengan menyokong pemerintah mereka yang 'berbaju kot, bertali leher'? Nampak kaitannya dengan persoalan mula dari perenggan atas? Tidak merdekakah mereka hingga perlu berjuang sebegitu rupa? Fikirkan.

Pokok pangkalnya di sini, hidup kita ini ada tujuannya. Tidak Allah jadikan kita dengan tidak ada sebab, segalanya bersebab, malah Allah ciptakan batu yg tak berbunyi tak bercakap tak bernyawa itu pun ada tujuannya. Semuanya kita perlu berbalik kepada Yang Esa. Andai kita sebut berjuang untuk negara dan bangsa, sia-sia perjuangan itu, sama seperti Quzman semasa Perang Uhud, berjuang hanya kerana bangsanya lalu mati sebagai ahli neraka.

Perjuangan untuk agama Allah ini sangat luas kalau mahu diceritakan dari satu perspektif sahaja. Juangnya itu untuk menegakkan agama, meluruskan masyarakat dengan agama, meninggalkan segala yang ditegah, mengerjakan apa yang diperintah. Apakah dengan mengangkat bangsa yang majoriti beragama Islam, kita sudah dianggap merdeka dari perjuangan menegakkan agama? Atau mungkin kita kata negara kita sudah dimerdekakan dari penjajah dengan syarat tertentu oleh mereka, sudah kita anggap merdeka? Kalau itu takrifannya, tiadalah erti merdeka itu, cuma sekadar tipikaliti pemikiran kita yang menganggap kita sudah merdeka. Jadi, merdekakah kita dari pemikiran tipikal itu?

Sunday, August 18, 2013

Bimbang - Melly Goeslaw (OST - ADA APA DENGAN CINTA)


Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu
persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak
mengapa namun ada yang hilang separuh
diriku

Thanks but no thanks

What past is past, and i always wanna keep it that way. For me, yes it was past, for others, I don't know. Dah berapa bulan benda jadi, baru aku tau selama ni aku yg kena kutuk, nama aku yg buruk. Fine, takpe la, its nothing pun actually. Ayat yg sama kalau aku nak ulang pun, grow up, bukan budak kecik anak lagi. Benda dah ulang tak tau berapa ratus kali.

Aku ni bukan nak amik tau sangat tapi aku ada kawan-kawan yg rajin bercerita tanya khabar. Bila keluar cerita yg lama tu, aku pun pelik la. Aku pulak yg dimaki hamun, dikutuk caci depan orang, padehal dah elok aku duduk diam tak berbunyi. Jangan kata nak bunyi, angkat call, reply mesej, emel pun takda. Bukan apa, aku taknak panjangkan cerita, biar cerita tu habis kat situ. Tapi aku jugak yg kena tuduh macam itu ini.

Seriously, memang aku doakan akan ada somebody, anybody, akan take over tempat aku tu, finally someone came around, finally. Aku tak tau la memang dah lama atau baru, yelah dulu depan mata pun aku kena bodohkan. Bagus la, mungkin senyap la bila dah ada tu. Tapi seriously, serious shit, bulan lepas pun ada lagi aku dapat call tengah malam, mesej yg aku dah lali nak tengok. Aku yg terima mesej, aku yg dituduh gila, kacau dia, itu ini, setan bodoh apa lagi semua maki hamun tu la. Haih, speechless kejap aku.

Aku tak larat nak berdendam, aku cuma mampu doakan yg terbaik utk semua orang, itu dah cukup baik daripada aku tak doa apa-apa atau aku doakan bukan-bukan. Aku hormat diri orang, selagi dia hormat diri dia sendiri dan hormat aku. Tapi bila aku dapat cerita camni, rasa macam mengarut pulak. Aku diam pun salah, bunyi pun salah. Malas la aku nak buat apa, aku pun dah ada plan besar aku tak lama lagi. Biarlah.

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Minal'aidil walfaaizin

Tuesday, July 2, 2013

Anger management

Hell no! I'm not gonna write shit on anger management. Yep, I'm angry, emotionally unstable, physically lethargic, but still able to handle the situation, at leaat by keeping my mouth shut. Seriously, I've been working in, what, 4-5 different companies appoximately, changes of superior for about 6-7 times, and hell this is the first person that I always wanted to say 'Shut your bloody mouth, asshole. You're not making things better for anyone but you'. Damn, I thought the worst boss I ever had was like 3-4 years back, whom always care about nothing but the money. And then I met (and unfortunately, have to work with) this grumpy old man. I thought age made us more mature, understandable and understanding, then there come the black sheep of the herd. You know who.

HUMAN MANAGEMENT

Staff controlling, human management, is suppose to be something you can learn through experience. Its not some shit that you can get by attending this high-paid seminar, 3-4 times your salary or whatever, and how good the content is. Experience teaches you the best way to get into people. Managing a company, regardless how small or how big the company is, falls directly on how you control, handling other people. A good bos is the one being respect by the staffs, not being afraid of. No matter how old you are, how many white hair you've being grown on your bloody head, of you never learn how to listen, you will never ever succeed in managing others.

AGE DOESN'T GUARANTEE MATURITY

When we talk about experience, yes it will involve how many years you have been living, how many people you have met. But that doesn't guarantee maturity unless you start to listen, listen, and listen, and think about other people. Maturity, shows on how calm you handle a problem, how you relate to others, how you act through situations, how you respect others. Standard Operating Procedures, being carried out in all firms, its a guidelines on how you must do your work, and it should, must come with your creativity on how to tackle the end result. Follow it blindly, or make it better? Your call, wiser decision on your right hand, stupidity always lays on the other, your call.

PROFESSIONALISME

You wanna talk about professional? Then leave your personal hateness, grudges, the story of how you attend that so-called seminar few decades ago, leave it on your doorstep, never bring it inside the office. Come on, you asking a question and urges people to answer but you never want to listen to any of the answer. Where's the solution? When there's a problem, you should find a solution, not a way to yell at others, find more and more mistakes, piled it all up so you can yell some more. That's your definition of professional? Then FUCK YOU!

Seriously, like really damn seriously, I don't give a damn if you want to scold me over my mistakes, but to take it on papers, affecting my performance indexes, then I will never respect you as my superior. You're just one hell of a dumbass.

Monday, June 17, 2013

Mistake

Yesterday we laughed,
We cheerished everything we do,
I smiled to u, u always says 'I do',
When we were together,
It seems like we're magnetized to each other,
Seems so hard for me to let go,
Real hard for you to say just go.
That was yesterday.

Time flies by,
The whole world turned around,
Its been hard to live for another day,
When what we only sees are each others' mistakes,
Sometimes i cried inside,
Cursing myself on what have i done to me,
Turning the table around and left the sweetness alone.
Making u cry is never my intention,
It hurts more inside, much more than others can think of.

I miss you,
I miss those days,
I miss those feelings,
I miss the yesterday's me,
I miss it all.
It was my mistake,
My mistakes,
And I'm missing you.

Thursday, June 6, 2013

Korean foodie galore

Korea, satu nama yang kalau disebut orang takkan terbayangkan bendera tapi lebih nampak PSY dengan Gangnam jahanam die tu. Apa yang syok sangat dengan gangnam tu pun aku tak paham, sampai yang namanya menteri pun nak gangnam untuk tarik penyokong, memang jahanam la generasi jawabnye. Dulu aku pernah kerja dengan koreans, namanya Park Gi-Hoon dengan Kang Jeong-Il. Mr. Park, kalau amik exam english aku.cakap kau memang adik aku masa darjah 6 dulu lagi sopan cakapnye dari dia ni. Mr. Park dah kawin, ada 3 orang anak tak silap aku, sorang pun aku tak pernah tengok, tapi he's a superbly hardworking guy. Katanya di malaysia ni budayanya agak santai tapi di korea budayanya lebih kepada kerja. Jadi aku memang tak hairan produk korea tu naik melampau cepat menyaingi produk eropah, tengok handphone cukup. Samsung tu dah cukup samseng dah tendang apple dan produk lain ke tepi, nokia jgn sembang la, memang kena ayam je. Mr. Kang pulak lebih cool, santai rilek, selalu bagi rokok dunhill korea sekarton bila datang sini. Jimat weh, walaupun rasa tu kurang kick sebab paras nikotin yang rendah.

Enough with the koreans, ni nak sembang makan ni. Hari ni pegi makan makanan korea. Gila penang ni, hang cakap ja makanan apa semua ada. Kalau datang penang aku bole la tunjuk mana kedai yang sesuai utk dapatkan makanan apa pun yang nak rasa, makanan rohani pun ada- pegi masjid. Restoran ni namenye Korean Cafe Gil- kat atas menu dia ada tulis 'Gil- Way (jalan)', aku rasa itu bahasa korea tu. Kalau dia tipu aku pun bukan aku tau, so aku iyekan je lah. Dulu masa kerja di damansara selalu jugak aku pegi makan korean food kat kedai di SS2, area murni SS2. Kimchi kat situ sedap, aku syak dia letak sambal belacan la. So aku dah terbiasa dengan korean grill yg dipanggil bulgogi tu, minuman soju, memang meningkatkan nafsu makan sungguh.

Kali ni makan di penang pulak, sajiannya lain sikit sebab semua ready made, bukan kita yang grill sendiri. Rupanya itu la evolusi makanan yang aku baca kat internet tak lama dulu. 3 makanan yg dah order hari ni; bulgogi rice, bibimbap, satu lagi ni lupa dah nama apa tapi ala-ala sushi stended balut dengan seaweed. Bulgogi ni sebenarnye dipanggil grill beef, biasanya dipanggang atas dapur charcoal. Daging tu dah diperap dengan rempah ratus yang beratus la kot, dan bila dimasak tu biasanya akan dipanggang sekali capsicum (bell-pepper a.k.a Lada benggala) dan bawang besar utk tambahkan rasa dan aroma. Tapi kali ni makannye ready made, dah jadi macam menu daging black pepper, dihidangkan dengan sedikit nasi dan kimchi. Boleh tahan jugak rasanya.

Next menu, bibimbap. Sekali sebut rasa nak gelak, tapi ini la menu yang Mr. Kang ajar aku dulu. Cara hidangan: Nasi dalam mangkuk yang lauk-lauknya disusun di sekeliling nasi tu, diletakkan sunny-side kat atas nasi. Lauk yang diletakkan disekeliling nasi tu cukup balance dietnya, ada daging, timun, sayur jeruk (tak pasti sayur apa, mungkin raddish), sunny-side, mushroom, dan disekalikan dengan sos cili korea dan sedikit kimchi. Dulu Mr. Kang pegi gaul semuanya jadi macam rojak, tapi tadi aku makan sopan ala melayu, amik sikit-sikit. Boleh tahan jugak kenyangnye.

Menu ketiga ni dah lupa namanya, tapi ala-ala sushi. Yang pasti bndanya dibalut dengan seaweed, dalamnya ada tuna, timun jepun, ada jugak terasa macam daging sikit. So far, not bad for a small business. I'm full, and I'm happy. And we both wore korean tees, konon semangat abis nak makan korean foodie. Hahaha! Ok, ini bukan blog makanan tapi ikut suka aku nak letak apa pun. Okebai! enjoy the pictures.

Blogger apps for android

Finally, daripada henfon tinggalan customer yg tak bertuntut sejak.berkurun lama, lepas jugak pakai android. Dan bila ada yg dh berbunyi pasal blog, korek balik cerita, so kena update la blk. Dah download apps ni, meh kita test skali tengok.