Thursday, December 25, 2008

Hudud...ape kes?

Gua terpanggil untuk menulis nota kaki sepanjang tak sampai sekaki ni bila tengok kat news beberapa hari ni pasal debat KJ-Husam yang katanya kontroversi sangat bila bercakap pasal Hudud. Kontroversi ke tak tu gua tak kisah sangat, lagipun gua tengok video debat tu (tengok kat TV3 tapi tak ada suara, tengok gambar aja) dah bukan macam debat. Macam orang bertekak gaduh pasal lembu kau makan taik kambing aku. Si KJ tu bukan la gua nak kate ape tapi sebenarnye jauh di sudut hati gua, gua tersangatlah tak berkenan dengan mamat nih. Sorry, ini bukan pasal gua anti-umno tapi gua ni pembangkang hingga ke bulan (ade bunyi mcm band 'Abstrak Hingga Ke Bulan' tak?). Gua takde masalah dengan KJ walaupun gua ni duduk 2km je dari Rembau. Dan Husam Musa pun gua tak kenal sangat, yang gua tau dia tu PAS. Lagi sorang tu Ajis Bari. Lagi la kompem gua tak kenal.

Ok, ni bukan masalah debat yang diorg buat tu tapi perlaksanaan hudud di sesebuah negara. Tak lama dulu ada la 'uncle' ni pernah isytiharkan Malaysia ni 'negara islam'. Kononnye la kan. 2 tahun lepas gua pergi ke Bali untuk bergumbira bersama keluarga dan masa kat sana tu gua ada la sembang-sembang dengan sorang bartender kat hotel yang gua duduk tu. Erk, hotel tu takde bar tapi gua panggil die bartender sebab die duduk kat tempat buat air. Gua tak pegi bar tau. Bartender tu tanye kalau kat malaysia ni beli arak kena sorok-sorok ke? Gua gelak je. Die kate kalau minum tu kena menyorok ke? Gua gelak lagi. Dia tanye kalau beli siang-siang kena tangkap pastu kena sebat ke? Gua gelak besar. Sebenarnya orang luar ingat yang malaysia ni melaksanakan hukum selari dengan title negara islam tu. Padehal.........heh.

Hudud dan Qisas. Kalau rasa diri kita ni semua Islam sila la dengan segala hormatnya untuk perjuangkan Undang-undang ni. Dulu masa gua form 3 ada ustazah tu pnah cakap kat dalam kelas yang hukum ni tak sesuai dijalankan di Malaysia ni. Dalam hati gua rasa nak tarik je tudung ustazah tu. Undang-undang tu sapa yang buat sampaikan tak sesuai pulak? Hebat sangat ke undang-undang di Malaysia ni sampaikan hudud tu tak boleh dibuat? Sebenarnya orang yang menentang hudud tu orang yang takut kena hukum. Dia ingat nak jatuh hukum tu senang agaknya. Mana nak carik salahnya, saksinya, kelayakan saksinya lagi. Bukan senang-senang je nak jatuh hukum tu. Dan dah terbukti yang Islam tu LENGKAP. Dah siap semua sekali dari alip sampai ya. Bayangkan daripada cara nak makan, cara nak tidur, adab bercakap, adab jumpa orang, sampaikan undang-undang pun siap. Hebat kan? Habaq mai sikit tang mana tak sesuai?

Rasanya kalau dikomersialkan artikel gua ni mau nama gua tertulis dalam buku SB. Ala, nak kecoh ape member gua SB. Nak tangkap pun tangkap la, ape yang gua tulis ni semua betul. Sebenarnya bukan apa, masalah sekarang ni orang-orang terlalu sekular. Suka sangat nak larikan semua benda dari agama. Politik dalam agama pun nak buang? Kalau dah namanya Islam, mestilah perjuangkan islam. Memang la melayu islam tapi 'melayu' dengan 'islam' mana lagi tinggi? Sendiri ukur, sendiri mau ingat la kawan.

p/s:sambung lagi lain kali dengan artikel panas untuk membuatkn nama gua lagi panas di parlimen..

Thursday, December 18, 2008

Manusia dan kegilaannya

Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis manusia. Masing-masing berbeza dari warna kulit, kaum kerabat, saudara-mara, saiz anak mata, garis cap jari dan macam-macam lagi. Dan bukan setakat tu saja, ada jugak bermacam-macam kegilaan yang terdapat pada manusia ni. Kegilaan ni bukan maksud gila tapi ada satu tabiat yang pelik yang memang jarang-jarang dibuat orang. Contohnya ada orang yang suka mengumpul koleksi ikan lumba-lumba, koleksi pokemon, patung aksi dari Todd McFarlane, dan juga mengumpul batu yang berbentuk aneh (ni bukan hobi Bo ke? Kawan shin chan yang hingus meleleh tu?) Kat sini aku nak ceritakan satu kisah sorang yang aku cukup berbulu betul la dengan hobi dia ni. Nama orang ni John Joseph Travolta, anak kelahiran Engelwood, New Jersey dan yang terakhir dari 6 orang adik-beradik. Dia ni mengukir nama dalam bidang hiburan sebagai seorang performer yang mendominasi bidang nyanyian, tarian rancak dan juga lakonan mantap.

Cukup sekadar tu latar belakang abang brader ni, tak perlu nak tahu tarikh lahir, no kad pengenalan, saiz kasut dan makanan kegemaran. Aku cerita pasal dia ni sebabnya aku tersangat jealous dengan dia ni. Korang semua tau tak yang dia ni ada lesen bawak kapal terbang? Ya, benar dia boleh bawak kapal terbang tapi bukan itu yang aku nak highlight dalam kisah ni. Dan korang tahu tak yang dia ni sebenarnya ada kapal terbang sendiri? Ya, cik adik dan cik abang, ini bukan private jet bodoh yang boleh duduk 4-5 orang saja tu tapi dia ni ada Boeing 707 dan juga sebuah lagi aku dah lupa nama. Hello, dia ni dah boleh bukak airline sendiri tapi dia tak nak bukak, korang tau sebab apa? Korang tau apa dia cakap bila orang tanya pasal flying and his fleet? 'Well, it's just my hobby..'. WHAT A MAN!!!!! Moznek ayah dia la. Aku ni begitu obses dengan kapal terbang tapi tak pernah terfikir pun jadi macam dia tu, ada kapal terbang sebab hobi aja? Korang nak tau apa yang lagi best? Sebelah rumah dia ada airstrip. Korang tengok la kat gambar sebelah tu. Itu la rumah dia. Ada parking boeing 707 wa cakap lu, xmain la parking mercedes ke semua tu. Damn! Korang tau tak apa maknanya? Dia boleh naik kapal terbang nak pergi pasar tani kat sini korang tau? DAMN!! Hati aku telah dilukai.

Aku teringin sangat nak ada semua benda tu. Aku ni dah la obses dengan flight, mamat tu boleh pulak ada one fleet of planes and only keep it as a hobby. Iskk, boleh bayangkan tak seorang lelaki yang berlakon sebagai perempuan gemuk dalam cerita 'HAIRSPRAY' ada semua benda tu. Aku berdoa banyak-banyak, mintak sangat Tuhan akan kabulkan permintaan aku yang satu ni. AMIN.

~hopefully one day all my dream will come true~

Monday, December 8, 2008

Aku masih berdiri

3 tahun dahulu aku menamatkan pelajaran aku di sebuah universiti di selatan tanah air. Bersama dengan itu juga aku mengakhiri kisah cinta beberuk dengan seorang hawa anak kepada pasangan pendidik. Nak kata sakit tu boleh tahan la sebab itu antara kali pertama aku rasa sesuatu yang dinamakan cinta. Lagipun kalau ikutkan cerita, bukan aku yang putuskan pun, tapi aku kena dump macam sial je dengan alasan yang sesengal kepala lutut nenek dia. Lantak dia la, aku malas nak cakap banyak. Lepas daripada tu aku bergerak dan tak toleh ke belakang lagi (pasal dah ade sorang lagi..hehe..). Tak lama kemudian aku dapat kerja di KLCC dan serentak dengan itu jugak aku mengakhiri hubungan aku dengan orang lagi satu tu, lalu terbukak lah cerita satu lagi.

Hubungan aku dengan yang ke-2 ni tak la lama sangat tapi cukup sekadar aku pernah senyum dan buat dia tersenyum. Tapi aku pun tak tahu kenapa kitorang break up sebab takda kata putus. Well, life must go on. Selang beberapa bulan kemudian aku kenal pulak lagi sorang, or may I say the no.3. She's not that gorgeous but she's fine. Well, sebabkan aku ni duduk kat Seremban and dia tu kat KL, someone has take the advantage and succeed plak tu. Congratz, sebab aku pun dah malas nak handle orang camtu. It's not stopped there, aku berenti kerja sebulan lepas kejadian tu, and it's surely not because of her. And it opens another story.

Selama beberapa bulan aku mencari-cari kerja dan akhirnya dapat jugak walaupun it's damn hard. Tapi takpe lah at least aku dapat belajar something from it. Lama jugak la aku kerja kat situ and finally aku pun resign sebab penat dah kerja mengharap commision semata-mata. Dan itu pun lepas aku dah dapat kerja baru la. Dengan kerja baru ni pun takda la lama sangat sebab aku gaduh dengan Team Leader. Yela, pempuan tu nak sangat carik pasal dengan aku, kena la maki sepam. Well, tak lama lepas tu aku dapat offer kerja but with a 'better' offer.

Kerja yang baru ni tak la susah sangat but its tiring. Penat nak mampus buat kerja tapi gaji tetap sama. Dan tak lama lepas aku kerja tu aku kenal seorang perempuan ni and suddenly dia jadi tanggungjawab aku pulak. It's been almost 2 years aku mengelak daripada perempuan tapi rupa-rupanya kuasa Tuhan tu memang kuat, tu yang aku terjebak balik tu. Alhamdulillah our life sebenarnya kira ok la, it's not that complicated and it's filled with fun. 9 bulan aku dengan dia before she make me hurt. And surprisingly aku tak menangis langsung pun kali ni, siap aku boleh testing lagi dia walaupun aku dah tau keadaan sebenar. Yup, she's going out with another man and she falls for him. Aku? I'll make a move la buat apa nak tunggu lagi.

Kemudian aku dikejutkan dengan satu berita dari kawan aku masa belajar dulu mengatakan Miss No2 meninggal dunia sebab terlibat dalam kemalangan jalanraya. Aku rasa bersalah pun ada juga tapi mungkin dah waktu dia, aku cuma sedekahkan doa. Tak lama lepas kejadian tu aku resign daripada kerja aku sebab aku gaduh lagi dengan bos aku. Tapi kali ni aku gaduh dengan alasan yang agak kukuh: aku report kat PERKESO dia tak pernah buat pemotongan sepanjang setahun lebih aku kerja. And dengan gaji terakhir aku tu aku repair moto aku ape yang patut and move on balik kampung. Mungkin kalau aku cerita macam ni suasana tu agak kurang terasa. Well, that's the point actually. Aku cuma nak orang tahu dan dapat gambaran tentang kejadian yang menimpa aku aje. Kenapa? Sebab aku masih berdiri.

Aku masih berdiri walaupun aku pernah dimaki dengan perempuan-perempuan yang dulunya mengharapkan kasih dan sayang aku, kononnya aku ni satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan dalam dunia. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku pernah tak makan sepanjang hari sebab tak ada duit, sebabnya aku tolong orang dengan duit aku tu. Pergi MAMPOS! Aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu team leader aku cakap yang aku ni tak boleh buat kerja dan bos aku pun pernah cakap yang dia masih boleh bagi reference yang baik-baik untuk aku kalau ada company call (sebenarnya dia tipu, tikam aku dari belakang). Pergi MAMPOS! Dan aku masih berdiri walaupun suatu ketika dahulu aku hampir-hampir melarikan diri dari dunia aku sendiri hanya kerana aku dah tak tahan nak melalui semua ni dan aku pun tak larat nak menyusahkan orang lain.

Dear readers, walaupun kita ni pernah dimaki berbakul-bakul, dihentak dengan tukul sebesar alam, diperlekehkan oleh seseorang yang pernah mengatakan kata cinta kepada kita, dan dimalukan macam kita ni penjenayah besar kepada seisi dunia, selagi kita masih boleh mengangkat muka kita untuk tengok langit Allah yang Maha Luas tu, bermakna kita masih belum lagi kalah. Losing is a state of mind. Kekalahan itu 99% bergantung kepada kekuatan minda dan 1% kewarasan minda tersebut. Pendek kata semua tu bergantung sepenuhnya dalam minda kita sendiri. Selagi hati kita, akal kita, minda kita belum tahu menulis perkataan 'PUTUS ASA' bermakna perjalanan itu masih perlu diteruskan. So, jangan mengalah dalam hidup, kerana Dia tak pernah berputus asa dalam memberi peluang kepada hamba-Nya.

~If u still breathing it means u can still win~

Tuesday, December 2, 2008

Indie Music Scene


Sejak kebelakangan ini dunia muzik tanah air mula dibanjiri dengan scene indie atau nama panjangnya Independent Music Scene. Band-band anak muda sedari bangku sekolah hinggalah penganggur yang berjaya mula ditubuhkan. Nama-nama seperti Mathari, Lucy in The Loo, Hypnotize, Melodisaster, Meet Uncle Hussein, Hujan dan Ribut Petir (kekeke..tipu je) mula menjadi halwa telinga bagi anak muda. Ketukan dram yang teratur, selingan petikan gitar dan sesekali terdengar alunan piano dan tiupan trompet, membuatkan sebahagian dari mereka seakan-akan terbang dan berlayar di lautan sendiri. Namun apakah sebenarnya indie scene ini? Mengapa ianya menjadi pilihan remaja? Sejauh manakah penglibatan dan pengaruhnya terhadap remaja masa kini?

Dunia remajaku bermula sekitar tahun 90-an. Nama-nama seperti Radhi, Emmet, Loque, Aru dan Andy merupakan idola kepada sebahagian daripada rakanku, termasuk aku jugak. Butterfingers adalah seperti Nirvana Malaysia, OAG terkenal dengan muzik rancak dan catchy (..dan jugak official soundtrack utk World Cup Youth..), Koffin Kanser dan Republic of Brickfields menjadi pujaan peminat raggae dan sebahagian aliran Rastafari. Dan kini mereka merupakan di antara pelopor scene indie di Malaysia (well, banyak sangat..). Menurut wikipedia, indie music ni dirujuk sebagai muzik yang direkodkan secara D.I.Y, means tak perlu nak pergi carik record label yang mahal-mahal untuk mastering etc. Ini kerana mereka ni terlalu 'independent' yang sebenarnya tak ada 'fund' untuk buat the formal way. Lagipun kalau buat ikut skema ni nanti nak kena ikut dalam contract la semua dengan record label, itu yang diorang malas. Independent la katekan. Kalau di barat, indie music bermula sebagai garage band ataupun satu kumpulan yang main muzik dalam garaj kereta mak ayah diorang. Nampak sangatlah sengkeknya kan. Dan kebanyakan lirik lagu mereka ni sangat bebas. Diorang akan cakap pasal perempuan masa hari jumaat (Girl Friday: Butterfingers), tv kaler hitam putih (60's TV: OAG), pasal garisan (Between The Lines: Koffin Kanser), dan macam-macam lagi. Hampir semua benda yang terjadi akan menjadi lirik sebuah lagu. Tak percaya? Try dengar lagu Kitty Kat: Intoxicated lagu pasal kucim dia kena langgar steamroll kat SS3. Dan itulah yang menjadi intipati dan antara penarik kepada golongan remaja kerana penceritaan yang agak kartun/humor, pemberontakan di usia remaja, keadaan sekeliling yang turut diselangi dengan bait-bait skor muzik yang catchy dan ceria (some of it, kalau Black Metal tu takkan nak ceria jugak kan).

T-Shirt yang simple, Jeans, Jack Purcell, bangle, merupakan antara uniform rasmi sebahagian indie fan. Tapi kebanyakannya akan mengenakan pakaian mengikut genre muzik yang digemari. Punk dan Skin terkenal dengan Red Wing Boot, Grunge dengan Jack Purcell, T-Shirt hitam bagi Metal fan, dan macam-macam lagi. Ada jugak yang mengenakan pakaian mengikut idola muzik mereka seperti Kurt Cobain dengan t-shirt 2 lapis dan juga Hooded untuk para hiphoppers yang bergaya tak kena tempat ketika panas terik di negara Khatulistiwa ni. Sebenarnya tak ada apa pun dengan pakaian tu, cuma sebahagian dari mereka nak menonjolkan gaya muzik yang mereka ikuti. Dan tanpa kebanyakan orang sedari termasuk kita, gaya dan penampilan ini sudah menjadi antara identiti sebahagian dari remaja masa kini dan mungkin juga boleh dipanggil trend yang mereka ikuti, bukan kerana genre muzik tetapi kerana penampilan itu yang agak menarik dipandangan mata.

Kemenangan Estranged pada Juara Lagu tahun lalu melebarkan lagi sayap indie-band dan menaiktarafkan indie-scene dari pandangan mata kasar masyarakat. Indie scene sebelum ini lebih bergerak secara underground dan bukan mainstream, jadi tanggapan masyarakat terhadapnya juga berbeza dan lebih kepada negatif. Sex, drug, rock and roll masih lagi tertancap di minda kebanyakan orang terutama golongan yang 'mula menginjak veteran'. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana scene muzik underground di zaman mereka adalah berbeza dengan yang sekarang. Dan oleh kerana itu lah kebanyakan penggemar aliran muzik ini seringkali mendengar leteran dari ibubapa. Hujan merupakan antara band yang mula mengukir nama di persada muzik tanah air ketika ini. Begitu juga Meet Uncle Hussein dan Bittersweet. Lagu-lagu mereka mula serasi berkumandang di corong-corong radio menandakan aliran muzik indie kini mula mendapat tempat di hati masyarakat. Jika dahulu hampir berminggu menantikan lagu-lagu dari band indie untuk dimainkan di radio tapi kini hampir setiap jam lagu-lagu itu akan dimainkan. Penerimaan masyarakat dengan genre muzik ini juga dibuktikan dengan penganjuran gig-gig dan konsert indie yang ada antaranya tidak dikenakan apa-apa bayaran yang menunjukkan aliran ini juga boleh menjadi satu komoditi kepada pihak-pihak tertentu.

Aliran muzik indie kini merupakan suatu di antara penarik kepada golongan remaja untuk berusaha mencapai cita-cita mereka. Cerita disebalik lirik yang disusun memberikan satu harapan bagi sesetengah pendengar dan penggemar. Dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa muzik indie kini mula terletak di hadapan mata masyarakat.

~support the local music scene~

Monday, December 1, 2008

Pursuit of Glory


Masa aku kecil dulu aku sentiasa mengagumi apa sahaja yang abah lakukan. Setiap gerak laku dan pertuturannya sangat aku kagumi. Dan yang paling aku kagum ialah dengan pekerjaan abah. Masih lagi aku ingat ketika masih kecil, aku dan banglong dan bangah akan berkejaran setiap kali abah balik dari kerja kerana kami masing-masing mahu membuka sarung kaki abah. Pakaian kerja abah juga sangat kemas. Kemeja putih lengan panjang dan seluar panjang hitam yang digosok mama, tersemat kain seperti pangkat seorang tentera di bahu kiri dan kanan yang aku pun tak pernah tahu apa namanya, dan juga lambang sayap yang aku gelar 'wing' di sebelah kiri dada, memang membuatkan aku terpegun. Namun ketika itu aku pun tidak tahu apa nama formal bagi pekerjaan abah, yang kutahu ada tertera huruf 'FE' pada setiap surat formal buat abah. Dan aku juga tahu yang abah bekerja di Subang Airport. Namun ketika itu belum terdetik di hati aku untuk menjadi seperti abah. Tidak tergambar dalam pemikiranku untuk membuat pekerjaan yang sama seperti yang abah lakukan.

Tatkala usia menginjak remaja, ketika di sekolah menengah, aku mula bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Aku mula menulis novel secara diam-diam namun diketahui dan aku hampir dikenakan tindakan walaupun aku taktau sebab-musababnya. Dan pada ketika itu juga aku mula memperjudikan masa depanku, tidak pasti kemana hala tuju yang bakal kutempuhi. Dan sebelum meninggalkan alam persekolahan, aku mula berminat dengan teknologi maklumat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pengaturcara komputer. Keputusan peperiksaanku agak memuaskan namun pilihan yang kubuat agak terpesong. Mungkin kerana tekanan, aku memilih untuk menuruti tawaran diploma yang kufikirkan dalam bidang IT, namun sebenarnya hanya satu daripada puluhan ribu cabang IT.

Tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai projectionist. Pekerjaan yang agak membosankan bagiku, namun amat sesuai bagi sesiapa yang pemalas. Aku berhenti selepas setengah tahun bekerja, dan mula membuat keputusan sendiri. Sebenarnya aku agak bingung dengan keadaan diri masa tu, tak terfikir sejauh mana panjang nyawaku. Yang aku tahu, esok aku perlu hidup untuk bekerja. Keadaan agak tegang dan akhirnya aku mendapat tawaran bekerja sebagai Projection Engineer yang sepatutnya mempunyai potensi besar untuk berjaya. Cita-cita mula berkembang di mindaku untuk menjadi Projection Engineer yang pertama di Malaysia, namun masalah dalaman timbul antara aku dan majikan yang memaksa aku mengundur diri dan sekaligus menguburkan cita-cita baruku itu.

Kini aku menetap di kampung, menemani mama dan abah, dan senantiasa aku memikirkan tentang hari esok. Aku mula terfikir sejauh manakah aku harus pergi untuk berjaya? Mampukah lagi aku berjaya? Apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini? Terlalu banyak. Aku mengimpikan sebuah kereta tarik belakang, mengimpikan sebuah apartment untuk diriku sendiri, mengidamkan gitar ibanez JS dan Yamaha RBX-JM2, dan juga skuterku untuk dibaik pulih. Tapi kesimpulan yang aku dapat, aku mula sedar dan mungkinkah ini suatu takdir untukku? Mungkin Dia mahukan aku mengikut jejak langkah abah, mengembara di ruang udara ke serata dunia untuk mencari rezeki. Aku mula mengatur langkah, merancang untuk masuk ke Akademi Penerbangan pada tahun hadapan, dan kemudian memohon pembiayaan dari syarikat penerbangan. Dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mahu menjadi seorang juruterbang. Dan kemungkinan besar andai cita-citaku tercapai, aku akan biaya adik sampai habis sekolah baru la aku fikir nak kawin-mawin ni. Hahahaha. Nasib la sapa jadi girlfriend aku nanti, tunggu la kau sampai adik habis sekolah. hihihi.

~AKU NAK JADI PILOT~