
Masa aku kecil dulu aku sentiasa mengagumi apa sahaja yang abah lakukan. Setiap gerak laku dan pertuturannya sangat aku kagumi. Dan yang paling aku kagum ialah dengan pekerjaan abah. Masih lagi aku ingat ketika masih kecil, aku dan banglong dan bangah akan berkejaran setiap kali abah balik dari kerja kerana kami masing-masing mahu membuka sarung kaki abah. Pakaian kerja abah juga sangat kemas. Kemeja putih lengan panjang dan seluar panjang hitam yang digosok mama, tersemat kain seperti pangkat seorang tentera di bahu kiri dan kanan yang aku pun tak pernah tahu apa namanya, dan juga lambang sayap yang aku gelar 'wing' di sebelah kiri dada, memang membuatkan aku terpegun. Namun ketika itu aku pun tidak tahu apa nama formal bagi pekerjaan abah, yang kutahu ada tertera huruf 'FE' pada setiap surat formal buat abah. Dan aku juga tahu yang abah bekerja di Subang Airport. Namun ketika itu belum terdetik di hati aku untuk menjadi seperti abah. Tidak tergambar dalam pemikiranku untuk membuat pekerjaan yang sama seperti yang abah lakukan.
Tatkala usia men

Tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, aku mendapat tawaran untuk bekerja sebagai projectionist. Pekerjaan yang agak membosankan bagiku, namun amat sesuai bagi sesiapa yang pemalas. Aku berhenti selepas setengah tahun bekerja, dan mula membuat keputusan s

Kini aku menetap di kampung, menemani mama dan abah, dan senantiasa aku memikirkan tentang hari esok. Aku mula terfikir sejauh manakah aku harus pergi untuk berjaya? Mampukah lagi aku berjaya? Apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini? Terlalu banyak. Aku mengimpikan sebuah kereta tarik belakang, mengimpikan sebuah apartment untuk diriku sendiri, mengidamkan gitar ibanez JS dan Yamaha RBX-JM2, dan juga skuterku untuk dibaik pulih. Tapi kesimpulan yang aku dapat, aku mula sedar dan mungkinkah ini suatu takdir untukku? Mungkin Dia mahukan aku mengikut jejak langkah abah, mengembara di ruang udara ke serata dunia untuk mencari rezeki. Aku mula mengatur langkah, merancang untuk masuk ke Akademi Penerbangan pada tahun hadapan, dan kemudian memohon pembiayaan dari syarikat penerbangan. Dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mahu menjadi seorang juruterbang. Dan kemungkinan besar andai cita-citaku tercapai, aku akan biaya adik sampai habis sekolah baru la aku fikir nak kawin-mawin ni. Hahahaha. Nasib la sapa jadi girlfriend aku nanti, tunggu la kau sampai adik habis sekolah. hihihi.
~AKU NAK JADI PILOT~
No comments:
Post a Comment