Thursday, December 25, 2008

Hudud...ape kes?

Gua terpanggil untuk menulis nota kaki sepanjang tak sampai sekaki ni bila tengok kat news beberapa hari ni pasal debat KJ-Husam yang katanya kontroversi sangat bila bercakap pasal Hudud. Kontroversi ke tak tu gua tak kisah sangat, lagipun gua tengok video debat tu (tengok kat TV3 tapi tak ada suara, tengok gambar aja) dah bukan macam debat. Macam orang bertekak gaduh pasal lembu kau makan taik kambing aku. Si KJ tu bukan la gua nak kate ape tapi sebenarnye jauh di sudut hati gua, gua tersangatlah tak berkenan dengan mamat nih. Sorry, ini bukan pasal gua anti-umno tapi gua ni pembangkang hingga ke bulan (ade bunyi mcm band 'Abstrak Hingga Ke Bulan' tak?). Gua takde masalah dengan KJ walaupun gua ni duduk 2km je dari Rembau. Dan Husam Musa pun gua tak kenal sangat, yang gua tau dia tu PAS. Lagi sorang tu Ajis Bari. Lagi la kompem gua tak kenal.

Ok, ni bukan masalah debat yang diorg buat tu tapi perlaksanaan hudud di sesebuah negara. Tak lama dulu ada la 'uncle' ni pernah isytiharkan Malaysia ni 'negara islam'. Kononnye la kan. 2 tahun lepas gua pergi ke Bali untuk bergumbira bersama keluarga dan masa kat sana tu gua ada la sembang-sembang dengan sorang bartender kat hotel yang gua duduk tu. Erk, hotel tu takde bar tapi gua panggil die bartender sebab die duduk kat tempat buat air. Gua tak pegi bar tau. Bartender tu tanye kalau kat malaysia ni beli arak kena sorok-sorok ke? Gua gelak je. Die kate kalau minum tu kena menyorok ke? Gua gelak lagi. Dia tanye kalau beli siang-siang kena tangkap pastu kena sebat ke? Gua gelak besar. Sebenarnya orang luar ingat yang malaysia ni melaksanakan hukum selari dengan title negara islam tu. Padehal.........heh.

Hudud dan Qisas. Kalau rasa diri kita ni semua Islam sila la dengan segala hormatnya untuk perjuangkan Undang-undang ni. Dulu masa gua form 3 ada ustazah tu pnah cakap kat dalam kelas yang hukum ni tak sesuai dijalankan di Malaysia ni. Dalam hati gua rasa nak tarik je tudung ustazah tu. Undang-undang tu sapa yang buat sampaikan tak sesuai pulak? Hebat sangat ke undang-undang di Malaysia ni sampaikan hudud tu tak boleh dibuat? Sebenarnya orang yang menentang hudud tu orang yang takut kena hukum. Dia ingat nak jatuh hukum tu senang agaknya. Mana nak carik salahnya, saksinya, kelayakan saksinya lagi. Bukan senang-senang je nak jatuh hukum tu. Dan dah terbukti yang Islam tu LENGKAP. Dah siap semua sekali dari alip sampai ya. Bayangkan daripada cara nak makan, cara nak tidur, adab bercakap, adab jumpa orang, sampaikan undang-undang pun siap. Hebat kan? Habaq mai sikit tang mana tak sesuai?

Rasanya kalau dikomersialkan artikel gua ni mau nama gua tertulis dalam buku SB. Ala, nak kecoh ape member gua SB. Nak tangkap pun tangkap la, ape yang gua tulis ni semua betul. Sebenarnya bukan apa, masalah sekarang ni orang-orang terlalu sekular. Suka sangat nak larikan semua benda dari agama. Politik dalam agama pun nak buang? Kalau dah namanya Islam, mestilah perjuangkan islam. Memang la melayu islam tapi 'melayu' dengan 'islam' mana lagi tinggi? Sendiri ukur, sendiri mau ingat la kawan.

p/s:sambung lagi lain kali dengan artikel panas untuk membuatkn nama gua lagi panas di parlimen..

3 comments:

fahmi said...

assalamualaikum...
mmg hebat la tulisan alang kali ini...
keep up da good work...
mmg dah lama terbukti Islam itu lengkap, cuma pelaksanaan tu je x menyeluruh.. slalu hangat2 tahi ayam..
oh ya, alang, encik aziz bari 2 dia lecturer undang2 di uiam... slalu menulis dalam sinar harian pd setiap isnin... bacalah..

afiq_v89 said...

Salam perkenalan saudara...

Ramai pihak yg sering kali menyeru PAS melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu.. kerana kita sedia maklum ianya telah lama diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Hal ini disebabkn ada pihak yg mendakwa PAS hanya berdolak dalik didalam perlaksanaan hudud dan hanya mainan politik mereka..

Namun saya ingin mengeluarkan pandangan dan meminta agar pihak-pihak yg berkenaan sedar bahawa PAS tidak dapat melaksanakan hukum hudud lantaran adanya "hambatan" dikenakan ekoran Undang-undang yg diluluskan oleh DUN Negeri Kelantan bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.. Sebabnya? Selagi Kerajaan Persekutuan dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional itu tidak meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi ruang kepada Undang-undang itu sahih.. selagi itu hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan..

Contohnya petikan Senator datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan dalam akhbar ujar beliau, " Pas mempunyai tiga Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Perak. Kenapa mereka tidak melaksanakan hudud di negeri berkenaan?"

Petikan ini menyebabkan saya terfikir bagaimana PAS hendak laksanakan hukum hudud jika kuasa melaksanakannya tidak terletak kepadanya secara mutlak...? Sebagai negeri yg ada entiti yg bercorak "Persekutuan", tiap-tiap undang-undang yg dikeluarkan oleh parlimen tahapnya lebih tinggi berbanding enakmen/ undang-undang negeri... Kuasa kerajaan negeri juga terhad.. Hanya sesetengah perkara yg diberi kuasa kepada kerajaan negeri... (rujuk Buku Perlembagaan Persekutuan).

Jika kita lihat Jadual Kesembilan Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan yg menyatakan Undang-undang Islam sebagai perkara negeri.. namun terdapat peruntukan lain yg mengawal peruntukan berkenaan..

Sekatan tersebut termaktub dalam Perkara 4(1) (rujuk Perlembagaan Persekutuan). Ia menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan apa sahaja undang-undang yg bercanggah dengannya adalah tergugur dengan sendirinya... setakat yg bercanggah sahaja... Nyata undang-undang hudud yg diluluskan oleh kerajaan Kelantan itu bercanggah dan tidak dapat dilaksanakan..

Dan cuba kita lihat situasi di parlimen sekarang dan pihak yg mendominasinya...

Namun saya puji Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yg berkata : "Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas itu di negara ini adalah hasrat yg murni. Namun dalam hakikat politik cita-cita itu tidak mungkin tercapai. Pelaksanaan hudud adalah tertakluk kepada perlembagaan dan ia mesti dipinda jika PAS berjaya wujudkan kerajaannya."

Itulah pandangan yg tercipta... Hajat mereka sebenarnya baik... saya doakan agar hajat mereka tercapai...

Islam utk semua...

Wallahua'lam...

y i en j r said...

Saya sokong HUDUD!!